Rate

Bab 2

Romance Series 4019

" Hai Saerra !" jerit Fadhlee dari tingkap kelasnya yang berada di tingkat 2. Saerra hanya mampu menjeling Fadhlee yang tersengih di sebalik tingkap sambil melambai ke arah Saerra.
" Mamat poyo ni pagi pagi dah memalukan aku...tunggu kau aku sampai kelas nahas aku kerjakan.." gumam Saerra sendiri apabila tersedar ramai sedang memerhatikannya apabila namanya dijerit oleh Fadhlee.Rata rata yang melihatnya adalah pelajar perempuan .Bukan sekadar melihat malah ada yang turut menjeling.Jeolous lah tu.Mana tidaknya Fadhlee jejaka tampan yang diminati ramai dan bijak..
Setibanya di kelas Saerra terus meluru ke arah Fadhlee.
" Hoi mamat poyo ! Kau ni dah kenapa jerit jerit nama aku pagi pagi ni ?! " marah Saerra.Dia berasa bengang dengan Fadhlee kerana tak habis habis mengganggunya. Kerana itu juga dia mendapat banyak 'haters' dari kalangan pelajar perempuan dan menjadi bahan umpatan setiap hari.
" Awak ni memang tak reti nak cakap elok elok dengan lelaki ke ,Saerra?" tanya Fadhlee.
" Ye memang aku tak reti sebab semua lelaki sama je.Yang dorang tau menyakitkan hati orang je !" Saerra terus berlalu ke tempat duduknya.Air mata yang hendak mengalir ditahannya.Tak sangka pertanyaan Fadhlee membuatkan dia teringat kembali akan Syukrie.

* * *
" Err..Saerra ..Aku minta maaf pasal tadi pagi eh?" Fadhlee meminta maaf kepada Saerra.Dia rasa bersalah apabila melihat Saerra terus berlalu tadi pagi.
" Oh takpe lah..Aku pun minta maaf juga sebab emo tak tentu pasal.Aku bengang ah ngan pompuan pompuan kat taman tu bolehnya dorang kata aku yang menggedik dekat kau.Huh jahanam ah..takde masa aku"Saerra melepaskan rasa tidak puas hatinya.
" Oh begitu ke..Aku minta maaf eh? Tak sangka pula jadi macam tu sekali ..apa yang dorang tak puas hati ngan kau eh?" Fadhlee kehairanan.
" Heii apalah bodoh kau ni.?Dorang tu minat kat kau.Kau kan idola sekolah ni.Dah kau asyik kacau aku tiap hari sampai tak terlayan peminat peminat kau tu memanglah dorang tak puas hati kat aku.Aku kan cantik." jawab Saerra dengan nada yang sengaja ditekan.Fadhlee terus ketawa mendengar jawapan Saerra.
" Eh betul lah kan..Kalau aku tak cantik tak lah kau suka kat aku kan" Saerra meninggikan suaranya apabila melihat sekumpulan peminat Fadhlee dari kelas sebelah lalu dihadapan kelas mereka.
" Hahahaha betul lah tu ," Fadhlee lucu melihat kerenah Saerra.Memang tidak dinafikan Saerra memiliki paras rupa yang cantik.Tapi bukan kerana rupa Fadhlee tertarik kepada Saerra tetapi perwatakannnya.Saerra tak seperti perempuan lain.Bagaikan mawar berduri.Cantik dipandang takut didekati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience