Bab 1 : Pengenalan

Romance Series 6634

Iffat sedang memasukkan buku ke dalam beg sekolahnya. Beg sekolah yang digunakan dari tahun lepas masih dipakai olehnya. Dia tidak cukup duit untuk membeli beg sekolah yang baru.

Iffat Khari ataupun lebih mesra dipanggil Iffat merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Ibunya bekerja sebagai seorang orang gaji di sebuah rumah agam. Dia tiada ayah kerana ayahnya telah meninggal dunia kerana hukuman mati melibatkan pembunuhan.

Iffat walaupun miskin, dia cemerlang dalam pelajaran. Semasa UPSR, Iffat berjaya memperoleh 6A dan Pt3 10A. Kini dia berada di tingkatan 5 dan akan menduduki peperiksaan SPM.

Iffat keluar dari biliknya, dia melihat ibunya menyediakan makanan.

" Nak pergi sekolah dah, Iffat?" tanya Warda, ibu Iffat.

" Ha'ah, bu. Iffat pergi dulu ya? Nanti lambat sampai ke sekolah."

" Kalau ya pun, mari makan dulu. Ibu dah siapkan makanan ni."

Mahu tak mahu, Iffat ke meja makan. Dia tahu ibunya bersusah payah menyediakan makanan kerana ibunya balik dari kerja pukul 8 malam, dan bertolak ke tempat kerja pun pukul 7.40 pagi. Mesti ibunya penat.

" Iffat, ibu mungkin balik lewat sikit malam ni sebab ibu kena jaga anak majikan ibu. Puan Hartinah tu percayakan ibu je untuk jaga anak dia."

" Baik ibu."

" Ni, lagi satu ibu nak pesan, pergi sekolah jangan cari fasal dengan kawan-kawan. Kang susah pula lebam sana sini, faham? " pesan Warda.

Iffat mengangguk perlahan. Satu lagi kisah tentang dia. Iffat selalu kena buli di sekolah.

Warda pun bergerak ke rumah agam di hujung kampung. Walaupun jauh, tetapi di situlah sumber rezeki dia.

Beberapa saat selepas Warda keluar, Iffat pun terus menyarung kasut dan pergi ke sekolah.

Tiba dia di sekolah, Iffat masuk ke dalam kelas. Dia menarik kerusi, duduk dan terus mengeluarkan buku teks biologi. Dua saat sebelum dia membaca, sekumpulan budak lelaki telah berkerumun di mejanya. Salah seorang pelajar itu mengetuk mejanya.

Iffat mendongakkan muka ke atas. Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang tersenyum sinis ke arahnya.

" Weyh, tengok ni! Iffat datang sekolah hari ni! Kenapa? Tak cukup sakit ke pukulan aku dekat badan kau semalam?" sindir Aman si pembuli. Kawan-kawannya ketawa.

Iffat hanya menundukkan kepala. Buku teks biologi ditenung sahaja.

" Weyh, aku tanya kau ni!! Handsome sangat ke buku kau tu kalau nak dibandingkan dengan aku?! " sindir Aman sambil menunjal kepala Iffat.

" Korang nak apa sebenarnya? Aku sibuk ni!!" kata Iffat namun nada suara teratur. Tiada nada marah ataupun sedih.

Pelajar-pelajar lelaki itu ketawa.

" Eh, dia tanya kita nak apa? Kelakar betul soalan dia.. " kata Aman sambil mengusutkan rambut Iffat. Kawan - kawannya yang lain semuanya ketawa.

Riak wajah Aman bertukar serius. Dia memandang wajah Iffat.

" Aku nak kau." tiga perkataan yang cukup buat Iffat terkejut. Tapi dia tahu apa maksud lelaki itu.

Aman sebenarnya homoseksual. Dia menyukai kaum sejenis. Tanda lebam di badan Iffat sebenarnya Aman yang buat. Iffat sebenarnya tidak menyangka bahawa Aman songsang. Dia mempercayainya apabila lelaki itu telah mencabul dan merogol dirinya.

Kelihatan riak wajah takut pada muka Iffat selepas Aman dan rakan -rakannya pergi. Dia pasti Aman ingin melakukan hal yang sama padanya lagi.

******

Suraya Farhanah, seorang gadis yang berasal dari keluarga kaya. Gadis yang sopan namun tidak bertudung. Dia tidak bersedia lagi untuk itu.

Suraya merupakan pelajar tingkatan 5. Dia menuntut ilmu di Kolej Vokasional. Sengaja dia memilih kolej itu kerana minat yang mendalam terhadap bidang automotif. Kalau diikutkan ibubapanya, mereka lebih memilih untuk menghantar anak mereka ke private school kerana tempatnya memang layak di situ.

" Dah pack semua barang?" kata Tan Sri Amar kepada anak gadisnya.

Suraya menganggguk. Oleh kerana pelajar kolej diberikan cuti selama dua minggu, Suraya membuat keputusan untuk pulang ke rumah memandangkan dia tiada apa nak dibuat. Selepas dua minggu, Suraya harus kembali ke kolej semula.

Tan Sri Amar masuk ke dalam kereta. Diikuti dengan Suraya. Dengan lafaz bismillah, pedal minyak ditekan lalu kereta mewah keluar dari perkarangan rumah agam tersebut.

Mereka masuk ke kolej itu. Suraya terus turun dari kereta dan menyalami babanya itu.

" Belajar rajin-rajin ya?" kata Tan Sri Amar kepada anaknya.

" Okay, baba." kata Suraya. Mungkin panggilan baba pelik kerana biasanya orang memanggil orang tua mereka dengan panggilan mama dan papa. Tetapi Tan Sri Amar dan Puan Sri Hasyani membiasakan diri mereka dengan panggilan Baba dan Cik.

Kereta Tan Sri Amar bergerak keluar dari kolej itu. Suraya memerhatikan sahaja sehingga kelibat kereta babanya hilang. Lalu dia masuk ke dalam asrama.

******

Harap dapat memberikan kesan positif. Novel ini berdasarkan kisah benar yang berlaku kepada kawan lelaki saya. Saya ungkapkan balik dalam novel ini untuk dia. Walaupun dia tiada di sisi, namun saya harap novel ini dapat mengajar kita semua. Bukan sahaja wanita menjadi mangsa, tetapi lelaki juga sebilangannya menerima nasib yang sama. Btw, selamat membaca!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience