H14

Crime Series 45700

"Arsyad, Mama kau mana?"

Ezhar bersoal seraya matanya memandang sekeliling ruang rumah.

"Mama ikut Wan ke surau.,"

Oh lupa, sekarang kan dah waktu mahgrib, Ezhar je yang tak pernah jejak surau. Kiblat pun dia tak tahu arah mana.

"Syad.. aku nak tanya kau, kenapa masa mula-mula dulu kau panggil aku papa?"

Soal Ezhar lagi, tubuh dirapat mendekati anak lelaki Dafika. Atau mungkin juga anak dia. Ah! Buntu!

"Sebab mama pernah cakap, gambar yang ada dalam almari tu gambar papa Arsyad."

Jawab Karsyad lancar, mata kembali dipamer ke kaca televisyen.

"Gambar siapa?"

Ezhar tanya lagi, tak puas hati.

" Gambar Pak Cik Har la.."

Makin berkeriut wajah petak Ezhar, rasanya sebelum ni dia pernah dengar Dafika dan Karsyad bercakap pasal gambar didalam almari.

Jangan cakap, gambar yang Dafika simpan sama dengan gambar yang Nasir maksudkan. Gambar bogel.
"Maksud kau gambar yang mama kau simpan tu gambar aku?"

Sekali lagi bibir Ezhar menyoal kasar.


Karsyad mengangguk. Namun matanya masih tegak pada rancangan Fiksi Ejen Ali.


"Syad... tunjuk kan aku gambar tu."


Segera Karsyad menoleh kearah Ezhar. Kepalanya digeleng.
"Taknak lah Pak Cik Har.. nanti mama marah."

"Aku janji lepas kau tunjuk kat aku, Aku belikan kau barang Ejen Ali."

Ezhar cuba memancing, kotak televisyen dijeling sekejap.


Mendengar tawaran Ezhar, Karsyad mengangguk riang. Mungkin terbayang 'IRIS glasses' yang dipakai oleh watak Ali akan menjadi miliknya.


Mereka berdua bangun dan menujuk ke bilik Dafika.


Kali kedua Ezhar melangkah masuk kedalam bilik ini. Dan kali ni jantungnya berdebar kencang. Dia takut melihat gambar yang bakal dijumpainya di bilik wanita ini.

"Mana mama kau letak gambar tu?"

Soal Ezhar tak sabar.

Karsyad menunjukan sebuah kotak didalam almari yang sudah dibukanya. Kotak itu agak tinggi dari kedudukan anak itu.


Segera Ezhar mencapai kotak sebesar kotak kasut tersebut. Jantung terus bergerak laju.

Takut melihat gambar tak senonoh mereka berdua, seperti kenyataan Nasir.
.
Tangan membuka kotak tersebut, terdapat kertas-kertas resit yang Ezhar tak pasti untuk apa.

Ada juga beberapa keping gambar Karsyad sewaktu kecil, hinggalah jarinya mencapai sekeping gambar dia sendiri.

Gambar itu dikeluarkan.

"Ni lah gambar yang mama selalu tengok, bila Arsyad tanya, mama cakap ni gambar papa Arsyad. Sama kan gambar ni dengan gambar Pak Cik Har?"

Terang Karsyad ketika melihat gambar yang pernah dilihatnya berada ditangan Ezhar.


Ezhar merenung gambarnya sendiri sewaktu masih berpakaian sekolah. Memang bukan gambar ni yang dia nak cari.

Tapi kenapa Dafika menyimpan gambar dia?

Dan kenapa juga Dafika bagi tahu Karsyad bahawa dia adalah ayah kepada anak lelaki itu?

"Apa awak buat dalam bilik saya?"


Serentak Karsyad dan Ezhar menoleh kearah Dafika yang tiba-tiba masuk kedalam bilik.


Melihat Ezhar memegang gambar yang berada dalam simpanannya selama ini, segera langkah Dafika merapati lelaki itu.

"Apa ni?! awak takde hak nak selongkar barang saya?"
Dafika cuba merampas gambar di tangan Ezhar, namun lelaki pantas menyorok dibelakangnya.

"Kenapa kau simpan gambar aku?"

"Bak balik Har!"

Rengus Dafika, sekali lagi gambar itu cuba dirampas dari tangan Ezhar, namun keras lelaki itu melarikannya.

"Aku tanya ni. Kenapa kau simpan gambar lama aku?!"

Jerkah Ezhar lagi.


Karsyad yang mendengar suara marah Ezhar, terus belari dan memeluk pinggang ibunya.

"Har! tu gambar lama, waktu sekolah? salah ke saya simpan? Sudah Har baik awak bagi balik, dan keluar dari bilik saya"

Dafika mengendurkan bait ayatnya.. tak mahu pergaduhan berlaku dihadapan anaknya.


Mata Ezhar sempat melirik ke arah Karsyad sebelum nafas dihela pendek.
"Fika. Kenapa kau cakap dengan Arsyad yang aku papa dia?"


"Sudah lah Har... keluar dari bilik saya."

Soalan Ezhar tidak dijawab, Dafika mengarah lagi lelaki dihadapannya.

"Fika.. Banyak benda yang aku tertinggal selama 7 tahun ni. Tolong cerita dengan aku apa sebenarnya yang berlaku dan siapa bapak Arsyad?"


Anak mata Dafika menyorot ke arah Ezhar sebelum kembali tunduk memandang anaknya.

"Arsyad jom kita keluar, Arsyad belum makan lagi kan?."

Soalan Ezhar tadi tidak dijawab, Dafika menarik lengan anaknya untuk keluar. Dia tak mahu rahsia yang disimpan selama ini, bocor.


Melihat tingkah Dafika, Ezhar merampas lengan Karsyad dari wanita itu sebelum menolak anak lelaki itu keluar dari bilik. Lantas pintu bilik ditutup kemas.

"Har!"

Dafika menjerit taktala mereka berdua sudah terkunci didalam bilik.

Jantungnya makin menyentap kuat.


Ezhar tidak peduli. Dia merapati tubuh Dafika membuatkan wanita itu menapak kebelakang hingga beku di tepi dinding.

"Baik kau cerita dengan aku apa sebenarnya yang berlaku 7 tahun lalu?!"

Soal Ezhar lagi. Badanya menghalang Dafika yang sudah bersandar didinding kayu.

"Har tak elok kita berdua dalam bilik ni, nanti apa Atok dengan Wan cakap. Baik awak keluar!"

Tak mahu mengalah, Dafika cuba mengangkat wajahnya. Mata tajam Ezhar dilawan.

"Aku tak perduli apa orang nak cakap.Aku tanya sekali lagi, Apa yang dah aku lakukan pada kau 7 tahun lepas di Cystal Inn?!"


Crystal Inn?

Ezhar dah tahu ke?

Tentu jantan tu yang bagi tahu! Bangsat!

Panahan mata Ezhar tak mampu lagi ditatap oleh Dafika. Kepala menunduk ke lantai.

Bibir bawah digigit kuat, lidahnya kelu untuk menjawab soalan Ezhar.

"Fika.. Kau terus-terang dengan aku, Arsyad tu, anak aku kan?"

Akhirnya Ezhar bertanya lembut.

Dafika teguk liurnya yang tersangkut tadi, sekali lagi wajah diangkat dan cuba melawan anak mata kelabu milik Ezhar. Namun dia tetap kalah

Perlahan dada sasa lelaki itu ditolak untuk menjauh.
"Sudah Har... baik awak keluar."


Tubuh Ezhar tidak berganjak walaupun Dafika kuat menolak badannya. Lengan kecil wanita itu disauk menyebabkan tindakan Dafika terhenti.

"Fika...tolong jangan sorok lagi.. 7 tahun dulu, aku yang rogol kau sampai kau lahirkan Karsyad dan sebab tu kau rapat dengan aku, Betul kan?"

"Tak, awak jangan nak merepek Har.."

Laju Dafika menjawab, Lengan yang disambar lelaki itu cuba ditarik namun sedikit pun Ezhar tidak melepaskan.


Wajah Ezhar kembali merapati Dafika hingga wanita terpaksa memusingkan muka ketika nafas mereka hampir rasa bersatu.

"Aku memang mabuk malam tu Fika, aku sedar ada perempuan sebelah aku tapi aku tak tahu siapa. Tolong terus terang dengan aku Fika.. Jangan buat aku rasa serba salah."

"Kalau awak rasa serba salah. Awak tak payah lah ambik tahu lagi. Saya tak harapkan apa-apa dari awak."

Lengan yang digengam kasar oleh Ezhar, makin ingin Dafika lepaskan. Tubuhnya meronta kuat.

"Cukup Fika! Aku tahu kau putus dengan Nasir sebab kau kandung anak aku! Kau duduk dengan Wan sebab kau tahu Arsyad tu darah daging diorang, Kau melawat aku kat penjara selalu sebab kau taknak aku putuskan hubungan dengan Arsyad! Betul kan?!"

Ezhar merengus. Kedua lengan Dafika yang masih ditangannya dibawa menerkap kedinding sehingga mengunci Dafika dari terus bergerak.

"Har! lepaskan! Sakit!"

Segala tenaga Dafika kumpul untuk terus meronta. Wajah hanya dipaling kekiri kerana muka Ezhar sudah benar-benar merapatinya.

"Aku takkan lepaskan kalau kau tak cakap!"

"Har! tolong.. sakit.."

"Fika! Kenapa ni? Bukak pintu."

Kedengaran suara Hajah Salhah dari luar, menjerit-jerit sambil pintu bilik diketuk bertalu-talu.

"Kenapa kau nak sorok dari aku Fika?! Kenapa kau tak terus terang yang Arsyad tu anak aku?!"

Ezhar tak perduli, sisi wajah Dafika terus direnung.

"Har! Fika bukak pintu ni!"

Hajah Salhah makin merayu di luar.


Ezhar mula hilang sabar, dagu kecil Dafika digengam dan memaksa wanita itu untuk memandangnya.
"Fika! Pandang aku! Cerita kan hal sebenar!"


Dalam keadaan terpaksa, Dafika melawan anak mata Ezhar, liur diteguk sebelum dia menjawab.

"Bukan! Arsyad bukan anak awak!"

"Kau masih nak tipu aku, Malam tu kita berdua je dalam bilik. Memang aku tak nampak muka kau, tapi aku ingat suara kau Fika!"

Arrghh! Kerasnya kau menafikan kebenaran!

Ezhar masih tak puas hati.

"Saya dah jujur! terpulang kalau awak tak percaya!"


Renungan Dafika, Ezhar pandang seketika.

"Kau tipu Fika! Kau cuba nak permainkan aku!"

"Har! Bukak pintu kalau tak Atok robohkan bilik ni!"

Kini suara Haji Bohari pulak memekak di luar, membuatkan kepala Ezhar makin serabut.

"Jujur dengan aku Fika!"

"Har!!"

Jeritan Haji Bohari terus bergema

"Haish!"
Ezhar merengus! Lengan Dafika dilepaskan sebelum pintu dikuak kasar.

"Har! apa yang kau dah buat ni?!"

Hajah Salhah menghampiri Dafika yang masih beku ditepi dinding..

"Har! Kau buat apa dalam bilik Dafika?"
Haji Bohari pula bersoal.

"Harrggh!!"

Fikiran Ezhar makin kacau bilau. Dia menjerit kuat sebelum menumbuk dinding kayu hingga berdengung sebentar bunyi didalam bilik itu.

Keadaan sunyi sebentar ketika melihat Ezhar bertindak kasar.

Mujur Karsyad dah tiada, mungkin Wan dah sorok anak itu didalam biliknya.

"Kau ni dah kenapa Har? Kau jangan nak buat kerja giler lagi!"

Marah Haji Bohari lagi, kalau dia masih muda. Sudah ditangan cucu lelakinya itu.

Ezhar serabutkan rambut hadapanya. Nafas ditarik panjang sebelum dia bersuara.
"Atok, Wan.. Har nak kahwin dengan Fika."


Serentak semua mata memandang Ezhar, begitu juga Dafika.

"Kahwin? kenapa? Apa yang dah berlaku?"

Sekali lagi Haji Bohari menyoal tegas, semerta dahi tuanya berkerut seribu.

"Baik korang terus terang, apa yang berlaku sebenarnya.. Kenapa tiba-tiba nak kahwin"

Tanya Hajah Salhah pula, pandangan silih berganti antara Dafika dan Ezhar.
"Fika.. cerita dengan Wan, apa yang Har dah lakukan pada Fika, Fika mengandung ke?"

Terbaknya lagi.

"Tak Wan.. Demi Allah kami tak buat kerja terkutuk macam tu."

Dafika cuba membela diri, mata yang hampir berkaca melirik pada Ezhar yang turut memandang tajam kearahnya.

"Habis tu.. kenapa nak kahwin tiba-tiba?"

Soal Haji Bohari pula. tak puas hati.

"Sebab Har nak jadikan Fika isteri Har."

Jawab Ezhar segaris.

"Ye... Wan ngan atok tahu... tapi kenapa TIBA TIBA?"

Suara Hajah Salhah dikendurkan sedikit.

"Sebab Har bapak kepada Karsyad."

" Hah!"

Serentak Hajah Salhah dan Haji Bohari memandang cucunya


Dafika pula terus mencangkung, pandangan ditunduk kebawah, kedua tangan memegang sisi kepala.
"Karsyad bukan anak Har! Dia anak Fika! Anak Fika!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience