"Kak Zah, apa cerita ni?", ngomel aku sangat tak berpuas hati, saat aku terlihat dia di dapur.
Ingatan aku pada Seth masih belum hilang, sudah nak diganti dengan lelaki lain. Diorang ingat aku ni apa? Ya ya... kami bukan pasangan bercinta. Dan mereka tak tahu apa pun tentang kami, hati aku, perasaan aku. Realitinya, Seth pernah berada di dalam hati aku, puas?? Rasanya masih ada kot. Aku tahu aku bodoh, aku tau tu. Aku masih dalam proses nak menyahkan Seth dari hati dan hidupku.
Nuha masih belum berhenti ketawa, terus ke ruang tengah bila telefonnya berbunyi. Zaf la tu, siapa lagi nak call dia. Benci tau. Bukannya nak menolong.
"Along tu, dia kata bakal mentua kakak nak datang. Apa ni Kak Zah?". Masam muka aku. Lagi masam dari limau muda.
"Ya Allah.... dia buat juga? Along niiiii. Mak mana?". Mimik muka Kak Zah berubah panik.
"Beraya dengan kak Besah. Along suruh kakak goreng mee. Kak Zah dengan adik tak boleh tolong. Kakak mana reti nak masak. Kak Zah ada dua puluh ringgit tak?", aduku beriya dan penuh perasaan.
"Nak buat apa?", soal Kak Zah pelik.
"Nak minta mamak tolong masakkan. Rasa rasa berapa orang datang?"
Kak Zah menepuk dahi, ketawa besar.
"Dah along tak bagi Kak Zah dan Nuha tolong tapi along tak kata mamak kedai tak boleh tolong kakak".
Sebenarnya aku dah mengigil bila along cakap begitu. Sejuk kaki tangan aku. Mulut terasa kering. Yes, I need it.
Aku ambil kunci motor dan mengharapkan duit dari Kak Zah. Aku nak melepak kat tepi sungai dalam dua ke tiga jam. Rasanya sekotak pun boleh habis aku sedut. Beli kat mamak tu, alasan untuk aku keluar. Biarkan masa bakal mentua datang, aku takde. Aku tak nak!!
"Tak payah nak dengar cakap Along tu".
Mataku terbeliak, ahhhh.... sudah. Macam mana ni? Aku cuba bertenang.
"Kakak tak reti la nak goreng mee. Kalau hidang megi rendam air panas boleh?", soalku sambil menggaru kepala macam kutu penuh atas kepala.
Aku nampak Kak Zah menahan tawa kemudian dia menggelengkan kepala.
"Ada pula hidang itu kat tetamu. Bakal keluarga pula tu. Mau mak pengsan seminggu".
Kak Zah mengeluarkan barang yang diperlukan dari dalam peti sejuk. Cili kisar, udang dan sotong yang dah siap dibersihkan, sawi, cili merah dan daun bawang. Sambil itu, diarahnya aku menjerang air dalam kuali. Beberapa butir bawang merah dan putih diserah padaku untuk dimayangkan. Aku patuh.
"Kakak tak nak kawin la Kak Zah", luahku perlahan namun kuyakin dia mendengar.
"Kenapa? Dah dekat 25 Nura. Kak Zah dah setahun nikah dengan along masa sebaya Nura tau. Mak dah dapat Nura masa dia umur 25 tau ". Ya, mak kawin awal. Mak tak sekolah tinggi pun. SPM pun tak sempat ambil.
Aku menarik nafas panjang, aku pandang muka kak Zah. Berat nanang. Dah bukak buku sejarah pula. Patut ke aku ceritakan luka di hati? Aku tak suka sesiapa pun tau hal peribadiku walaupun ahli keluarga. Aku tak mahu mereka terbeban dengan masalah remeh ini. Emosi aku. Mereka tak berada di tempat aku, pastinya apa yang aku rasa akan diperlekehkan.
"Belum bersedia"
Kak Zah tersengih dengan alasan mentah aku.
"Bukan nak nikah sekarang. Kenal dulu hati budi. Cari penyesuaian".
Aku nak keluar. Tak boleh jadi ni. Mata dah pedih pula lepas kopek kulit bawang ni. Ahhh... parah! Mau aku menangis kat sini. Eh, nanti Kak Zah ingat aku nangis sebab kawin. Lagipun apa barang nangis nangis ni??
"Kak Zah, dah siap bawang ni. Kakak pergi kutip buah limau kat pokok, kang boleh jadi hiasan", ujarku bangun dari kerusi.
"Tak payah. Ada banyak dalam peti. Kakak tolong ambilkan sebungkus mi lidi dalam kabinet. Masukkan dalam air mengelegak tu. Set time 10 minit. Lepas tu, toskan. Kakak masak, Kak Zah arahkan"
"Tapi...." Gagal lagi misi aku nak melepaskan diri. Kak Zah ni macam tau tau je.
"Takde tapi tapi. Cepat".
"Nanti diorang sakit perut, macam mana?", soalku keberatan untuk meneruskan misi menggoreng mee.
"Takdenya. Kak Zah akan ajar Nura. Tak payah nak gigil sangat. Orang lain dah boleh masak katering kalau umur macam Nura tau".
"Kak Zah ni...", sengaja aku tarik panjang seolah merajuk.
******
"Fake sangat la. Biar la diorang tau kakak ni macam mana. Layak ke nak buat menantu". Aku merungut pada Nuha membantuku bersiap cantik atas arahan Along. Mak baru sampai masa tu pun mengiyakan saja titah perintah Along.
"Tak payah compact powder. Bedak johnson baby tu cukup".
"Apa ni semua merah menyala. Tak nak akak pakai. Lip gloss je la".
"Ish... apa ni lilit lilit. Dah macam nak mumiakan akak pulak. Selempang biasa je cukup".
"Haa... tak payah nak spray satu badan. Bak sini. Spray kat pergelangan tangan je dah".
Tapi Nuha macam tak dengar apa rungutan aku. Dia ikut cakap along. Seratus peratus akur, aku yang jadi mangsa.
"Ha... macam ni baru la nampak perempuan. Macam zaman kau sekolah dulu, ayu je", kata Nuha terkekeh kecil. Terasa panas lubang hidung, asap berkepul kepul keluar bak naga menahan marah bila melihat penampilanku sendiri dalam cermin. Aku benci!
Nak je aku berkawad ke ruang tamu dengan meletakkan mangkuk berisi mee goreng di atas kepala. Biar dia tengok skill aku. Power tak aku berjalan macam kucing nak mengawan, eh... nak berentap. MEOW!!
Dah nama hari raya, datang beraya je la, cukup! Sibuk nak tengok anak dara orang pula. Ehh.. sedar diri pula kau tu perempuan. Memang aku perempuan la, bila masa aku jadi lelaki?
Penat la weiii... berapa kali dah ni dok berulang bawa makanan dari dapur. Nuha hulur je dari dapur. Kak Zah mula mula je menolong, lepas tu dia singgah sekali bersembang dengan tetamu. Aku pasang telinga je. Pandang pada tetamu pun sekali imbas.
Ada tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Yang tua tua tu mesti mak ayahnya. Takkan la along nak kawinkan aku dengan lelaki yang beruban penuh kepala tu. Seorang lagi badan agak berisi dan boroi sikit - sikit je. Nampak seperti sebaya along tak pun muda sikit. Tapi yang satu lagi tu lagi muda dari aku. Dah macam baya baya Amin anak maklang yang nak ambil SPM tu je.
"Jemputlah makan", pelawa mak setelah aku memberi isyarat semuanya dah tersedia. Aku bergerak sepantas kilat keluar dari situ dan terus ke dapur.
"Hensem tak kak?", tanya Nuha mengangkat angkat kening.
"Yang beruban tu hensem. Yang lain tak", jawabku mengeluh seolah kecewa sangat. Berlakon ye Nura...
Nuha ketawa, "takkan kau nak bermadu plak".
"Kau tanya hensem kan? Kakak jawab je la", dengusku.
Kak Zah memanggil aku dan Nuha di dapur sewaktu tetamu mahu pulang untuk kami bersalaman. Nuha terus mengikut Kak Zah sementara aku ke sinki membasuh tangan kerana meratah ayam goreng.
"Yang ni ke Nura?", tanya tetamu wanita itu pada Kak Zah sambil memegang tangan Nuha. Dari jauh, aku nampak riak wajah Kak Zah berubah.
"Kakak, cepat sikit. Tetamu nak balik ni". Along bersuara. Semua memandang aku. Ahhh.. sudah. Kekok aku nak berjalan ni, dah macam model peragaan. Jangan terpelecok sudah. Mana tau kan, tetiba panik atau pitam pula dan hero datang selamatkan macam dalam cerita Hindi.
Aku bersalaman dengan tetamu perempuan tadi dan menciumi tangannya.
"Ohh.. ini Nura ye. Bila balik kampus semula?", tanya dia.
"Hujung minggu ni, makcik", jawabku sesopan dan selembut mungkin. Umpama softlan.
"Esok lusa boleh la Yusri datang bawa Nura keluar makan sambil berkenalan".
Dada aku berdegup kencang rasa nak pengsan bilamana yang badan berisi tersengih memandang aku. Sah dia Yusri.
*****
Buntang mata mak bila aku keluar dari bilik dengan jeans koyak di lutut, shirt hitam dilapisi kemeja kotak kotak di luar tanpa sebarang calitan di muka. Kosong dan pucat. Tiada tudung tiada selendang.
Yusri pun macam tergamam je melihat aku. Along takde, Kak Zah ajak along beraya dengan Bonda dan anak anak yatim. Nuha pun tak nampak bayang. Dari pagi keluar beraya dengan kawan kawan - bonding katanya.
"Jom", kataku setelah menyarung sneakers. Yusri mengangguk. Muka mak kelat. Mampus aku balik nanti. Tapi ni adalah aku. Biar Yusri kenal siapa aku.
Sepanjang perjalanan kami diam seribu bahasa. Hanya bebelan DJ radio Ikim menjual produk makanan sihat kononnya dan lagu lagu berunsur dakwah menjadi halwa telinga. Agaknya Yusri terkejut dengan penampilan aku, tu yang dia membisu seribu bahasa. Maka mendengar lagu begitu dapat menenangkan jiwa dan emosinya, mungkin.
Kami tiba di sebuah restoran yang agak terkenal dengan hidangan masakan kampung dan ayam kampung goreng garing. Aku ke kedai serbanika di sebelah restoran tersebut sebelum memilih meja di kaki lima kedai sementara Yusri memilih lauk. Aku pandang dia dari situ.
Betapa berbezanya kami. Dia berpakaian kurta biru, berseluar slack dan berkopiah kelabu gelap. Mukanya bersih kecuali ada janggut sejemput. Aku rasa set set lelaki alim memang macam ni penampilannya.
Yusri membaca doa makan dan aku mengaminkan. Menjadi diri sendiri lebih selesa, tak perlu nak jaga tudung senget la, kain menyapu lantai.
"Nura berapa lama lagi study?". Soalan yang memecahkan kesunyian antara kami walaupun suasana kedai bising dengan bunyi suara pengunjung yang berbual dan televisyen yang terpasang.
"Dah nak habis pun ni", jawabku sebelum mengigit dan mengunyah tulang ayam. Rangup gila! Memang aku suka.
"Lepas grad nak buat apa?"
"Kerja la. Belajar tinggi tinggi macam nak pecah kepala, takkan nak tidur je kat rumah". Yusri tersenyum melihat cara aku bercerita.
"Noh ada bagitau saya yang adik awak Nuha nak kawin", ujar Yusri sebaik habis kunyahan di dalam mulut.
"Haah. Jodoh dia dah sampai kan", balasku tanpa reaksi sedih. Siput kusedut beriya. Terbatuk batuk dek tersedak kuah masak lemak. Berair mata aku.
"Tak pe ke adik kawin dulu sebelum awak?", tanya Yusri tanpa memandang aku.
"Takde masalah pun. Aku ni kan, bab kawin tak fikir sangat sekarang. Aku risau nak bayar loan study ni. Hutang mana boleh tak bayar kan? Kawin ni, ada jodoh ada la. Kau dah nak kawin?"
Yusri tersedak. Aku cepat cepat bangun menepuk belakangnya. Kang apa apa jadi, aku juga yang susah.
Merah padam muka dia. Tak tau la sebab perit tersedak atau sakit kena debik. Haiii... dah alang alang dapat peluang kan. Ala, setakat aku debik. Mana kuat pun, tenaga perempuan.
"Ok ke tak ni?", tanyaku selepas membasuh tangan. Hilang selera nak sambung makan walaupun masih ada separuh nasi dalam pinggan. Yusri mengangguk dan meneruskan suapan bagi menghabiskan apa yang masih ada.
Aku menyedut air soya sejuk hingga separuh gelas sebelum mengeluarkan sekotak rokok dari poket baju bersama lighter yang aku beli di kedai sebelah tadi.
"Kau makan dulu, aku gi belakang jap". Yusri terdiam bila melihat aku berdiri dan berjalan meninggalkannya. Aku perasan dia mencuri pandang padaku yang duduk di tembok longkang, menyedut nikotin setelah beberapa hari puasa. Rasa rindu terlerai jua akhirnya.
"Kita singgah masjid depan tu kejap", beritahunya padaku apa yang akan dibuat setelah kami keluar dari restoran dan berjalan ke kereta.
"Ok. Aku tunggu dalam kereta". Yusri mengangguk faham. Perempuan punya alasan untuk tak menunaikan solat.
"Ada nak pergi mana mana lagi?", soalku sebaik Yusri memasuki kereta. Dia seolah terpaku dengan soalan aku. Atau mungkin dia sedang berfikir untuk meneruskan rancangan yang telah direncana sendirian sebelum ini.
"Nura nak pergi mana?"
Aku mengangkat bahu tak tau. Aku tak kenal dia, aku tak tahu apa minatnya. Nak pergi tepi sungai tempat aku lepak, tak pasal kenapa tangkap basah. Tempat tu sunyi.
"Pergi arked nak?", tanyaku spontan.
"Arked? Arked Mara?", tanya Yusri berkerut dahi.
"Arked Mara buat apa? Banyak kedai pengantin. Kita pergi arked game. Yang tempat main main tu", jawabku tersengih lebar.
Yusri memandang ke depan tak menjawab. Fokus pada pemanduan, aku rasa.
Share this novel
mi lidi...hurm...lama x mkn....ngn siput sedut...rindu kt mi lidi...tp lg rindu kt kak el
Inilah yang penolakan secara halus.. Kalau tambah satu lagi berani korek hidung sambil buat mata stim depan calon n mak mertua, memang pasni depa tak berani datang dah..
yess nura... jadi diri sendiri...