DIA 17

Romance Completed 131781

"Ikram dengan Hazzar kena pergi majlis tu? Kenape tak bonda dengan ayah je yang pergi?" Rungut Ikram.

"Bonda dengan ayah ada urusan penting, tak dapat nak pergi. Hazzar dengan Ikram wakilkan bonda dengan ayah, boleh?" Balas bondanya.

Ikram mengeluh dan Hazzar pula diam seribu bahasa.

"Hazzar, boleh?" Soal bondanya. Hazzar mengangguk.

"Woi! Takkanlah! Aku dah janji nak jumpa awek dekat kelab tu." Hazzar mengeluh.

"Kau masih jugak nak dekat minah dekat kelab tu? Aku ingat kau dah buang diorang dan cuba dapatkan Hanis." Ujar Hazzar dengan nada perli.

Ikram terkelu.

"Eh kalau aku tak kahwin dengan Hanis kenape? Kau nak dekat dia?" Soalnya geram.

"Hahh memang taklah! Buat ape aku nak kahwin dengan dia. Lebih baik aku kahwin dengan... Minah kelab malam." Ujar Hazzar selamba.

"Minah kelab malam!? Aku tak tahu pulak yang kau lebih tertarik dengan minah murahan, selalu ditebuk dan... Sebagainya." Balas Ikram.

Bondanya sudah pening. Kalau dua beradik ni bergaduh, susah betul nak berhenti. Kalau ada orang masuk campur, bersedialah nak kena tibai. Sebijik macam perangai ayahnya masa muda dulu. Bondanya bangun dan meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

"Eh mulut kau ni! Ada dua sebab aku tak nak kahwin dengan Hanis. Pertama, aku tak nak kena kongkong. Tak boleh nak clubbing, mabuk-mabuk bagai. Kalau aku kahwin dengan perempuan macam dia sah-sah lah aku kena bimbing dia ke jalan yang benar padahal aku sendiri dah sesat, inikan pulak nak bimbing dia. Kedua a- "

"Aku tak nak dengar yang kedua. Kau... Fikir macam tu sekali? Semua orang pernah sesat, tapi kita tetap ada peluang untuk cari jalan yang sebenar. Setiap perkara, ada jalan penyelesaian, ada jalan keluar. Jadi, kau tak rasa ke yang Hanis boleh tolong kau atau aku keluar dari dunia gelap kita? Tak terfikir ke?" Soal Ikram.

Hazzar terdiam.

"Bagilah aku cakap sebab kedua. Sebab ke- "

"Aku tak nak dengar! Aku tak nak dengar kau merendah-rendahkan Hanis. Itu umpama kau merendah-rendahkan bonda. Bonda solat lima waktu kan? Tutup aurat tetapi bezanya bonda dengan Hanis hanya satu."

"Apa dia?" Soal Hazzar.

"Bonda tak pernah ajar kita tentang agama. Ajak solat, itu masa kita kecik. Bila dah besar, bonda buat tak tahu. Kita mabuk dia tak kisah. Kau tengok Hanis, walaupun tak kenal kita tapi dia tak pernah berhenti bagi nasihat dan kata-kata yang baik." Hazzar merengus.

"Boleh tak kalau kau jangan bandingkan bonda dengan Hanis? Apa hebatnya dia. Aku tengok, dia tu hanya seorang perempuan yang baik. Itu je. Tak ada apa-apa yang istimewa pada dia. Kenape kau nak lebih-lebih kan orang luar!?" Soal Hazzar dengan nada tinggi.

"Sebab aku percaya Tuhan hantar dia untuk tolong aku, tolong kau. Kembali ke jalan Allah. Dia boleh... Tolong aku." Balas Ikram.

"Kalau kau nak berubah, kau perlu kuatkan hati dan iman. Tak perlu tunggu bantuan orang lain. Itu tak akan membantu. Setakat nasihat, ape je? Baik kau jumpa ustaz." Balas Hazzar.

Hazzar bangun lalu meninggalkan Ikram. Mata Ikram mengekori pemergian dia. Ikram serabutkan rambutnya sendiri. Kenape dia terlalu pertahanan Hanis? Tanpa dua beradik itu sedar, bonda mereka mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut mereka.

"Kau rampas kepercayaan mereka terhadap aku, Hanis. Aku akan pastikan, kau jugak akan hilang kepercayaan terhadap mereka. Lagi-lagi, kalau kau masuk dalam keluarga ni. Lagi senang." Bondanya mengukir senyuman sinis.

---

Hanis duduk di ruang tamu seorang diri dan hanya bertemankan telefon dan perabot di dalam rumah. Sungguh bosan, sudahlah Lara di transfer ke Penang, Syaza pula berada di rumah mama papanya. Apa yang dia nak buat? Hanis bangun lalu menuju ke biliknya untuk menukar pakaian. Dia bercadang untuk bersiar-siar di taman berdekatan sini.

---

Hazzar menggoyangkan kepalanya, menikmati musik rancak yang dimainkan di kelab malam. Tangannya juga turut bergerak-gerak.

Kaef menerjahnya. Mata Hazzar hanya terbuka sedikit akibat terlalu mabuk dan mengantuk. Tangan Kaef memegang bahu Hazzar.

"Berapa banyak kau dah minum? Kuat sia*l baru arak dekat badan kau!" Ujar Kaef dengan nada tinggi, kalau nada biasa gerenti tak dengar.

"Tak banyak mana. 7 ke 8 botol je." Balas Hazzar.

"Je!? Banyak si*l. Dah cukup-cukup lah tu, baiklah." Arah Kaef.

Kaef menarik gelas yang berada di tangan Hazzar lalu menariknya. Hazzar yang mula rimas terus menghadiahkan tumbukan padu pada Kaef. Kaef jatuh. Tiada sesiapa perasaan sebab terlalu asyik dengan nikmat dunia.

Hazzar bangun lalu menuju ke luar. Dia berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang, tak menentu. Semua orang memandangnya aneh walaupun sudah tahu perangainya memang begitu. Hazzar melangkah masuk ke dalam perut kereta. Keretanya meluncur laju dengan destinasi yang masih misteri.

Kepalanya agak pening dan pandangan agak tidak jelas. Dia terbatuk-batuk kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia keluar lalu ke semak dan mengeluarkan segala isi. Dia terbatuk-batuk lagi.

Hazzar memegang perutnya yang sakit teramat, mungkin effect dari muntah tadi. Dia merangkak lalu menyandarkan badannya disebatang pokok. Tiba-tiba dia diserang oleh seorang lelaki, dompetnya dan telefon dirampas.

Hazzar sempat memeluk kaki lelaki tersebut. Lelaki tersebut menarik kakinya tapi tidak dapat.

"Amer!" Jerit Hanis.

Lelaki yang bergelar Amer itu menoleh. Hanis berlari ke arah mereka lalu mengetuk kepala Amer dengan kuat. Amer mengaduh kesakitan.

"Bagi balik!" Arah Hanis sambil mengetap gigi. Amer tidak menurut.

"Aku ulang. Bagi balik!" Ulang Hanis dengan nada tinggi.

Segera Amer membaling dompet dan telefon Hazzar ke bawah, Hazzar mengutip barang-barangnya. Segera Amer naik ke atas motor lalu memecut laju. Hanis bercekak pinggang.

"Pantang nampak orang datang, ada je yang kau nak rembat." Rungut Hanis.

Ini bukan kali pertama Amer buat hal begitu, sudah berpuluh kali. Walaupun sudah pernah keluar masuk lokap tapi masih tak insaf lagi. Apa nak jadilah dengan dia?

Hanis mencangkung dan memandang Hazzar yang sedang menunduk kepala. Tangan Hazzar naik ke mulutnya sendiri.

"Encik okay? Ada a-" Kata-kata Hanis terhenti apabila Hazzar angkat muka.

"Encik Hazzar?" Ujarnya terkejut.

Pipi Hazzar sudah membulat macam pau. Hazzar mengeluarkan isi-isi perutnya ke wajah Hanis. Hanis mengetap bibir dan memejamkan mata.

Tangan Hazzar berada diatas bahu Hanis dan dia terus mengeluarkan isi perut ke tanah. Hanis nak nangis tapi tak ada air mata yang keluar.

Hanis mengelap mukanya menggunakan lengan bajunya kemudian membantu Hazzar untuk bangun. Tangan Hazzar naik membelai pipi Hanis, dengan automatik Hanis menampar pipinya dengan kuat sekali.

Hazzar jatuh lalu tertidur. Hanis menekup mulutnya lalu mencangkung lagi. Badan Hazzar di goyang sedikit. Takut mati.

"Apa aku nak buat ni?" Soalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience