Prebet

Horror & Thriller Series 22056

Aku mengaru telapak tanganku yang gatal.Di tapak tangan ini masih punya lagi tanda dari hari yang keramat itu. Tanda apa? Nantilah baru aku ceritakan. Hari ini aku nak bercerita tentang perkara yang kurang menyeramkan daripada hal itu.Bertemu lagi kita. Ketika aku menulis ini aku sedang duduk di tepi padang universitiku sambil melihat rakanku bermain bola sepak.

Bercakap tentang universiti,di universiti aku,kami punya satu sistem pengangkutan kereta. Jikalau di tempat lain,mereka ada Grab,Mycar dan Uber.

Di universiti kami,kami ada sistem Prebet. Prebet ini ialah perkhidmatan pengangkutan ke mana mana yang kita kehendaki.Tidak kurang,tidak lebih seperti teksi juga. Kebanyakannya diusahakan oleh pelajar universiti ini juga.

Prebet ini menjadi pilihan ramai pelajar universiti aku sebab perkhidmatan lain sukar didapati di sini. Ceruk dunia la dikatakan.

Namun,dalam ramai ramai yang suka itu,mesti ada terselit juga seorang dua yang tidak suka prebet ini. Aku percaya semua yang manusia rasakan pasti ada sebab munasabah.

Salah seorang yang membenci prebet ini ialah Aliya dan ini ialah kisah bagaimana dia berjanji tidak akan gunakan perkhidmatan itu lagi.

Malam itu,Aliya berjanji dengan ibunya di Kuala Lumpur yang dia bakal pulang malam itu juga. Namun dia punya beberapa tugasan kumpulan yang perlu disiapkan sebelum balik.

“Kau ni Aliya,cuba sabar.Kenapa nak balik malam ni jugak.” Dini melirik Aliya yang sedang mengemas baju bajunya ke dalam beg bercorak askar sambil menyanyi kecil.

“Tak boleh la Dini,esok tiket semua habis.Malam ni je ada tiket.Tu pun pukul 1.40 pagi.” Ceritanya panjang.

“La,patutlah.” Dini mencebik merenung gadis berambut kerinting itu. ”Aku risau sebenarnya,Liya.Tu je.”

“Alalala,kau ni.Jangan la risau.Aku pandai jaga diri.” Aliya tertawa akan perangai kawannya yang pada pandangannya agak terlalu melindungi.

“Okay Liya. Apa apa,just call me.” Dini mengingatkan.
“Okay boss!”Aliya mengusik dan mengangkat tabik hormat pada kawannya yang setahun lebih muda daripadanya itu.

“Aku nak balik bilik aku.Hati hati okay.” Dini mengambil keputusan untuk angkat kaki setelah melihat jam meninjak pukul 12.10 tengah malam.

“Alright Dini,kau pun.” Aliya tersenyum manis pada rakan baiknya sebelum dia berlalu pergi.

Beberapa minit selepas itu,barang barangnya sudah siap dimasukkan ke dalam beg. Dia mencapai telefon pemberian ibunya dan mencari nombor prebet yang mahu dinaikinya sebentar lagi untuk pergi ke stesen keretapi yang tiga puluh minit tempoh perjalanan dari kolejnya.

“Assalammualaikum akak,prebet ada tak sekarang?” Dia menghantar mesej pada seorang rakan perempuannya yang menjalankan khidmat prebet.

Tidak lama kemudian mesej sampai kepadanya.

“Sorry la adik. Akak dah balik kampung.Akak bagi kawan akak ambil awak boleh?” Tulis rakannya itu.
Aliya memikir mikir sebentar sebelum membalas mesej itu.

“Okay boleh je.”

Kemudian rakannya menghantar gambar seseorang yang akan mengambilnya sebentar lagi.

Seorang lelaki,bercermin mata. Aliya sejujurnya tidak pernah nampak wajah itu di fakultinya. Mungkin juga bukan seorang pelajar. Rasa tidak sedap hati sebenarnya tetapi dia tidak mahu terlihat mengada dengan rakannya itu jadi dia menguatkan hati menerima sahaja diambil oleh lelaki itu.

Selepas itu,Aliya turun dari tingkat empat dengan beg begnya yang berat dan menunggu di foyer di aras bumi.

Punggung dilabuhkan di kerusi kayu berdektan pintu masuk.Tiada satu bunyi pun saat itu kecuali bunyi angina berderu deru. Bulu roma tegak berdiri apabila duduk di ruang lengang itu tengah malam begini.
Sudahlah ramai mengatakan foyer mereka itu ‘keras’.

Selama ini Aliya yang berjenaka dengan rakan rakannya mengatakan tempat itu diperbuat dari batu. Sudah pasti keras.

Sekarang dia menyesali lawak klise itu.
Gadis itu mengigit bahagian dalam pipinya resah.

Sudah sepuluh minit berlalu,prebet yang ditempahnya belum sampai dan lampu di atas kepalanya berkelip kelip.

Dia kini berbolak balik ingin menelefon Dini ,minta ditemankan namun dia risau menyusahkan.

Saat itu,sebuah kereta Axia berwarna putih berhenti di depannya dan tingkap kereta diturunkan.

“Ada minta prebet ke?” Lelaki itu tersengih nakal.
‘Yalah,takkan aku tunggu nak beli nasi lemak kat sini.’ Aliya menyindir dalam hati namun yang keluar hanya, “Ya,saya minta prebet tadi.”

“Alright,silakan masuk tuan puteri.” Lelaki itu ketawa kecil dan Aliya tersenyum janggal.Sebentar tadi takut dengan hantu,sekarang takut dengan lelaki gatal pula,apalah nasib?

“Nak pergi mana malam malam ni?” Tanyanya sebaik saja Aliya duduk. “Nak pergi stesen keretapi.”Jawab Aliya.

“Yalah,naik keretapi nak pergi mana. ”Lelaki itu ramah sekali nampaknya.

“Oh,nak balik kampung.Kuala Lumpur.”Jawabnya sambil memandang ke depan. Tidak betah merenung wajah lelaki gatal bertopi hijau itu.

“Wah awek KL la ni.” Dia tersengih nakal lagi.

“Haha.”Ujar Aliya endah tidak endah. Rasa meluat mula memenuhi hati. Tidak sabar sungguh mahu sampai.

“Ala jangan la marah.Aku melawak je.Nama aku Junaidi,kau?” Lelaki itu sedar barangkali yang dia menyinggung perasaan Aliya.

“Aliya.” Gadis itu menjawab pendek namun masih tersenyum. Tidak mahu terlihat sombong.

“Okay Aliya.” Junaidi mengangguk sebelum memutar stereng mengambil simpang keluar daripada kolej kediaman.

“Nak berhenti mana mana ke sebelum pergi sana?” Tanyanya setelah lebih kurang sepuluh minit jeda.

“Takde kot.” Jawab Aliya. Dia sudah bawa segala segalanya yang diperlukan.

“Aliya,pernah dengar cerita ke pasal hantu perempuan dekat pokok ketapang depan stesen keretapi tu?”

Aliya sedikit lagi mahu menjeling lelaki itu tetapi ditabahkan hati. “Tak pernah dengar pulak.”

“Diorang cakap tengah tengah malam macam ni dia selalu bergentayangan kat depan tu.” Junaidi tidak menoleh namun tetap bercakap. “Diorang cakap dia mati kena bunuh dekat stesen keretapi tu dan dia nak tuntut bela.Kalau kau lalu bawah pokok tu,dia akan tahan kau dan tanya kau, ‘pergi mana?’. Kalau kau jawab dia akan ikut kau naik keretapi dan kalau kau tak jawab dia akan bunuh kau kat situ jugak.”

“Rasa lawak pula sebab hantu tu dapat naik keretapi free kalau ikut kita!” Ujar Junaidi sebelum ketawa berdekah dekah.

“Junaidi,orang cakap kalau kita suka cakap pasal diorang,lagi diorang kacau kita.” Aliya memotong gelaknya yang tidak ingat dunia.

“Alah biarlah dia kacau aku,kau kan ada.” Junaidi sambung ketawa.Entah apa yang kelakar.

Pipi Aliya merah,malu dan marahnya bercampur baur. Sejujurnya dia hanya sejengkal sahaja daripada ingin turun dari kereta itu dan berjalan sendiri ke stesen keretapi tetapi ketakutan berjalan seorang dalam gelap lebih menguasai.

“Ala marah ke tu.” Junaidi ketawa lagi,jengkel Aliya Tuhan sahaja tahu.

Aliya membuang pandang ke luar kereta kerana malas bercakap dengan lelaki itu. Saat itu matanya terbeliak.

Seorang lelaki berdiri tidak jauh dari situ. Merenung tepat ke arah mereka yang sedang berhenti kerana lampu merah.

Dalam kegelapan itu,Aliya hanya nampak kelibatnya. Berdiri tegak seperti seorang askar di padang kawad sebelum dia mengangkat tangan. Tangannya nampak pelik dan wajahnya tidak nampak.

“Junaidi-“ Aliya memanggil.

“Ya,sayang?”

“Junaidi,tengok tu.” Jari telunjuk Aliya mengarah ke arah kelibat itu.Dia tidak sempat untuk melayan karenah lelaki itu.

“Apa?” Tanya Junaidi,tidak punya idea.

Gadis berkulit cerah itu terkedip kedip. Kelibat yang dinampaknya sebentar tadi sudah hilang dalam kesamaran lampu dari tiang lampu berdekatan.

“Aliya okay ke ni?” Junaidi bertanya.Kini dia kedengaran prihatin,seperti manusia biasa.

“Uh…okay.” Aliya menjawab,dia sendiri tidak pasti jawapan bagi soalan itu.

“Aliya,aku tau aku melawak pasal hantu and all tadi tapi jangan tegur kalau nampak apa apa kat sini,ya?”Junaidi berbicara lembut. Lagak lelaki gatalnya hilang serta merta.

“Okay.”Aliya mengangguk,faham apa yang dimaksudkan lelaki itu.

Lampu bertukar hijau dan Junaidi menekan pedal minyak. Namun,kereta tidak bergerak.Enjin tiba tiba terhenti.

“Sial.Rosak pulak ke?” Junaidi menyumpah seranah entah pada siapa.

Wajah mereka berdua berubah pucat. Matilah mereka. Kereta rosak di tempat yang tiada orang,di waktu tengah malam begini.

“R-rosak ke?”Suara Aliya bergetaran takut.

“Don’t worry.aku check dulu ya.” Junaidi menelan liur sebelum membuka pintu kereta. “Tunggu sini.” Arahnya pada Aliya yang kini sedang cuba untuk menenangkan diri sendiri.

‘Relaks Aliya,tenang. Kau okay. Kau okay.” Seakan jampi,dia mengulang ulang dalam kepalanya. Nafasnya seakan tersekat sekat. Dia risau akan serangan paniknya yang dulu selalu benar menghantui hidupnya.
Perasaannya saat ini terasa sama benar. Jantung berdegup laju,tangan terasa sejuk dan nafasnya terasa pendek. Air mata mula memenuhi kelopak matanya.
Telefon di dalam kocek dikeluarkan sebelum dia menatal skrin sesentuh untuk mencari nama Dini.

Hanya Dini sahaja tahu dengan serangan paniknya dan hanya dia sahaja bisa menenangkannya.
Aliya mahukan pelukannya namun saat ini,apa yang dia bakal dapat hanyalah suara gadis kecil itu. Itupun dia sudah cukup bersyukur.

Tut-tut
Tut-tut
Tut-tut
Tut-tut

Bunyi itu berterusan sehinggalah pengendali talian mengatakan “Maaf,nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.”

Aliya menggigil setelah beberapa cobaan dilakukan untuk menelefon Dini gagal. Dia pasti gadis itu sudah tertidur. Mustahil dia tidak mahu menjawab panggilan telefon Aliya.

Mustahil.

Saat itu kedengaran bunyi hentakan di atas kereta itu seperti bunyi sesuatu jatuh.

Aliya menjerit kuat,daripada cermin kereta depan dia nampak Junaidi merenung ke atas bumbung kereta itu. Aliya tahu dia nampak sesuatu.

Lama juga Junaidi berdiri dan hanya merenung ke arah itu. Renungannya tajam,seakan menghalau.

Bunyi bumbung yang berkeriuk seakan menampung benda yang berat perlahan lahan hilang. Kaki Junaidi perlahan lahan kembali ke arah pintu.

“Aliya,aku rasa..aku tak dapat baiki kereta ni sekarang-“ Dia masuk ke dalam kereta.

“Kau okay ke?” Tanyanya risau kerana melihat keadaan Aliya yang menggigil dan sukar untuk bernafas.

“Ya.” Jawab Aliya pendek sebelum memejamkan mata dan cuba untuk bernafas dengan normal semula. ’Kau okay,Aliya,Kau okay.’

“Jangan takut,aku ada kat sini okay.Tenangkan diri dulu,nanti kita cakap.” Junaidi menenangkan walaupun ketika itu jantungnya sendiri berdegup sangat kencang dan tangannya menggigil.

Dia lebih daripada tahu apa yang Aliya lalui pada waktu itu lebih teruk daripada apa yang dirasakannya. Ibunya dulu mempunyai panic disorder,dan dia selalu diserang serangan panik,dia sedikit sebanyak tahu cara bagaimana untuk menenangkannya. Salah satunya ialah untuk membiarkan dia untuk bertenang dengan sendiri,beri dia masa dan ruang yang cukup untuk bernafas.

Sepuluh minit berlalu dan Aliya mula beransur ansur berhenti mengigil dan tarikan nafasnya mulai normal semula.

“Panic attack ke?”Tanya Junaidi.
“Ya..”Aliya menghela nafas penat.

“Stay strong.” Junaidi tersenyum kecil dan Aliya mengangguk,mungkin Junaidi bukanlah seteruk yang dia sangkakan.

“Apa yang jatuh atas kereta ni tadi?” Tanya Aliya.

“Tak payah tahulah.Dah tak ada pun benda tu.” Jawab Junaidi pendek.Dia cuba untuk menghidupkan keretanya lagi sekali namun gagal.

“Kau nak prebet lain bawa kau ke stesen keretapi?” Junaidi membawa keluar telefon dari kocek seluar hitamnya.

“Aku tak nak balik.”Aliya menggeleng. “Eh,macam tu pulak?” Junaidi hairan.

“Aku tak sedap hatilah.” Aliya menelan liur.

“Okay.Aku telefonkan prebet lain hantar kau balik kolej,okay?” Junaidi memberikan senyuman ,mahu Aliya rasa lebih tenang.

Sejujurnya Aliya rasa kagum dengan Junaidi. Lelaki itu benar benar baik rupanya,Cuma sedikit terlebih ramah. “Kau pun balik sekali?Esok baru kau datang sini ambil kereta kau,boleh?” Pertanyaan Aliya itu lebih kepada mengarah sebenarnya.

“Kenapa,kau risaukan aku ke?” Junaidi mengangkat kening dan tersengih senget.

“Not in a million years.” Aliya jual mahal.

“Yalah aku pun nak balik ni.Gila nak stay sini seorang.” Kata kata Junaidi menghilangkan risau dalam hati Aliya. “Sekarang,kita tunggu kawan aku datang.” Ujar Junaidi.

“Kenapa kau kata kau tak sedap hati?” Tanya Junaidi barangkali mahu menghilangkan kesunyian selama lebih kurang sepuluh minit itu.

“Aku tahu kau nampak sesuatu atas bumbung kereta tadi. Dan aku nampak sesuatu tadi.” Aliya merenung kakinya yang dibalut kasut yang baru dibaiki di depan kampus pagi tadi.

“Oh.” Jawab Junaidi pendek.

“Mungkin ini petanda supaya aku takyah balik.” Aliya menjungkit bahu.

“Ya,mungkin juga.” Junaidi mengangguk.

Suasana di situ sunyi.Tiada satu kereta pun lalu.Saat itu,kedengaran bunyi sesuatu diseret di atas jalan tar.Seperti bunyi sesuatu yang berat diseret.
Wajah Junaidi dan Aliya kembali pucat.

“Apa tu?” Tanya Aliya.

“Buat buat tidur.” Junaidi berbisik sebelum bersandar dan menututp mata. “What??” Aliya menyoal dengan protes sebelum dia juga melakukan benda yang sama apabila bunyi itu seamkin dekat.

Aliya hanya membuka matanya kecil dan dia tidak percaya apa yang dilihatnya saat itu.

Ianya makhluk yang tiada wajah,menyeret kaki-

Tidak.

Kedudukan kaki dan tanggannya tertukar. Jadi ia berjalan dengan tangan. Kakinya kelihatan seperti dijahit di bahunya.

Aliya mengigil dan air mata mula jatuh dari pipi kerana ketakutan.

Bunyi seretan tadi ialah kerana dia membawa guni besar di belakangnya. Guni itu meninggalkan jejak berdarah di atas jalan tar tersebut.

Entah apa yang dibawa dalam guni itu.

“Jun-“Aliya berbisik.

“Jangan takut.”Junaidi berbisik.

Saat itu kedengaran bunyi kereta mendekati mereka dan makhluk itu hilang disuluh lampu dari kereta itu.
“Woi Jun,kereta kau ni sealu sangat rosak!Tukar lain lah!” Lelaki itu menjerit dari dalam keretanya melalui tingkap yang terbuka.

Aliya dan Junaidi membuka mata sepenuhnya dan menghela nafas lega. Aliya mengseka air matanya yang jatuh.

“Jangan nangis,kita dah selamat.”Untuk kesekian kalinya Junaidi tersenyum pada Aliya. Dan sejujurnya Aliya tidak pernah rasa perasaan ini untuk orang lain dalam hidupnya.

Senyuman Junaidi itu buat dia rasa tenang.

“Barang rosak,kita baiki,bukannya cari lain!” Junaidi masih mampu berseloroh dengan rakannya.

Keesokkan harinya Aliya dapat tahu yang keretapi yang sepatutnya dinaikinya tergelincir dari landasan dan lapan orang mangsa terbunuh.Patutlah.

Sejak malam itu Aliya yakin dia tidak akan naik prebet lagi.

Tahu kenapa?

Sebab teman lelakinya,Junaidi yang menghantar dia ke mana mana dia mahu. Buat apa lagi naik prebet?

Agak lawak jug acara mereka berdua bertemu. Kalaulah aku bisa bertemu orang yang penting selepas melalui sesuatu yang seram,alangkah bagusnya.

Selepas apa yang aku lalui apa yang aku dapat hanyalah sumpahan. Dalam bab seterusnya aku ceritakan.

Jumpa lagi, nama aku Una dan aku Pengutus Kegelapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience