Rate

BR 2 chapter 1 : If you want to be trusted, be honest.

Humor Completed 214294

“DEAN, jujur dengan saya. Awak jumpa dengan siapa tadi?” Soal Mawar dengan riak yang tenang. Bukan dia tidak nampak wanita yang duduk bersama Aydean di Coffee Beans tadi. Tetapi, sengaja dia mahu melihat kejujuran lelaki itu.

Aydean diam beberapa detik sebelum dia bersuara. “Aaa.. Biy.. Biy jumpa dengan Aurora.” Jawab Aydean cuba mengawal reaksi wajahnya. Dia dapat mengagak yang Mawar pasti telah tahu. Jadi, lebih baik dia jujur sahaja.

“Oh.” Mawar mengangguk sambil tersenyum sinis. Penumbuk digenggam sambil dia mengetuk-ngetuk meja stainless steel itu dengan perlahan.

Aydean telan air liur tatkala melihat respon daripada isterinya itu. “Youuu.. I’m sorry. I tak bermaksud nak tipu you.” Rayu Aydean cuba menghampiri Mawar.

Belum sempat Aydean dekat dengannya, Mawar terus mengambil paring knife dari tepi poket lengan bajunya dan diacukan pada Aydean dengan riak dingin. “Saya nak masak. Ramai customer hari ni. Awak nak pergi dating ke, nak pergi merendek ke, silakan. Saya tak kisah. Bulan ni, gaji awak saya potong,” kata-kata dilontarkan dengan setenang yang mungkin. Walhal di dalam hati Mawar, mahu sahaja dia menumbuk meja itu dengan kuat. Dia marah dan cemburu. Bertambah marah apabila Aydean menipunya.

“Mawar, please. Biy tahu you marah. Biy jumpa Aurora atas sebab kerja. Biy bukan pergi ber'dating' dengan dia, darling,” lembut sahaja nada Aydean cuba memujuk. Walaupun dia tahu Mawar tidak mudah terpujuk dengan segala kata-katanya itu. Tetapi, dia tetap mencuba.

“Kenapa awak tipu saya? Awak cakap awak nak jumpa Syakir. Tapi, awak jumpa dengan perempuan lain? Cuba kalau saya buat macam tu pada awak, Dean? Apa perasaan awak?” Mawar mula membebel melepaskan geram yang terbuku sejak dari tadi.

Aydean raup muka dengan kasar. Nafas dihela perlahan. Wajah tegang Mawar direnung beberapa detik. “Biy jumpa dia atas urusan kerja. Boleh faham tak?” Nada Aydean juga kedengaran tegas.

“So, kenapa menipu? The point is MENIPU! Why?” Mawar juga tidak mahu mengalah. Matanya mencerlung pada Aydean dengan dada yang berombak laju. Kalau Aydean bukan suaminya, pasti sahaja lelaki itu sudah dikerjakan secukupnya. Biar tahu rasa!

Aydean ketap bibir. Hilang kata-katanya. Dia tahu dia bersalah. Tiada guna dia membela diri kerana Mawar tetap tidak mahu mendengar apa pun penjelasan daripadanya.

“I’m done,” Aydean memusingkan tubuhnya dan terus keluar dari ruangan itu.

Mawar tersentap. Tidak pernah Aydean membiarkan perkara itu berlanjutan tanpa menyelesaikannya. Ini kali pertama lelaki itu bersikap sebegini. Mawar tarik nafas dalam-dalam. Dia juga cuba menenangkan diri agar tidak terus dikuasai amarah. Mungkin dia perlu mendengar penjelasan Aydean. Tetapi, bukan sekarang kerana hatinya masih sakit tatkala terkenang kembali kemesraan Aurora dan Aydean tadi.

Kemain bergelak ketawa! Bentak Mawar di dalam hati.

Kemudian, dia meneruskan kerja-kerja yang tertangguh dengan hati yang masih sebal.

 

TEKUN Qistina menaip sesuatu di komputer miliknya dan terhenti apabila pintu pejabat di buka seseorang. Dahi berkerut sambil mata menatap tepat pada muka pintu.

Zack!

Bibir dicebir geram. Sudah berapa kali dia memesan pada suaminya itu agar mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam. Tetapi, masih sahaja lelaki itu lupa. “Zack, kenapa tak ketuk pintu?” Soal Qistina sambil meneruskan kembali kerjanya.

Zack tarik muka masam. Memang dia sengaja tidak mahu mengetuk pintu kerana mahu Qistina memberi perhatian padanya. Selalu, jika dia datang ke situ untuk menjemput si isteri keluar makan tengah hari, wajahnya juga langsung tidak dipandang. Hanya kerja, kerja dan kerja! Zack geram.

Suasana kembali sunyi. Zack menghenyak punggung ke sofa sambil mata merenung tajam pada Qistina yang masih tekun membuat kerja. Sedikit pun wanita itu tidak memandang pada Zack, apatah lagi bercakap.

Setelah beberapa detik berdiam diri, Zack bersuara, “Setiap kali I datang sini, you pandang muka I pun tak. Sibuk dengan kerja. Tak hadap komputer, hadap phone. Lebih baik you kahwin je dengan komputer atau phone you tu,” sindir Zack. Dia sudah tidak dapat menahan lagi apa yang dirasakan olehnya.

Qistina tersentak. Kerjanya terhenti serta merta. Dia melepaskan keluhan perlahan. Bukan sekali dua perkara itu menjadi perbalahan mereka. Tetapi, sudah berkali-kali. Cuma kali ini, Zack agak lancang.

Tubuh di sandar ke dada kerusi. Mata dihalakan pada si suami yang sudah pun duduk di sofa yang berada di depannya. Rahang lelaki itu kelihatan bergerak-gerak seakan menahan marah. Qistina kecut perut. Takut. Walaupun lelaki itu tidak pernah naik tangan padanya, tetapi, setiap kali marah, pasti sahaja suara lelaki itu akan lebih tinggi dari biasa.

“Sorry. I banyak sangat kerja kena settlekan..,”Belum sempat Qistina menghabiskan kata-katanya, Zack terus mencelah, “Setiap hari memang you sorang je banyak kerja. I yang terhegeh-hegeh datang sini nak jemput you pergi lunch. Kalau tahu banyak kerja, tak payah suruh I datang sini, lunch sama-sama. Buang masa I,” Pintas Zack dengan nada yang sedikit kasar. Lantas dia menolak tubuhnya bangun dari situ dan berjalan kembali menuju ke pintu.

Qistina kaget. Cepat-cepat dia bangun dan terus menerpa ke arah suaminya. Tangan sasa lelaki itu dirangkul erat. “Zackk.. I’m sorry. Janganlah marah I…” meleret manja suara Qistina memujuk Zack.

Namun, tetap sahaja wajah Zack ketat dan sedikit pun dia tidak memberi respon pada wanita itu.

Qistina bertindak memeluk pula tubuh suaminya dengan erat. Dagu di letak pada dada sasa Zack sambil matanya merenung manja pada wajah lelaki itu. Zack mendengus kasar. Dia mengalih pandangannya ke arah lain.

“Abanggg…”

Panggilan itu membuatkan Zack tersenyum nipis. Panggilan yang Qistina geli untuk sebut, akhirnya terlepas juga dari mulut wanita itu hanya kerana ingin memujuk dirinya.

“Abangg.. I’m so sorry… I memang sibuk. Tapi, I nak abang sentiasa ada dekat dengan I. I miss you every moment. Dapat tengok muka abang pun, I dah gembira sangat. Walaupun kita dah jumpa hari-hari dekat rumah, but, I still miss you so much,” rengek Qistina dengan manja. Dia cuba lagi memujuk Zack sehingga lelaki itu mula tersenyum padanya semula.

“Sweet talker,” balas Zack sedikit geram. Pucuk hidung Qistina di picit perlahan. “Lepas ni, bila I dah okay, you tak panggil I abang dah,” sambung Zack lagi.

Qistina ketawa kecil. “Walaupun I geli nak panggil abang, tapi, sebab nak pujuk, I kenalah panggil,” jujur sahaja Qistina membalas.

Tangan Zack naik mencubit pipi isterinya pula. Geram dengan kenakalan Qistina. Tanpa isyarat, dia mengucup bibir Qistina dengan hangat. Merona merah wajah Qistina saat ini.

Kemudian, Qistina mendorong tubuh suaminya ke sofa semula. “I ada gosip nak share dengan you,” Ujar Qistina sambil berjalan ke arah meja kerja untuk mengambil telefon bimbitnya.

“See. Baru je beberapa saat dah terus tak panggil I abang,” Zack merungut geram. Qistina ketawa saat mendengar kata-kata itu. Dia berjalan kembali menuju ke arah Zack dan menghenyak punggungnya ke sisi lelaki itu sambil menyandar manja pada tubuh Zack.

“Sorry, abang..,” Qistina ketawa lagi saat melihat wajah cemberut suaminya.

Zack mencebik.

“Nah, tengok ni. I tak tahulah apa nasib si Dean ni. I rasa Kiera mesti tengah mengamuk,” telefon bimbitnya diserahkan pada Zack.

Berkerut dahi Zack saat melihat gambar yang ditunjuk oleh Qistina padanya. Gambar Aydean bersama seorang pelakon wanita yang agak terkenal. “Oh, ni bukan perempuan yang selalu berlakon dengan Dean tu ke? Siapa nama dia ek? Rora ke Zura? Tora? Whateverlah.... Pelakon tu kan?” Soal Zack dengan mata yang masih melekat kuat pada skrin telefon bimbit Qistina.

“Yes, her name is Aurora. Pagi tadi before masuk office, I dengan Kiera pergi mall dekat area Pavillion. I teman Kiera cari baju Nadine. Then, I ternampak Dean and that woman tengah berbual mesra. Bergelak ketawa.” Qistina memula cerita.

“Then?” Soal Zack dengan tenang. Telefon bimbit milik Qistina diserah kembali. Kini, matanya ditumpukan pada wajah si isteri.

“I tanya Kiera. Dean mana. Dia cakap jumpa sepupu dia, Syakir. I was like…,” bahu Qistina menjungkit. Ayatnya juga mati di situ.

“So, you tunjuklah Dean dengan perempuan tu?” Soal Zack lagi. Kedua belah tangan dilipat ke dada.

Qistina tersenyum segaris. “Of course sebab dia tipu adik I,” selamba sahaja Qistina menjawab.

Zack menggeleng. “Kenapa you tak cover Dean. Entah-entah dia kebetulan jumpa dengan perempuan tu,” Zack cuba membela lelaki itu.

“Kenapa I nak cover dia? Biarlah Kiera tahu. Supaya Dean jujur dengan dia lepas ni,” Qistina bangun dari duduknya. Kemudian, dia mencapai beg tangan dan telefon bimbit di sumbat ke dalamnya. Lantas dia meletakkan beg itu ke bahu dan berjalan ke arah Zack. Lengan sasa yang masih terlipat ke dada itu ditarik. “Jom. I dah lapar,”

Zack menolak tubuhnya bangun dari situ. “I takut diorang bergaduh besar,” Zack bersuara meluahkan kebimbangannya.

Qistina diam tidak menjawab. Lengan Zack dipeluk dengan manja sambil kaki mereka bergerak ke pintu keluar.

“I harap diorang baik-baik je. You tahu adik you macam mana kan?” Sambung Zack lagi. Sengaja menerbitkan kebimbangan di hati Qistina.

Wanita itu mengeluh perlahan. “Habis tu, takkan I nak diam je lepas nampak Dean dengan perempuan lain? Kiera tu adik I. sepatutnya Dean jaga hati adik I!” Tegas Qistina. Lengan lelaki itu dilepaskan. Geram sungguh apabila Zack seolah-olah menyalahkan dirinya.

“Baby, I faham Mawar adik you. I pun dah anggap Mawar tu macam adik I sendiri. Tapi, perkara ini perlu dengar dua-dua belah pihak. Mungkin Dean ada sebab kenapa dia jumpa dengan perempuan tu,” Zack meraih bahu isterinya dan digosok perlahan. Dia cuba memujuk Qistina agar tidak merajuk.

“You salahkan I,” ayat itu digumam perlahan. Mata Qistina berkaca. Dia mula merasa bersalah.

“No lah. Drop the subject. I tak nak kita bergaduh pasal diorang,” balas Zack sambil mengucup pipi isterinya dengan lembut. Qistina tersenyum pahit. Kemudian, mereka berdua berlalu pergi dari situ untuk makan tengah hari bersama.

Walaubagaimanapun, hati Qistina masih dihenyak rasa bersalah. Terus dia terbayang apa yang bakal berlaku antara Aydean dan Mawar.

Share this novel

cahaya
2023-02-13 14:02:28 

nco

cahaya
2023-02-13 14:02:03 

y74cjy74c tidak 5v8 vg7bu6 itu video berkenaan 8 vb


NovelPlus Premium

The best ads free experience