Bab 4

Romance Completed 146002

SEDANG ralit mengulang kaji tentang sistem model-model kereta yang baru tiba di kedai menjual kereta sport di tempatnya bekerja itu, Rya Inara menoleh selepas dia terdengar namanya dipanggil.

"Oh! Mr. Lim." Rya Inara bingkas berdiri dari kerusi yang didudukinya dan dia terus berdiri di depan lelaki itu.

"Kita ada pelanggan kat depan tu. You pergi layan sekarang," arah lelaki bermata sepet bersubang di telinga itu sambil menuding ke arah depan.

"Saya?" Jari telunjuknya dihalakan ke wajahnya sendiri. "Bukan ada Selly, Lenny dengan Damien kat depan tu ke?" soal Rya Inara sambil mengerutkan dahinya. Bukan hendak membantah, cuma hairan sahaja kenapa dia yang disuruh sedangkan ada pekerja lain di bahagian depan.

"Pelanggan tu nak you yang layan dia."

"Dia nak saya?" Rya Inara mengherot-herotkan bibirnya. Dia fikir, mungkin itu adalah pelanggan yang pernah datang di kedai itu sebelum ini.

"Ya, tolong layan dia baik-baik tau. Pelanggan ini special punya. You jangan main-main sama dia haa," pesan Mr. Lim.

"Okey." Rya Inara mengerutkan semula dahinya sambil jalan beriringan dengan Mr. Lim menuju ke bahagian depan yang mempamerkan puluhan jenis model kereta-kereta mewah yang dijual di kedai itu.
Apa yang special sangat? Presiden Amerika ke?

"Itu dia. Ingat ya, you layan dia baik-baik. Jangan sampai you buat dia marah." Sekali lagi Mr. Lim berpesan sambil menuding ke arah seorang lelaki yang sedang duduk bersandar menyilangkan kaki di atas sofa yang bersandar pada dinding. Di kiri dan kanan lelaki itu masing-masing ada seorang lelaki bersut hitam sedang berdiri tegak dalam posisi berjaga-jaga.

Serta merta langkah kakinya terhenti selepas dia melihat pelanggan yang dimaksudkan oleh majikannya.

"Apalagi yang you berdiri kat situ? jom!"

Rya Inara berdeham, lalu dia meneruskan langkah kakinya menghampiri lelaki yang sedang menyungging senyuman kemenangan memandangnya.

"Rya sudah ada di sini. Tuan boleh tengok-tengok dulu. I harap, ada lah yang tuan berkenan," kata Mr. Lim sambil tersenyum mesra sebaik sahaja mereka berdiri di depan pelanggan istimewanya itu.

"Bergantung dengan cara pekerja you bagi explanation," balas Izz Rafael, lalu pandangannya beralih ke wajah Rya Inara yang kelihatan tenang. "Okay, Miss Rya." Izz Rafael bingkas berdiri sambil membetulkan kolar bajunya. "Show me the best model you have here."

Rya Inara melepaskan keluhan halus. Untuk orang yang mempunyai ramai pengikut seperti Izz Rafael, rasanya tidak perlu dia bertanya bagaimana lelaki itu boleh tahu tempat dia bekerja. "Arah sini," kata Rya Inara, lalu dia membawa Izz Rafael menghampiri sebuah kereta diekori oleh Mr. Lim.

"I dah cakap jangan masuk campur dalam urusan hidup I, kan? Kenapa you datang di tempat kerja I?" bisik Rya Inara dengan suara perlahan, cukup sekadar mampu didengari oleh Izz Rafael sahaja.

Tiada jawapan daripada Izz Rafael. Hanya senyuman segaris yang menampakkan barisan gigi putihnya sahaja yang dipamerkan sebagai tindak balas kepada soalan yang diajukan oleh Rya Inara.

"Mustang Shelby GT500 keluaran tahun 2020. Model ni..."

"I tak minat model ni." Laju Izz Rafael memintas penerangan yang baru hendak dimulai oleh Rya Inara. "I nak tengok model yang kat hujung tu," ujarnya sambil memandang ke arah yang dimaksudkannya.

Rya Inara mengeluh geram, tetapi dia kekal berlagak tenang, padahal kalau diikutkan hati, mahu dimarahnya lelaki itu sekarang juga. Bukannya dia tidak tahu kedatangan lelaki itu hendak membeli kereta di situ hanya sekadar alasan sahaja. "Okey, jom."

"Mr. Lim, it's okay, you boleh duduk relaks kat situ. Pekerja you yang cantik manis ni cukup untuk explain to me about the cars. Don't worry, I will surely buy something from here," kata Izz Rafael dengan riak muka bersahaja. Dia sebenarnya hanya mahu meluangkan masa berdua sahaja dengan Rya Inara tanpa kehadiran orang lain.

"Oh! okey, okey. Kalau ada apa-apa masalah, boleh bagitahu ya?" balas Mr. Lim sambil tersengih.

Rya Inara menyentuh bonet kereta di depannya sambil memandang wajah Izz Rafael. "Porsche 911 GT 3 model keluaran tahun 2022. Enjin kereta ni..."

"Boleh you explain function bahagian dalam kereta ni?" Sekali lagi Izz Rafael memintas percakapan wanita itu sambil tersenyum licik.

Relaks, Rya. Sabar... kau di tempat kerja ni. "Alright, mari I terangkan sistem bahagian dalam," ujar Rya Inara akur dengan permintaan lelaki itu.

"You dah berapa lama kerja dengan Mr. Lim?" soal Izz Rafael setelah mereka duduk di dalam kereta.

Rya Inara berdeham dan berlagak seperti dia tidak mendengar soalan yang diajukan oleh lelaki itu. "Okey, kereta ni ada sistem..."

"Malam ni you free tak? Let's hang out."

Terjegil mata Rya Inara memandang wajah lelaki di sebelahnya kerana geram percakapannya asyik dicantas sejak tadi. "Can you please at least let me finish talking first?"

Izz Rafael tersenyum melihat reaksi wajah Rya Inara pada ketika ini. "I akan beli kereta ni kalau you setuju keluar dengan I malam ni. Kalau tak, terpaksalah I cakap dengan Mr. Lim yang pekerja dia ni buat I terasa dan tak mampu yakinkan I untuk beli kereta kat sini."

"You..."

"Come on, Rya! Demi masa depan you kat syarikat ni juga. I janji I tak akan buat apa-apa kat you. I cuma nak makan malam dengan you je."

"Kenapa you beria sangat eh? Sorry, I'm not interested at all!"

"Hmmm, what can I say? You stole my attention, Rya. So, you kena bertanggungjawab," balas Izz Rafael sambil membalas renungan tajam Rya Inara.

"You jangan fikir dengan kuasa yang you ada ni, you mampu paksa I! Read my lips, Izz Rafael, no way!" Rya Inara segera keluar dari kereta itu dengan perasaan geram.

Izz Rafael tersenyum sambil memerhati sosok tubuh Rya Inara yang semakin menjauh. "I can't help myself. I memang suka perempuan yang mencabar macam you, Rya. I takkan putus asa selagi I tak dapatkan you."

SEBAIK sahaja Rya Inara memarkirkan keretanya di kawasan parkir apartment, keretanya tiba-tiba dikelilingi oleh sepuluh orang lelaki bersut hitam.

"Haih! Orang dahlah penat baru balik dari kerja!" Rya Inara menggumam geram sambil menghentak stereng kereta dengan kedua-dua tapak tangannya. Kali ini, bukan setakat seorang dua utusan ayahnya, tetapi sepuluh orang.

"Miss Rya, mari ikut kami."

"Ke tepi! Aku nak lalu!"

"Please, Miss Rya." Dua orang daripada sepuluh orang lelaki itu cuba memegang tangannya, tetapi Rya Inara dengan pantas menepis.

"Don't touch me! Jangan paksa aku boleh tak!"

"Rya Inara!" panggil satu suara garau yang kedengaran cukup keras dari arah belakang.

Spontan Rya Inara menutup matanya buat beberapa saat sambil mendengus sebelum dia menoleh. "Daddy, boleh tak jangan paksa Rya? Daddy cakap dulu, Rya boleh keluar dari rumah dan hidup sendiri kat luar ni tanpa satu sen pun duit dari daddy dan daddy takkan pedulikan Rya lagi, kan? Kenapa daddy mungkir janji?"

"Stop being childish, Rya! Ikut daddy balik sekarang atau daddy akan buat tempat ni huru-hara sekarang juga!" ugut Tuan Wafie dengan muka bengis yang menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Rya Inara melepaskan keluhan panjang. Sakit hatinya mendengar ugutan lelaki berhati kering itu.

"Masuk kereta sekarang juga! They are waiting at home right now!"

Keluhan buat kesekian kalinya terpacul dari mulut Rya Inara. Dia tahu sangat siapa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu.

"Now, Rya!"

Dengan hati yang memberontak, Rya Inara terpaksa akur. Dia tidak mahu nanti orang-orang di sekeliling yang tidak bersalah menjadi mangsa ayahnya kerana kedegilannya. Dia kenal sangat dengan sikap ayah kandungnya itu.

"I'M happy to see you, Rya my lady. I miss you," kata lelaki tegap tinggi lampai yang memakai rantai besar di lehernya sebaik sahaja Rya Inara masuk ke dalam ruang tamu rumah agam milik Tuan Wafie. Tiada rasa malu langsung dia meluahkan rasa hatinya yang terbuku di depan semua orang yang ada di situ.

"I'm not your lady, Roy! Never!" Rya Inara membentak keras sambil merenung tajam wajah lelaki berdarah kacukan yang sedang duduk di depannya.

"Rya, speak politely," tegur Puan Shima.

Rya Inara mendengus sambil melirik wajah ibunya dengan muka tidak puas hati.

Lelaki itu pula hanya tersenyum melihat kemarahan Rya Inara. "You always nampak cantik walaupun you tengah marah."

"Go to hell!" Rya Inara menggumam perlahan sambil melemparkan jelingan tajam kepada lelaki itu.

"So, Tuan Wafie, bila kita nak langsungkan perkahwinan?" soal Mr. Constanzo dengan bahasa Melayu yang lancar, iaitu seorang lelaki berasal dari Itali yang sudah lama bermastautin di negara ini kerana mengahwini wanita tempatan.

"Lagi cepat, lagi bagus. As you know, kita sepatutnya bergabung untuk kalahkan kumpulan Red Dragon tu untuk ambil balik kawasan yang diorang rampas dulu."

Mr. Constanzo mengangguk-angguk tanda bersetuju. "Macam yang awak sedia maklum juga, Roy yang control banyak kawasan dan pengikut-pengikut kumpulan kami sekarang. So, untuk bergabung, dia nak berkahwin dengan Rya sebagai syarat macam yang kita bincang dulu."

"Sure, sure. Kita akan aturkan perkahwinan secepat mungkin."

"No, daddy! Rya takkan kahwin dengan dia!" Rya Inara bingkas berdiri dan terus berlari menuju ke tangga untuk naik ke biliknya.

"Rya! Rya!"

"Takpe, uncle. Maybe she needs time. Jangan risau, I can wait. Nanti Roy akan slow talk dengan dia," kata Roy sambil tersenyum licik. Dia yakin dia mampu mendapatkan wanita idamannya itu. Hanya perlukan masa sahaja.

RYA INARA keluar dari bilik air dengan hanya berkemban dengan kain tuala, kemudian dia berdiri secara membelakang di depan cermin besar yang tergantung pada dinding biliknya. Sudah lima bulan dia tidak menjejakkan kaki di biliknya sejak dia keluar dari rumah itu. Kerana rancangan ibu bapanya untuk mengahwinkan dia dengan Azroylah punca kenapa dia tekad untuk keluar dari rumah itu dan memulakan hidup sendiri pada lima bulan lepas.

Dia memandang pantulan imej dirinya pada cermin. Keluhan panjang terpacul dari mulutnya ketika dia menyentuh lukisan besar yang dicacah pada kulit belakang tubuhnya. Dia sebenarnya sudah menanam niat untuk membuang tatu itu menggunakan cara laser, tetapi entah bila.

Selepas seketika berdiri di depan cermin, dia terus menuju ke bilik pakaiannya. Matanya terus tertancap pada sehelai jaket berhoodie yang bersangkut di belakang pintu bilik pakaian itu. Jaket itu lantas dicapai dan dihidu sambil mengimbas peristiwa dua tahun lepas bagaimana jaket yang bukan miliknya itu boleh ada dengannya.

"Jangan lari!!!"

Dengan langkah yang semakin perlahan kerana kecederaan di kakinya, Rya Inara menggagahkan juga dirinya untuk melarikan diri daripada sekumpulan ahli geng yang sedang mengejarnya.

Rusuhan di antara kumpulan-kumpulan ahli kongsi gelap yang berlaku pada malam itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah. Ramai pengikut-pengikut mereka tewas pada malam itu.

Rya Inara berlari masuk ke dalam satu lorong sempit berlampu malap dengan perasaan takut. Dia akui, inilah pertama kali dia berasa takut sebegitu. Dia belum bersedia lagi untuk mati, namun dia pasrah jika ini malam terakhir hayatnya dikandung badan.

Tiba-tiba, tubuhnya ditarik oleh seseorang dari arah kanan masuk ke dalam satu ruang yang sempit dan agak suram. Dia tidak mampu bercakap dan melakukan apa-apa kerana mulutnya ditekup, manakala tubuhnya pula dihimpit ke dinding.

"Syyy, jangan buat bising. Diorang dah dekat tu," kata lelaki yang memakai jaket hoodie itu. Jarak wajah mereka hanya beberapa inci sahaja di antara satu sama lain.

Rya Inara tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu memakai topeng mulut. Sungguh dia berasa sangat-sangat bersyukur kerana ada penyelamat yang tiba-tiba hadir menyelamatkannya di saat-saat genting. Dia berasakan seperti mati hidup kembali.

Selang seminit, sekumpulan lelaki yang mengejarnya tadi lalu di tempat mereka menyorok dan tanpa diduga, lelaki itu terus memeluk erat tubuh Rya Inara dan menyuruhnya supaya kekal berdiam diri.

Rya Inara akur membiarkan dirinya berada di dalam pelukan lelaki yang tidak dikenalinya. Dia mampu merasakan degupan jantung lelaki itu selama dia berada di dalam pelukan yang tidak terjangka itu.

"You lari ikut arah tu," kata lelaki berhoodie dan bertopeng itu setelah sekumpulan lelaki tadi sudah berlalu. Jaketnya lantas dibuka dan dihulurkan kepada Rya Inara. "Pakai ni, tutup kepala."

Rya Inara terus melakukan apa yang disuruh oleh lelaki itu tanpa sebarang bantahan. "Thank you. Thank you so much," ucapnya sungguh-sungguh sebelum dia berpaling ke arah yang lelaki itu katakan tadi.

Baru beberapa langkah Rya Inara melangkah, tiba-tiba dia berpaling semula. Dia melepaskan rantai lehernya, lalu dihulurkan kepada lelaki itu. "One day kalau awak jumpa saya, awak tunjuk ni je."

Lelaki itu menyambut hulurannya sambil mengangguk. Dari bentuk matanya yang mengecil, dia tahu lelaki itu sedang tersenyum.

Ketika Rya Inara berada di hujung jalan, dia terdengar kekecohan di belakangnya. Spontan dia menoleh ke belakang.

"Lari!!!" jerit lelaki bertopeng tadi sambil menghalang sekumpulan lelaki yang mengejarnya tadi daripada masuk ke dalam lorong yang sempit itu. Rya Inara sempat melihat lelaki tadi sudah terbaring dibelasah tanpa belas kasihan.

"Kau masih hidup ke?" Rya Inara menyandarkan tubuhnya pada dinding bilik pakaiannya sambil mencengkam dan memeluk jaket hoodie yang dipegangnya.

Sejujurnya, itulah juga yang membuatkan dia tidak pernah membuka hatinya untuk mana-mana lelaki selama ini. Hati dan cinta pertamanya sudah disandang oleh lelaki asing yang menyelamatkannya pada dua tahun lepas. Lelaki yang belum pasti masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

"TUAN."

Izz Rafael menoleh. "Hmm, ada apa?" soalnya sambil memandang semula pemandangan bandar raya yang bergemerlapan itu dari balkoni tempat kebiasaan dia menghabiskan masa jika dia berada di rumah.

"Masa untuk makan ubat," kata Radzi sambil meletakkan pinggan kecil berisi beberapa biji ubat dan juga segelas air suam di atas meja.

Selepas Radzi beredar dari situ, Izz Rafael terus duduk dan mencapai ubat-ubatannya. Agak lama dia merenung ubat-ubat tersebut sebelum dia menelannya. Entah sampai bila dia perlu terus menelan ubat-ubatan tersebut. Mungkin sehingga ingatannya pulih sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience