Bab 60

Romance Completed 53836

Jadi, memang betul lah kau dah bercerai dengan Azhar? Tanya Amar kepada Mira yg sedang menemani Eisya bermandi di tepi kolam renang. Di tenung lama wajah Mira seakan tidak berminat untuk bercerita hal ini dengannya. Amar masih boleh bersabar lagi dengan semua ini. Apa yg dia perlukan sekarang adalah satu jawapan yg benar keluar dari mulut Mira. Amar terus menarik keluar puting rokoknya dari poket baju lalu dipanaskan. Berderu-derau asap rokok terkumpul di situ.

Pleaselah, buang tabiat kau tu..jangan merokok dekat sini. Tak nampak ke anak aku ada dekat sini?!! Marah Mira sudah hilang sabar dengan Amar. Jika tujuannya hanya datang ke sini untuk bertanya semua itu alangkah baiknya dia sendiri pergi bertanya kepada Azhar. Mira sudah malas mahu terjebak di dalam hal ini lagi. Cukuplah selama ini dia sudah menyakiti perasaan orang lain. Mira mahu mulakan hidup baru bersama Iqbal dan Eisya semula. Pergi jauh dari semua orang di sini. Mira tidak menyangka pula Amar dapat mencarinya sampai ke rumah baru. Mira masih cuba berlagak tenang sahaja. Seolah tidak takut lelaki obsesi seperti Amar ini dekat dengannya. Silap hari bulan, Mira pula akan menjadi mangsanya.

Ehh!! Kisah pula aku dekat anak kau tu..Wah..wah..dah dapat kahwin semula dengan bekas suami kau tu sekarang ni bukan main ehh sombong..angkuh dengan aku. Aku tanya soalan remeh-temeh macam itu pun susah sangat ke kau nak berterus terang Mira? Balas Amar semula sudah tidak duduk senang di situ. Dia berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir sambil mengusap kasar anak lehernya. Perasaan amarah mula bermain di benak hatinya. Amar mahu berjumpa dengan Munirah semula tetapi dia tidak tahu di mana Munirah tinggal sekarang. En Shukri dan Puan Ruziah tidak langsung membantu dalam hal ini. Malah, mereka menyuruh Amar lupakan sahaja semua ini. Perkara lama sudah pun berlaku. Mana mungkin dia dapat melepaskan Munirah ke tangan orang lain. Tambah pula, Orang itu adalah Cikgu Azhar.

Sudahlah Amar...benda dah terlepas. Salah kau juga. Semasa aku berberkahwin dengan Azhar dan menjadi isteri kedua dia..Ada kau datang curi hati Munirah semula? Tak adakan? Kau nak harapkan aku sorang buat kerja ini? Ehh, perempuan tu dah gila tahu tak? Dia ugut aku. Nasib saja tak bunuh aku. Yg Azhar tu pon satulah..dia terlalu...aku ulang..terlalu sayangkan Munirah. Kau ingat senang-senang dia nak lepaskan Munirah? Aku ni isteri dia pun langsung tak kisah. Dah bermacam-macam aku buat untuk pisahkan mereka berdua. Untuk pengetahuan kau..Munirah sudah minta lepaskan dia..tetapi Azhar sendiri enggan berbuat demikian. Sudahlah..aku penatlah semua ni..Now, aku dah ada Iqbal dan Eisya. Bagilah aku bernafas sekejap. Dulu kau pandai saja buat keje ni sorang-sorang. Kau buatlah apa yg kau nak sangat. Beritahu Mira segalanya kepada Amar. Dirinya terlalu penat dengan semua perjanjian dengan Amar ini sampaikan sudah termakan diri sendiri. Sekarang, semua orang sudah pandang serong dengannya. Seolah dirinya pula murahan untuk mendapatkan cinta Azhar semula. Disebabkan itulah Mira membawa diri bersama Iqbal dan Eisya. Mereka membeli rumah baru di bandar Kuala Lumpur.

Owhhh...begitu ke. Menariklah cita kau ni. Dah boleh tulis novel aku rasa. Benda kecil macam ni pun susah nak uruskan. Kau ingat kem Tentera tu boleh keluar sesuka hati ke? Pikirlah sikit bodoh! Sekarang..kau beritahu aku kat mana Munirah tinggal. Aku tak boleh duduk lama dekat sini..Rasa bahang je badan aku ni. Kalaulah dekat dunia ni tak ada hukuman untuk orang membunuh..sudah lama kayu baseball aku tu cium kepala Azhar. Berani dia simpan bakal isteri aku tu lama-lama..Wah, Nak kata penyelamat hujung nyawalah ni?? Aku akan ambil Munirah kembali tak kira sejauh mana kau bawa lari..Cikgu Azhar. Cakap Amar sendiri di situ. Dia mengenggam kuat kedua belah tangannya itu. Satu senyuman sinis terus diukirkan di wajahnya.

Kali ini Amar sudah hilang akal. Dirinya terlalu obsesi dengan Munirah. Amar membawa keluar sekeping gambar dari dompetnya. Tergamam Mira melihat itu kepingan gambar itu adalah gambar Munirah. Amar mula berjalan sambil mengusap lembut kepingan gambar itu. Seraya itu dia mula ketawa sendiri. Mira mula rasa takut untuk berada lama di sampingnya. Amar adalah seorang lelaki paling kejam yg pernah dia jumpa. Walaupun mereka sepupu, Mira masih rasa tidak selesa dengan semua ini. Perbuatan kasar pun dia boleh buat, inikan perbuatan secara halus pula nanti. Mira risau Amar akan mengguna perbuatan secara halus untuk mendapatkan Munirah kembali. Mira masih lagi berlakon biasa sahaja di situ walaupun badannya mula mengigil sedikit. Demi keselamatannya dan juga Eisya Mira terpaksa memberi alamat rumah Azhar kepada Amar. Selepas itu, cepat-cepat Mira menelefon Iqbal untuk memaklumkan semua ini kepadanya. Mira berharap sangat Iqbal dapat maklumkan semua ini kepada Azhsr secepat mungkin. Mira sudah menukar nombor telefon baru, jadi agak sukar untuknya memberitahu kepada Azhar sendiri.

...............................................................................

Kak Wirda dan Kak Iman pergilah dulu ke rumah bonda..Irah nak tunggu abang Azhar pulang dulu ke sini. Nanti kami pergi ke sana bersama. Kata Munirah setelah menghantar Wirda dan juga Iman ke arah kereta mereka. Wirda dan Iman hanya singgah sekejap di sini untuk melawat Munirah. Azhar seperti biasa sudah masuk kerja semula. Mikhail pula pulang ke rumah abah dan umi buat sementara waktu. Jadi tinggal lah Munirah sendiri di rumah itu.

Ehh, boleh ke Irah tinggal sorang ni?? Lambat lagi Azhar nak pulang pun..Meh laa ikut kitorang pulang ke rumah bonda dulu. Alah, nanti beritahu jee dekat Azhar. Dia mesti faham punya. Ujar Wirda mula rasa risau untuk meninggalkan Munirah sendiri di sini. Dirinya sudah sarat mengandung. Dalam rumah ini pula tiada orang untuk menjaganya.

Betul tu Irah..Bahayalah tinggal seorang diri di rumah. Apa kata Irah maklumkan kepada Azhar dahulu. Biar kami tunggu Irah sehingga Azhar izinkan Irah pergi ke rumah bonda. Bersuara Iman pula memberikan candangan kepada Munirah. Mereka berdua betul-betul risaukan keadaan Munirah sekarang. Munirah hanya memberikan senyuman manis sahaja ke arah mereka berdua. Tetiba saja rasa terharu pula dua orang kakak iparnya ini sangat ambil berat tentangnya.

Sokaylah..Irah sudah biasa. Jangan risau ok? Irah tak buat apa-apa pun. Duduk atas sofa..nonton movie jee sementara nak tunggu En Suami pulang. Balas Munirah senang saja melihat wajah risau mereka berdua ini. Selepas beberapa minit berbual di situ akhirnya mereka mengalah juga dengan Munirah. Munirah terus melambai tangan ke arah kereta perodua Aruz itu meluncur kereta dari perkalangan rumahnya. Setelah kereta itu hilang dari pandangannya, Munirah menutup kembali pintu pagar itu secara automatik.

Putih..Alolo sayang mama ni...comelnya diaa..sudah besarlah..Ibu ko tu tengah tido dekat dalam. Sian ehh men sorang-sorang dekat luar ni..Jum kita masuk. Bebel Munirah sendiri lalu mendukung putih bersamanya. Semasa pintu pagar itu mahu menutup sepenuhnya, muncul satu susuk tubuh sempat masuk ke dalam dahulu. Pantas sahaja susuk tubuh itu berjalan mengikuti langkah Munirah. Munirah langsung tidak sedar apa yg telah berlaku di belakangnya itu. Sampai sahaja di depan pintu, belum sempat Munirah membukanya satu tangan mula memegang lengannya. Terkejut Munirah lalu berpaling melihat siapakah yg berbuat begini kepada.

Aa..Amar!!! Kata Munirah kuatnya apabila melihat lelaki yg memegangnya ini adalah Amar sendiri. Orang yg sudah lama menghilangkan diri baru sekarang menonjolkan dirinya semula di depan Munirah. Munirah masih lagi tergamam melihat Amar berada di depannya sekarang. Munirah cuba melepaskan tangannya daripada pegangan Amar tetapi lelaki ini langsung tidak mahu melepaskannya.

Shuu..shu..jangan melawan sayang..Wau..Sayang bunting? Napa tak beritahu Amar? Ni mesti anak lelaki itukan? Napa tak sabar sangat ni..Amar boleh jee bagi zuriat dekat Irah. Tak pe..benda boleh gugurkan. Lepas kita kahwin nanti. Amar buntingkan Irah semula. Satu benih yg halal hasil cinta kita berdua. Bukan anak yg tak ada kasih sayang dalam perut Irah sekarang ini. Jum..Ikut Amar. Kata Amar masih tersenyum girang melihat kekasih hatinya ini tidak ubah seperti dahulu saja. Masih cantik seperti biasa walaupun dalam keadaan hamil. Amar mula melihat dalam diri Munirah dari atas sampai ke bawah. Nafsunya mula membuak-buak sahaja. Amar cuba menarik kasar lengan Munirah untuk mengikutinya segera.

Ehhh kau!! Apa kau cakap ni Amar?? Kau sudah gila Amar!! Lepaskan aku!! Aku tak akan ikut kau..Berani kau datang ke sini semula Amar..Setelah apa yg kau dah buat dekat aku selama ni..Lepaskan aku lelaki gila!! Meronta-ronta Munirah untuk melepaskan diri dari pegangan tangan Amar itu. Baru dia teringat Putih masih lagi dalam dakapan di tangan kirinya. Segera dia melemparkan Putih ke arah Amar. Putih terus menerpa dan mencakar muka Amar. Kucing itu seolah faham sahaja situasi apa yg Munirah lalui sekarang. Cepat-cepat Munirah melangkah besar dan berlari menuju pintu masuk dari arah dapur. Dia perlu menefon seseorang untuk menolongnya. Dalam keadaan mengigil dan ketakutan Munirah kuatkan dirinya juga melalui situasi seperti ini.

Arghh!!! Hanat kau kucing!! Sial lahh!! Munirah Safiyah!!! kau jangan cabar aku bertindak lebih kejam lagi!!! Munirahhh!! Tengking Amar kuatnya mula menahan sakit di wajahnya selepas terkena cakaran bisa kucing itu. Dia mengambil masa beberapa minit sebelum mengejar langkah Munirah semula. Rasa kebas dan pedih saja wajahnya ini. Munirah terus mengunci pintu dapur. Selepas itu, dia bergegas mengunci pintu hadapan semula sebelum Amar bertindak terlebih dahulu. Setelah semuanya selesai Munirah terus mendapat telefon bimbitnya untuk menelefon Azhar. Terketar-ketar tangannya mula mendail nombor telefon Azhar.

Abang..abang..angkatlah telefon..please..Irah takut. alahh..tak dapat pula...Cakap Munirah sendiri mula gelabah dan risau dengan keadaan sekarang. Nombor telefon Azhar tidak dapat dihubungi langsung. Munirah terus terpikirkan tentang Huzair. Segera dia mendail nombor telefon Huzair dahulu. Munirah takut Azman juga sibuk dalam keadaan sekarang. Dalam beberapa minit menunggu tiba-tiba..

tok..tok..tok..Kedengaran pintu sliding door diketuk dari arah luar. Munirah terus pandang ke arah pintu itu. Terkedu Munirah apabila melihat Putih sudah dalam genggaman tangan Amar. Amar terus memberikan senyuman sinis ke arah Munirah.

Sayang...jangan main kasar..Amar tak akan bertindak kasar dengan sayang dan kucing ini..Cepat keluar sebelum...Bersuara Amar sambil mengacukan sebilah pisau ke arah perut Putih. Pada masa yg sama juga..

'Hello...Munirah..Munirahh?? Napa awak call saya?? Munirah?? ' tanya Huzair selepas mengangkat panggilan Munirah itu. Namun panggilan itu di jawab sepi sahaja. Tiada sahutan balas dari Munirah langsung.

"Amarr!!!!!"

Jerit Munirah kuatnya apabila melihat bilah pisau itu sudah pun menembusi perut Putih. Mengelupur Putih menahan kesakitan bilah pisau itu tembus di dalam perutnya. Darah pekat mula memancar keluar seraya Putih sudah jatuh menggelupur ke bawah tanah. Telefon di tangan Munirah terus jatuh ke lantai. Tubuh Munirah menjadi kaku dan pandangannya mula rasa kosong. Amar ketawa riang apabila melihat Putih masih lagi mengelupur di depannya. Panjang sungguh nyawa kucing ini sampaikan belum mati lagi. Butiran jernih mula gugur di wajah Munirah. Munirah mula jatuh terduduk ke lantai. Menahan sakit yg dia sendiri tidak dapat ungkapkan.

Munirahh!!! Munirahh!! Panggil Huzair banyak kali apabila panggilan itu putus juga tanpa kata maklum balas dari Munirah. Apa yg Huzair dengar hanya Munirah menjerit nama 'Amar' sahaja sebelum panggilan itu terputus. Huzair sudah tidak duduk senang dengan keadaan begini. Dia tidak sempat untuk memberitahu dulu tentang Amar kepada Azhar dan Munirah disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja di hospital. Huzair terus menanggalkan kot hospitalnya dan segera begegas pergi ke rumah Munirah. Huzair berharap sangat tiada perkara buruk yg akan berlaku kepada Munirah. Pada masa yg sama juga Huzair cuba menghubungi Farah untuk pergi melihat keadaan Munirah dahulu. Tempat kerja Farah tidak jauh dari taman perumahan Munirah.

Putihhh!!!! tidak...tidak..Kau kejam Amar!! Kejam!!! Sanggup kau bunuh kucing aku..Aku benci kau!! Benci!!! Tengking Munirah kuatnya. Melepaskan segala amarah yg terbuku di hatinya itu. Munirah menangis teresak-esak di tepi meja makan. Tidak sanggup dia melihat Putih sudah nyawa-nyawa ikan di situ. Munirah merangkak mendekati Sliding door itu. Melihat keadaan Putih dengan lebih dekat lagi. Lumuran darah pekat sudah mula penuhi ruang tepi kolam itu juga. Amar terus meletakkan tangannya yg penuh dengan kesan darah putih di pintu sliding door itu. Bibirnya mengukirkan senyuman riang melihat keadaan Munirah seperti ini.

Sayang...Amar sudah katakan tadi..jangan paksa Amar..sayang call siapa tuu?? Cikgu Azhar ke?? Lambatlah hero Irah kali ini. Lambat sangat..dulu bukan main laju selamatkan Irah sekarang..sampai kucing Irah mati pun dia tak boleh selamatkan..Macam tu ke suami Irah selama ini..kalaulah Irah pilih Amar..mesti kita sudah hidup bahagiakan? Masih belum terlambat sayang..Im really love u. Kata Amar masih seronok memaksa Munirah untuk bercakap dengannya. Tangan Azhar mula menulis sesuatu pada sliding door itu. Munirah melihat sahaja apa yg akan dilakukan oleh lelaki saiko di depannya ini. Amar teralu obsesi dengannya sampaikan sanggup buat semua perkara kejam ini sekali.

"Munirah milikku selamanya..."

Ehhh kau jangan nak perasanlah gila!!! Aku tak akan jadi milik kau!! Aku sudah ada suami!! Suami aku cikgu Azhar dan aku cintakan dia lebih dari segalanya. Aku yg patut ucap terima kasih dekat kau Amar..kau yg telah satukan aku dan cikgu Azhar. Nasib saja aku tak jatuh dekat tangan lelaki jahanam seperti kau!! Lelaki gila!! Sampai bila-bila pun aku tak akan terima kau..aku tak akan maafkan atas segala yg kau telah lakukan terhadap aku selama ini. Tak akan..Aku benci kau Amar..aku benci kau..apa salah aku dekat kau Amar..kenapa kau sanggup siksa hidup aku sampai macam ni..kenapa.. Balas Munirah pada mulanya menengking Amar tetapi selepas itu suaranya mula kendur dan pandangannya mula jatuh ke bawah. Sayu sahaja tangisan Munirah kali ini. Kesakitan yg dirasainya disebabkan oleh Amar sendiri. Munirah menekup wajahnya. Masih menangis semahunya di situ. Melihat keadaan Putih yg sudah tidak bernyawa lagi sakit hatinya.

Amar hanya memandang kosong sahaja ke arah Munirah. Satu perasaan lain mula wujud di dalam benak hatinya. Satu perasaan yg dia sendiri tidak pernah rasa sebelum ini. Satu perasaan yg telah membuatnya rasa bersalah. "Simpati". Mahu sahaja dia memeluk tubuh Munirah sekarang. Melihat Munirah menangis seperti ini sangat menyiksa jiwanya. Bukan ini yg Amar mahukan. Amar mengorak langkah ke belakang sedikit. Melihat tangannya yg sudah dipenuhi darah kucing. Segera dia bergegas pergi dari sini. Meninggalkan saja Munirah dengan mayat kucing itu. Dalam beberapa minit Munirah menangis di situ, dia sudah tidak nampak kelibat Amar di sini lagi. Mungkin lelaki itu sudah pergi. Teka Munirah. Dalam keadaan berhati-hati Munirah membuka sedikit pintu sliding door itu. Selepas melihat susuk tubuh Amar memang tiada di situ segera dia bergegas ke arah Putih.

Puutihh...Putih tak apa-apakan?? Puutih..bangun sayang..mama dah ada di sini...Orang jahat tu sudah tiada..bangun Putih..Kata Munirah lalu mengangkat tubuh Putih yg masih mengeluarkan darah pekat lagi. Dipeluk erat tubuh Putih di dalam dakapannya. Sejuk sahaja badan putih apabila bersentuhan di tangan Munirah. Air mata Munirah terus berjujuran keluar. Munirah hanya duduk di situ saja untuk menemani putih.

Putih..maafkan mama Putih..maafkan mama..Putih telah selamatkan mama tetapi mama yg tinggal Putih..Tidurlah sayang..Mama akan teman Putih tidur. White..Putih dah tak ada...Maafkan Irahh!! Menangis Munirah teresaknya di situ. Mengigil jarinya menutup semula mata Putih yg masih terbuka. Munirah memeluk erat tubuh putih di dalam dakapannya. White seakan faham sahaja sudah kehilangan anaknya itu. White hanya berjalan mengelilingi Munirah. sekali-sekala dia mengiau tanda bersedih juga. Hati Munirah mula terasa sakit dengan semua ini. Satu kesakitan yg mungkin akan meninggalkan kesan dihatinya. Merelakan satu nyawa di ambil kembali. Hari yg penuh dengan suka dan duka. Akhirnya Putih sudah tiada.

Selamat tinggal Putih, terima kasih kerana sudah hadir di dalam hidupku selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience