Bab 34

Romance Completed 78329

“Ariff! Ariff!” Laju saja kakinya menghampiri Ariff yang menyemak laporan pesakit di kaunter. Ariff memandang ke arah kawannya. Dah kenapa dengan dia ni? Lari laju semacam? Kena kejar dengan anjing ke?”

“Hah…kau ni dah kenapa? Kena kejar dengan anjing?” ujar Ariff bersahaja.

“Sejak bila pulak hospital ni anjing rajin jenguk? Bukanlah! Aku ada benda nak cakap dekat kau ni!” Semangat habis muka Amirul. Entah apa benda yang dia nak cakapkan tu.

“Apa benda? Cakap cepat. Kejap lagi aku nak pergi ambik laporan pesakit dekat wad 117.”

“Kau tahukan pasal budak intern tu?” Ariff mengangguk. Satu hospital tahu pasal kedatangan budak intern dari Filipina tu.

“Aku nampak dia datang praktikal hari ni! Kau nak tahu? Cantik siot!”

Ariff mencebirkan bibirnya. “Ini je ke yang kau nak cakap dekat aku? Ni…selama ni semua budak intern dekat sini pun kau cakap cantik semua. Tak pernah tak cantik dekat mata kau. Haih…dahtu budak intern tu kan dari Filipina? Mestilah cantik sebab orang Filipina pun cantik-cantik jugak. Dah…aku nak buat kerja.” Ariff mengarah nurse Dahlia mengambil laporan pesakit wad 117 dan dia segera berlalu pergi dari situ.

“Hesy mamat ni. Masalahnya aku cakap benda yang betul. Budak intern yang ni lagi cantik dari budak intern yang sebelumnya. Ingat mata aku ni buta sangat ke tak boleh nak beza yang mana lagi cantik?” Gumam Amirul sambil melihat nurse Dahlia yang memandangnya bercakap seorang diri.

“Doktor ok ke ni? Cakap sorang-sorang pasal budak intern tu? Hmmm…doktor suka dekat dia ke?”

“Siapa je tak suka? Kalau you tengok sendiri macam mana rupa dia, I yakin yang you pun akan cakap dia cantik. Oh ya! Lupa pulak! Tolong bagi laporan pesakit nama En. Abdullah di wad 210.”

Nurse Dahlia segera mengeluarkan fail pesakit tersebut dan diserahkan kepada Amirul. Disemaknya sebelum dia meminta diri pergi dari situ. Nurse Dahlia cuma mampu menggeleng dengan perangai Amirul yang satu itu. Pantang nampak perempuan cantik semua dia nak try tapi tak pernah dapat! Hahahaha!!!

TEKUN dan penuh dengan hati-hati Vitalika mencuci luka pesakit tersebut dan semuanya dipantau oleh Doktor Hamidah. Tersenyum dia melihat cara Vitalika mencuci luka-luka tersebut. Penuh lembut dan teliti. Kalau begini caranya, tak ada masalah untuk Vitalika cuci luka sama ada luka bedah, luka jahitan ataupun luka yang lain.

Akhirnya, luka pesakit tersebut selesai dicuci dan sudahpun dibalut dengan bandage yang baru untuk elakkan jangkitan kuman. Peralatan, ubat dan bandage yang digunakan tadi disimpan kembali dalam bekasnya. Kemas.

“Dah siap cuci luka, Encik Ramdan. Saya dah cakapkan tadi? Kita kena bagi kepercayaan penuh kita pada nurse walaupun dia masih lagi baru. Ada rasa sakit atau kebas dekat mana-mana?” tanya Doktor Hamidah hanya sekadar kepastian. Mula-mulanya Encik Ramdan tak nak Vitalika yang cucikan lukanya. Takut sakit atau salah cuci apa semua ada alasannya.

Encik Ramdan hanya mampu menggeleng dan tersenyum ke arah mereka berdua. “Terima kasih…” ucap Encik Ramdan kepada Vitalika.

“Sama-sama…” Vitalika turut menghadiahkan senyuman kepada Encik Ramdan. Ini adalah salah satu professional term yang dia belajar iaitu kompeten, penyayang, humane, dan safe practice ketika merawat pesakit. Sentiasa tersenyum dan mengambil berat tentang keadaan pesakit sangat penting.

“Good job Vitalika…”

“Thank you, doctor,” dapat pujian dari Doktor Hamidah pun dah cukup memadai untuk buat dia rasa seronok dan semangat. Tujuan aku ambil bidang ni pun semata-mata untuk kak Gia je. Manalah tahu satu hari nanti kak Gia jatuh sakit, dia sendiri boleh rawat kak Gia.

Anggap sajalah dia buat semua ini tujuan untuk membalas jasa kak Gia yang dia masih lagi tak mampu nak balas sampai ke hari ini. Dari mereka kecil, kak Gia usaha keras cari duit untuk bagi kesenangan kepada dia. Kalau tak ada kak Gia, mungkin dia takkan survive sampai ke hari ni.

Ketika mereka berjalan keluar dari wad, Doktor Hamidah menanyakan sesuatu kepada Vitalika.

“Sorry Vitalika kalau apa yang saya nak tanya ni agak mengganggu awak tapi boleh saya tahu kenapa awak pindah ke Malaysia instead of intern dekat Filipina je?”

“Sebenarnya saya pindah ikut kakak kembar saya ke Malaysia since dia nak cuba nasib dia di Malaysia pulak. Katanya dia nak pindah angin. Merasa angin dekat sini pulak.”

“Wait…that’s mean your twin nama Gia Vatanika, right? Model Filipina tu dan tak silap saya dia pernah photoshoot dekat Malaysia sekali?” Wah! Doktor Hamidah pun tahu sapa Gia Vatanika.

“Ya…betullah tu.”

“You look like her. Awal tu dah confuse sikit sebab ingatkan awak ni Gia Vatanika tapi bila tengok balik profile awak nama lain.”

“Beza dekat Vitalika dengan Vatanika je.” Vitalika tersenyum. Tak dinafikan jugak banyak yang keliru dengan dia dan kak Gia. Ada yang anggap dia sebenarnya kak Gia. Maklumlah muka serupa dan sebijik! Nak boleh beza pun tanda lahir je.

“Yang saya impressed sekarang ni awak fasih cakap Melayu. Awak belajar cakap Melayu ke sebelum datang sini?” Masa awal-awal Vitalika bercakap dengan dia, agak terkejut jugaklah sebab dia tak terfikir yang Vitalika boleh fasih cakap Melayu.

“Ayah dulu orang Thai-Malaysia. Jadi, ayah pernah ajar sedikit-sebanyak cakap dalam bahasa Melayu dan Thai.”

“Ohhh…fasih banyak bahasa lah ni?” Vitalika mengangguk.

“Family tak pindah sekali?” Soalan dari Doktor Hamidah menyentakkan Vitalika namun mukanya cuba dimaniskan.

“Family still dekat Filipina. Mummy, daddy ada kerja dekat sana.”

Doktor Hamidah mengangguk tanda faham. Kemudian, dia meminta diri untuk beredar kembali ke bilik kerjanya. Vitalika memandang jam di tangannya. Masih ada beberapa jam sebelum waktu balik.

“Hai!!!” Hampir Vitalika menaikkan tangannya kepada lelaki yang tersengih di hadapannya. Haih! Terkejut aku dibuatnya tiba-tiba tegur aku macam tu! Vitalika memandang gerangan di hadapannya yang memakai tag nama Dr. Amirul.

“Hai.”

“Free?”

“Not that free. Why? Any problem?”

“Amboi…tanya macam nak cari gaduh…” gumam Amirul dan disangkakannya Vitalika tak faham dengan apa yang dia gumamkan. “Sorry-sorry…I bet you don't understand what I was saying just now. I was saying that you’re so pretty.”

Vitalika tersenyum sinis. Nak ketawa pun ada jugak bila terang-terang Amirul cuba menipunya.

“Is it?”

“Yes.”

“Jangan nak menipulah…”

“Mana ada menipu.” Kemudian, Amirul tersenyap seketika sebelum melihat Vitalika dengan muka yang penuh tanda-tanya. “You cakap dalam bahasa Melayu ke tadi?”

“Ya. Kenapa?”

“Ya Allah! Maknanya apa yang I cakap tadi you tahu lah kan?” Vitalika mengangguk.

“Sorry…I tak bermaksud nak tipu you.”

“Nah…it’s okay. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu.” Vitalika terus pamit pergi dari situ. Tak kuasa nak layan perangai Amirul.

“Hoi!” fail ditangannya dilayang ke tubuh Amirul. “Kau nak mengorat dia ke?” soal Ariff. Dari tadi perhati je Amirul yang cuba nasi dengan budak intern tu.

“Hesy kau ni. Taklah…aku saja je nak tegur. Kenapa? Jeles?”

“Aku? Jeles? Tak ada masa lah! Ni…nak pergi makan sekali tak? Kalau tak nak, aku pergi dulu.”

“Hah jomlah! Alang-alang tu gerak sekali. Aku pun dah start lapar ni.”

“Jom!” Mereka berdua gerak sekali ke kafeteria hospital.

TUMPUAN Luqman terus dihalakan ke skrin komputer. Masih banyak lagi gambar-gambar yang perlu dieditnya. Untung saja tangannya cekap melakukakn kerja-kerja edit ni. Jadi, tak adalah ambik masa yang lama sangat untuk siap.

Fahim meletakkan segelas air milo di atas meja kerja Luqman. “Apahallah muka kau nampak stress sangat ni? Hmmm? Kau stress apa lagi ni Luq?”

“Macam-macam.” Air milo yang dibancuh Fahim diambil lalu diteguk sedikit. “Bertambah stress bila aku dapat tahu yang perempuan tu sekarang ada dekat Kuala Lumpur ni.”

“Haih…apa salahnya kalau dia ada dekat KL? Ada larangan ke untuk dia masuk ke KL?”

“Memang tak ada larangan dan aku tak kisah langsung pun dia nak duduk mana dan dia nak buat apa dekat KL ni. Yang jadi masalahnya sekarang ni dia siap pergi rumah ibu tau! Lepas tu dengan tak ada rasa bersalahnya dia masuk dalam bilik Dariya. Belek gambar tunang aku dengan Dariya.”

“Kau ni overthinking sangat Luq. Walaupun dia tak tunjuk sama ada dia sedih, suka, menangis apa sekalipun tapi itu tak bermakna dia suka dengan apa yang dah jadi antara dia dengan Dariya. Aku tak rasa yang Gia sekejam tu.”

“Yang kau nak backup dia sangat dah kenapa?”

Aduh! Aku cakap macam tu dah katanya aku ni backup Gia pulak. Dah kalau aku cakap macam lain katanya aku tak sokong dia pulak. Pening pulak kepala aku!

“Aku tak backup sapa-sapa pun Luq. Cuma, aku cakap dekat sini Gia tak mungkin sekejam yang kau fikirkan. Come on lah Luq! Jangan disebabkan dia tak datang mintak maaf pada hari kejadian dekat kau dengan ibu, kau terus nak fikir yang bukan-bukan pasal dia. Kita tak tahu apa yang dia lalu waktu tu. Mungkin masih dapatkan rawatan atau bagi keterangan pada pihak polis. We don’t know about it. Jangan jump conclusion macam tu je.”

“Aku tak yakin yang dia bagi keterangan dekat polis! Sebab apa? Sebab semua bukti dah dihapuskan! Tak tinggalkan jejak langsung! Everything cleaned seolah-olah benda ni dah dirancang tau! Kau tak ada dekat tempat aku Fahim! Kau takkan tahu apa yang aku rasa!”

Fahim tak berkata apa lagi. Aku cakap jelah macam mana pun dan akhirnya Luqman jugak yang menang dalam hujahnya. Luqman layak jadi lawyer sebab pandai pusingkan keadaan.

Sebelum Luqman bekerja sebagai editor di sini, Luqman pernah berkhidmat sebagai private bodyguard yang diupah oleh golongan bangsawan dan Luqman jugak pernah buat kerja-kerja investigation macam ni. Dalam waktu sekarang ni, kenapa Luqman tak pakai je skill dia yang dulu kalau dia yakin yang Gia memang bersalah sepenuhnya dalam hal ni? Hmmm…tak tahulah. Semuanya terpulang kepada Luqman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience