“Do you really need to go?” Hana Aishah memeluk erat Mikhail. Matanya dipejam rapat menghidu haruman yang akan dia rindui. Haruman yang membuatkan gundah gulana hatinya hilang sebentar.
“Don’t make it harder than it already is” Mikhail mengucup ubun – ubun Hana Aishah. Haruman rambut Hana Aishah yang membuatkan hatinya berada di awang – awangnya.
“This is longer that that 2 weeks in Denver. I`d rather you go for shorter duration despite the distance than this” bibir Hana Aishah sudah tercebek kesedihan.
“But at least its in Switzerland. Nearer” Mikhail merenung kedalam anak mata coklat yang membawa seribu rahsia itu.
“He`s going to be so miserable without you” Mikhail tertawa mendengar rungutan Hana Aishah.
“No. He wont” Mikhail melepaskan pelukannya pada Hana Aishah. Matanya kini ditumpukan pada Adam yang sedang duduk di lantai ruang tamu itu.
“You are Papa`s good boy, aren’t you?” Mikhail mengagah sambil dia membongkokkan tubuhnya. Adam seperti tahu dirinya yang mahu diangkat terus melepaskan telefon mainan yang sedang dia tekan itu.
“Gosh. I`m going to miss you so much baby” Mikhail memeluk erat tubuh Adam. Adam yang berbaju pijama tebal itu mengucup pipi Mikhail bertalu – talu.
Hana Aishah mengigit jarinya melihat gelagat Mikhail dengan anaknya. Adam sedang ketawa mengekek saat Mikhail memberi serangan balas apabila dia dicium sehingga penuh wajahnya dengan air liur Adam. Tawa Adam yang menjadi pengubat hatinya.
“Who`s my clever boy?” Adam sudah meloncat – loncat di dalam pelukan Mikhail saat pertanyaan Mikhail itu kedengaran.
“Yes you are” Mikhail memeluk erat Adam.
Pertama kali dia melihat sepasang anak mata hitam Adam, hatinya sudah terpaut. Semenjak itu, hari – harinya dipenuhi dengan anak kecil yang suci itu. Dia menyukai kanak – kanak tetapi sayangnya pada Adam tidak dapat dia gambarkan. Walaupun Adam bukan darah dagingnya, tetapi sedikit pun sayangnya tidak kurang.
“Anak papa” bibir Hana Aishah mengukir senyuman saat kata – kata itu meniti bibir Mikhail. Anak mata Mikhail seperti selalu, tekun melihat Adam yang sedang membebel dalam bahasanya dengan segala liuk badan dan tangan.
“You are going to be a good boy. You are going to take care of Umi while I`m away right” Adam menganggukkan kepalanya laju kemudian digelengkan.
“You… cheeky boy” Mikhail mengucup pipi montel Adam yang sudah memerah kerana suhu yang masih lagi rendah walaupun mereka sudah menghampiri bulan Februari.
“Eeee bencinya. I want you here” Hana Aishah sudah bergenang air mata.
Mikhail menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Rasa bahagia menerjah ke dalam hatinya saat Adam dan Hana Aishah berada dalam rangkulannya. Senyuman lebar terukir di bibirnya.
“This is right. You , me and Adam. Our little family” Hana Aishah terdiam saat mendengar kata – kata yang diutarakan Mikhail.
Kenapa setiap kali Mikhail mengutarakan kata berbaur begitu hatinya merasa bersalah. Entah berapa banyak kali Mikhail sudah berkias meluahkan hasratnya tetapi hati Hana Aishah diselubungi satu rasa yang tidak dapat dia ungkapkan. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Mikhail rasa itu kerana dia sendiri tidak faham dengan hatinya.
“Why you keep on deflecting him Hana? He`s a good dad for Adam but most importantly I know he is going to be good partner for you” kata – kata Emir beberapa bulan lepas.
Senangnya Emir berbicara tetapi hakikatnya tidak semudah itu dia mampu menjawab. Bagaimana dia mampu memberi satu jawapan sekiranya dia sendiri masih mencari apakah perkara yang sedang membolak balikkan hatinya.
“We`re going away for awhile after my course at Switzerland. No excuses” Mikhail menghentikan lamunan Hana Aishah.
Hana Aishah merenung ke dalam anak mata Mikhail. Anak mata yang berwarna kelabu kehijauan itu dipandangnya lama. Sepasang mata cantik dan sempurna yang sentiasa menenangkan hatinya tetapi dalam masa yang sama menyesakkannya apabila anak mata itu memandangnya dengan satu harapan yang Hana Aishah tidak mampu tunaikan. Sampai bila? Dia sendiri tidak pasti.
“Fine” suara Hana Aishah kedengaran seperti mengalah tetapi bibir itu tidak mampu menahan daripada membentuk segaris senyuman.
“That’s my beautiful girl” Hana Aishah menyadarkan kepalanya ke dada Mikhail. Satu keluhan berat dia lepaskan. Sampai bila dia harus bergini.
“I need to make a move sweetheart” suara Mikhail kedengaran hambar. Berat dia mahu meninggalkan dua orang insan yang sentiasa bermain dimindanya.
“Fuhh. Ok. Lets do this” Hana Aishah menarik nafas dalam sebelum dia merenggangkan dirinya daripada Mikhail. Dia dapat melihat Adam yang sudah melentokkan kepalanya ke dada Mikhail.
“Alright. I`ll go upstairs so he won’t see you leaving” Hana Aishah menarik Adam ke dalam pelukannya. Nasib baik Adam yang sudah mamai itu tidak melawan. Kalau tidak, boleh pecah gegendang telinga mereka mendengar amukan Adam.
“I`ll miss both of you so much angels” Hana Aishah sudah mendodoikan Adam yang berada di dalam pelukannya saat Mikhail berkata sambil memakai kasut di pintu masuk rumah dua tingkat itu.
“We`ll miss you too papa” Hana Aishah tersenyum kesedihan. Air matanya sudah bertakung tetapi dia tahan.
“Scott will be here soon. I`ve told them both to rearrange back their schedule so you wont be alone with Adam” itulah Mikhail. Sentiasa memikirkan segalanya supaya mudah untuk mereka anak beranak.
“I love you beautiful” saat Mikhail membuka pintu kayu berwarna putih itu, kata – kata itu diluahkan Mikhail penuh perasaan. Hana Aishah terdiam membisu merenung kea rah Mikhail yang tersenyum lebar memandangnya.
Kata – kata cinta yang dilafazkan Mikhail hari itu lain. Lain daripada sebelum – sebelum ini. Kata – kata itu yang membawa erti lain. Kata – kata yang telah Hana Aishah janjikan hanya untuk lelaki yang melukai hatinya di tahap yang tidak mampu dia ubati. Anak mata yang sentiasa mempersonakan Hana Aishah itu memandangnya. Menunggu jawapan balas.
Mata Hana Aishah dipejam rapat. Segala memori tiga tahun lepas kembali. Memori dengan lelaki itu. Janji yang dia meterai. Haruskah dia memegang janji seorang lelaki yang menodai bukan satu tetapi semua janji manis yang pernah ditaburkan kepadanya? Masih adakah lagi hak lelaki yang meragut kehormatannya sebagai seorang wanita , sebagai seorang isteri?
Jahatkah dia sekiranya dia menyambut huluran seorang insan yang menyayangi dirinya yang sudah rosak itu? Kejamkah dia kalau mahukan seorang bapa yang sanggup menerima anak yang bukan daripada benihnya dengan hati yang penuh dengan kasih sayang?
Wajarkah dia mempertaruhkan nyawa Adam dengan kembali kepada lelaki yang sama membiarkan Hana Aishah dan abang kepada Adam terkapai sendirian melayari lautan derita sampai akhirnya anak sulungnya menjadi galang ganti?
Mata Hana Aishah dibuka. Mikhail setia menanti seperti semenjak tiga tahun lepas. Tanpa penat , tanpa Lelah , lelaki itu menanti untuk mengutip sisa yang ditinggalkan Fakhrul. Hatinya berbelah bahagi , antara janjinya sebagai seorang isteri yang masih tidak tahu status dan masa depan Adam yang sudah berdengkur di bahunya.
“I… I … I love you too” saat kata – kata itu meluncur di bibir Hana Aishah, hati Mikhail berbunga bahagia manakala hati Hana Aishah seperti dibelah dengan sembilu.
“Wait for me ok?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan dan mengukir senyuman menyembunyikan sakit yang sedang merebak daripada hatinya ke segenap tubuhnya.
“Why everything has to ended up like this?” air mata Hana Aishah mengalir lebat sejurus pintu kayu yang berwarna putih itu ditutup rapi.
*************************************************
“Mak nak baliklah Wa” suara Teacher Basirah kedengaran resah. Pandangannya sudah meliar ke luar jendela. Semakin jauh mereka meninggalkan rumahnya , semakin tidak keruan hati Teacher Basirah.
“Mak seriously. Just for awhile” suara Hana Azuwa yang semakin hilang kesabarannya menghadapi kerenah Teacher Basirah.
“Mak nak balik. Wa berhenti dekat mana - mana gas station. I’ll take taxi and go back” Teacher Basirah berjauh hati mendengar tona suara anak sulungnya.
“Mak ni. Takkan tak boleh tolong Wa sekejap. Wa ada meeting dengan Vendor ni. Mak tengokkan budak-budak sekejap dekat rumah. Nanti Wa hantar la balik lepas habis meeting” Hana Azuwa masih bertegas.
Pagi tadi apabila Hana Azuwa tiba - tiba muncul di hadapan rumahnya Teacher Basirah tidak dapat menolak. Hana Azuwa bertegas mahu dia menemani cucu - cucunya di rumah sementara anak perempuannya itu bertemu rakan perniagaannya.
“Wa tak bagi tau mak pun Wa dah start business” Teacher Basirah membalas geram.
“If you paid more attention to us yang masih hidup depan mata mak ni , you would’ve known. Ni sibuk tunggu adik yang entah kat mana tu” Teacher Basirah terdiam mendengar amarah anak sulungnya.
Matanya dihalakan ke luar jendela. Air matanya ditahan daripada mengalir. Dia terasa hati dengan kekasaran Hana Azuwa tetapi dia diamkan sahaja.
“Adik tak pernah kasar dengan mak macam ni” saat kata - kata itu dibisikkan Teacher Basirah, Hana Azuwa diselubungi rasa bersalah.
Masing - masing diam membisu. Semenjak pemergian Hana Aishah, susah sangat untuk Teacher Basirah keluar daripada rumahnya. Penat mereka anak beranak melayan kerenah Teacher Basirah. Tetapi hari ini Hana Azuwa perlu bertegas. Ada misi yang perlu dia capai. Walaupun Teacher Basirah berjauh hati dengannya.
Sesekali pandangannya dihalakan ke arah Teacher Basirah yang berwajah monyok itu. Wajah yang semakin jelas kedutannya, wajah yang semakin cengkung , wajah yang semakin pucat. Hana Azuwa bimbang akan keadaan ibunya dan dia sentiasa berdoa kepulangan Hana Aishah.
“I never knew the pain of taking care of both of them. You did so good adik. I`m sorry I wasn’t involved back when you were with us” hatinya berbisik sendiri.
Keluarganya sudah hilang seri. Pemergian Hana Aishah memberi tamparan hebat kepada mereka sekeluarga. Setahun lebih adiknya tidak dialu – alukan ke rumah ibu bapanya , setahun Hana Aishah menanggung derita sendiri tetapi sekurang – kurangnya mereka tahu di mana Hana Aishah berada.
Balasan untuk mereka kerana menyakiti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Seorang isteri yang difitnah. Hana Azuwa menyesal setiap kali dia teringat betapa bodohnya dia mempercayai gambar dan video yang entah dari mana asalnya daripada adiknya sendiri. Dia lebih mempercayai fitnah orang asing daripada darah dagingnya sendiri.
*****************************************
“Assalamualaikum!” Kapten Azam melaung kuat di hadapan banglo menantunya. Cuaca panas terik yang menyinari tengah hari itu tidak diendahkannya.
“Adik. Assalamualaikum. Abah datang ni” sekali lagi suara Kapten Azam melaung. Kupiah yang dipakainya dibuka. Peluh jantan yang mulai muncul itu dikesar menggunakan telapak tangan kanannya.
Dia sudah mundar mandir di hadapan pagar elektrik yang berkunci itu. Kakinya dijengketkan melihat laman luas yang kosong itu. Kali terakhir dia ke situ lima bulan lepas. Kali terakhir dia melihat anaknya. Tiada suara , hanya pandangan kosong saat mereka melawat.
“Adik!” sekali lagi dia melaung kuat.
Pandangannya penuh kerisauan di halakan ke arah Hana Azuwa yang berdiri di bawah terik matahari itu. Sejurus dia bertelagah dengan isterinya mereka terus ke situ. Sudah beberapa hari ini hatinya tidak keruan. Kemuncaknya tadi saat dia melihat pandangan kosong isterinya saat lauk makan tengah hari mereka menghiasi lantai dapur rumahnya. Pandangan yang dia sudah amat arif itu.
“Wa. Kenapa adik tak keluar?” Hana Azuwa diam membisu. Wajahnya berkerut kerisauan.
“Abah keep ringing the bell. Wa ambik phone kejap” laju kaki Hana Azuwa melangkah menuju ke kereta Honda CRV milik suaminya.
“Mana pulak phone ni?” Hana Azuwa mengeluh kasar. Dalam saat – saat dia nak cepatlah semua barangnya tiada.
“Haa. Jumpa pun” Hana Azuwa terus membuka Iphone nya. Dia menekan nama Fakhrul sebelum dia mendail nombor adik iparnya.
“Pick up” suara Hana Azuwa berbisik mengharap.
“Adik. Adik!” sekali lagi Kapten Azam melaung kuat. Tangannya semenjak tadi asyik menekan loceng di rumah itu.
Rumah banglo itu lansung tiada pintu yang boleh dia masuk. Semuanya terkunci rapi. Sejujurnya melihat tahap keselamatan rumah menantunya hatinya lega. Sekurang – kurangnya sekiranya Hana Aishah bersendirian di rumah tidaklah dia risau. Dia masih ingat tempoh dua minggu lebih dia menetap di situ menemani anaknya sewaktu Fakhrul berkursus ke Vienna itu.
Sepanjang dua minggu itu dia dapat meneroka segenap rumah itu. Sempat juga dia bercucuk tanam di laman sisi rumah menantunya. Masa – masa yang dihabiskan dengan Hana Aishah setiap kali anaknya habis kerja dan pada hujung minggu itu dia rindui. Kegembiraan anaknya yang tidak dia sangka akan dihapuskan dalam sekelip mata dengan tohmahan yang dilemparkan kepada Hana Aishah.
“Fakhrul tak angkatlah Bah” suara Hana Azuwa kedengaran sebak saat itu.
“Wa try call adik or maybe their landline” Kapten Azam sudah terduduk di tembok di sisi pintu pagar yang setinggi 7 kaki itu. Wajahnya yang penuh kecewa dipandang Hana Azuwa dengan perasaan yang sama. Tangan Hana Azuwa cuba mendail pula nombor rumah adik iparnya.
“Wa try call landline diorang. I don’t know which number adik is using now” Hana Aishah ikut duduk di sebelah bapanya.
“Tak dapat bah. Nobody pick up” air mata Hana Azuwa sudah mengalir.
“Abah dah seminggu tak sedap hati. Abah nak tengok adik. Sekejap pun tak apa” Kapten Azam meminta. Matanya memandang ke arah jalan raya yang kosong dan sunyi. Kawasan perumahan yang terpencil itu tidak mempunyai banyak rumah. Kawasan tanah lot banglo di sebelah kanan dan kiri rumah menantunya hanya tanah kosong. Barangkali belum ada pemilik.
“Wa nak jumpa adik. Semalam Wa mimpi adik jatuh tangga. Lepas tu Adik pandang Wa. She was crying” makin lebat air mata Hana Azuwa saat dia menceritakan punca dia mengikut sahaja rancangan bapanya untuk ke situ.
“Abah.. Abah.. Abah nak jumpa adik. Dari luar ni pun tak apa” suara Kapten Azam sudah tersekat – sekat.
Mereka sama – sama terdiam membisu memandang ke arah pintu rumah banglo yang tertutup rapat. Pintu yang dilindungi gril berkunci mangga itu dapat Kapten Azam lihat melalui celahan pagar besar itu. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak menemui Hana Aishah.
“Abah. Kita balik dulu. Maybe Adik keluar dengan Fakhrul. Nanti Wa call lagi Fakhrul. We`ll arrange a meet up” Hana Aishah memeluk lengan bapanya yang sudah basah dengan peluh dibawah terik matahari itu.
Kapten Azam diam membisu. Hatinya berat mahu meninggal rumah itu selagi dia tidak melihat Hana Aishah dengan mata kepalanya sendiri. Lama mereka duduk di bawah terik matahari. Hana Azuwa sudah basah kuyup dengan peluh. Dia cuba bertahan selama boleh kerana mengenangkan bapanya.
“Abah. Jom. Nanti Wa bawak abah datang lagi” Hana Azuwa mengenggam tangan kasar bapanya kuat. Cuma menyakinkan tentang sesuatu yang dia pun tidak pasti.
“Abah tunggu adik. Kejap lagi adik baliklah tu” Kapten Azam berbicara penuh pengharapan di hadapan pagar itu. Renungan penuh pengharapan dia melihat pintu gril rumah yang bermangga. Mengharapkan Hana Aishah akan membuka pintu rumah itu.
“Bah dah dekat sejam kita tunggu. Adik keluar tu Wa rasa. Wa janji Wa bawak abah jumpa adik the soonest I get hold on Fakhrul. Jom Bah” Hana Azuwa menarik bapanya berdiri. Badan tua itu semakin susut semenjak kejadian yang menimpa Hana Aishah.
“Wa janji dekat abah” Kapten Azam merenung Hana Azuwa penuh pengharapan. Anaknya yang sedang membuka penghawa dingin pada tahap maksima sambil mengipas tudung sarung yang dipakai untuk mengurangkan kepanasan yang dirasai Hana Azuwa.
“Wa janji Bah” Hana Azuwa menjawab dengan segala kekuatan yang dia mampu saat itu. Cuba menyakinkan bapanya tentang sesuatu yang dia tidak pasti tetapi tidak sampai hati untuk merisaukan lagi hati tua itu.
Saat kereta Honda CRV itu pergi meninggalkan rumah banglo itu , Hana Azuwa dapat melihat mata bapanya merenung cermin sisi. Melihat rumah banglo itu penuh sayu.
******************************************
Sampai ke hari itu Hana Azuwa menyesali kerana tidak berusaha untuk masuk ke rumah itu. Kalaulah Hana Aishah ada di dalam banglo itu , pasti dia sudah membawa lari adiknya. Berhari – hari dia memanggil telefon Fakhrul tetapi tidak berjawab. Berhari – hari dia meyakinkan bapanya , Hana Aishah mungkin pergi bercuti dengan Fakhrul dan tidak mahu diganggu.
Tetapi saat dia menerima panggilan daripada Fakhih sewaktu dia berteleku di atas sejadah usai solat isyak , dia tahu segalanya sudah terlambat. Malam itu saat Fakhih memberitahunya Hana Aishah sudah pergi, dia tahu betapa teruknya dia sebagai seorang kakak.
“Adik sayang Kak Wa. You are always the for me. Kak Wa janji kan kalau Kak Wa dah kawin dengan Abang Wazir pun you will still be there for me” kata – kata Hana Aishah pada malam sebelum dia bernikah dengan Wazir.
Hana Aishah yang berhempas pulas meyakinkan kedua ibu bapa mereka tentang Wazir. Kalau ikutkan hati Hana Azuwa dia sudah lari ke Thailand untuk bernikah kerana tentangan hebat daripada Kapten Azam dan Teacher Basirah. Setiap hari , Hana Aishah suruhnya bersabar dan berdoa. Berkat doa dan usaha adiknya , dia dapat merasai nikmat berkeluarga tanpa perlu mengorbankan kedua ibu bapanya.
“Wa pergi mana ni?” pertanyaan Teacher Basirah menyedarkan Hana Azuwa daripada lamunannya.
“Nak ambik barang sekejap. And then we`ll head to my house” pendek jawapan Hana Azuwa tetapi membuatkan Teacher Basirah curiga. Dia sudah masak dengan perangai anak – anaknya. Keempat – empat anaknya kalau menipu mereka akan mengelakkan daripada bertentangan dengan matanya.
“Wa jangan tipu Mak. Where are we heading to?” suara Teacher Basirah sudah naik satu oktaf.
Hana Azuwa meneruskan kebisuannya. Mereka melalui Lorong – Lorong bangunan kedai di Damansara saat itu. Hana Azuwa dengan arifnya menyusuri Lorong kecil yang dipenuhi dengan kereta. Cuaca terik diluar tidak dirasai mereka kerana penghawa dingin yang dibuka pada tahap maksima.
“Wa hantar mak balik. Mak nak balik sekarang” suara Teacher Basirah sudah meninggi. Dadanya terasa sesak saat itu. Tangan kanannya secara automatik mengurut dadanya. Hana Azuwa semakin memperlahan kenderaan saat mereka sampai ke sebuah bangunan kedai yang bertulis FH Specialist Clinic and Lab.
“No. Hari ni Wa tak kan ikut cakap mak” Hana Azuwa bersuara tenang saat keretanya diletakkan pada gear parking.
Matanya dihalakan kea rah Teacher Basirah yang kelihatan pucat. Tangan kanan ibunya sedang mengusap dada yang menjadi tempat kegemarannya setiap kali hatinya tidak tenang. Dada yang sudah lama tidak dapat dia nikmati.
“Mak sakit mak. I want to know whats wrong with you. And theres no escaping this anymore” Hana Azuwa menggengam paha ibunya yang menggayakan busana jubah berwarna hitam itu.
“Mak tak boleh.. tak .. Allah…” Teacher Basirah dapat merasakan dadanya yang semakin menyempit itu.
“Dah lah tu mak. Mak tak kesian ke dekat kita orang mak. Everyone is here. We want you to get better” Hana Azuwa sudah menangis sambil memeluk ibunya.
“Please mak” Hana Azuwa merenung mata ibunya yang sudah merah. Dia sendiri sudah tidak tahu ibunya sendiri. Merah kerana menanggung sakitkah ataupun merah menahan marah.
“Mak nak balik. Mak nak tunggu adik dekat rumah” air mata yang tadi bertakung sekarang mengalir lebat. Teacher Basirah meminta sayu sambil menyandarkan dirinya pada tempat duduk empuk kereta anaknya itu.
Matanya merenung kea rah Alif Haziq dan Hana Aqilah yang sedang menuju kea rah kereta mereka daripada lobi klinik itu. Pandangan penuh kerisauan anak lelaki bujangnya yang sudah semakin menjauh dengannya semenjak pemergian Hana Aishah. Memang patut pun dia menerima balasan sebegitu.
“Wa janji dekat abah. I`ll bring him to meet adik. I broke that promise” Hana Azuwa sudah menangis teresak – esak saat itu. Tangan kanan ibunya digenggam sebelum dibawa ke dadanya. Tangan yang sejuk itu dikucup lama.
“Kak Wa” Alif Haziq menegur penuh kerisauan saat melihat ibunya yang kelihatan pucat itu.
“Please mak. Get better so I can bring fulfil my promise. So… so I can bring you to meet adik” Hana Azuwa tersekat – sekat memohon.
“Mak. Kenapa dengan mak ni? Jangan buat baby takut?” Alif Haziq sudah menarik ibunya ke dalam pelukannya.
Teacher Basirah dapat meresakan degupan jantung anak lelakinya yang laju. Itulah pelukan paling lama Alif Haziq pernah berikan padanya semenjak pemergian Hana Aishah. Senyuman terukir dibibirnya saat matanya mulai menggelap.
“Mak mintak maaf Baby. Baby cakap dekat Kak Dik mak mintak ampun. Mak… Allah… Mak ….” Suara Teacher Basirah semakin lemah. Dia dapat melihat Hana Aqilah yang sudah berlari masuk ke dalam klinik itu.
“Don’t leave me ok. You cant leave me” Alif Haziq memarahi ibunya dalam esakan sendiri.
Penyesalannya berbuku. Selepas dia tamat dengan pengajiannya di US , dia kembali ke tanah air hanya kerana satu janji yang dimeterai dengan Hana Aishah. Satu janji yang dia harus tunaikan walaupun tanpa kerelaannya.
“Baby kena janji. Baby kena balik after your exam. Baby kena jaga mak abah. Baby kena janji dekat Kak Dik. Kalau baby sayang Kak Dik” pelukan terakhir Hana Aishah sebelum dia menaiki kapal terbang untuk menamatkan pengajian terakhirnya.
Janji yang dirasakan seperti satu hukuman kepadanya. Dia mahu ibu bapanya merasai kesakitan yang dia rasai apabila dipisahkan dengan orang tersayang tetapi Hana Aishah membuatnya terjerat. Kerana itu, semenjak dia kembali dia menjauhkan dirinya daripada keluarganya.
Seminggu selepas dia kembali untuk selamanya ke Malaysia dia sudah berpindah negeri. Sengaja dia meminta untuk berkerja jauh daripada keluarganya. Sebulan sekalipun payah untuk dia pulang. Semuanya kerana dia mahu mereka merasai kesakitan yang dia rasai. Tetapi berbaloikah segalanya saat itu.
“Mak. Stay with Alif. You can’t leave me” Alif Haziq sudah mencempung badan ibunya yang sudah longlai itu.
“Mak kata nak tunggu Kak Dik balik. Wake up” Fakhrul yang baru muncul di lobi klinik itu terkejut melihat Alif Haziq yang sudah mencempung tubuh ibu mertuanya yang sudah terkulai di dalam dukungan Alif Haziq.
“Alif mintak maaf. Please forgive me. Baby janji baby jaga mak lepas ni. Baby tak tinggal mak dah” Fakhrul yang kaku itu terus memanggil stafnya di dalam klinik sejurus mendengar suara Alif Haziq yang sedang mengongoi itu.
“Alif. Put her on the stretcher” Alif Haziq yang mendengar ayat itu terus membaringkan ibunya. Dia berdiri terketar – tekar melihat Fakhrul yang memeriksa ibunya.
“Damn it” dalam sekelip mata , Teacher Basirah sudah disorong masuk ke bilik rawatan dan pemandangan yang Alif Haziq lihat waktu itu benar – benar meragut segala kekuatan yang ada di dalam dirinya.
“Get Aida now” Fakhrul menjerit kuat kepada staf kliniknya yang terkaku melihatnya memulakan proses CPR di atas katil itu.
Hana Azuwa dan Hana Aqilah sudah meraung kuat saat itu. Suasana di klinik yang tenang tadi terus bertukar panik. Mereka sudah merancang untuk membawa Teacher Basirah ke situ untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
Fakhrul telah meminta pakar bahagian perubatan yang menjadi pakar tambahan di kliniknya untuk datang pada hari itu supaya dapat memeriksa ibu mertuanya. Dia tahu sekiranya mereka membawa Teacher Basirah ke hospital besar ataupun memujuk ibu mertuanya untuk berjumpa doktor pasti wanita itu akan tolak mentah. Kerana itu mereka merahsiakan segalanya.
“What is happening?” suara Aida naik seoktaf sebelum Fakhrul memberitahu segala maklumat yang dapat dia sampaikan sambil meneruskan proses CPR nya. Aida dengan cekap membantu menyambungkan alat – alat bantuan penafasan sambil menyediakan barang intubasi.
“Call emergency IJN now! I need the ambulance stat” sambil Fakhrul dan Aida meresusitasikan ibu mertua Fakhrul, Fakhrul mengarahkan pada staf kliniknya yang senior Lalitha.
“Don’t just stand there. Get me the IV line and prepare drug for intubation! “ jeritan Fakhrul cukup untuk menggerakkan kaki – kaki stafnya yang berdiri tercegat di tepi.
“Come on mak. Stay with me. I`ll bring Aishah back” Fakhrul berbisik ke arah ibu mertuanya yang sudah terbaring pucat tanpa nyawa itu.
“I need to intubate him Fakhrul” Fakhrul menganggukkan kepalanya sambil berdoa semoga nyawa Teacher Basirah dipanjangkan.
“Mak. You have to wait for her” Fakhrul berbisik pasrah. Hari yang dia sangkakan bukanlah sebegini. Bukan ini caranya dia mahu ibu mertuanya pergi. Cukuplah nyawa yang sudah terkorban kerana dayusnya dia sebagai seorang suami dan kejamnya dia sebagai seorang bapa.
******************************************
Kapten Azam melangkah perlahan menuju ke bilik yang menempatkan isterinya. Semakin dia mendekati tubuh yang dipenuhi dengan wayar berselirat itu, semakin perlahan langkahnya. Air matanya sudah bertakung saat melihat isterinya yang sudah terlantar tanpa reaksi. Yang kedengaran adalah bunyi mesin – mesin yang dia tidak tahu fungsinya.
“Allahu Akbar. Astaghfirullahalazim” air matanya gugur juga saat dia melihat dua tiub yang memasuki mulut dan juga hidung isterinya. Mata itu terpejam rapat tanpa reaksi.
“Basirah. Abang ni” tangannya takut – takut memegang isterinya yang dipenuhi dengan jarum dan lebam kesan suntikan. Air matanya menitik di atas tangan Teacher Basirah.
“Ya Allah. Kenapa awak buat saya macam ni Basirah? Why didn’t you tell me?” suara sudah tersekat – sekat Menyusun bicara.
“Sampai hati awak Basirah. Awak nak tinggalkan saya sorang – sorang” esakan Kapten Azam kedengaran.
“Awak janji, we`ll grow old together. We`ll go to heaven together” kupiahnya ditanggal. Dia mengucup dahi isterinya yang suam walaupun cuaca bilik itu yang sejuk.
“Bangun Basirah. Awak tak boleh tinggalkan saya” Kapten Azam mash mengharapkan balasan daripada isterinya.
Sewaktu Wazir datang menjemputnya, hatinya sudah tidak keruan. Seperti mana hatinya tidak keruan beberapa hari sebelum permergian Hana Aishah. Wazir tidak memberitahu hala tuju mereka tetapi saat dia sampai di hadapan pintu IJN, dia tahu ada satu berita buruk akan disampaikan kepadanya.
“Abah tak nak turun” matanya memandang ke dashboard kereta. Enggan memandang ke arah lobi hospital.
“Bah. Mak needs you” perkataan yang dia takuti itu dituturkan Wazir.
“Mak dekat rumah korang. Wa datang ambik pagi tadi. Abah tunggu mak dekat rumah” Wazir semakin gerun apabila tona Kapten Azam sudah bertukar keras.
“Mak tak sihat. Kitorang bawak mak pergi hospital” Wazir melembutkan suaranya. Gentar melihat wajah tegang Kapten Azam. Wazir sudah tidak keruan di situ. Pengawal di situ sudah mula menunjukkan isyarat dia perlu bergerak.
“Bah. Kesian mak tunggu abah” saat kata – kata itu diungkapkan Wazir, Kapten Azam terus menanggalkan kupiahnya. Kepalanya digeleng. Wajah yang tegang tadi terus bertukar gusar. Wazir menggumpul segala kekuatannya sebelum tangan kanannya menggenggam tangan bapa mertuanya.
“Mak need you. You need to be strong for her. Abah cakap dekat mak yang abah tunggu mak so that she`ll get on her own feet back and balik rumah kita” Kapten Azam terdiam membisu. Dia merenung tangan menantunya yang menggenggam erat tangannya.
“Abang Wazir baik. Adik kenal abang Wazir. He will love both of you like how he loves his parents. Abah percayalah cakap adik. Adik mana penah tipu abah” kata – kata Hana Aishah menjengah ke ingatannya.
Disaat keluarganya terumbang – ambing Wazir dan Lateef banyak membantu mereka. Dua lelaki yang tidak dia sukai itu, ternyata adalah pilihan yang tepat untuk anak – anak perempuannya. Dia mendapat dua anak lelaki yang bertanggung jawab untuk menggantikan tempat Alif Haziq yang sudah meminggirkan diri semenjak pemergian kakaknya.
“Adik cakap betul Basirah. Wazir is the right one for our family” Kapten Azam memberitahu isterinya yang sedang bernafas mengikut aluran mesin pernafasan itu.
“Adik tak pernah tipu. Adik kita tak pernah tipu” saat kata – kata itu meluncur di bibirnya yang sedang bergetar menahan sebak , air mata isterinya mengalir daripada kelopak mata yang tertutup itu.
“Awak kena bangun Basirah. Saya bawak awak jumpa Adik kalau awak sihat. Awak bangun ye Basirah” Kapten Azam memujuk. Dia tahu isterinya mendengar kata – katanya.
Lama Kapten Azam duduk di sisi isterinya. Alunan ayat Al Quran dibacanya. Rambut isterinya yang terdedah dia tutup menggunakan kain lap tangannya. Dahinya yang suam itu dia tuam. Dia tidak mahu meninggalkan isterinya tetapi dia tidak mahu menghalang tugasan para petugas kesihatan yang mahu menyelamatkan isterinya.
“I need to go. I`ve never been away from you since I retired. Saya nak awak sihat sebab tu saya kena pergi. Saya tunggu awak dekat rumah. Adik pun tunggu awak” dia mengucup dahi isterinya lama.
Saat dia melangkah berat menuju ke ruangan menunggu, hatinya tidak keruan. Meninggalkan isterinya bertarung bersendirian di dalam unit rawatan rapi itu dia tidak sanggup tapi apa pilihan yang dia ada. Dia menuju ke arah anak menantunya yang sedang duduk berbincang tetapi terus membisu saat dia menghampiri.
Punggungnya dilabuhkan. Kupiahnya ditanggal. Wajah Kapten Azam kelihatan sedang berfikir. Sisa air mata yang sudah mengering itu tidak diendahkan. Masing – masing tidak tahu mahu berbicara apa. Wajah ketiga – tiga anak yang menangis memeluknya tadi menjengah mindanya. Raungan Hana Aqilah, esakan Hana Azuwa dan tangisan Alif Haziq. Perasaan takut yang menyelubungi hati anak – anaknya turut melumpuhkan dia.
“Cari adik sampai dapat” satu kata putus dia berikan bermakna tiada lagi pilihan lain.
Kakinya melangkah meninggalkan anak menantunya yang kaku mendengar arahan yang diberikan dia. Dia cuba bertahan selama ini tidak mahu menggunakan cara terakhir itu. Tidak mahu menyalah gunakan jawatannya di dalam tentera tetapi melihat ibu kepada anak – anaknya bertarung nyawa menunggu kedatangan anak keduanya , tangannya mencapai telefon di tangannya sebelum dia mendail nombor itu.
“Kapten Azam here. Get me my daughter`s location ASAP. Use any means. I`ll send the details now” penuh tegas dia mengarah anak – anak buahnya.
“Abah tahu adik dapat rasa mak tengah sakit. Balik adik. Come back to your family” hatinya berbisik. Kalau betul anaknya masih bernyawa, dia tahu Hana Aishah akan merasai derita yang ditanggung ibunya. Mereka berdua seperti nyawa Hana Aishah. Jadi dia tahu Hana Aishah akan pulang. Dengan izin Dia.
******************************************
Emir yang sedang tidur di sebelah Hana Aishah terkejut apabila wajahnya ditampar. Dalam kemamaiannya tidur, dia dapat merasakan pergerakan kasar seseorang dia atas tilam yang dia sedang tidur itu.
“Urgghhh” dia mengeluh berat saat kepalanya berdenyut apabila matanya cuba dibuka. Dia membaringkan semula badannya tetapi tidak sampai sesaat sekali lagi tangan tadi menampar dadanya pula.
“Hana” Emir meraba tangannya dalam kegelapan malam itu. Mencari Hana Aishah yang dia pasti sedang meronta dalam tidurnya. Matanya digosok sebelum dia membuka mata. Perkara pertama yang menjengah matanya adalah Adam yang sedang terbaring di atas dada Scott di sudut hujung katil yang dirapatkan ke dinding.
“No... No… Aaaa… Don’t… Mak… Mak” suara Hana Aishah yang semakin tinggi itu menarik pandangannya ke arah Hana Aishah yang sedang meronta di sebelahnya.
“Oh God Hana” tubuhnya terus didudukkan sebelum dia menarik Hana Aishah untuk ikut duduk sepertinya.
“No… No…” Emir menepuk muka Hana Aishah beberapa kali apabila wajah Hana Aishah yang sudah berpeluh itu masih meronta.
“Hana. Wake up. Hey… Hey…” Emir masih menepuk Hana Aishah supaya bangun. Matanya memandang Adam kerisauan.
Hampir seminggu Mikhail tiada, sengsara hidup mereka bertiga dibuat budak kecil itu. Ragam Adam menjadi – jadi kerana tidak bertemu dengan Mikhail. Inipun tadi Scott membawa Adam bersiar – siar di dalam kereta sampai hampir pukul 2 pagi barulah Adam tidur.
“Hana. Hey… Hey… Wake up. Its just a bad dream” selepas beberapa kali cubaan Hana Aishah akhirnya terjaga. Emir menarik nafas lega kerana Adam dan Scott masih tidur nyenyak dengan dengkurannya.
“Em” Hana Aishah memeluk erat Emir saat itu. Air matanya mengalir laju.
“Its ok Hana. It’s a bad dream. I`m here ok” Emir memujuk lembut. Dadanya sudah banjir dengan air mata Hana Aishah.
“You want to talk about it” Emir bertanya selepas beberapa minit apabila esakan Hana Aishah berkurangan.
“Mak. Mak” hanya itu yang meniti di bibir Hana Aishah. Emir mengeratkan pelukannya.
Semenjak mereka tinggal serumah, perkara seperti ini terjadi. Pertama kali dia mendengar raungan Hana Aishah kelam kabut dia mengejutkan Scott dan Mikhail. Dia ingatkan Hana Aishah diserang penceroboh. Malam itu dia nampak sisi Hana Aishah yang lain. Yang tidak pernah dia fahami.
Raungan Hana Aishah saat dia cuba mendekati Hana Aishah yang sudah menyorok di sudut terpencil almari di bilik ini yang mereka sediakan untuk Hana Aishah. Raungan yang menggerunkan dia. Sepasang mata bundar yang ketakutan itu membuatkan rasa ingin melindungi wanita itu daripada apapun kesakitan yang sedang ditanggung terus menyerangnya.
Semenjak malam itu, mereka akan bergilir – gilir berjaga sementara Hana Aishah tidur. Hanya itu sahaja cara untuk mengurangkan episod – episod sebegitu. Sangka mereka dengan kelahiran Adam segalanya akan berubah tetapi salah sama sekali. Malam pertama mereka kembali ke rumah, Mikhail yang tidak sedap hati itu pergi menjenguk Hana Aishah.
“She`s getting flashback and with the hormone kicking in, it’s not safe to leave her with the baby without supervision. I expected this to happen already. During this time, she won’t be able to remember a thing. There will be moment, she won’t be able to differentiate dream and reality. It’s dangerous for both of them” kata – kata Prof William saat Mikhail memanggil lelaki itu pada jam 1 pagi apabila melihat situasi di dalam bilik Hana Aishah malam itu membuatkan mereka membuat keputusan drastik keesokan paginya.
Sebuah katil bersaiz besar ditempatkan di bilik itu menggantikan katil bersaiz king milik Scott sebelum itu. Setiap malam, mereka akan tidur di situ supaya kejadian yang berlaku malam pertama Adam di situ tidak berlaku lagi.
“I will not leave you. I`m here ok” dia mengeratkan pelukannya kepada Hana Aishah. Matanya merenung ke arah Adam yang sedang tidur meniarap di atas dada Scott. Bulu romanya meremang mengingatkan keadaan Hana Aishah dan Adam malam itu. Sekiranya Tuhan tidak menggerakkan hati Mikhail untuk melihat kedua beranak itu.
“It hurt so much. It hurt” air mata Hana Aishah mengalir lebat sambil bibir itu mengongoi. Emir mengeluh berat. Simpatinya tumpah melihat keadaan Hana Aishah tetapi dia tidak tahu sampai bila wanita itu akan menanggung derita sebegini.
Di mata Hana Aishah saat itu, bayangan ibunya yang terbaring dibaluti kain kafan bermain – main seperti wayang lama. Tetapi yang paling menyakitkan apabila setiap kali dia mahu memeluk tubuh itu, tubuh ibunya semakin menjauh.
“Adik nak mak” Hana Aishah teresak – esak meminta.
Share this novel
tolonglah nak mikhail ngan hana PLEASE
salam subuh dear...where's your promise...plz...plz..
evening dear. don't forget uu promise this weekend