BAB 13

Romance Completed 11647

Aku bersiap siap untuk melawat Lanny. Baru sebentar tadi aku mendapat panggilan daripada staf KPJ mengatakan bahawa Lanny sudah sedar dari pengsan. Aku bergegas menuju ke sana.

"Lanny, asal you buat macam ni? Tak sayang nyawa ke?" Ujarku kepada Lanny.

"I sayang you lebih dari nyawa I sendiri. I tak sanggup kehilangan you. Bila you takde, I rasa I pun patut takde dalam dunia ni. Baik I mati je, Hamka!" Jerit Lanny dalan tangisan.

Lanny, kenapalah kau buat macam ni. Bila kau nak sedar dari mimpi, Lanny. Aku dah tak sanggup nak teruskan semua pembohongan ini.

Menyesal pun ada kerana melayan Lanny ketika di universiti dulu. Tapi mengenangkan bahawa dia selalu menolongku, aku jadi tidak sampai hati. Dulu, ketika aku sentiasa sibuk dengan White Dragon, pernah juga Lanny mengugut hendak membunuh diri. Katanya tak tahan diabaikan olehku.

Aku tak sangka kali ini dia benar benar melakukannya.

Keesokan harinya, keadaan Lanny sudah stabil. Kesan ubat tidur yang overdose dalam badan Lanny sudah dapat dikawal.

"Hamka, temankan I malam ni." Ujar Lanny apabila kami tiba di rumahnya. Dia memegang erat tanganku seperti tidak mahu melepaskannya lagi.

"Tak boleh. Malam ni I ada operasi." Bohongku pada Lanny. Sebenarnya, aku sudah ambil cuti selama seminggu untuk mencari Rose.

Memandangkan aku rapat dengan pihak atasan dan prestasi kerjaku yang baik, mudah saja aku mendapat kebenaran untuk mengambil cuti.

Lanny hanya menundukkan wajahnya. Aku tahu dia kecewa, tapi sampai bila aku hendak teruskan pembohongan ini? Aku tekad. Aku akan tamatkannya semua hari ini.

Aku mengajak Lanny duduk di sofa. Lanny yang dari tadi mendiamkan diri hanya mengikut langkahku.

"First, I mohon you jangan buat benda bodoh lagi." Ujarku memandang tepat ke dalam matanya yang berwarna coklat kehitaman itu.

"You nak tinggalkan I ke?" Tanya Lanny. Air mata mula mengalir membasahi pipinya. Dia memegang lenganku dan ditarik ke dalam pelukannya.

"Tak. I takkan tinggalkan you. Tapi I nak you dengar ni. Jangan menyampuk selagi I belum habis cakap."

Aku menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan bicara. "I tahu you sayangkan I, I pun sayangkan you." Kata kataku membuatkan Lanny mengukir senyuman.

"Tapi, I dah tak sanggup nak teruskan semua ni. Sebelum ni I just anggap you seperti kawan I. I harap you faham."

"Tapi sebelum ni..."

Belum sempat Lanny menghabiskan kata katanya, aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya yang berwarna merah jambu itu. Bila diteliti, kacak juga Lanny sebagai seorang lelaki.

"I layan you sebab I taknak you sedih. Dulu you selalu hiburkan I, jadi I tak sanggup tengok you sedih."

"Tak. I tahu you tipu. Lima tahun Hamka. Lima tahum you dengan I, takkan tak timbul langsung perasaan you terhadap I. I yakin ni semua sebab sundal tu kan? Dia yang manipulasi otak you. Hamka, you sedar tak?" Lanny menggongcang kuat bahuku.

Aku tidak tahan lagi mendengar cacian dan tuduhan Lanny terhadap Rose. Serta merta aku menampar Lanny sehingga membuatkan dia terdiam. Aku nampak matanya merah, mungkin menahan geram atau mungkin juga menahan sebak.

Lanny serta merta berlari ke dapur. Dia datang dengan sebilah pisau di tangan kanannya.

"Lanny, you jangan buat kerja gila." Aku berdiri sambil cuba merampas pisau di tangan Lanny. Tapi dia terlebih dahulu sempat mengelak sebelum aku mencapai lengannya.

"Hamka, kalau I tak boleh dapatkan you, jangan harap orang lain boleh dapatkan you. Jangan harap Hamka." Lanny cuba menghunus pisau itu ke perutku.

Nasibku baik kerana aku sempat mengelak, namun tetap terkena di lenganku. Darah pekat mula mengalir dengan laju. Mungkin salur darah arteri aku terpotong.

Apabila Lanny semakin bertindak agresif, aku mengambil keputusan untuk berkasar dengan Lanny. Dengan mudah aku berjaya mengunci pergerakan Lanny. Pisau di tangannya aku rampas sebelum mencampakkannya ke lantai.

Lanny meronta ronta apabila aku mengunci pergerakannya. Pergerakan dia semakin lemah sebelum akhirnya dia terkulai. Aku segera mengangkatnya dan dibawa ke biliknya. Aku yakin dia masih lemah kerana kesan ubat tidur itu.

Aku meninggalkan dia sebelum memecut laju kereta Mercedez Benz ku. Fikiranku agak kusut ketika ini, wajah Rose terbayang bayang di mindaku.

Rose, mana Rose pergi. Hamka rindukan Rose.

Aku mengambil keputusan untuk berhenti di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Melihat saja masjid yang tersergam indah ini, fikiranku yang kusut tadi ditenangkan. Aku menunaikan solat Asar. Selepas itu aku mengambil keputusan untuk bertakafur di masjid itu sementara menunggu waktu Maghrib yang hanya berbaki lebih kurang setengah jam lagi.

Selesai solat Maghrib, aku menunaikan solat sunat hajat agar dipermudahkan urusan untuk mencari Rose. Sebenarnya, malu juga untuk meminta pertolongan Allah kerana sebelum ini terlalu banyak arahannya yang aku ingkar.

Perlahan lahan air mata mengalir di pipi, tapi pantas diseka kerana risau jemaah lain akan melihatku menangis.

Malam itu aku memandu kereta tanpa arah untuk dituju. Entah kenapa hidupku terasa sunyi tanpa kehadiran Rose.

Aku hairan dengan diriku tatkala berhadapan dengan Rose. Aku menjadi tidak keruan apabila bersamanya. Mungkin perasaan ini timbul kerana aku terlalu merindui Zahra lalu menyebabkan aku cepat saja tergoda dengan Rose.

Tapi, tak mungkin juga kerana jantungku berdegup kencang apabila bersamanya. Jika benar aku hanya menganggap Rose sebagai Zahra, kenapa aku menjadi tidak keruan apabila bersama? Seperti ada suatu kuasa lain yang menyebabkan aku berkelakuan seperti itu.

Rose seperti rela dengan perlakuanku. Adakah dia masih teringat waktu waktunya sebagai pelacur dulu? Menyesal pun ada kerana aku yakin kalau bukan kerana sikapku yang melampau ini, sudah pasti Rose akan melupakan kisah silamnya.

Masih terbayang bayang wajah Rose yang sedang menangis ketika aku membuka pintu bilik di kelab malam itu. Wajahnya persis Zahra yang sedang menangis sewaktu di hospital enam tahun yang lepas. Aku dengan rela melepaskannya, dan mendoakan agar dia selamat.

Tapi, tak sangka pula dia akan berjumpa dengan ayah yang waktu itu hendak membeli barang di kedai runcit.

Mungkinkah semua ini sudah dirancang oleh Allah? Tapi apa yang sedang dirancangnya?

Teringat pula perbualanku dengan Rose suatu ketika dulu.

"Mungkin Allah nak jodohkan Hamka dengan Rose."

Adakah itu perancangan-Mu, Ya Allah?

Jika benar Rose itu untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Aku cukup tidak keruan apabila dia meninggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience