BAB 2

Drama Series 9442

“Geram betul aku dengan Prof. Hadi tu !"

Kuat tangan Syaiha menampar meja kafe itu. Hani dan Hana yang sedang menghirup air laju saja menahan cawan mereka dari terjatuh.

Muka Syaiha merah padam menahan marah. Mata- mata yang sedang memandang langsung tidak dihiraukan. Yang pasti sekarang ni hatinya panas !

“Rilek la, dia memang macam tu kot." Hani bersuara.

Hana yang berada di sebelah hanya mengangguk mengiakan apa yang di kata kakak kembarnya.

“Ini semua sebab korang !" pantas jari telunjuk Syaiha dihala tepat ke arah Hani dan Hana.

“Kenapa kami pula ?" soal Hana tak puas hati.

“Yelah, kenapa kami ?" Hani pula menyokong.

Mereka berdua terus buat muka comel dihadapan Syaiha. Saja mahu meraih simpati dari sahabat baik mereka berdua itu.

Tiba-tiba Syaiha mengeluh apabila melihat wajah Hani dan Hana. Rasa macam tak sampai hati pula nak marah kembar seiras itu.

Tengok saja muka mereka berdua terus cair hati Syaiha. Kalau sekali tengok Hani dan Hana, pasti tak dapat bezakan yang mana adik dan yang mana kakak.

Maklum saja Hani dan Hana adalah sepasang kembar seiras. Dua-dua muka comel. Cuma yang bezanya Hani ada tahi lalat di bawah mata dan Hana pula di bawah mulut.

“Yelah korang yang beria-ria ajak karok semalam." ujar Syaiha perlahan.

Hani tersenyum. “Sorry la Syai, kami pun tak sangka semalam punya syok sampai tak ingat nak balik."

“Itu la, kau macam tak kenal kami berdua. Kalau dah dapat nyanyi tu tak ingat dunia." Hana pula menyampuk.

“Itu la korang ni, cuba buang tabiat gi karok tu. Kan dah bangun lambat." Syaiha memuncungkan bibir sedikit.

“Ala... sekali- sekala bangun lambat apadahal." Hani sudah ketawa mengekek.

“Tau tak pa. Bukan selalu cik Syaiha oiiiiiii." Hana turut ketawa.

“Banyak la korang berdua ! yang kena marah lebih aku ni. Korang biasa je Prof. Hadi tu marah." Syaiha mencebik.

Hana meletak jarinya di bawa dagu apabila Syaiha berkata begitu.

“Itu la, pelik kan. Apa yang dia tak puas hati dengan kau ?"

Hani pula laju mengangguk. “Kan... sekarang baru aku perasan. Dia macam tak puas hati dengan kau, Syai."

“Itu la, apa masalah dia pun aku tak tahu."

Laju tangan Syaiha menarik cawan yang berada di depan dia. Rakus saja dia meneguk air yang sudah ada separuh itu. Sejuk sedikit hatinya yang panas tadi.

“Aku syak Prof. Hadi syok kat kau kot !" Hani tiba- tiba bersuara apabila lama mereka mendiamkan diri.

Hana di sebelah sudah ternganga mendengar cerita kartun Hani. Tak logik langsung !

“Nonsense ! apa kau merapu ni Hani ?" soal Syaiha geram.

Laju Hana menampar lengan Hani. “Entah kau ni kak ! merepet la."

“Apa yang merepet ? apa yang aku cakap ni ada betulnya. Selalunya orang lelaki ni kalau suka perempuan tu mesti suka marah-marah."

Laju Hana mencantas percakapan Hani. “Petua dari mana Hani guna ni ?"

Hani buat muka blur. “Alah, ada la Hani dengar."

“Dengar tak semestinya betul la."

“Ishh ! Hana ni suka tak percaya."

“Memang la tak percaya sebab semua tu mengarut. Ada ke Prof. Hadi tu suka kat Syai ?"

“Apa salahnya ? Prof. Hadi tu muda lagi tau. Sesuai la dengan Syai yang cantik ni !"

“Tak ada makna !"

“Ada !”

“Tak la !"

Syaiha sudah buat rolling eye apabila kembar dua orang itu sudah mula bertekak. Kalau tak bergaduh sehari tak sah ! malas pula dia nak melayan perangai budak- budak mereka.

“Stop it, guys !" Syaiha menekan suaranya.

Serentak Hani dan Hana memandang dia semula.

“Korang ni kalau tak bergaduh tak sah . Malas aku nak layan ! dua-dua merepet."

Pantas Syaiha mengangkat punggung bila air di dalam gelas dia sudah habis. Mahu pergi dari situ, sakit telinga melayan Hani dan Hana.

“Aku gerak dulu sebab ada hal. Jumpa korang esok. Bye !" laju Syaiha melangkah.

Hani dan Hana yang sedang sibuk menolak antara satu sama lain terus berhenti.

“Kau nak pergi mana ?" Hani menyoal kuat bila Syaiha sudah berjalan agak jauh.

Syaiha hanya mengangkat tangan dan dilambai kepada Hani dan Hana. Langkahnya di teruskan, tak pandang dah ke belakang.

_____________________________

Hala tuju Syaiha laju masuk ke dalam zawara cafe yang terletak di hujung bangunan itu. Kakinya menapak mencari tempat duduk.

Syaiha mengambil tempat paling belakang sekali, saja mahu tersorok sedikit dari orang ramai. Dia beberapa kali menoleh melihat jam di tangan. Awal lagi !

Hari ini dia sendiri sudah berjanji untuk berjumpa dengan kak Rose dalam pukul 5 petang. Tetapi Syaiha datang setengah jam lebih awal.

Dia tidak mahu kak Rose menunggunya. Maklum saja kak Rose sudah lah sedang sarat mengandung anak sulung.

Syaiha menarik kerusi lalu dilabuhkan punggung. Mata Syaiha sempat melilau pada segenap ruang cafe. Dia mencari kak Rose tetapi bayang- bayang wanita itu masih tidak kelihatan.

Syaiha mengambil handphone yang berada dalam poket seluar. Jarinya laju menaip pesanan ringkas lalu dihantar kepada kak Rose. Dia meletak semula handphone di atas meja dan memanggil pelayan.

“Oder, cik ?" soal pelayan tadi.

“Bagi saya ice lemon tea dua."

“Yang itu saja ?" soal pelayan itu lagi.

Syaiha hanya mengangguk sambil tersenyum. Terus pelayan itu pergi selepas mengambil pesanan

Pandangan Syaiha dikalih melihat luar cafe apabila ada rintik-rintik air hujan yang baru turun. Dia menongkat dagu melihat hujan yang semakin lebat. Ada sedikit keluhan pada bibirnya.

“Tak baik mengeluh."

Tiba-tiba ada satu suara menegurnya dari tepi. Yang pasti suara itu bukan suara kak Rose, suara itu garau seperti suara lelaki. Laju Syaiha menoleh mahu melihat.

“Awak tak ingat saya ?" soal lelaki itu sambil tersenyum manis.

Mata Syaiha dikecilkan sedikit seperti sedang mengingati siapa lelaki dihadapannya itu. Otak Syaiha tiba-tiba jadi beku, tak jumpa ingat tentang lelaki tinggi lampai itu.

“Who are you ?" soal Syaiha dengan muka pelik.

Lelaki tadi hanya tersenyum saja. Pinggan cheese cake yang berada pada tangannya diletak atas meja bersebelahan handphone Syaiha tadi.

“Saya belanja." ujar lelaki itu bersahaja.

Lagi Syaiha buat muka pelik bila matanya sudah jatuh pada cheese cake yang diberi lelaki itu. Dah kenapa nak belanja- belanja orang ni ? ingat dia tak ada duit ke nak beli ?

Syaiha menggeleng. “Maaf, saya tak kenal awak. Saya tak boleh terima."

Dia menolak perlahan pinggan cheese cake kepada tuannya.

Lelaki tadi hanya ketawa kecil melihat muka Syaiha.

“Don't worry, awak kenal saya. Anggap ni tanda minta maaf saya."

Syaiha menggeleng lagi. “Sorry, saya tak kenal awak. Ambil balik ni !"

Syaiha memusing badannya menghadap ke luar tingkap semula. Tidak dihirau lelaki yang masih berdiri bersebelahannya.

“Awak mesti kenal saya. Kan awak yang cakap mata saya ni besar." ucap lelaki itu perlahan.

Laju kepala Syaiha tertoleh melihat lelaki itu kembali. Ditenung wajah bersahaja itu dalam- dalam. Tiba-tiba mata Syaiha jadi seperti berapi apabila dia sudah tahu dimana dia bertemu lelaki itu.

“Awak !"

Lelaki itu sudah tersengih.

“Sorry pasal pagi tadi and please, tolong terima cheese cake ni. Saya minta diri dulu."

Lelaki itu terus melangkah pergi. Tak sempat Syaiha mahu menghalang. Dia memandang semula cheese cake yang diberi lelaki tadi. Lama.

“Syai !" tegur kak Rose lepas mengambil tempat.

Lama dia tenung cake itu sampaikan kak Rose sampai pun dia tidak perasaan. Kepala Syaiha di angkat dan kelihatan kak Rose sudah duduk berhadapan dengannya.

“Huh ?"

Terpinga-pinga Syaiha sebentar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience