Puisi 25

Poetry Series 862

Ku pandang rama-rama yang singgah di jendela,
dan kemudiannya pergi.
Ku intai pula angin pada pohon,
bertiup lembut.
Damai.

Yang tak damai itu aku
mengingatkan kamu yang pernah singgah
lalu meminta peluang kedua.

Kamu pergi disaat aku benar-benar bahagia.
Tak apalah mahu kembali,
aku beri izin.
Aku tak mahu pura-pura.

Cuma nanti,
jangan gundah kalau aku sudah berubah.

6 Syawal 1442

Telegram channel @TeruntukJiwa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience