CHAPTER 46

Action Series 136574

Kaca mata yang terletak elok di batang hidungnya dibetulkan sedikit. Sejak tadi lagi segala bacaan dia tidak masuk ke dalam otak. Membaca adalah salah satu sebab untuk di cuba menepis rasa tidak tenteram di hatinya sejak dari semalam.

Tengku Hakimi menghela nafasnya.

Buku bacaan diletakkan di atas meja kopi. Begitu juga dengan kaca matanya. Kedua belah tangan serentak meraup mukanya sekilas.

Belum sempat dia merehatkan fikiran, bunyi kecoh di perkarangan rumahnya membuatkannya sedikit tersentak. Kepala segera di toleh ke arah pintu bilik pejabatnya apabali pintu diketuk beberapa kali.

"Masuk." Arah Tengku Hakimi.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terpancul sekujur tubuh tegap seorang lelaki yang berpakaian lengkap yang juga merupakan pengawal peribadi Tengku Hakimi.

"Maaf Tengku. Ada seorang lelaki berkeras untuk jumpa dengan Tengku. Saya dah bagitahu yang Tengku tidak mahu di ganggu tapi dia tetap berkeras." Jelas Farhan.

"Siapa?"

Tengku Hakimi sempat menangkap riak wajah pengawal peribadinya yang sedikit teragak-agak untuk menjawab soalannya.

"Err.. He is Emeer Hayyes. Your Grandson in-law. Miss Thea's husband."

Terkejut.

Itu yang terpancar di wajah Tengku Hakimi saat itu. Dia tidak sangka suami cucu perempuan tunggalnya dapat berjumpa dengannya. Dan dia sangat kenal dengan lelaki itu. Keluarga Hayyes, adalah golongan Elit yang sangat terkenal terutama di negara-negara luar.

"Just let him. Saya akan turun kejap lagi." Balasnya perlahan.

Farhan menganggukkan kepalanya sebelum berlalu dari situ. Sebaik sahaja kelibat Farhan hilang, Tengku Hakimi menghelakan nafas berat. Sudah lama dia ingin berjumpa dengan cucu menantunya itu namun keadaab tidak mengizinkan.

Tidak mahu tetamunya menunggu lama, Tengku Hakimi segera bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

?

Ruang tamu yang serba mewah itu diperhatikannya tanpa sebarang riak. Pengawal yang berdiri tegak di sebelah hujung kirinya di pandang sekilas sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Assalamualaikum.. Maaf saya lambat sikit." Tegur Tengku Hakimi.

Mendengar teguran di belakangnya, Emeer segera menoleh. Mata dark hazel tajam menikam anak mata hitam milik lelaki tua di hadapannya. Riak wajah yang dingin terpancar di wajahnya. Langsung tiada senyuman terukir di bibirnya itu.

Huluran tangan Tengku Hakimi dipandangnya sejenak sebelum dia menyambutnya.

Sesaat.

Mereka duduk bertentangan antara satu sama lain. Tengku Hakimi tersenyum kecil melihat kelakuan dingin lelaki muda di hadapannya itu. Seperti yang dia fikirkan.

"Emeer Hayyes.. So, what can I help you?"

"Saya datang sini hanya nak bagitahu Tengku, tolong jangan ganggu keluarga isteri saya lagi. Dan tolong pastikan cucu kesayangan Tengku tu jangan cari pasal dengan saya. I really mean it, Tengku Hakimi." Suara Emeer mula kedengaran agak keras sekali.

Tengku Hakimi sedikit terkejut dengan kata-kata Emeer itu.

"Apa maksud Emeer. Grand Pa tak faham."

Bibir Emeer mula terukir sinis. Dia berdecit perlahan. Entah kenapa kata ganti nama yang digunakan oleh Tengku Hakimi itu buat telinganya terasa sakit.

"I don't have a time to explain to you everything, Tengku. You can ask your grandson. But I swear, if anything happened to my wife or my parents in-law, I will not let Tengku Dayyan Adam just like that. You know me well, Tengku. Assalamualaikum."

Serentak itu, Emeer bangun dari duduknya dan berlalu meninggalkan orang tua itu dalam keadaan terpinga-pinga. Sempat dia menjeling tajam ke arah pengawal yang berada di situ sejak dari tadi lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata Emeer yang sedikit berbaur ugutan serta peringatn itu, Tengku Hakimi segera memanggil Farhan yang juga turut berada di situ.

"Saya tahu awak dengar apa yang diperkatakan oleh Emeer tadi. Tolong siasat apa punca. Saya bagi masa tiga jam dari sekarang. Dan tolong panggil semua orang datang ke sini setelah awak selesai." Arah Tengku Hakimi.

Dadanya semakin berdebar. Dia tahu orang yang bernama Emeer Hayyes tidak akan bertindak melulu melainkan sesuatu atau seseorang bangkit kemarahannya.

Semakin kusut fikirannya saat ini. Menunggu kepulangan anak bongsunya setelah sekian lama juga menyeksa hati dan perasaannya.

?

"Balik sekarang. Grandpa nak jumpa." Suara Tengku Damien kedengaran di talian buat Tengku Dayyan mendengus.

Dia pasti Grandpa memanggil merek sekeluarga bersebab. Dan dapat dia agak sebab sebenarnya. Senyuman sinis perlahan terukir di bibirnya. Satu rancangan mula bermain di fikiran.

"Okay. Tell him I will be there with a suprise." Balasnya lalu talian di matikan.

Telefon bimbit segera dilemparkan ke atas meja. Pandangan mata segera dihalakan ke tingkat atas sambil bibirnya tersenyum penuh makna.

"Carlos, how's she? Did she eats something today?" Carlos yang berada di sebelahnya dipandang tajam.

"Elena said she didn't eat anything after vomiting this morning. She just sleeps. And I think we have taken her to the doctor."

Tengku Dayyan berdecit geram.

"Don't you forget that I'm the doctor?! Stupid!" Dengar perasaan marah dia terus naik ke tingkat atas. Bilik Thea di tujunya.

Ada orang kanan pun bodoh. Buat sakit hati saja. Tangannya segera memulas tombol pintu bilik itu. Melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil itu, tiba-tiba saja hatinya terdetik sesuatu.

Punggung segera dilabuhkan di birai katil. Tangannya naik lalu diletakkan di atas dahi Thea.

Tak panas pun.

Dahinya sedikit berkerut. Kemudian pergelangan tangan Thea dicapainya. Merasai denyutan nadi sambil tangannya melihat jarum jam.

Namun belum sempat dia menghabiskan kerjanya, Thea yang tersedar dari lena itu segera menarik tangannya. Dia sedikit terkejut dengan kedudukan Tengku Dayyan.

"A--apa awak buat ni?" Tanya Thea sambil mengundur ke belakang. Cuba menjarakkan kedudukan mereka. Tapi kakinya yang masih berantai itu membantutkan keadaan.

"Are you pregnant Thea Hazel?" Soalan di balas dengan soalan.

Nada suara Tengku Dayyan mula kedengaran keras. Dia memandang tajam ke arah Thea yang kelibatan terkejut dengan soalannya itu.

"Apa--apa awak merepek ni? Sa--saya tak faham." Tiba-tiba saja dia berdebar dengan soalan lelaki di hadapannya itu.

Tak mungkin.

"Answer me!"

Serentak itu tangannya menarik kuat rantai besi yang bersambung di kaki Thea.

"Arghh.. I don't know. Please don't do that. Sa--sakit."

Thea mula menangis. Luka melecet di pergelangan kakinya semakin teruk akibat pergerakannya dan tindakan kasar Tengku Dayyan.

"Jawab soalan aku kalau kau tak nak aku buat lebih dari tu."

Thea menggelengkan kepalanya. Tiada suara yang terluah di bibirnya saat itu. Dia tidak larat.

"Jawab aku cakap. Jawab! Tak guna!"

Apabila marah mula menguasai dirinya, serentak tangannya menarik kaki Thea yang luka itu supaya dekat dengannya. Apabila melihat Thea enggan memberi kerjasama, Tengku Dayyan berdecit geram.

Dia terus naik ke atas katil lalu tangannya terus menarik rambut Thea di sebalik tudung itu. Dan tanpa kata, dia terus menghantukkan kepala Thea pada kepala katil.

"Allah.." Hanya itu yang keluar dari bibir Thea. Sakit.. Terlampau sakit. Itu yang dirasainya ketika itu.

"Kau memang sengaja cabar aku kan Thea?? Meh sini aku tunjuk gila aku macam mana. Baik kau dan anak kau tu sama-sama mampus sekali. Boleh join ibu dan papa kau dekat sana nanti."

Tengku Dayyan bagaikan dirasuk.

Dia mula lupa siapa dirinya sebenar. Suara-suara yang berada di fikirannya mula bermain. Hatinya sakit bila sangkaan dia terhadap Thea itu adalah betul. Tambah pula dengan kebisuaan perempuan itu lagi menambahkan sakit dihatinya.

Dia bangun berdiri di sisi katil. Thea yang melihat tindakan Tengku Dayyan itu cuba untuk bergerak turun dari katil. Dia tahu apa yang lelaki itu mahu buat padanya.

Ya Allah.. Bantu hambamu ini Ya Allah. Lindungi aku.. Lindungi anakku sekiranya dia betul-betul wujud di dalam rahimku ini.

Belum sempat Thea mengatur langkah menjauhi lelaki itu, Tengku Dayyan terlebih dahulu bertindak menarik rantai di kakinya daan menyepak kuat kaki Thea sehingga berbunyi seperti tulang yang patah.

Prakk!

"Arghh.. Allah. Sa--sakit."

"Mampus kau dengan anak kau sekali!"

Dan sekali lagi kakinya di angkat tinggi, ingin menyepak perut Thea namun Thea lebih dahulu bertindak membelakangkan tubuhnya sekaligus melindungi perutnya itu. Sakit.. Sakit pada bahagian pinggang makin menyengat.

"Allahuakhbar.."

Dan Tengku Dayyan hanya memandang Thea tanpa belas kasihan. Ya.. Dia gila. Tengku Dayyan memang gila. Dia tidak kisah kalau perempuan di hadapannya itu mati asalkan dia puas.

Puas tengok mangsanya terseksa.

Melihat Thea yang terbaring lemah itu buat bibirnya tersenyum bangga. Tambahan pula matanya terpandang wajah dan kepala Thea yang dipenuhi dengan tompok darah. Bahagian pergelangan kaki yang kelihatan patah.

You will regret to be born as a Tengku Hakimi's grand daughter. The heir of Tengku Hakimi.

Dia melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang senang apabila melihat Thea mula terkulai lemah. Dan hatinya cukup senang sekiranya perempuan itu terhapus dari muka bumi ini. Tengku Dayyan turun ke tingkat bawah sambil bersiung riang. Kakinya terus keluar dari rumahnya lalu masuk ke dalam kereta yang sudah tersedia.

"Tengku Hakimi's mansion."

To be continue..

Sorry kalau ada sebab typo or grammar bersepah.

Share this novel

Aina Aini
2022-10-23 19:56:25 

bila nk updte..dh rindu sgt ni...bwbulan² tggu..

husmafiq enterprise
2022-09-07 23:59:08 

kenapa lama tidak update....please

hello
2022-06-24 19:46:47 

bila next chapter nk keluar ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience