Kepala Hana Aishah berdenyut kuat saat itu. Perutnya terasa senak. Tangannya cuba digerakkan tetapi pergerakan itu hanya menambah sakit yang dirasainya. Matanya dipejam rapat sebelum perlahan – lahan kelopak matanya cuba dibuka. Kegelapan yang menyambut deria matanya disyukurinya seketika.
“Arghhh” erangan Hana Aishah kedengaran saat kepalanya kembali berdenyut. Kelegaan yang dia cari hanya hadir seketika pabila bunyi kipas yang berpusing menjengah deria pendengarannya.
Tidak sampai beberapa saat ombakan di katil bermula dan sakit kepalanya berkali ganda. Air matanya seperti biasa terlalu murah saat itu. Pipinya terasa panas saat air matanya membanjiri kulitnya yang terasa perit saat itu.
“Sayang” suara serak lelaki itu memanggil seiring dengan genggaman tangan di tangan kanannya. Haba yang dapat dia rasai mula merebak ke tangannya yang sejuk seperti ais itu menyamankan.
“Why are you crying sayang?” sepasang lagi tangan lelaki itu mengesat air matanya pergi tetapi saat itu bukan sahaja fizikalnya sakit , tetapi jiwanya jua. Membenci ketenangan yang tubuh lelaki itu beri tetapi dalam masa yang sama dia mahukan.
“Is your head throbbing?” tiada jawapan tetapi esakan Hana Aishah yang membalas. Esakan yang semakin kuat saat itu. Jiwanya sakit entah mengapa saat itu. Bingung dengan dirinya kerana dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku sehingga membuatkan tubuhnya terasa seperti di langgar lori.
“Come here sayang” dalam kegelapan saat itu, Hana Aishah dapat merasakan tubuhnya di Tarik ke dalam pelukan Fakhrul.
Saat telinganya dapat menangkap degupan jantung Fakhrul yang berada betul – betul di sebelah telinga kanannya, memori sebelum segalanya kelam kembali mengasak.
“Allah” matanya kembali dipejam saat terketar – ketar kata – kata itu meniti bibirnya yang terasa kering. Sekering tekak. Setandus hatinya.
“I got you” Fakhrul berbisik perlahan sebelum pipi Hana Aishah terasa hangat.
************************************************
Air suam yang sedang menitik membasahi tubuhnya melegakan segala simpulan urat di tubuh Hana Aishah. Matanya dipejam rapat saat wajahnya didongakkan ke arah pancuran air itu. Nafas kelegaan dihela saat rambutnya yang dirasai sudah seperti dawai itu mula terurai.
Dua minggu yang menyeksakan. Setelah cuti kawinnya yang tidak sampai seminggu itu, oncall nya berturut – turut disusun ketua houseman yang baru dilantik. Awalnya Hana Aishah cuba mengikut rentak junior nya itu tetapi lama – lama sakit pula hatinya.
“Ramai je orang yang kawin tak complain pun kena oncall back to back. Plus memang tengah tak cukup orang. Kau pun dah cuti seminggu kan. Cukuplah honeymoon tu” hatinya terasa menggelegak saat mengingatkan jawapan balas Anis.
Ye memang dia tahu , saat itu mereka kekurangan tenaga kerja tetapi masalahnya susunan jadual kerja bagi mereka dengan Anis amat berbeza. Wanita itu hanya perlu melalukan sekali oncall sahaja seminggu dan kebanyakan hari , Wanita itu akan berada di klinik. Maknanya , waktu kerja Anis akan terhad kepada waktu pejabat sahaja.
Memanglah mereka marah kerana , mereka yang baru habis kerja malam perlu menunggu sehingga petang kerana kekurangan tenaga kerja di wad. Yang Wanita itu dan beberapa konco – konconya bersenang lenang di klinik.
Membayangkan muka si Anis itu tadi, hatinya kembali panas. Akhirnya sekali Wanita itu mengenakan dia kembali saat dia cuba menasihati Anis tentang susunan jadual mereka.
“Mentang – mentang dah dapat tangkap ikan besar , nak tunjuk kepala” dia masih ingat umpatan mereka saat dia melintasi pantri makanan sewaktu Hana Aishah mahu pulang daripada kerja malamnya.
Kalau tidak kerana Lessi , memang sudah terbang kerusi di dalam pantri itu ke atas kepala Anis dan gengnya itu. Sebagai seorang senior dia cuba untuk menasihati Wanita itu tetapi yang dia dapat hanyalah umpatan.
“Kurang ajar punya perempuan. Eee sakitnya hati” Hana Aishah mengomel sendiri di dalam bilik mandi yang sebesar bilik tidurnya di rumah keluarga Hana Aishah.
Syampu rambut yang sudah lama tidak digunakannya itu dilumur di kulit kepalanya yang terasa gatal itu. Seiring dengan kegeraman hatinya, rambutnya dicuci sepuas – puasnya. Sudah tidak serupa manusia dia dua minggu ini. Putaran tidurnya lari dan untuk memburukkan lagi keadaan dia susah mahu lelap semenjak berpindah ke rumah Fakhrul.
Mengingatkan Fakhrul, bibirnya automatik mengukir senyuman lebar. Hatinya kembali berbunga mengingatkan saat – saat indah bersama Fakhrul. Selepas mereka pulang daripada rumah Dato` Karim, hubungan mereka semakin baik. Kerana itu dia sakit hati, apabila Anis itu menyusun jadualnya sebegitu.
Hubungan dia dan Fakhrul baru sahaja bertambah baik, tetapi selama dua minggu ini fokusnya memang lari. Walaupun dia ada di rumah , tetapi tubuhnya terlalu penat untuk melayan lelaki itu. Dua minggu yang menyeksakan.
Kerana itu hari ini dia pulang awal. Apabila rondaan pagi sudah berakhir, Hana Aishah terus melarikan diri. Sibuk hendak menolong orang lain sampai rumah tangganya tunggang terbalik.
Sesampai dia di rumah , terus dia membayar hutang tidurnya supaya saat Fakhrul pulang dia dapat melayan suaminya tanpa rasa penat. Masalah tempat kerjanya di tolak ke tepi. Hari ini dan esok adalah masanya dengan Fakhrul. Esok dia cuti dan dia berharap dapat memujuk Fakhrul untuk mengambil cuti juga. Banyak rencana dia mahu lakukan bersama Fakhrul.
Lamunan Hana Aishah terhenti saat pintu bilik air itu dihentak kuat dan bertalu – talu. Hana Aishah sudah menggigil ketakutan mendengar hentakan yang tidak berhenti itu.
“Siapa tu?” Hana Aishah mematikan pancuran air sebelum suara di kuatkan suara tidak kedengaran gentar. Sebelum sempat dia mahu keluar daripada kawasan pancuran air yang dikelilingi gelas kaca itu, pintu bilik air itu terbuka luas.
Bunyi besi yang bertemu dengan lantai bergema saat sendal pintu itu tercabut daripada pintu bilik air itu. Hana Aishah menjerit kuat sebelum dia duduk menyorok di sudut di dalam pancuran kaca itu. Air mata dia sudah merembes keluar memikirkan beribu perkara buruk yang akan berlaku.
“Hana Aishah!” saat tengkingan itu kedengaran , barulah Hana Aishah berani mengangkat wajahnya. Dia masih lagi duduk memeluk tubuhnya yang terdedah itu tetapi daripada takut perasaan marah menjengah.
“What the actual hell Tengku Fakhrul? You gila ke apa!” Hana Aishah menjerit kea rah lelaki itu. Mati – mati dia ingat ada perompak datang memecah masuk.
“Why did you lock the door?” Hana Aishah memandang lelaki itu yang sudah berdiri bercekak pinggang di pintu kaca itu. Wajah mereka kembar saat itu. Mata kedua – duanya merah dengan gigi diketap rapat.
“Seriously. I mean you seriously asking me that now! Omg!” Hana Aishah rasa seperi mahu membaling baldi ke kepala lelaki itu saat ini.
“You… eee… go get my towel” Hana Aishah menjeling kea rah lelaki itu yang sedang merenung dia saat menyedari keadaan Hana Aishah saat itu.
“No” tona tenang lelaki itu memberitahu membuatkan Hana terkesima sebentar.
“What the hell do you mean no? This is your fault. Pergi ambik towel I . Now !” suara Hana Aishah naik satu oktaf.
“No” Fakhrul menapak mendekati Hana Aishah.
“You jangan Fakhrul. Eeee. Don’t come near me. Go away la” Hana Aishah membentak saat lengannya dipaut Fakhrul sebelum dengan satu tarikan dia sudah berdiri. Pinggangnya dipaut Fakhrul sebelum tubuh dia yang basah lecun itu dirapatkan ke tubuh Fakhrul yang masih lengkap berpakaian pejabat.
“You jangan Fakhrul. I… I…” kata – kata Hana Aishah terus termati saat wajah Fakhrul di dekatkan ke telinganya. Jantung Hana Aishah berdegup seperti baru habis berlari maraton. Air liurnya ditelan kesat.
“Do not ever lock any door in this house especially the bathroom door” suara Fakhrul yang tenang itu mengentarkan Hana Aishah. Semakin tenang tona suaminya semakin tinggi tahap marah lelaki itu. Hana Aishah sudah hafal karakter suaminya semenjak dahulu lagi.
“Understand” Hana Aishah kelu saat renungan beku Fakhrul merenung ke dalam matanya. Takut. Dia masih lagi takut dengan lelaki itu. Takut menerima amarah Fakhrul yang datang seperti tornado tetapi sekurang – kurangnya kalau tornado itu akan ada amaran sebelum ia sampai kan.
Genggaman Fakhrul di tangannya mengetat dan Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Air matanya sudah bertakung menahan getaran di dada.
Tidak sampai sesaat lengannya dilepaskan dan Fakhrul melangkah keluar daripada bilik air itu tanpa memandang ke arahnya walaupun sejenak. Saat derapan kaki Fakhrul hilang , air matanya gugur.
**************************************************
Hana Aishah merenung ke arah pintu bilik air itu. Lama matanya merenung kearah tombol itu. Semenjak hari itu, sekali pun pintu bilik airnya tidak pernah dikunci sekiranya Fakhrul ada.
Dia bertanya tetapi jawapan Fakhrul hanyalah kebisuan. Setiap perbuatan lelaki itu memusingkan kepalanya. Dia perlu tahu kerana bagaimana dia boleh memahami sekiranya yang diberikan hanyalah arahan tanpa panduan untuk melayan seorang Tengku Fakhrul.
Tetapi lelaki itu tidak pernah berusaha walaupun sedikit untuk menerangkan kepadanya. Keadaan tidak akan jadi seperti ini sekiranya Fakhrul mampu mempercayainya sekaligus memberitahu tentang masa silam lelaki itu.
“They didn’t even shave it properly” omelan Fakhrul membawanya ke realiti saat itu. Tidak sampai beberapa minit , bunyi ketukan kedengaran.
“Come in” tona Fakhrul berubah beku kembali. Hana Aishah yang masih merenung tombol itu melihat seorang Wanita memakai sut jururawat berwarna pic memunculkan diri. Senyuman mesra menghiasi bibir itu.
Saat dia kembali bangun sebentar tadi, barulah Fakhrul menerangkan keadaan sebenar.
“You fainted and your head hit the floor. There were so many blood , I was scared. I thought Im going to lose you again” suara sebak Fakhrul memberitahunya sambil memeluknya erat. Hana Aishah hanya diam kaku.
“You had laceration over you occipital. They did CT Scan , thank god there were no bleeding” dahinya masih dapat merasai kucupan Fakhrul.
Hana Aishah dapat melihat kepanikan Fakhrul saat lelaki itu memberitahunya tetapi dia tidak pelik pun. Sayang Fakhrul memang dia tidak pernah boleh ragui. Kerana itu , walaupun dia difitnah, lelaki itu tidak mahu melepaskannya. Tetapi cukupkah cinta tanpa kepercayaan?
“Get me a shave. Prepare voren also” arahan Fakhrul mematikan senyuman misi tadi. Hana Aishah hanya merenung tanpa perasaan kerana aura lelaki itu memang akan mematikan senyuman sesiapa sahaja.
“Err, sorry En. Saya kena tanya dr incharge dulu. Puan punya tahap kesakitan berapa ye sekarang” Hana Aishah dapat melihat misi muda itu kelihatan takut – takut mahu bertanya. Dan seperti selalu, Fakhrul yang tidak akan pernah berubah akan membalas bagi pihaknya.
“Get me those two things within 5 minutes. Clear” Hana Aishah dapat melihat tekak misi itu menelan gumpalan yang seperti tersangkut waktu itu. Keluhan berat dilepaskan Hana Aishah sebelum dia tersenyum pendek melihat misi itu.
“Your name?” suara serak Hana Aishah bertanya.
“Nani puan” suara misi yang kedengaran cemas itu menjawab.
“My pain score in 6 out of 10 now. And don’t worry. He is a doctor too. You can get me the pain killer and the shaver. I`ll explain to your doctor during round later. Its 5am now anyway. No need to bother him ok” teragak – agak Nani menganggukkan kepalanya dan melangkah pergi.
“Next time tell me if you are in pain sayang” saat pintu bilik air itu kembali ditutup suara Fakhrul dilembutkan sewaktu lelaki itu meluahkan ketidak puasan hatinya. Hana Aishah kembali membisu.
Fakhrul yang tadi berdiri dibelakangnya membelek kini berdiri dihadapannya. Mata Hana Aishah terus ditundukkan merenung ke lantai. Cerita Mak Zah semalam , memori lepas yang menyakitkan sedang mengasak mindanya. Tidak cukup sakit kepala yang sememangnya dia rasai semenjak dia bangkit daripada tidur, tekanan emosinya datang menambah rasa.
Fakhrul duduk mencangkung di hadapan Hana Aishah dan tangan kanannya mengangkat dagu isterinya supaya wajah Hana Aishah dapat dia tatap. Raut wajah yang sedang berkerut itu tidak mahu memandangnya.
“Sayang ok tak ni?” nada kelaki itu berubah terus pabila bercakap dengannya. Kerisauan yang bersalut di dalam setiap tutur kata itu mengucar kacirkan hatinya.
“Is your head throbbing badly?” Hana Aishah masih diam kaku. Hatinya diasak pelbagai rasa. Kenapa semalam baru Mak Zah mahu bercerita? Kenapa bukan dahulu sementara dia masih ada sisa baki kekuatan? Kenapa segalanya perlu disembunyikan daripada dia? Buat apa mengambil dia masuk ke keluarga itu sekiranya , segala yang buruk disorokkan di bawah permaidani.
Semuanya salah Fakhrul. Kalau lelaki itu tidak sabotaj perhubungan mereka dengan menyembunyikan segalanya daripada pengetahuan Hana Aishah , mereka tidak akan sampai ke tahap ini. Mak Zah atau sesiapapun tidak bersalah. Fakhrul sebagai suaminya sendiri mematahkan setiap usahanya.
“Sorry Dr Fakhrul. She is new. Dia tak tahu Dr siapa. Maaf Dr” sebelum sempat Hana Aishah membalas pintu bilik air itu dibuka sekaligus kedengaran suara kelam kabut seorang wanita.
“Shaver” suara Fakhrul berubah tona dalam sesaat. Hana Aishah menelan kembali soalan yang sudah hampir teluah tadi.
“Here Dr. Voren on the way Dr. Puan ok. Sorry staf tadi junior. Baru lagi” Hana Aishah dapat melihat wajah Nani yang sudah hampir menangis di pintu masuk bilik air. Kata - kata senior Nani itu tidak diendahkan.
“No worries. She did the right thing. She should always counsel the doctor before prescribing any meds” Hana Aishah membalas dengan senyuman dibibirnya.
“Salah kami tak alert about your pain. Sorry sangat puan” Hana Aishah mula merasa bingung melihat gaya staf senior itu. Kenapa misi itu kelihatan ketakutan saat itu tetapi sebelum sempat dia membalas Fakhrul mencelah.
“Get the voren now. I need to trim her hair. You guys cant even properly trim her hair before suturing” suara Fakhrul naik satu oktaf.
“Ye Dr. Saya pergi ambik sekarang” mencicit kedua - dua tadi keluar.
Dalam masa tidak sampai lima minit, ubat tahan sakit sudah dimasukkan ke jarum di tangan Hana Aishah dan dia dapat merasai denyutan di tempat lukanya berkurangan.
“Sayang. I need to trim your hair. Some of it get stuck in between the suture. Sayang tahan sikit ye” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Nafasnya ditarik dalam sebelum Fakhrul memulakan proses itu.
Sesekali kedengaran desahan Hana Aishah menahan kesakitan. Air matanya sudah mengalir lebat saat Fakhrul habis mencuci lukanya. Sekiranya tadi berdenyut selepas Fakhrul habis mencuci lukanya, kawasan itu terasa pedih.
“Lets take off your cloth first” mendengar kata – kata itu tubuhnya terus ditegakkan dan itu hanya mengundang lebih banyak sakit.
“Arghhhh” berdengung suara Hana Aishah mengerang kesakitan untuk kesekian kalinya.
“Ya Allah sayang. Kenapa buat macam tu. Kan dah sakit” Fakhrul mengurut bahu dan leher Hana Aishah.
“No. I mandi sendiri. You go… go out” dalam ketapan giginya menahan sakit, Hana Aishah menolak keras.
“You cant even stand up. Abang mandikan. Rambut sayang dah matted with blood. I`m not letting you do everything alone” Fakhrul memujuk lembut.
“No. Call… emmm just call anyone. I can wait. I tak nak you” tidak boleh. Hana Aishah tidak akan membenarkan perkara itu terjadi.
“Sayang. Its 5am. Siapa yang ada dekat sini. Sayang nak suruh staff nurse tadi tengok sayang naked? Tak kisah tunjuk aurat dekat diorang sebab benci sangat dengan abang” suara Fakhrul kedengaran seperti menjauh hati saat itu.
“Anyone but you. I benci you” kata – kata yang setajam bilah pedang itu meniti di bibir Hana Aishah. Fakhrul terdiam mendengar. Dia merenung kea rah isterinya yang masih merenung memandang lantai itu.
“I`m your husband sayang. Selagi sayang isteri abang , biar abang uruskan sayang. Hate me all you want but you and Adam is my responsibilities selagi Allah bagi abang nyawa” suara tenang Fakhrul membalas sekaligus memberi kata putus.
“I don’t want your hand on my body. Take your hands off me” gigi Hana Aishah diketap menahan geram saat dia dapat merasa sentuhan Fakhrul di bahunya.
“Too bad” sejurus kata – kata itu meniti bibir Fakhrul, tali gaun pesakit yang disimpul longgar itu dibuka Fakhrul.
“Hana Aishah, abang cakap sekali and I will not repeat myself again. Abang akan mandikan sayang sekarang so stop fighting the inevitable” suara lelaki itu tenang seperti tadi tetapi ketegasan yang bersalut itu mengentarkan Hana Aishah.
********************************************
“Aishah” Hana Aishah memejam matanya rapat saat dia berada di dalam pelukan Datin Fatimah.
“Aishah rindu ibu. I`m sorry bu” Hana Aishah berbisik dalam esakannya. Datin Fatimah menggosok belakang tubuh menantunya. Cuba menenangkan tubuh yang sedang bergetar menahan sebak itu.
“Nothing to be sorry. Aishah tak ada salah apa pun dengan ibu” suara yang selalu menenangkan hatinya setiap kali hatinya gundah.
Tubuh mereka direnggangkan sebelum wajahnya yang sudah basah dengan air mata itu ditatap ibu susuan Fakhrul itu. Senyuman lebar menghiasi wajah Datin Fatimah. Pipi menantunya yang basah dengan air mata dilap.
“Don’t cry. Nanti Adam angry , Umi dia sedih” Hana Aishah tertawa mengingatkan anak bujangnya seorang itu.
“Ibu dah jumpa Adam?” pertanyaan Hana Aishah dibalas dengan anggukan laju Datin Fatimah. Wajah ibu mertuanya bersinar dengan cahaya kegembiraan saat itu.
“He is so gorgeous. His babah copycat” Hana Aishah tersenyuman tawar mendengar ayat Datin Fatimah.
“Sorry Aishah tak sempat nak melawat ibu. Mak just got discharged and…” Datin Fatimah menggelengkan kepalanya laju mematikan kata – kata Hana Aishah.
“Remember what I`ve always told you. Stop apologising for everything” rindunya dia dengan nasihat Datin Fatimah. Rindunya dia dengan insan yang untuk sekali tidak menyuruhkan untuk menelan sahaja segalanya.
“Ibu happy sangat dapat jumpa balik Aishah. Ibu rindu but I know you need this. My doa is always with you no matter where you go” tubir mata Datin Fatimah hangat saat dia berbicara. Air mata Hana Aishah yang tadi berhenti kembali mengalir.
“Thank you ibu. Thank you” insan pertama yang tidak mengecam perbuatannya. Insan yang semenjak dulu sentiasa menyuruhnya kuat berdiri di atas kaki sendiri.
Pertemuan mereka berakhir di saat pintu bilik wad itu dibuka diiringi dengan tawa Adam. Hana Aishah mengesat air matanya laju. Setelah Fakhrul menghantar Datin Fatimah ke biliknya, lelaki itu turun pula mahu mengambil anak teruna mereka yang baru sampai di lobi.
Semalam sewaktu Hana Aishah dirawat di hospital , Adam ditinggalkan dengan Puan Sri Maria dan Tan Sri Fadhil. Dia bimbang tetapi dalam keadaan tubuhnya yang masih lagi kesakitan, Hana Aishah terpaksa redha dalam keterpaksaan.
Setiap saat yang berlalu tanpa melihat Adam membuatkan hatinya tidak tenang. Lagi pula mengingatkan punca kenapa dunia menjadi gelap semalam. Selepas solat subuh pagi tadi, bibirnya tidak putus berzikir dan berdoa memikirkan keselamatan anaknya.
“Mimi. Mimi ouch” Hana Aishah mendepakan tangannya saat Adam yang sudah lengkap dalam jumpsut itu memanggil namanya. Tan Sri Fadhil tersenyum melihat menantunya. Dia dapat melihat kerisauan yang terbang daripada wajah menantunya saat Adam berada di dalam rangkulan Hana Aishah. Nafas kelegaan dilepaskan Hana Aishah saat tubuh yang terlalu dia takut dilukai itu selamat di dalam pelukannya.
“I miss you. I miss you so much” matanya dipejam rapat saat dia menghidu haruman tubuh anaknya. Dadanya yang tadi berdegup laju terus kembali berentak normal.
“Miss. Miss am” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar bicara Adam.
“Yes sayang. Umi miss my Adam” pipi gebu itu dikucup berkali – kali.
“Mimi chu. Am chu” tawa Hana Aishah kedengaran saat Adam menyambung bicaranya.
“Adam. You had your breakfast already. Babah told you Umi is ouchy right” saat ditegur Fakhrul yang baru sampai, Adam terus mencebekkan bibirnya. Fakhrul sedang memimpin Puan Sri Maria dengan tangan kanannya , manakala tangan kirinya memegang beg baju.
“Angah kenapa buat Adam macam tu. Sedih dah cucu Tokma” terus dilepaskan pegangan Fakhrul. Kaki ibu mertuanya bergerak laju sebelum melabuhkan punggung di sisi kanan Hana Aishah.
“Adam don’t be sad ok. Later Tok Ma scold babah” Hana Aishah tersenyum senget melihat wajah anaknya yang bertukar nakal itu.
“Mama jangan manjakan sangat si Adam ni. Budak ni akal dia banyak” Hana Aishah menegur lembut. Dia dapat melihat bagaimana manjanya anak akan jadi sekiranya dia biarkan. Mungkin perasaan bersalah mereka membuatkan mereka rasa seperti terhutang dengan Adam.
“Hana tengok muka tu. Macam mana mama nak tak kesian. Look at those beautiful round eyes” Puan Sri Maria mengucup pipi Adam sambil memuji.
“Kan Maria. Sebijik babah dia waktu kecik” Datin Fatimah mengelus rambut cucunya lembut menyetujui kata – kata Puan Sri Maria. Jelas kegembiraan di wajah kedua – dua nenek Adam.
“Sayang makan dulu. Mak Zah prepare toast and porridge for you” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Selera makannya sudah putus semenjak kejadian pagi tadi. Sekarang dia mahukan ketenangan yang dapat dia kecapi dengan Adam di dalam pelukannya.
“Hana. Eat your breakfast. You didn’t take care of your food intake. You ate so little at dinner sampai pengsan semalam” Tan Sri Fadhil menegur menantunya tegas. Risau dia melihat menantunya seorang ini.
“Abi tak datang ke Bu” pertanyaan yang sepatutnya dapat menukar topik perbualan bilik itu dibalas dengan jawapan daripada bapa mertua susuannya.
“Ada ni ha. And you’re not running away from your breakfast. Abi tengok chart Hana tadi, your bp were on the low side from yesterday. You should know better Hana” Hana Aishah mengigit bibirnya kuat apabila ditegur begitu. Sedih pula dia ditegur oleh semua orang pagi itu.
“Abang ni pun. Nak tegur pun, elok – elok lah sikit. Baru je jumpa si Hana ni. Lari lagi, abang pergi cari” mendengar omelan Datin Fatimah terus pecah tawa Hana Aishah.
“Ibu. Ya Allah. Lawaklah ibu ni” punyalah kuat Hana Aishah ketawa sampai kepalanya kembali berdenyut.
“Betullah. Karang lari lagi, tak dapat ibu tengok my handsome grandson ni” Datin Fatimah memicit lengan Adam yang gebu itu. Anaknya yang sedang menghisap jari itu tersenyum menampakkan gigi.
“Ya Allah. This is Fakhrul in and out. Abang tengok ni. Remember those things that we did to stop him from sucking his thumb” Hana Aishah dapat melihat kerinduan Datin Fatimah Wanita itu berbicara mengenai zaman Fakhrul membesar di rumahnya. Mengingatkan cerita Mak Zah semalam hatinya kembali sakit.
“Ni mesti suka pacifier ni. Kan Hana?” Dato` Karim bertanya tiba – tiba. Kesedihannya ditolak ke tepi.
“A`ah abi. Hana tertinggal pacifier Adam waktu datang Malaysia. I tried buying a new one dia tak nak. So isap jari je la” suaranya diceriakan. Roti bakar yang dihulurkan Fakhrul disambut dalam keterpaksaan.
“Sayang nak milo ke susu?” Fakhrul yang semenjak mereka bangun tadi sibuk menguruskan dia sejujurnya menyesakkan hatinya tetapi saat itu, dia tidak dapat hendak membantah.
“Milk” sepatah dia menjawab.
“Bubu” Hana Aishah tersenyum lebar melihat Adam yang kelihatan mesra dengan Datin Fatimah. Adam tertawa kegelian apabila badannya diurut – urut Datin Fatimah.
“Tok Ibu. Say Tok Ibu” Hana Aishah mengajar.
“Bubu. Am go bubu” Hana Aishah terdiam melihat kemesraan Adam saat itu. Perubahan Adam semenjak mereka sampai di Malaysia mengejutkan dia. Adam yang anti sosial sebelum ini, menjadi mesra alam. Adam melepaskan pelukannya terhadap Hana Aishah dan sedang merangkak menuju kea rah Datin Fatimah.
“Cantiknya cucu Tok Ibu. Cantik serba serbi” Datin Fatimah memuji saat Adam berada di dalam rangkulannya.
“Not cantik. Handsome kan Adam” Dato` Karim memuji. Kembang setaman anaknya saat itu.
“Look at that smile. Tersipu – sipu cucu Tok Pa ni” Tan Sri Fadhil tertawa melihat gelagat cucunya itu.
“Ibu dah pernah jumpa Adam ke sebelum ni. Susah dia nak dekat orang kalau baru jumpa” Hana Aishah tertanya – tanya melihat kemesraan Adam.
“Semalam. Waktu Hana fainted , Fakhrul bawak pegi hospital abi. Ibu dengan abi datang semalam but you were still groggy. Pastu bermalam terus dekat Bangsar” Datin Fatimah membalas. Mata ibu mertuanya itu masih melekat pada Adam yang sudah membaringkan kepalanya di dada Datin Fatimah.
“He must make a big fuss semalam. Sorry Hana susahkan semua orang” Hana Aishah dapat membayangkan anaknya memberontak semalam. Sudah sebulan , Hana Aishah sentiasa ada bersama ada jadi dia boleh membayangkan amarah anaknya kerana tidak dapat tidur dengannya.
“Mana nak tidur. Umi dengan babah dua – dua tak ada. Last sekali tidur pukul 3 pagi atas dada Papa” Tan Sri Fadhil tertawa gembira berbicara tetapi Hana Aishah merasa bersalah.
“Hana. We don’t mind. Adam is our grandchild so it is our responsibilities also to take care of him” Puan Sri Maria yang semenjak tadi membisu menjawab kegusaran menantunya.
“Hana sihatkan diri dulu ok?” Bahunya dipeluk erat Puan Sri Maria. Bibirnya kelu tidak mampu berbicara.
“Hows you head Hana?” Dato` Karim bertanya sekaligus melarikan mereka daripada topik yang tidak menyenangkan itu.
“Getting better abi” Hana Aishah menjawab sambil menghirup susu yang disediakan Fakhrul itu.
“Terkejut abi bila Fakhrul call semalam. Memang dah plan nak datang esok melawat Hana and Adam. Last jumpa dekat hospital terus” Dato` Karim memberitahu.
“Macam mana lah Hana boleh fainted sampai terhentak lantai” kunyahan Hana Aishah terhenti saat dia mendengar pertanyaan Puan Sri Maria itu.
“Hana tak makan la ni. Next time Hana kena jaga makan. Dengan still menyusu Adam lagi. Dari dekat London lagi. Makan pun orang nak kena ingatkan” Tan Sri Fadhil membebel tetapi Hana Aishah tidak terasa pun. Dia tahu Tan Sri Fadhil mengambil berat akan dirinya.
“You tak bagi tahu mak abah kan?” Hana Aishah cepat – cepat bertanya Fakhrul apabila dia teringat tentang perkara itu.
“Not yet but we need to once you are discharge. No argument on that sayang” Fakhrul cepat – cepat menegah saat Hana Aishah menggelengkan kepalanya.
“I don’t want to stress mak out” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak. Dia risau memikirkan Teacher Basirah.
“And by hiding things from her will make everything better?” Fakhrul menasihati isterinya dalam nada berhati – hati. Bubur ditangannya dikacau supaya sejuk sambil dia memerhatikan isterinya yang kelihatan sugul itu.
“That suture will take time to go off. Mak akan notice sooner or later. So nanti sayang dah discharge we tell mak. Abang slowly explain dekat mak so she wont get stress. Ok?” Fakhrul memegang tangan isterinya sambil memujuk.
“This time being biar mama dengan papa jagakan Adam. Mary also is having her school break now. Hana jangan fikir sangat about anything. Hana rest and heal well” bibirnya disenyum tawar sebelum kepalanya dianggukkan.
Saat itu Hana Aishah mahu lari jauh. Jauh ke bumi di mana dia bebas membuat keputusan bukan menurut segala kata orang sekeliling. Di mana kehendaknya di ambil kira.
*************************************************
“Hana bump into Felisha ke semalam?” Hana Aishah sedang duduk di gazebo di rumah Tan Sri Fadhil saat itu.
Bibirnya hanya diam membisu mendengar pertanyaan Datin Fatimah. Semenjak tadi rumah mertuanya bising dengan suara keluarga Tan Sri Fadhil dan keluarga Kapten Azam.
Saat dia sampai di mahligai itu, kereta kakaknya dan kereta bapanya sudah diparking. Dan seperti yang dia sangka Teacher Basirah akan stres. Air mata ibunya mengalir seperti tiada henti saat melihat luka jahitan di kepalanya.
Nasihat dan bebelan yang dia terima membuatkan kepalanya kembali sakit kerana itu dia lari sebentar. Dia bersyukur kerana sekurang – kurangnya Adam sedang sibuk bermain dengan sepupu – sepupunya. Tidaklah melekat dengan dia sahaja.
Dia meyakinkan doctor bedah kepala yang mengendalikan kesnya bahawa dia sudah tiada simptom yang teruk tetapi apabila sampai di rumah dengan suasana yang hingar ini dan Adam yang mahu melekat dengan dia Hana Aishah mula menyesali keputusannya.
“Semalam waktu ibu sampai, I saw Felisha. I kind of connect the dot already” Hana Aishah tersenyum tawar saat itu. Malas hendak berbicara.
“When ibu saw you from the first time, I know its going to be a long and bumpy ride for both of you” Hana Aishah dapat merasai kejujuran bicara Datin Fatimah. Tangannya digapai Datin Fatimah sebelum dipegang erat.
“You remind me of myself when I was younger” Hana Aishah hanya diam mendengar bicara.
“We know what we want no matter how tough the road it, how many obstacle we have to go through , how times we fall, we will rise and grab that dream of ours” suara Datin Fatimah begitu bersemangat saat kata – kata itu dituturkan
“Tapi bahasa mudah untuk perempuan macam kita ni, degil , keras kepala , kepala batu” pecah tawa Hana Aishah saat itu.
“Tapi tu lah, dah memang we built ourself like that or more precisely how the people and the environment around us shape us into that kind of woman. Kan” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.
“Waktu awal – awal kawin dulu , I think the first 5-6 years of marriage. Ibu nak fokus dekat career ibu. So I don’t want kids yet. We fought a lot because Abi want as many as possible. He wants me to be a stay-at-home wife and focus on building a family but I wanted to be the scientist who win a noble prize” Hana Aishah terdiam mendengar cerita ibu susuan Fakhrul itu.
“We reach to a point where , I just walk away from him. We didn’t stay in the same house for almost 6 month. At that time I was so engrossed in my research” Hana Aishah memotong kata – kata ibu mertuanya.
“Wait a minute. Seriously ibu, you use to be a career woman. Ibu tak pernah bagi tau pun” Datin Fatimah tersenyum simpul melihat cebekan menantunya.
“I use to be a chemist. Dulu tak rasa perlu cerita. Sekarang rasa perlu” Hana Aishah terdiam saat mendengar maksud tersirat Datin Fatimah itu.
“Anyway, Abi didn’t want to let me go. So ibu pulak time tu dah tak ingat dosa pahala. I just need to get the research perfect. I need to try to get the noble prize. At any cost” saat itu mata mereka bertembung. Hana Aishah menelan air liurnya kerana dia pernah berada di tempat itu. Pernah menjadi Wanita itu dan mungkin masih cuba menjadi Wanita itu.
“And then when I finally manage to get the research done and submitted it. That day was the loneliest day of my life” suara ibu mertuanya berubah rentak saat itu. Sekiranya tadi penuh semangat saat itu Hana Aishah dapat merasai kedukaan Wanita itu.
“They threw a party for me that night. There so many people celebrating me. But through the crowd until the party was over and I was back to my apartment , that loneliness kept lingering. Rasa tu macam… how do I describe it” Datin Fatimah cuba untuk mencari kata – kata yang sesuai tetapi gagal.
“It feels like everything just stop moving. The feeling that drags you down to your feet no matter how many times you try to rise back up. It feels… it feels like its so loud on the outside but its just too quiet on the inside. Too quiet that even when you scream nobody could listen” air mata Datin Fatimah mengalir saat mendengar kata – kata menantunya itu. Rasa sunyi itu menyakitkan.
“Sakit kan bu” Datin Fatimah memeluk erat Hana Aishah. Lama mereka berkeadaan sebegitu. Dalam kebisingan mahligai itu, akhirnya ada satu insan yang memahami perasaan Hana Aishah.
Empat tahun yang membawa terlalu banyak kesunyian. Empat tahun yang menyeksakan dan membunuh diri dia. Permergian arwah Adam membuatkan rasa sunyi yang terkadang hadir menjadi kekal sebahagian daripadanya sehingga saat ini.
“Sorry bu” mendengar kata maafnya, Datin Fatimah menaikkan keningnya sebelah tanda tidak berpuas hati sebelum mereka berdua tersenyum. Pandangan mereka dihalakan kea rah kolam renang yang berkocak tenang itu.
“How did you get back together?” Hana Aishah bertanya selepas lama mereka dibuai bunyi alunan air yang tenang itu.
“I didn’t do anything. He did. Your abi did. He taught me such an important lesson that day that he came to take me back home” suaranya dikuatkan supaya tidak kedengaran sebak.
“We were just two egoist freak who ended up being fated together. Ego ibu and ego abi sama tinggi. But maybe mine is more kot” Datin Fatimah mengeyitkan matanya ke arah Hana Aishah dan tawa mereka kedengaran beberapa saat kemudian.
“He came, he packed my things and off we went to Rawang. The 6 months that we were apart gave him the time to focus on my dream house. Every single detail that I told him when we were dating… he built that house for me. To make me happy because my happiness equals to his happiness” Hana Aishah dapat melihat air mata ibu mertuanya gugur saat itu.
“I didn’t apologise but he did. I didn’t come back willingly , he came and pick me up. I didn’t admit that it was my ego that almost ruin our marriage but he admitted that he was the egoist one. That was when I finally realise all the mistake that I did… that….” Tersekat – sekat suara Datin Fatimah untuk meneruskan bicara.
“Ibu tak sempurna tapi ibu sentiasa rasa ibu ni sempurna sangat to a point that I can only see his mistakes. His flaws. His ego. Until he finally list out all his mistakes to me” bibir Datin Fatimah tersenyum pahit.
“Waktu tu, ibu menyesal. For all the mistakes that I did, for ruining us. For leaving him. For taking him for granted. Sebab tu ibu tak pernah marah kalau abi nak kawin lain. Ibu bukan isteri yang baik to begin with” Hana Aishah dapat melihat sakit yang terpancar di wajah Datin Fatimah saat itu.
“He got all the chance he wants to hurt me back. I lost our baby because my womb wasn’t strong enough to carry our baby till the end. Yet he still didn’t blame me” Hana Aishah menggenggam tangan Datin Fatimah saat itu.
“Bukan salah ibu” Hana Aishah tersenyum semanis yang dia mampu kerana dia pernah merasai perasaan itu. Keguguran pertamanya. Pemergian Adam. Rasa bersalah yang tidak pernah hilang. Ditambah rencah dengan kata – kata insan yang sepatutnya memberi kekuatan tetapi hanya menambah luka dengan kata – kata mereka tentang betapa gagalnya dia sebagai seorang ibu.
“And its not your fault too” air mata yang bertakung gugur. Entah mengapa semenjak dahulu lagi walaupun mereka hanya banyak bercakap melalui telefon , Datin Fatimah banyak memberi kekuatan kepadanya. Wanita ini seperti dapat membaca isi hatinya.
“Fakhrul is so difficult. His personality since he was a baby is already like that. He is exactly like your papa but trying very hard to be abi” Hana Aishah dapat menangkap keluhan berat di pengakhiran bicara ibu mertuanya.
“Ibu… ibu terkejut sebenarnya” berat kata – kata yang hendak dituturkan oleh Datin Fatimah saat itu.
“You could stand him that long” wajahnya ditarik supaya memandang kea rah Datin Fatimah. Mata yang cuba dilarikan tidak berjaya.
“Aishah dengan Fakhrul sama je. Tak ada beza” bibir Datin Fatimah tersenyum manis saat dia memulakan bicaranya.
“Dua – dua tak nak berterus terang. Dua – dua tak nak dengar isi hati masing – masing. Dua – dua ego” Hana Aishah menelan gumpalan yang tersekat di tekaknya tetapi sesak itu hanya merebak ke dadanya.
“Bukan untuk Adam. Tapi untuk Fakhrul dan Aishah. Both of you brought too many pain into the marriage that ended up in this situation. Aishah dan Fakhrul dua – dua bertanggungjawab membunuh setiap bahagia yang datang. Bukan Aishah sahaja dan bukan jugak Fakhrul” saat itu air mata Hana Aishah tidak mengalir seperti selalu. Segalanya terasa kering kontang.
“Ibu mintak maaf sebab ibu tak interfere awal. I thought you both will figure out along the way. Tapi ibu salah” air mata Datin Fatimah mengalir menuruni kedutan di pipi yang putih kemerahan itu. Dahinya dikucup lama.
“Both of you need to heal together. No matter how fate will decide about your jodoh” kata – katanya menampar realiti ke wajah Hana Aishah.
Saat itu , pandangannya jatuh kepada Fakhrul yang sedang meribakan Adam kemudian kea rah Emir yang muncul di pintu balkoni. Tetapi saat itu Emir tidak hadir seorang seperti selalu.
Share this novel
family hana family fakhrul x pnh fikir perasaan hana, walau baik mana pun dia.. mereka tahu tak hana kena dera mental dan fizikal, mcm mana hana nak kembali dgn fakhrul walau fakhrul dh berubah.. bila hana stay dgn dua keluarga ni memori lama dtg balik.. sia² dia lari utk tglkan memori gelap tp skrg dia kena hadap bende yg sama.. mika dgn kwn² dia yg kutip hana bg semangat saat keluarga buang dia.. adam pun dh terbiasa dgn mika dgn kwn² mika..
yes!! saya stuju..biar hana bina kebhgiannya dgn orng lain..bru fresh..haha wlpon fakrul akan kecewa tapi .kebhgian hana paling penting...slalu ading cerita realitynya memanglah adam penting di sisi abahnya..kebhgian hana pon penting..asik nk nangis joo last2 ni..cepatlah bilo kebhgian nk muncul..huuu
hope sangat mika dh datang utk selamatkan hati hana. selagi hana stay dengan fakhrul n keluarganya memori hitam tetap akan bermain di minda hana. hana perlukan ruang baru utk bina kebahagiaan baru dan melupakan kisah pahit dlm hidupnya. cepat la eve satukan hana dengan mika