Kedatangan dirinya ke tanah melayu mengikut ahli keluarganya untuk berniaga. Memang sudah berasal dari keluarga bangsawan yang berasal dari sebuah negara yang terletak di asia selatan. Hidup dalam kemewahan dengan perniagaan keluarganya yang semakin lama semakin maju. Tinggal di Malaysia membuatkan dirinya tertarik dengan budaya dan adab orang melayu yang lembut dan sopan. Sampailah hatinya turut tertawan dengan seorang penduduk tempatan yang tak kurang cantiknya pada pandangan matanya.
“Ayah saya nak berkahwin dengan Basheera. Ayah, mak..” El Amin meyuarakan hasratnya kepada orang tuanya.
“Kamu tahu kan yang mereka tak seagama dengan kita. Kehidupan kita dengan mereka berbeza sekali.” Balas lelaki yang dikatakan ayah kepada El Amin tadi.
“Ayah. Itu saya tahu.. Saya sekarang ni sudah menukar agama, sudah memeluk agama Islam. Bukan kerana sudah jatuh hati dengan Basheera semata-mata ayah, mak. Saya ikhlas. Sekarang ini nama islam saya El Amin. Mak, ayah..” El Amin melutut di hadapan kedua-dua orang tuanya. Ayah El Amin yang duduk tadi terus bangun dan berjalan pergi dari situ.
“Mak?” El Amin masih merayu kepada wanita yang melahirkannya itu.
“Sabar-sabar ya! Sekejap mak tengokkan ayah kamu” bangunlah wanita itu pergi meninggalkan El Amin yang sedang melutut seorang diri di situ.
Dia melihat suaminya yang sedang melihat gambar-gambar kenangan membesarkan anak tunggal mereka sepanjang berada di tanah melayu yang tergantung rapi di dinding rumah mereka.
“Sudah lah tu, itu keputusan dia. Di tempat asal kita pun, masih ramai yang menukar agama bukan? Dia sudah besar. Pandailah dia pikir mana baik dan buruknya.” Pujuk wanita itu.
“Dia satu-satunya anak yang kita ada. Sekarang ni” Lelaki separuh baya itu mengeluh.
“Kita pernah bincang akan hal ini sebelum ini bukan? Saya dah boleh agak bila anak kita terlalu rapat dengan budak perempuan melayu tu. Janganlah menghalang dia. Apa-apa pun itu tetap anak kita. Walaupun selepas ni agama kita berbeza. Tapi dia tetap anak kita bukan? Kita kena hormat dengan keputusan yang dia dah buat..” pujuk ibu kepada El-Amin kepada suaminya.
“Iyalah, saya sudah boleh jangka semua ini akan berlaku juga satu hari nanti. Tapi sungguh tak percaya semua ini berlaku terlalu cepat. Dia pula sudah buat keputusannya juga. Apalagi yang kita boleh buat, selain bagi kebenaran kepada dia..” berat hati si Ayah menyuarakan biacaranya.
“Bukannya kebenaran. Tapi restu.. Aih.. Sudah berkawan dengan ramai orang melayu pun tak pandai lagi ke? Sekarang sudah nak dapat menantu melayu tau. Kenalah pandai-pandai cakap melayu lagi.” Usik si isteri.
“Eh! Sudah betul saya cakap kan. Tak ada yang salah pun.” Balas si suami tak mahu kalah dengan isterinya. Walaupun mereka tidak mengunakan bahasa asal mereka. Mereka selesa mengunakan bahasa ibunda penduduk tempatan dan bergaul mesra dengan rakyat-rakyat tanah melayu.
“Iyalah-iyalah! Betul-betul. Suami saya memang sangat pandai..” si isteri menarik tangan sang suami agar masuk ke ruang tamu rumah mereka semula untuk berjumpa dengan anaknya yang masih setia melutut dari tadi.
“Sudahla tu. Bangunlah!” El Amin yang sedang melutut di lantai di tarik bangun oleh ayahnya.
“Kami tidak membantah keputusan kamu. Kamu satu-satunya anak yang kami ada.” Si ayah menganggukkan kepalanya dan berpaling melihat kepada isterinya yang ada di sebelahnya. Senyum saja wanita itu kepadanya.
“Ya. Lagipun semua ini milik kamu. Harta ini, kekayaan ini.. Semuanya. Kami berdua semakin tua. Masa kami sudah tak lama di dunia ni..” sampuk si isterinya pula.
Dengan restu kedua ibu bapa El Amin. Maka, bernikahlah El Amin dengan gadis pilihannya yang bernama Basheera. Seorang penduduk tempatan. Dengan ilmu perniagaan yang penuh didada dia membuka satu peniagaan yang lain dan meletakkan nama isterinya sebagai nama utama syarikatnya, Basheera Empire Sdn. Bhd. Satu perniagaan dagangan tekstil yang berasal dari negara asalnya.
Kelahiran anak pertamanya yang diberi nama Hamizan menambahkan lagi rezeki buat pasangan itu. Daripada perdagangan barangan tekstil, El Amin membuka kilang beras import. Setahun kemudian lahirlah anak keduanya Hasbi diikuti dengan Hamsyari berselang tiga tahun dan anak perempuannya Haseena selepas dua tahun kelahiran Hamsyari.
“Jangan ambil ni mainan abang!”
“Bagilah Hasbi main pula abang..”
Jeritan dua anak lelaki yang bezanya hanya setahun itu kedengaran sampai kedalam rumahnya. Basheera berlari keluar sambil mendukung bayi perempuannya.
“Kenapa ni? kenapa bising-bising ni?” tanya Basheera. Melihat kepada tiga anak lelakinya yang sedang duduk di tanah yang dilapisi dengan rumput karpet Jepun yang memenuhi ruangan halaman rumahnya.
“Hasbi ni ma! Dia nak ambil mainan Mizan” Hamizan memarahi adiknya.
“Lah! Mainan saja kan. Main sama-sama lah, Mizan kan abang apa salahnya beralah dengan Hasbi. Tengok Syari pun dah nangis ni..” Basheera duduk di tanah sambil mencempung Haseena terbaring di atas ribanya. Tangannya mengusap air mata Hamsyari yang sudah membasahi pipi putihnya.
“Tapi ni babah yang belikan untuk Mizan! Mizan tak suka orang main mainan milik Mizan! Ini hak Mizan!” marah Hamizan sambil memeluk erat mainannya ke dada.
“Mizan dah besar lah. Mainan tu sepatutnya bagi kepada adik-adik..”
“Kenapa bising-bising ni? sampai ke atas saya dengar suara anak-anak ni” El Amin datang menegur keluarga kecilnya itu.
“Ni abang, Mizan..”
“Babah! Hasbi dengan Syari ni yang main mainan Mizan. Mizan tak suka!” Bentak Hamizan menunjuk kepada dua orang adik lelakinya.
“Kenapa ni? Bukan babah beli mainan semua sorang satu? Kenapa nak ambik mainan abang juga?” Tanya El Amin.
“Kami nak main sekejap saja abah. Mainan Hasbi abang dah rosakkan..” Hasbi bernada sedih menunjuk kearah abangnya.
“Mizan!” tegas El Amin menegur anak sulungnya.
“Bukan salah Mizan. Hasbi yang jatuhkan mainan tu..” jawap Hamizan lalu berpaling ke arah lain bersama dengan mainan yang ada didalam pelukannya.
Hasbi hanya mampu diam. Semuanya bermula dengan perebutan dia dengan Hamizan, akhirnya mainan itu jatuh kebawah bila mainan itu terlepas dari tangannya sendiri. Padahal dia tahu, itu adalah perbuatan khianat dari Hamizan yang sengaja melepaskan mainannya dalam perebutan itu sehingga mainan itu jatuh dari lantai atas bilik tidurnya sehingga pecah berderai jatuh ke lantai bawah.
“Babah dah pesan kan. Mainan semua kena jaga sendiri. Kalau Hasbi tak pandai nak jaga mainan Hasbi, macam mana bila besar nanti papa nak harapkan Hasbi..”
“Abang!”
Basheera menegur suaminya. Kepala digelengkan ke kiri dan kanan. Membantah suaminya dari terus menyambung ayatnya. El Amin mengeluh. Dua anaknya itu memang dari kecil sampai sekarang sering bertelangah. Itu cukup membuatkannya merasa pening memikirkan hal itu.
“Dah la, abang nak ke Office, Mizan kalau nak ikut babah. Pergi bersiap cepat..” Arah El Amin. Berlari Hamizan membawa mainannya bersama masuk kedalam rumah.
“Mizan saja.. Bawalah Hasbi sama..” Basheera menarik Hasbi bangun dan menepuk-nepuk belakang baju dan seluar anaknya itu. Hasbi melebarkan senyumannya melihat kepada mamanya.
“Mizan sajalah. Kalau saya bawa dua-dua, tak jadi kerja saya ni di office nanti. Asyik dengar dua orang ni bergaduh aja. Buat malu dengan staff saja nanti.” El Amin mengatur langkahnya masuk kedalam rumah semula.
Senyuman mekar di wajah Hasbi terus layu, melihat langkah El Amin pergi meninggalkan mamanya dan dua lagi adiknya.
“Biarlah babah ke pejabat. Mama bawa Hasbi, Syari dan Seena ke mall nak? Beli mainan baru?” pujuk Basheera kepada tiga lagi anaknya itu.
“Mainan? Babah tak marah kalau mama belikan mainan baru?” tanya Hasbi menunduk sambil bermain dengan tangannya.
“Kenapa nak marah. Mama yang nak belikan. Janji anak-anak mama behave, dengar cakap mama, boleh kan?” tanya Basheera mencubit lembut pipi Hasbi dan juga Hamsyari bersama-sama.
Bergelak suka dua anak lelakinya itu memeluk Basheera yang sedang meriba Haseena. Selepas mendapat izin daripada El Amin, Basheera keluar dari rumahnya membawa tiga anaknya ke pusat beli belah diiringi oleh pembantunya.
“Mama-mama!” Hasbi menarik kain Basheera.
“Ya sayang” Basheera menunduk melihat kepada Hasbi.
“Kalau Hasbi besar nanti. Hasbi ada banyak duit, Hasbi nak beli mall ni. Jadi Hasbi tak payah rebut-rebut mainan dengan abang lagi.. Babah pun takkan marah dengan Hasbi lagi..” Hasbi menyatakan dengan tangan yang didepa-depakan menunjuk ke ruang yang ada di dalam pusat beli belah itu.
Basheera tahu anaknya sering dibeza-bezakan terutamanya diantara Hamizan dan Hasbi. Suaminya El Amin sering melebihkan Hamizan dari semua segi kerana Hamizan merupakan anak lelaki sulungnya yang akan menerajui syarikatnya.
“Mama doakan hasrat anak mama tercapai. Nak beli mall ni Hasbi kena kerja keras. Tak ada yang mustahil di dunia ni. Janji anak mama ni rajin dan kuat berusaha. Mama akan sentiasa mendoakan anak mama berjaya dunia dan akhirat.” Basheera mengelus lembut rambut Hasbi.
Hasbi melompat kegirangan suka dengan ucapan Basheera. Tangan Hamsyari ditarik masuk kedalam sebuah kedai besar yang menjual alat permainan kanak-kanak.
Assalamualaikum hai semua.. Alhamdulillah bertemu kembali kita bersama.. Kalini waney bawakan LANTARAN KASIH.. Waney akan updated LANTARAN KASIH isnin - Jumaat ya.. Pukul 3pm atau 6pm..
Share this novel
Terbaikk
,, 753'3"80_88+//5+? ,,, 7,,07 000\? *. 5), 0*,*, 899511£14.+20 0-$-17
sedih x dpt nk baca next chapter bila topup my wallet tp xde walhal telah deduct Dr e wallet.