BAB 2

Romance Completed 4267

“Oit!"

“Apa oit- oit? Jawab soalan aku betul- betul. Boleh pulak dia loyar buruk." Hanis sudah tersengih- sengih. Nak buat macam mana? Loyar buruk itu salah satu kerja dia semenjak dia kecil lagi.

“Aku peliklah macam mana datangnya perkataan loyar buruk tu? Siapa yang mula- mula guna ayat tu eh?" Hanis memang sengaja menguji kesabaran Ken. Muka Ken sudah menjadi bengang.

“Jangan nak ubah topik boleh tak AHanis ?"

“Hehe... lek- lek. Coollah. Ok ceritanya macam ni" kata Hanis lalu kepalanya dinaikkan ke atas. Ken pelik melihat reaksi Hanis lalu dia ikut sama pandang atas. Apa yang dia lihat hanya ada syiling yang sudah di cat berwarna peach berserta pendingin hawa yang baru sahaja di baiki beberapa minggu lepas. Dahi Ken sudah berkerut pelik.

“Kenapa kau pandang atas?" tanya Ken dengan pelik. Sesekali matanya meliar mencari apa yang menarik perhatian Hanis. Hanis memandang Ken sambil tersengih.

“Aku tengah tunjuk dekat kaulah macam mana aku tau kau ada dekat sini" gurau Hanis lagi. Apa dia fikir ini cerita dalam tv ke asal pandang atas boleh nampak apa yang terjadi? Ken ketuk kepala Hanis buat kesekian kalinya lagi.

“Oit! Bocorlah kepala aku kalau tiap- tiap hari jadi macam ni" kepala yang di ketuk oleh Ken, Hanis usap. Dia fikir kepala aku ni paku ke? Duk sesedap perasa dia je ketuk kepala ni banyak kali.

“Lain kali serius sikit kalau nak cakap. Nanti bukan setakat kepala kau tu je bocor. Hilang terus pun boleh aku buat." Hanis sudah mencebik.

“Apa punya kawanlah kau ni? Yelah- yelah aku bagitau. Sebenarnya aku follow kau daripada rumah lepas tu sampailah aku dekat sini dengan berkat usaha gigih aku. And then aku nampak kau dan kau nampak aku sebaik sahaja aku lepas main redah opis kau ni. Haaa The End. Wah! Boleh masuk cerita novellah

“ bebel Hanis dan buat kesekian kalinya lagi kepala Hanis di ketuk Ken.

“Oit! Kepala ceq ni bukannya di perbuat daripada kapas tau? Hang pa ingat kepala ceq ni apa?" marah Hanis dengan entah apa loghatnya. Ken hanya buat muka selamber derk sahaja apabila mendengar kata Hanis.

“Yang kau ikut aku daripada rumah sampai ke syarikat aku ni buat apa?"

“Ala... Biarlah... Kau tu kedekut sangat" Hanis sudah tarik muncung.

“Kedekut tak kedekut! Dah jangan kacau aku! Aku nak buat kerja aku ni. Pi duduk dekat sofa nuh!" halau Ken lalu fail yang terletak di atas sekali dia ambil. Dia memulakan kerjanya dengan khusyuk sekali.

Hanis ikut perintah Ken tanpa membantah sekali pun. Sesekali majalah yang berada di atas meja dia ambil. Dia selak helaian demi helaian muka surat.

Hurm... tak ada artikel yang menarik pun, bisik Hanis dalam hati lalu majalah itu di tutup kembali. Sesekali dia menguap kecil. Mengantuk! Itu rasanya saat ini.

Memang tidak dapat dinafikan selama ini dia memang seorang yang sangat cepat mengantuk. Mata yang sudah berair dia hapuskan lalu dia berkira- kira mahu melelapkan matanya sebentar. Wajah Ken yang khusyuk menyiapkan kerja dia pandang sebelum berkata.

“Ken"

“Hurm..."

“Aku tidur dulu ye?"

“Hurm..."

“Kau dengar tak ni?"

“Hurm..."

“Jadi kau tak kisah lah?"

“Hurm..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience