Bab 15

Horror & Thriller Completed 4404

"Bagi manusia tu dekat aku!" Soaliaha mula meninggikan suara.

"Ah, aku lebih rela hantar dia balik ke dunia dia daripada bagi dia dekat kau!" Fathihah menengking semula.

Tengkingan dibalas tengkingan. Suara yang menggerunkan itu berjaya membuatkan Maisarah mengalirkan air mata kerana terlalu takut. Tiba tiba Fathihah berkata kepada Maisarah "Maisarah kalau kau nak balik ke dunia kau datang dekat aku, aku akan hantar kau balik."

"BUDAK TU AKU PUNYA!!" Soaliaha mula menyerang Fathihah dan Fathihah jatuh ke foyer. Maisarah yang berada di dalam foyer cepat cepat keluar dan mendapatkan Fathihah.

Tetapi tiba tiba Fathihah bangun dan larikan diri daripada Maisarah. Maisarah mengejar Fathihah dan Soaliaha mengejar Maisarah daripada belakang. Permainan sorok sorok kini bertukar kepada permainan kejar kejar.

Fathihah terjatuh dari tangga. Maisarah memegang kemas bahu Fathihah dan memandang tepat kematanya.

"Bawa aku balik ke dunia aku!" jerit Maisarah sambil menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience