Bab 28

Romance Completed 42735

"Shark"panggil Erdy.

"Ya"sahut Shark kemudian memandang ke arah Erdy yang perlahan-lahan mendekatinya.

"Aku rindu padamu,wahai jerungku"Erdy terus memeluk Shark.

"Aku rindu dekat kau jugak encik adik"Shark membalas pelukan Erdy.

"Ingatkan bila dah belajar jauh tak jadi macam ni dah....."

"Last-last sama ja"Eidlan menggelengkan kepalanya.

"Huhuhu....lama kita tak jumpa"

"Kan"

"Tak pa lepas ni kita boleh spent time  lama sikit"

"Betul"Shark menganggukkan kepalanya.

"Tak payah berspent time bagai.Jaga syarikat buat sementara waktu"

"Ya itu aku tahu bang"

"Kalau macam tu,esok dah boleh mula"

"Takkan besok kut abang?"

"Aku ni masih jet lag kau tahu"ujar Erdy.

"Jet lag tu tak lama pun.Kalau boleh pergi rehat sekarang"

"Alaa..."Erdy menghentakkan kakinya.Macam budak tadika kalau tak dapat coklat.

"Tak ada alasan.Esok-esok kau masih ada masa nak bercerita dengan Shark"

"Aku masuk bilik dulu"ujar Eidlan kemudian berlalu pergi.

Keesokan paginya,dia akan bertolak ke rumah Ishtar.Jadi dia perlu ke sana dengan lebih awal kerana sekarang dia berada di Kuala Lumpur.

"Sabar la yer"

"Hurmmm"Erdy menunjukkan muka sedihnya kepada Shark.

"Sabarlah"ujar Shark sambil menepuk bahu Erdy.

"Letih ada abang macam ni"keluh Erdy.

"Dah pergi tidur"

"Esok aku belanja roti canai"ujar Shark.

"Roti canai...sedapnya"

"Ok ii aku pergi tidur dulu"

"Ok"Erdy terus berlalu pergi.

************************************

"Mmm...Mik..ha"ujar Puan Maimunah yang masih terbaring.Sekarang separuh badannya di bahagian kiri lumpuh.

"A.....nak...ma..ma"

Mikha perlahan-lahan mendekati mamanya.

"Mama punca segala-galanya.Mikh hilang cinta Mikh!"

"Mikh..."Puan Maimunah terkejut.

Tidak sangka anaknya sanggup menjerkah dirinya yang sakit terbaring.

"Mama buat Is bencikan Mikh"

"Tt...tak"Puan Maimunah menangis.

"Mama yang buat Ishtar bencikan Mikh"ulang Mikha lagi.

"Mikh benci mama"

"Hoii,kau kenapa ha?!"jerit Maisurah.

Dirinya terus berlari apabila mendengar jeritan seseorang dari bilik mamanya.

Tak sangka abangnya sudah balik.Tetapi dia juga tak sangka abangnya sanggup berbuat begitu kepada mama mereka.

"Kau jangan masuk campur la"Mikha menolak badan Maisurah hingga jatuh ke lantai bilik.

"Kau kenapa?"

"Balik-balik marah?Kitorang ni ada salah apa dengan kau?"ujar Maisurah.Matanya tajam memandang abangnya.

Dia bangun dan kemudian terus menolak bahu abangnya.

"Mama kau dah buat Ishtar benci dekat aku"

"Kenapa mama dah bukan mama kau sampai kau kurang ajar dengan dia?"

"Kau kenapa bang?"

"Sudah-sudahlah dengan angan kau untuk jadikan Is sebagai isteri kau"

"Kau tak layak untuk dia.Dia perlukan lelaki yang lebih baik dari kau"ujar Maisurah.

"Tak dia tetap milik aku.Tiada siapa yang berhak untuk dapatkan dia"

"Kecuali aku..."Mikha masih dengan pendiriannya.

"Aku tak rasa kau bodoh abang.Is dah terang-terang tak sukakan kau.Kau tak boleh paksa dia untuk terima kau"

"Tolonglah.Aku nak kau berubah"

"Keluarga kita ni dah hancur.Tolong bangunkan balik nama keluarga kita"

"Tolong aku jaga mama"

"Tolong aku abang....."rayu Maisurah.

"Tak aku takkan balik sini dah selagi aku tak dapatkan Is"

"Aku nak bawa dia ke rumah ni dengan berstatuskan isteri aku"

"Kau ni dah gila tau!"Maisurah terus menampar pipi Mikha.

"Jangan terlalu ikutkan perasaan kau bang.Is tak sesuai dengan kau"

"Kau dah terlalu obses dengan Ishtar bang.Kau tak boleh berterusan macam ni"

"Mental kau akan rosak"

"Tak aku tetap nakkan Ishtar sebagai isteri aku"Mikha menyerabutkan rambutnya.

"Kau tak boleh terus-menerus macam ni"

"Kau boleh gila abang"

"Erghhhh!"Mikha terus beredar dari situ.

Maisurah hanya memerhati pemergian abangnya.

"Kau tak boleh macam ni"Maisurah berkata perlahan.

"Mai"panggil Puan Maimunah.

"Mai dah beritahu mama"

"Abang tak okey.Keadaan dia dah makin teruk"

"Mmm...ma...af"

"Mai maafkan mama.Tapi semua benda ni dah berlaku.Kia dah tak boleh buat"

"Kita cuma boleh berharap takkan ada perkara buruk akan berlaku lagi"

"Mama perlu doakan abang supaya berubah"

"Ok"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience