P R O L O G

Romance Completed 67139

       SUASANA yang sunyi sepi di sebuah laman rumah agam mewah itu ditemani dengan kehadiran seseorang. Langit sudah mula melabuhkan tirainya. Serakan cahaya matahari semakin lama semakin hilang dari pandangan.

Kelihatan sebuah figura sedang menikmati pemandangan di situ tanpa sebarang gangguan. Rambutnya yang berwarna hitam keperangan menutup dahinya yang putih bersih.

Iris hitamnya yang pekat seperti arang, tajam memerhatikan di satu sudut laman yang menghijau dihadapannya. Hanya jasadnya di situ. Mindanya sudah hanyut dalam lamunan.

Detik jam mula berlalu dengan pantas. Tepat 15 minit dia berada di situ menandakan sudah tiba masanya untuk dia berhenti. Tanpa membuang masa, dia bingkas berdiri.

Kedengaran keluhan kecil meniti di bibir merah milik jejaka itu. Kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan untuk meregangkan urat yang terasa berselirat. Kelopak matanya dipejamkan menikmati rasa lega pada tubuh badannya apabila berbuat sedemikian.

Sepasang sut hitam yang dikenakan pada tubuhnya melekap dengan sempurna. Menunjukkan setiap inci tubuhnya yang terbentuk dengan elok. Kulitnya yang berwarna kuning langsat melengkapkan lagi rupa paras lelaki itu yang tampan. Tetapi hanya riak muka yang dingin sahaja menghiasi wajah itu sepanjang masa.

"Tuan," tegur satu garau daripada belakang jejaka bersut hitam itu. Dia menoleh sedikit apabila menyedari suara itu adalah daripada pengawal peribadinya.

"Any news from Dani?" Tanya jejaka bersut hitam itu tanpa memandang ke arah bodyguard peribadinya. Sebelah tangannya diseluk ke dalam seluar yang senada dengan sutnya.

"Tak ada, Tuan. Tapi kita ada masalah lain," maklum Irsyad Hakim dengan serius. Dia lebih dari tahu bahawa Tuan Mudanya itu tidak suka dengan perkara yang bakal disampaikan ini.

"And what's that problem?" Tanya jejaka itu lagi. Keningnya mula bertaut. Rahangnya yang tajam itu jelas kelihatan apabila dia menoleh ke arah Irsyad sepenuhnya. Menunjukkan sisi wajahnya dari tepi.

"13 unit daripada bekalan senjata markas Ampang kena seludup. Ada orang jual dekat black market." Ucap Irsyad sebelum menyerahkan sebuah laporan yang didapatkan daripada pengurus mereka kepada jejaka itu.

Pantas sahaja laporan itu bertukar tangan. Anak matanya cekap meneliti segala maklumat tanpa meninggalkan sebarang perkataan. Dia berdecit apabila melihat jumlah kerugian yang ditanggung oleh dirinya.

RM100,000.

Walaupun jumlah itu nampak sedikit tidak bermakna dia akan membiarkan duit itu hilang dengan begitu saja.

Money is still money.

"Who's the culprit?" Soal jejaka itu dingin. Pandangan bekunya beralih ke arah Irsyad. Menikam anak mata Irsyad seolah lelaki itu yang bersalah. Irsyad membalas pandangan itu dengan riak kosong.

"Orang dalam. Dia start buat kerja ni dalam diam sejak Dani dah tak ada untuk pantau area situ. Manager baru perasan lepas terima complaint daripada customer cakap barang tak sampai tapi duit lesap." terang Irsyad Hakim panjang lebar, merangkap bodyguard peribadi Aiden Zharif dan ketua bodyguard disitu.

Dia menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada Tuan Mudanya walaupun dirinya lebih tua berbanding jejaka itu.

"Maksud kau, ada orang khianat aku, and he still alive?" Soal Aiden dengan nada penuh mengejek. Dia kembali mengalihkan pandangan ke hadapan. Sebelah tangannya melonggarkan tali lehernya yang terasa ketat selepas mendengar khabar berita itu. Rahangnya diketap.

"Nampaknya ada yang berani cabar aku. "

Kata-kata itu dilontarkan oleh Aiden dengan sinis. Bibirnya mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Otaknya sudah merangka pelbagai cara untuk langkah yang seterusnya.

"Get ready. Aku sendiri yang turun selesaikan hal ni." Ucap Aiden Zharif dengan nada yang perlahan. Riak wajahnya sudah bertukar tegang.

Irsyad menaikkan kepalanya sedikit apabila mendengar kata-kata Tuan Mudanya. Dia tahu maksud yang tersirat disebalik kata-kata lelaki itu. Dia mengangguk kecil sebagai balasan.

"Kumpulkan semua orang. Aku nak semua tahu siapa yang berkuasa dekat sini. Pastikan semua ada. Jangan sampai satu pun yang terlepas."

Sebuah arahan diberikan oleh Aiden Zharif dengan tegas. Dia menilik jam tangannya buat seketika sebelum mengatur langkah.

"Now, let's teach them a lesson shall we?"

--------------------------------------------------------

        "MAAFKAN pak cik, nak. Tapi sampai sini je yang pak cik boleh hantarkan. Kawasan ni kawasan persendirian. Ada sesiapa yang anak ni kenal tinggal dekat sini ke?" tanya lelaki tua yang sudah separuh usia menjadi pemandu teksi kepada Adara.

Dia memandang pantulan wajah cantik milik Adara daripada cermin kereta. Hairan apabila gadis muda itu ingin berada di tempat yang mereka berada. Memandangkan hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan ini.

Adara Qalyssa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tabiat yang dilakukan apabila dia resah dan gementar. Jari telunjuk diletakkan pada dagu, matanya diliarkan ke sekeliling. Berkira-kira jika dia berada di tempat yang benar.

Kalau ikutkan dia memang berada di tempat yang betul. Bibirnya mengukir senyuman kekok apabila menyedari pandangan pemandu teksi itu terhadapnya. Terasa bersalah dia dibuatnya apabila melengahkan masa pak cik itu yang bekerja untuk menyara keluarga.

"Maafkan saya ya pak cik sebab susahkan. Saya faham kalau pak cik boleh hantarkan sampai sini je. Jangan risau nanti tunang saya ambik dari sini." Ucap Adara bersama senyuman manis di bibir. Dia menyerahkan beberapa not kecil RM10 kepada pemandu teksi itu sebagai bayaran tambang dia ke sini.

Adara segera membolos keluar dari teksi tersebut. Tudungnya yang senget dibetulkan. Pintu kereta ditutup dengan berhati-hati. Dia melemparkan segaris senyuman kepada pak cik tua itu.

"Eh, anak ni dah terbayar lebih." tegur pemandu teksi itu seraya mengembalikan semula wang lebihan kepada Adara. Lantas, Adara menolak lembut.

"Tak apalah pak cik anggap je ini sedekah saya untuk pak cik boleh?" kata Adara penuh sopan.

Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Serta-merta membuatkan hati tua milik pemandu teksi itu tersentuh. Terbit sebuah senyuman di bibirnya.

Syukurlah masih ada orang baik di dalam dunia ini.

"Terima kasih, nak. Pak cik harap kamu dapat jumpa dengan tunang kamu dengan selamat. Kawasan dekat sini tak ramai orang lalu lalang. Jaga diri baik-baik ya." tutur pak cik tua itu untuk kali terakhir. Sempat disisipkan pesanan.

"Jangan risau pak cik, saya okay." balas Adara cuba melegakan kebimbangan pak cik tua itu terhadap keselamatannya. Tanpa sedar mengingatkan dia kepada bapanya. Rindunya.

Dia menghantar pemergian teksi itu yang sudah laju menyusur di jalan raya dengan pandangan, meninggalkan dia bersendirian di situ.

"Sekarang, apa aku nak buat?" Gumam Adara sendiri. Anak matanya tetap pada skrin telefon pintarnya. Membaca sebuah alamat tertera di situ yang membawa dia ke sini.

"Private property?" tutur Adara apabila baru teringat kata pemandu teksi itu tadi. Sudah jelas lagi nyata dia tak tahu tempat ini adalah tanah persendirian seseorang. Hajatnya hanya satu mencari si dia.

Iaitu tunangnya, Iqbal Danial. Eh, bekas tunang.

Adara melepaskan keluhan kecil. Sakit hatinya apabila mengenangkan lelaki itu. Lelaki yang dianggap teman lelakinya selama lima tahun lamanya. Dia mengatur langkah.

Siapa sangka hubungan mereka selama lima tahun itu berakhir dengan dirinya ditinggalkan oleh Iqbal pada hari pertunangan mereka?

Tiada apa yang boleh dibandingkan dengan rasa malunya yang tidak terhingga pada hari tersebut. Tidak pernah dibayangkan oleh dirinya dia akan dimalukan sedemikian rupa.

Di mana keadilan dunia?

"Panasnya hari ni," adu Adara sendirian yang masih melangkah. Cepatlah sampai. Rasa mahu pengsan saja dia sekarang di tepi jalan. Butir peluh mula merenik di dahi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa dia datang ke situ bersendirian kan? Semuanya kerana satu. Dia ada trust issue.

All thanks to the one and only, Iqbal Danial.

Bagaimana dia mahu percayakan orang lain apabila orang yang dia percayakan selama ini yang mengecewakan dirinya pada akhirnya? Jadi lebih baik dia percayakan dirinya sendiri.

Mungkin itu juga suatu petanda yang Tuhan berikan kepadanya sebagai pengajaran. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi seterusnya melainkan Tuhan.

"Sabar Ara, sikit je lagi. Dah nak sampai dah. Lepas tu kau boleh jumpa Iqbal. Dapatkan penjelasan daripada dia yang sepatutnya dia bagi dari awal lagi. Bukan biarkan kau tergantung tak bertali." Ujar Adara memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Tak, dia takkan berputus asa apabila sudah sampai sejauh ini. Penat penat dia mencari alamat tempat kerja Iqbal. Baru kini dia sedar bahwa lelaki itu menyimpan seribu satu rahsia daripada pengetahuannya.

Bayangkanlah, selama lima tahun mereka berdua bersama, dirinya langsung tidak tahu tentang identiti lelaki itu yang sebenarnya. Yang dia tahu hanya nama dan pekerjaannya.

Semuanya sebab cinta semata. Sampai dia buta tak nampak perkara lain selain cintanya kepada lelaki yang bernama Iqbal Danial.
Stupid, me.

Kali ini dia takkan biarkan perkara yang sama berulang dua kali. Cukuplah sekali dia tersakiti. Bukan kali kedua dan ketiga.

Never ever again.

--------------------------------------------------------

         DERAPAN langkah milik Aiden bergema di segenap ruangan tertutup itu. Kehadiran dirinya di situ sudah cukup membuatkan anak buahnya meneguk air liur dengan kesat.

Masing-masing tidak berani menghasilkan sebarang bunyi yang akan menarik perhatian mafia muda itu. Semuanya menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

Mereka dilanda tanda tanya apabila mengetahui Aiden sendiri yang turun padang untuk bersemuka dengan mereka. Sebelum ini, segala urusan diuruskan oleh orang kanan Aiden, iaitu Dani. Takpun Irsyad.

Sementara, Aiden hanya mengeluarkan arahan selain memantau pergerakan anak-anak buahnya melalui laporan yang diberikan oleh kedua-dua orang kepercayaannya itu.

Tetapi apabila berita Tuan Muda mereka mahu mengadakan pertemuan dengan tiba-tiba, itu menandakan satu sahaja perkara.

Bad news.

Siapa saja suka berita buruk kan?

"So..." Suara garau milik Aiden memecahkan kesunyian. Anak matanya tajam seperti helang memerhatikan anak buahnya satu persatu. Seolah-olah pemangsa yang cuba mencari mangsanya pada ketika itu.

Kot yang dipakai dibuka. Lalu, diserahkan kepada Irsyad. Tak suka pakaiannya dikotorkan sebentar lagi. Lengan bajunya sudah disinsing ke siku, menampakkan uratnya yang jelas kelihatan. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Aku tak nak buang masa lagi. Aku cuma nak tahu siapa yang jual 13 unit pistol Glock 17 aku dekat black market. Care to explain why?" sambung Aiden lagi, keras nada suaranya.

Irsyad mengekalkan riak mukanya yang dingin. Antara sebab dirinya digeruni oleh orang bawahannya kerana perwatakan yang tidak ubah seperti Aiden. Terlalu lama dia berada disamping mafia muda itu sehingga mereka mempunyai banyak persamaan.

Bebola matanya bergerak ke arah si pesalah di sebalik semua ini. Aiden melepaskan dengusan kuat, tanda geram apabila tiada respons yang diberikan.

Salah satu faktor dia lebih suka menyerahkan segala masalahnya kepada Irsyad dan Dani selesaikan.

What a waste of time.

"Kau..." tegur Aiden dengan nada yang tegas kepada salah seorang anak buahnya yang menunduk dari tadi. Tangannya yang disilangkan tadi kini dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Lagaknya biasa tapi tidak pada nadanya yang garang. Dia menjeling ke arah Irsyad untuk seketika.

Hanya dengan sekali pandangan, Irsyad sudah dapat membaca apa yang berada di kepala Aiden. Tanpa ragu-ragu, dia menghulurkan sepucuk pistol revolver kepada Aiden. Sebuah senyuman sinis singgah di bibirnya.

Pandangannya kembali terarah pada anak buahnya yang malang. Tanpa amaran, sedas tembakan dilepaskan oleh Aiden. Bunyi tembakan itu cukup kuat untuk memenuhi ruangan itu sekelip mata.

Bang!

"Explajn. Now!" arah Aiden dengan nada suara yang mula meninggi. Tangannya masih menghalakan revolver tersebut kepada lelaki itu. Ibu jarinya diletakkan pada picu pistol. Langsung tak teragak-agak untuk melepaskan sedas tembakan lagi.

"T-tolong jangan bunuh saya Tuan Aiden. Saya buat semua ni untuk keluarga saya." rayu lelaki yang bersalah itu sambil melutut di hadapan Aiden. Kakinya yang berdarah dek kerana tembakan yang dilepaskan tadi ditahan sakitnya yang tak terhingga.

"Kau tahu, apa aku paling benci? Excuses. Especially bila kau guna keluarga kau sebagai alasan untuk khianat aku. Kau nak sara keluarga kau, itu hal kau bukan aku. I don't even care about your life dude. And now kau expect aku accept your betrayal because of that excuse? Hell, no."

Bang!

Sedas tembakan lagi dilepaskan oleh Aiden ke arah kaki si pengkhianat yang bernama Darus di hadapannya itu. Kini, muncung pistolnya dihalakan pada bahagian kepala Darus pula. Mahu menamatkan hayat lelaki itu yang takkan kekal lama lagi selepas mengkhianat Aiden.

"Jangan! Jangan bunuh aku! Aku merayu  Tolonglah jangan," rayu Darus tanpa henti. Dia memeluk kaki Aiden, menagih simpati yang langsung tidak wujud dalam kamus hidup seorang Aiden Zharif.

Mata-mata yang berada di situ terarah pada Darus. Mereka sendiri sedia maklum bahawa lelaki malang itu tidak akan diberi peluang untuk hidup lagi selepas menempah maut dengan mengkhianati Tuan Muda mereka.

Aiden melepaskan keluhan kecil sebelum mengerling pada Darus yang masih memaut kakinya. Kini, seluarnya sudah kotor dengan darah daripada luka tembakan milik Darus. Dasar menyusahkan.

"Jangan sentuh aku dengan tangan kau. Aku jijik. Pengkhianat." ucap Aiden dingin. Tanpa amaran, tubuh Darus terbaring ke tanah apabila Aiden menyepak tubuh lelaki itu tanpa belas kasihan. Tali lehernya dibuka lalu digunakan untuk menjerut leher Darus.

"Any last word before you die?" tanya Aiden dengan nada mengejek. Dia mengetatkan ikatan tali leher itu pada leher Darus.

"A-ku boleh bayar duit kau balik. Jangan bunuh aku." balas Darus cuba menghentikan tindakan Aiden pada lehernya. Nafasnya semakin tercungap-cungap.

"Kau? Nak bayar balik RM100,000 aku tu? Nyawa kau pun tak ada nilai bagi aku. Tak sayang nyawa betul kau ni." balas Aiden dengan sinis. Ikatan tadi semakin diketatkan sehingga Darus mula bergerak-gerak cuba mencari nafas.

"J-jangan... Aku tak nak mati lagi. Ambiklah isteri dengan anak aku sebagai ganti." Ucap Darus tanpa memikirkan apa-apa. Hanya itu sahaja yang terlintas di fikiran. Bagi dia, punca dia berani mengkhianati Aiden adalah kerana isterinya dan anaknya. Jadi mungkin inilah balasan untuk mereka.

Aiden menghentikan pergerakan serta-merta apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Darus. Irsyad yang sedar dengan keadaan Aiden segera mendekati Tuan Mudanya. Darus menarik nafas panjang.

"Tuan, nak aku handle sampah ni ke?" tanya Irsyad perlahan, cukup untuk didengari oleh Aiden sahaja. Dia sudah bersiap sedia dengan dua pucuk pistol yang masih tersarung di pinggangnya.

"No need. Aku tahu apa nak buat dengan sampah masyarakat macam ni." balas Aiden dengan nada yang mendatar. Dia kembali mengalihkan pandangan pada Darus.

"Kau nak aku ambik anak bini kau sebagai ganti duit aku, really? Is that what you said just right now, am i right?" tanya Aiden mahukan kepastian. Dia mencangkung di hadapan Darus. Tangannya mencengkam wajah lelaki itu dengan kuat. Muncung pistol miliknya diacukan tepat pada jantung Darus yang berdegup kencang.

"Y-a... Jadi tolonglah lepaskan aku. Aku nak hidup." ucap Darus takut-takut. Nyawanya seperti di hujung tanduk. Dia mendesis kesakitan apabila Aiden menekan kuat pada tempat luka tembakan sebentar tadi.

"Too bad. Aku tak ambil mana-mana perempuan sebagai pertukaran untuk duit aku," ucap Aiden dengan perlahan. Dia melepaskan tawa sinis dengan kuat. Membuatkan semua orang berada di situ terasa gerun hanya dengan mendengar tawa Aiden.

"Now, go rot in hell."

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan oleh Aiden tepat mengenai jantung Darus. Darah merah membuak-buak keluar tanpa henti. Matanya terbeliak. Akhirnya, dia terlantar di situ tidak bernyawa.

"Ada sesiapa nak ikut dia lagi?" tanya Aiden memandang ke arah semua anak buahnya. Cuba memberikam amaran awal kepada sesiapa sahaja yang berani mencabar dirinya.

"Dismiss." arah Aiden sekali nafas. Pantas sahaja semua anak buahnya bergerak kembali ke posisi asal. Masing-masing tidak berani melakukan kesilapan walaupun sedikit selepas menyaksikan padah daripada kesilapan mereka.

"Finish him." Arah Aiden kepada Irsyad pula. Dia mencampakkan pistol yang dipegang kepada Irsyad. Lantas, kakinya melangkah pergi dari situ sebelum menyampaikan sebuah lagi arahan tanpa menoleh ke belakang.

"Cari Dani. By hook or by crook."

--------------------------------------------------------

        "Cik, maafkan saya tapi ini private property. Bukan semua orang masuk kawasan ni. Boleh saya tahu apa tujuan cik ada dekat sini? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Tanya salah seorang pengawal keselamatan yang bekerja di situ kepada Adara.

"Saya tahu. Tapi saya nak jumpa Iqbal. Dia pekerja dekat sini kan? Saya bekas tunang dia," jawab Adara, menerangkan tujuannya di situ. Mengharapkan pengawal keselamatan itu memahami keadaannya yang terdesak.

"Iqbal? Maafkan saya, tapi saya tak pernah dengar nama tu-"

"Encik, saya minta tolong sangat untuk periksa sekali lagi. Please?"

Adara menayang muka kasihan. Mahu menagih simpati. Kedua-dua tangannya disatukan sambil kepalanya ditundukkan. Tidak lama kemudian, kedengaran keluhan kecil terbit di bibir pengawal keselamatan tersebut.

"Macam nilah cik, saya boleh tolong periksa sekali lagi tapi kalau tak ada saya memang dah tak boleh tolong dah. Cik faham kan?" balas lelaki itu. Dia cuba tolong apa yang mampu walaupun terasa takut di hati memikirkan balasan yang bakal dikenakan kerana membiarkan orang luar masuk ke kawasan itu.

"Saya faham. Terima kasih encik." ucap Adara lega. Dia menghadiahkan senyuman nipis. Pengawal itu segera meminta diri sebelum meminta Adara untuk menunggu di pondok pengawal untuk seketika. Hanya anggukan diberikan sebagai balasan oleh Adara.

"Ya allah sampai pun. Besar betul rumah ni." gumam Adara sendirian. Matanya diliarkan ke sekeliling, memerhatikan keadaan yang masih asing terhadap dirinya.

"Apa kerja Iqbal dekat sini? Takkan tukang kebun pulak?" ucap Adara berteka teki sendirian. Dia meneguk sebotol air mineral yang dibawa bersama. Tangannya mengibas wajahnya yang sedang panas membahang.

Matanya mula melilau ke satu arah. Kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam membawa sebuah tas tangan yang besar sedang berjalan bertentangan dengan tempat dia berada.

Namun sebaik wajah lelaki itu jelas kelihatan, Adara menghentikan perbuatannya serta-merta. Matanya dikecilkan cuba memastikan dia tidak berhalusinasi kerana penat berjalan sebentar tadi. Lantas, dia bangun berdiri.

"Iqbal?" jerit Adara memanggil nama bekas tunangnya. Tanpa disangka, lelaki itu menoleh. Matanya dibesarkan tanda terkejut. Lelaki yang bernama Iqbal itu menghentikan langkah.

"Iqbal!" jerit Adara lebih kuat. Tanpa membuang masa, Adara meluru ke arah Iqbal. Iqbal hanya berdiri di situ tanpa berkata apa-apa.

"Kenapa?"

Itu sahaja yang terluah dari mulut Adara apabila menemui lelaki itu semula. Wajahnya tidak lagi ceria seperti dulu. Hati yang terluka seperti berdarah semula.

"Ara... Awak tak boleh ada dekat sini." ucap Iqbal tanpa menjawab soalan Adara sebentar tadi. Malah wajahnya kelihatan seperti sedang resah. Bebola matanya sering bergerak ke sekeliling cuba memastikan sesuatu.

"Apa? Apa maksud awak, saya tak boleh ada dekat sini? Saya cuma nak tahu kenapa awak tinggalkan masa hari pertunangan kita? Sudah sangat ke soalan saya, Iqbal Danial atau apa pun nama awak tu." luah Adara dengan geram.

Kalau ikutkan mahu di tumbuk sahaja lelaki itu di sini selepas mengecewakan hatinya begitu saja. Tetapi keganasan tak menyelesaikan segalanya.

"Saya minta maaf, tolonglah pergi dari sini secepat mungkin, Ara. Please." ucap Iqbal yang kedengaran seperti merayu itu.

"Sampai bila awak nak lari dari masalah ni?" balas Adara masih tak putus asa. Selagi dia tak dapat jawapan yang dimahukan, dia akan terus mencuba.

"Sampai bila-bila... Maafkan saya." ucap Iqbal sebelum berlari dari situ. Meninggalkan Adara yang masih terpinga-pinga. Belum cukup sekali dia ditinggalkan oleh lelaki itu, kini sudah masuk kali kedua.

"Iqbal!" jerit Adara cuba mengekori langkah lelaki itu dari belakang. Iqbal langsung tidak menoleh. Dia terus berlari dengan lebih pantas.

Sementara, pengawal keselamatan tadi baru sahaja selesai memeriksa senarai nama pekerja mereka. Tetapi tiada langsung nama Iqbal yang tertera di situ. Dia segera mencari Adara yang berada di pondok pengawal tadi.

Namun apabila bayang gadis itu langsung tidak kelihatan, lelaki itu mula panik. Lebih-lebih lagi apabila menyedari Adara yang kini sudah berada di kawasan larangan di rumah agam itu melalui cctv.

"Damn."

Adara mula termengah-mengah mencari nafas.  Bayang Iqbal mula hilang dari pandangan. Matanya diliarkan ke sekeliling. Dia menarik nafas panjang. Jauh betul dia ketinggalan di belakang Iqbal.

Baru sahaja dia mahu merehatkan diri, tanpa amaran tangannya ditarik ke belakang. Membuatkan tubuhnya serta-merta terdorong ke belakang tanpa dia sempat berbuat apa-apa.

Matanya dipejam rapat menunggu tubuhnya jatuh menyembah bumi. Malangnya, tubuhnya terkena sebuah dinding keras. Dia mengerutkan dahi sebelum membuka mata.

Alangkah terkejutnya dirinya apabila matanya mengenal pasti gerangan lelaki yang berada di hadapannya sekarang yang disangka dinding tadi. Dia cuba berdiri tegak tetapi gagal apabila kakinya terasa lemah.

Membuatkan dia tergelincir sekali lagi.

Untuk sekian kalinya, Aiden menyambut Adara untuk kali kedua pada hari itu. Tiada apa-apa yang dapat menerangkan seberapa malukah Adara pada ketika itu.

Apatah lagi apabila dia diselamatkan oleh lelaki yang dianggap musuh sejak kali pertama kali mereka berjumpa.

Hate at first sight.

“ Really? You want to see me this bad, Miss Adara? ”

Surprise shawty <333 Terupdate sebab rajin Slow update warning! Sebab nervous genre baru hohoho Hope korang enjoy reading ! Don't forget to leave comment I will update every day at the same time, 8 a.m. Happy reading And stay tune ! -ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience