Bab 8

Mystery & Detective Completed 54756

Esoknya..
Sekolah Air Merah Batu 3

Fina berjalan sambil mengendung beg yang berisi barang keperluannya untuk hari ini & esok.Dia meletakkan barangnya di atas lantai garaj motor. Dia melihat sekeliling untuk mencari kelibatan Haziq. Tetapi Haziq masih tidak sampai lagi.

Fina menegur 2 orang budak perempuan tingkatan 3.

" Hi, saya nak tanya, kamu kenal Wawa tak ? Dia sama umur dengan kamu berdua. Hari itu dia ada jumpa saya. Jadi saya nak jumpa dia. Dia ada tak ? " tanya Fina .

Muka 2 orang budak perempuan tu tiba tiba berubah.

"Macam mana kakak kenal dia ?" muka 2 orang budak tu berubah pucat

"Dia jumpa saya semalam. Kenapa muka kamu pucat je ni ? " Fina risau dengan 2 orang budak tu.

"Sebenarnya , Wawa tu dah meninggal . Dia meninggal sebab bunuh diri. Dah setahun dia meninggal. saya minta diri dulu ." 2 orang budak permpuan terus pergi ke kelas mereka.

"Dengan siapa yang aku cakap semalam tu ? Dia Hantu ke ?? " kata hati Fina.

Haziq yang berjalan menuju ke garaj motor. Dia ternampak Fina sedang termenung jauh. Jadi dia berlari untuk mengejutkan Fina.

"Bahhhhh!!!! "

"Aaaaaaaa!!! Oit!!! Kalau aku mati sebab terkejut, aku nak ko bertanggungjawab.!! " Marah Fina.

"Sorrylah, sikit je pon. Dari tadi ko termenung je. Ko rindu aku ye? Aku tahu lah aku hensem, macho & kpop.." Haziq belagak macho di depan Fina.

"Jangan nak perasan, tak ingin aku rindu orang macam ko. Belagak je tahu. " Fina membuat muka menyampah .

"Jadi ko termenung apa? Aku pon nak tahu jugak. Bagitahu cepat.."

"Budak yang aku cakap semalam tu. Budak tingkatan 3 tu.Yang bagi rantai dekat aku tu. . Budak tu sebenarnya dah meninggal setahun lalu. Jadi, yang aku jumpa semalam tu hantu.. Aku takutlah , benda tu asyik cari aku je." Fina memandang sekeliling.

" apa ? Hantu ??? Berani betul ko cakap dengan hantu? Aku cakap dengan ko pon rasa macam nak pengsan. Tambah lagi cakap dengan hantu .. Berani betul ko.."Haziq membuat gaya nak pengsan.

"Aish..Manalah aku tahu dia hantu!. malas aku nak layan ko. Byee.." Fina mengendung semula begnya untuk pergi ke tapak perhimpunan.

Haziq mengikut Fina dari belakang sambil terenyum lebar.

Semua budak tingkatan 4 letak barang mereka di tempat yang disuruh oleh guru bertugas. Selepas mereka meletak barang , mereka disuruh bergerak ke padang untuk melakukan aktiviti seterusnya.

Di Padang

"Okey, cikgu nak agihkan kumpulan untuk kamu semua. Fina , Haziq, Hani & Alim. Kamu kumpulan 1" kata guru bertugas.

Kumpulan 2
Lana
Amirul
Sya
Alif

Kumpulan 3
Ida
Fikri
Shahirah
Farid

( Sikit je kan tingkatan 4.. haha... tak nak guna banyak pelakon.. :) )

Fina bergerak ke arah Haziq , Hani & Alim. Haziq tersenyum selepas nama Fina disebut dalam kumpulan dia.

"Kenapa ko senyum sampai ke telinga ni ? " soal Fina kepada Haziq.

Haziq membuat muka serius ..

"Mana ada. Ko tak nampak ke muka aku serius ni ? .." Jawab Haziq sambil matanya memandang arah depan.

"Ye la tu... tapi Haziq... aku rasa macam tak sedap hati je . Peliklah.."

" ko relax je.. kalau ko takut, ko jerit je nama aku. Aku datang.." Haziq menenangkan Fina.

"Ko nak jadi herolah ni ? Amboi... kejap, ko ada nampak Amir lagi ? "

" Ada , semalam rasanya... Amir nak sangat jumpa ko. Dia nak minta maaf dekat ko. Apa salah dia kat ko ? Cerita lah."

"Oooo... dia buat aku sakit hati je. Dia dekat dengan aku dulu sebab nak duit aku je. Lepas aku tahu dia nak duit aku, aku pindah sekolah lain. Lepas seminggu aku pergi, ayah aku cakap dia meninggal sebab kemalangan jalan raya." Fina sedih.

"Oooo... aku cuma nak tahu je . Sorry.." Haziq menepuk bahu Fina.

"It's okay. Tapi yang peliknya, macam mana ko boleh nampak Amir je? Patutnya ko kena nampak semua jenis hantu, baru ko tahu perasaan aku . Hehe.. " Fina tergelak kecil.

"Kalau aku nampak semua jenis hantu, aku dah tak ada dekat sini. Mungkin sebab Amir malu nak jumpa ko terus, jadi dia suruh aku sampaikan . Mungkin sebab tu dia pilih aku . Sebab tu aku tak boleh nampak hantu yang lain. Nasib baik aku cuma nampak Amir je. Alhamdulillah.." Haziq mengurut dadanya kerana lega.

"Maybe kot... malas aku nak layan perangai ko yang gila ni. Aku nak pegi dekat Hanilah. " Fina meninggalkan Haziq di belakang.

Haziq terus mengejar Fina dari belakang.. Fina menghalau Haziq untuk jauhkan jarak mereka, tetapi Haziq masih berdiri dekat dengan Fina. Fina hanya buat tak tahu saja...

5:45 p.m

"Lepas kamu siapkan diri , solat & makan. Berkumpul di tapak perhimpunan pukul 9 . Kalau tak sampai pukul 9, saya akan denda .. faham? Kalau faham, pergi sekarang.. " jelas guru bertugas .

Semua orang meninggalkan padang.

Semasa Fina berehat di bilik muzik. Fina terdengar suara orang menangis.

Huhuhu...~~~~ Huhuhu..~~~

"Siapa pulak yang menangis waktu macam ni ? Dah lah aku sorang-sorang je dekat sini. Semua pergi mandi.. seramlah..." Fina memandang sekeliling bilik muzik.

Semasa Fina memandang seluruh ruang bilik muzik tu. Fina ternampak seorang perempuan berpakaian putih sedang mencangkung & mukannya ke bawah. Bunyi tangisan tadi rupannya dari perempuan itu. Fina mendekati perempuan.

Fina menegur tetapi perempuan itu tak bagi respon langsung . Fina merasa tidak sedap hati.

"Kenapa perempuan ni tak ada bayang2 langsung walaupun lampu terpasang? Aku ada bayang.. jadi depan aku ni apa ?????"Fikir Fina.

Fina terus berlari keluar sambil membawa lampu suluh. Tiba-tiba Fina keluar dari bilik muzik. Suasana di luar sunyi & gelap.

"Sekarang dah pukul berapa ? Kenapa gelap ni ??? Haziq !! Haziq aku takut!!!!Mana ko Haziq!!!!!!!!!" Fina terus pengsan selepas terbau sesuatu yang busuk & hanyir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience