DIA 36

Romance Completed 131781

Perlahan-lahan Hanis membuka matanya. Terasa ada sesuatu di belakang kepalanya. Hanis menoleh ke sisi dan, tergamam. Hazzar? Perlahan-lahan dia cuba bangun.

Dia baring berbantalkan lengan Hazzar? Tapi macam mana dia boleh baring di atas katil Hazzar pula. Hanis mengendahkannya lalu cuba beredar.

Apabila dia cuba bangun, kakinya berasa sangat lemah dan hampir terjatuh. Nasib ada tangan yang sempat merangkul pinggangnya. Hanis  membuka mata dan menoleh ke belakang dan terkejut apabila melihat Hazzar dengan matanya yang hanya terbuka kecil.

Baru Hanis hendak berbicara, Hazzar meletakkan kepalanya pada belakang badan Hanis. Hanis terdiam.

"Abang okay tak?" Soal Hanis.

"Kepala aku pening sangat. Tak payahlah kisah pasal aku. Jaga diri kau tu dulu." Ujarnya dengan nada mendatar.

"Ha--Hanis okay je. Tak ada apa-apa pun." Ujarnya.

"Okay!?" Hazzar terus menarik tubuhnya dan memandang wajah Hanis.

Keluhan dilepaskan.

"Kalau kau okay, takdenya kau pengsan dekat depan pintu tadi. Kau tahu tak badan kau panas!?" Soalnya dengan nada dingin. Hanis mengangguk perlahan.

"Tahu? Tapi kau masih nak kisahkan tentang kesihatan aku padahal kau sendiri sakit. Dah kau tidur je aku nak turun bawah." Hanis mengerutkan dahi.

"Nak buat apa?" Soal Hanis.

"Masak bubur untuk kau. Kang kejap lagi kau mati kebulur pulak. Susah aku. Oh lagi satu." Hanis memandangnya.

"Thanks... Sebab kau, jaga aku tadi." Ucapnya perlahan.

"Tak ada apa pun. Benda kecik je. Lagipun memang dah jadi tanggungjawab Hanis." Hanis menguntum senyuman nipis sebelum baring seperti apa yang Hazzar arahkan tadi.

Hazzar tersengih.

Hanis menuruni tangga dengan perlahan-lahan. Kang kalau Hazzar tahu, mahu kena tengking. Dengan tiba-tiba sahaja kakinya tergelincir. Dia mengerang sedikit.

Hazzar menghentikan apa yang dia sedang lakukan dan menoleh dengan dahi berkerut. Langkah diatur mendekati bunyi tadi. Tangannya naik memeluk tubuh apabila melihat Hanis yang terduduk di tangga.

Hamis menundukkan pandangannya dari memandang wajah Hazzar. Hazzar menaiki anak dan berhenti di sebelah Hanis. Hanis menjerit kecil apabila Hazzar mengangkat tubuhnya.

Cara Hanis mengelak dari memandang wajah Hazzar, kedua-dua telapak tangannya menutup wajahnya. Tubuh Hanis di letak perlahan-lahan di atas sofa.

"Kau ni kenapa degil sangat hah? Aku suruh kau baring dalam bilik je kan? Kenapa turun!?"

"Sabarlah... Hanis bosan dekat atas. Lagipun, abang lama sangat. Mana tahu pengsan ke, apa ke." Jawabnya.

Hazzar mengeluh kecil.

"Kau nak makan?" Hanis mengangguk perlahan.

"Tunggu jap." Ujarnya lalu bangun menuju ke dapur.

Dulang yang sudah tersedia semangkuk bubur dan air di atasnya dibawa kepada Hanis. Hazzar menghenyak punggung di sebelah Hanis.

"Nak aku suap ke apa?" Soalnya.

"Eh takpe. Hanis boleh makan sendiri." Ujarnya perlahan.

"Kau perli aku ke apa?" Soalnya dingin.

Hanis menggeleng lalu mengambil mangkuk bubur tersebut.

"Kenapa aku dah buat macam-macam kau masih stay dengan aku? Tak terfikir nak bercerai dengan aku ke?" Soalnya tiba-tiba.

Tersedak Hanis mendengar soalan yang Hazzar lemparkan. Laju Hanis menoleh.

"Kenapa abang masih nak tanya saya pasal benda tu padahlah abang dah tahu jawapannya." Balasnya.

"Apa?"

"Sebab saya masih isteri abang. Saya kena akur dan setia selagi abang imam saya." Balas Hanis.

"Aku bukan imam kau. Solat pun aku dah lama tinggalkan. Aku banyak dosa. Aku tak layak untuk kau gelar imam dan suami." Hanis menoleh.

"Tapi abang masih boleh solatkan? Abang masih boleh berubahkan? Kita semua pendosa. Abang ingat Hanis tak pernah buat dosa ke? Tapi... Allahkan maha pengampun. Dia terima taubat seseorang itu selagi pintu taubat masih dibuka." Balas Hanis.

Hazzar terdiam seketika.

"Kau tak... Menyesal ke kahwin dengan aku?" Mengekek Hanis ketawa mendengar ujaran Hazzar.

"Kalau Hanis menyesal, takdenya Hanis depan mata abang sekarang ni. Dah tentu-tentu Hanis minta cerai dulu. Abang..."

Hazzar sekadar menoleh.

"Abang... Berubah boleh?" Soalnya takut-takut.

"Berubah?"

"Haa berubah. Dari Hazzar Iskandar yang sekarang, menjadi Hazzar Iskandar yang baru. Buang semua tabiat buruk abang. Arak, kelab malam, perempuan buang semua." Hazzar tersenyum sinis.

"Macam mana? Kau ingat senang ke?"

"Jauhkan diri dari semua orang yang boleh merangsang abang ke benda yang buruk tu, dan dekatkan diri dengan Allah." Hazzar menggaru kepalanya.

"Nantilah... Belum masanya aku nak berubah Hanis oii."

"Habis kalau bukan sekarang, bila lagi. Bila masa tu akan tiba? Jawab Hanis. Mati tak tunggu kita taubat ke belum. Mati tak tunggu kita tua atau sakit. Bila-bila masa je dia boleh datang." Ujarnya lalu kembali menyuap bubur ke dalam mulutnya sendiri.

"Eh kau ni. Makan jelah, banyak cakap pulak." Hanis tersenyum nipis.

---

"Bila kau nak buat kerja yang aku suruh tu!?" Soal Kasih.

Kamal mendecit geram.

"Nanti aku buat. Salah kau jugak!"

"Salah aku?" Kamal mengangguk.

"Kalau bukan sebab kau, takdenya aku kena menghadap mahkamah bagai. Itu baru mahkamah, belum keluarga mertua aku lagi. Kau sabar boleh tak!" Kasih mengajukan.

"Ada aku kisah. Janji apa yang aku nak, aku dapat. Lepas tu, semua yang kau nak aku bagi." Ujarnya berlagak.

"Macam mana kalau... Hazzar cintakan Hanis? Tak ke sia-sia semua usaha kau ni. Plan tu plan ni last-last tak dapat jugak." Kamal ketawa mengekek dihujung katanya.

"Tak mungkin Kamal. Aku tahu, Hanis tu bukan taste lah wei!" Kamal ketawa lagi.

"Habis tu, kau taste dia? Bini dia pun tak dapat goda dia, apatah lagi kau. Apa yang kau boleh buat?" Soalnya dengan separuh tawa.

Kasih menjeling ke arah Kamal.

"Aku ada apa yang Hanis tak ada."

"Apa yang kau ada?" Soal Kamal lalu berdiri mendekatinya.

"Seksi dan... Godaan. Aku tahu, Hanis takkan buat macam tu walaupun dengan suami dia sendiri. Jadi, aku akan buat macam tu untuk dapatkan dia. Aku akan buat, selepas kau siapkan apa yang aku arahkan. Kalau tak, aku takkan dapat mula." Ujarnya.

"Apa kaitan dengan kerja aku pulak?" Soalnya.

"Lembab betullah kau ni. Hazzar kalau dia stress, mana dia pergi? Kelab malam kan? Jadi aku akan pergi ke sana. Tapi sebelum tu, aku pasti sangat yang Hanis dan Hazzar akan bergaduh besar! Boom!" Ujarnya dengan penuh yakin lalu ketawa besar.

"Huhh yelah tu." Perli Kamal. Kasih buat tak tahu.

"Hanis Hanis... Kenapa kau mesti rampas semua orang yang boleh bahagikan aku? Nazrul, Hazzar, mak aku! Kau... Memang bawak masalah dalam hidup aku Hanis." Ujarnya seorang diri.

---

Pintu bilik Jannah diketuk bagai nak runtuh pintu itu dibuatnya. Laju Jannah mengatur langkah mendekati pintu lalu dibukanya. Terpapar wajah bondanya yang nampak, cemas.

"Bonda? Kenapa ni?" Soal Jannah risau.

"Hazzar... Dia cakap yang dia tak sihat. Jom pergi lawat dia. Bonda risau ni." Jannah mengeluh, ingatkan apalah tadi.

"Bonda Hazzar tu dah kahwinlah, dah ada bini yang boleh tolong jaga dia. Tak payahlah risau sangat. Pandai-pandailah si Hanis tu jaga suami dia. Tak payahlah masuk campur dalam urusan rumah tangga diorang lagi." Ujar Jannah.

"No! Bonda nak pergi jugak Jannah. Teman bonda." Jannah mengeluh, rimas.

"Bonda, sekarang dah pukul 10 malam. Diorang dah tidur agaknya. Tu, Aisy baru nak tidur, bila bonda ketuk sampai nak roboh pintu ni terus bangun balik." Bondanya menggeleng.

"Usahlah risau. Hazz dah kahwin. Macam yang Jann cakap, pandai-pandailah isteri dia jaga suami dia. Awak janganlah risau sangat." Sampuk ayah.

"Mana tak risaunya bang. Kita mana boleh percaya sangat dekat si Hanis tu. Entah-entah, dibiarkan sahaja anak kita tu sakit. Bukan boleh percaya sangat perempuan macam dia." Ujarnya selamba.

"Perempuan macam dia? Macam mana yang bonda maksudkan?" Soal Jannah.

"Jann faham-fahamlah sendiri. Lagi satu, esok pagi-pagi kita pergi rumah Hazz. Full stop!"

Bonda terus beredar dari situ dan masuk ke biliknya. Jannah dan ayahnya serentak menggeleng kepala.

"Sampai bilalah bonda nak jadi macam tu ayah?" Soalnya.

"Entahlah Jann. Ayah pun tak tahu nak cakap macam mana nak cakap lagi dengan bonda kamu tu. Keras kepala, patutlah Hazz dengan Ik keras kepala."

Jannah tertawa kecil mendengar bebelan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience