Bab 10

Fantasy Completed 13890

Jane menapak masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja dia terpandang susuk tubuh kai di tempat duduknya gadis itu menarik nafas lega.

"kai..awak pergi mana?" tanya jane lalu melabuhkan punggung di kerusinya.

Hm? Kai memandang jane tanpa perasaan.

"kenapa awak tak rehat dengan saya?" tanya gadis itu lagi.

Kai mengerutkan dahinya. Dipandang tubuh jane atas bawah. Asal basah kuyup? "kau mandi ke apa?" soal lelaki itu tanpa menjawab pertanyaan jane.

"hah? Oh ni.." jane tersengih.
"tak ada apa apalah..eh Awak tak jawab lagi soalan saya.."

"malas" ujar kai ringkas. Terdiam jane memandang lelaki di sebelahnya. "oh.. Okay tak apalah" bibirnya menguntum senyuman paksa. Lupa pula yang aku ni bukan siapa siapa.

"kai.." panggil gadis itu lagi.

"diam.." arah kai sambil menunjukkan jari ke mulutnya. Matanya dihalakan memandang ke hadapan.

Tidak jadi gadis itu ingin bertanya. Terus fokusnya di halakan kepada guru yang sedang mengajar.
____________

"kai!"

Kai memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan tubuhnya memandang ke belakang.

Kelihatan jane sedang tersenyum ke arahnya sambil memberi isyarat kepada dirinya supaya menunggu gadis itu.

"kai... Lajunya awak nak balik.." ujar gadis itu sedikit mengah.

"kau nak apa lagi?" ujar kai seraya itu dia mengisyaratkan paul, eric dan martin supaya menunggunya di luar sekolah.

"rumah awak dekat mana?" soal gadis itu sambil mendongak memandang wajah lelaki itu di depannya.

Kai mengecilkan matanya memandang jane.

"eh.. Awak kan ajak saya pergi rumah awak semalam tapi.. Kita kan pergi rumah banglo tu.. Jadi.. Saya nak tahulah.." terang jane panjang lebar. Dari riak wajah kai, dia boleh nampak kecurigaan lelaki itu.

"jane" kai membongkok kan sedikit badannya supaya wajahnya berada betul betul di hadapan gadis itu. Terkebil kebil jane memandang wajah kai yang agak dekat dengannya.

"budak lembik.. Kalau kau berani datang lah ke tempat semalam.." ujar kai sambil berbisik di telinga gadis itu.

Apa?! Jane berundur setapak ke belakang sambil matanya tidak lepas memandang kai yang sudah berlalu meninggalkan dirinya.

Dari jauh kelihatan seorang gadis sedang asyik memerhatikan pergerakan jane. Dia menumbuk dinding di tepinya kuat." aaw" gadis itu mengaduh kesakitan. Sial!! Kenapa semuanya kau yang dapat bukan aku! Sarah mengetap bibirnya kuat. Sabar sarah..kau mesti dapat apa yang kau nak.. Tunggu jela.. Pujuknya kepada diri sendiri dan terus beredar meninggalkan kawasan itu.
____________

"tuan.."

"Paul.. Lepasni korang bertiga balik semula ke istana.." Kai memberi arahan.

"tapi tuan..kam"

"dah.. Kau datang sekolah dari sana.. Aku ada hal nak buat.. Ingat..jangan muncul dalam rumah tu lagi." potong kai tegas dan berlalu pergi.

"baik tuan.."
__________

Hari ni hari sabtu.. Cuti minggu. Jane menyanyi kecil di dalam biliknya. Sesekali dia tergelak dengan nyanyiannya sendiri.

"jane.." panggil emaknya.

"ya mak!" sahut gadis itu dan berlalu keluar menuju ke dapur.

"mak nak pergi ke hutan di hujung kampung untuk cari herba.. Jangan lupa masak makanan tengah hari ya sayang.. Hari ni pakcik jery kamu balik.."

"dah seminggu pakcik hilang.. Jane ingat mak dah berpisah dengan dia" ujar jane. Meluat dia melihat ayah tirinya. Tak habis habis menyusahkan emaknya.

"jangan cakap macam tu.. Mak pergi dulu ya.. Nanti lambat gelap pula." ujar puan erika dan berlalu keluar dari pintu dapur. Jane hanya mengangguk.
___________

"ERIKA!"lantang suara garau itu memanggil dari pintu depan.

"mak keluar.." beritahu gadis itu.

"ah lantak lah mak kau tu.. Aku lapar mana makanan?!" ujar pakcik jery sambil melemparkan pandangan tajam ke arah jane.

"atas meja" balas gadis itu. Dia memerhatikan lengan ayah tirinya yang terdedah. Sejak bila pula pakcik ada tatu?

"dah tak payah pandang aku macam nak telan..Berambus sana" halau lelaki itu.

Jane mengetap bibir. Ni rumah aku lah! Marah jane di dalam hati dan terus berlalu masuk kedalam biliknya. Baik aku buat kerja rumah lagi bagus.
____________

Jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang.
Mana mak ni? Lamanya cari herba.. Jane tidak senang duduk. Takut takut sesuatu terjadi kepada emaknya. Dia bangun dan keluar dari bilik.

Matanya terpandang ayah tirinya yang sedang tidur di atas sofa. "woi budak mana mak kau ni?" Ujar lelaki itu dengan mata tertutup.

Terkejut gadis itu mendengar suara ayah tirinya. Ingatkan tidur.. "tak tahulah pakcik.. Saya risaulah.."

"dah tu tak reti ke nak pergi cari.. Takkan benda senang pun nak aku yang bagitahu"

Jane mengangguk faham. "saya pergi dulu"
______________

Gadis itu berjalan ke arah pekan. "mak pergi hutan mana eh?" oh ya..Baru dia teringat.. Hutan hujung kampung. Laju langkahnya dihalakan ke hujung kampung.

Jane menelan air liur memandang rumah banglo di hadapannya. Macam mana aku boleh lupa ada rumah banglo ni kat sini?
Takkan mak cari kat sini.. Tapi mak kata hujung kampung.. Ni la hujung kampung. Jane mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Kau boleh Jane.. Kau nak cari mak kan? Pujuk nya kepada diri sendiri. Dikuatkan juga semangatnya untuk berjalan masuk ke dalam hutan di tepi banglo usang itu.

"mana mak ni?" keluh jane. Nak dekat setengah jam dia mencari.. Batang hidung pun masih tidak nampak. Matanya dihalakan ke dalam kawasan rumah banglo. Emak kat dalam ke? Pantas jane menggeleng. Tak mungkin! Tapi kalau betul? Jane kusut. Kenapalah hatinya selalu bertentangan dengan akalnya.

Prakk.. Pintu pagar banglo usang itu dibuka.
Jane menggenggam tangannya untuk memberi semangat kepada dirinya. Perlahan kakinya diaturkan masuk ke dalam kawasan rumah itu.

Sedang asyik jane berjalan di tepi kawasan rumah. Telinga menangkap satu bunyi dari dalam rumah. Bunyi apa tu? Muka gadis itu mula pucat.

Baru dia hendak membuka langkah seribu. Hatinya menentang. Mungkin tu emak? Dia luka sebab tu dia masuk dalam banglo? Atau dia terjatuh? Jane mengetuk kepalanya.

Emak.. Jane merintih perlahan. Terketar ketar tangannya membuka pintu utama banglo itu.
Telinga menangkap bunyi seseorang batuk di tingkat atas.

Oh tidak! Tidak! Jane menggeleng. Takkan aku nak naik lagi? Kalau makhluk tu muncul? Jane mungkin emak kau kat atas. Suara hatinya berbisik. Bencilah! Namun digagahi juga kakinya untuk naik ke tingkat atas. Suasana rumah itu sudah tidak terlalu gelap kerana cahaya lilin membantu menerangi ruangan di dalam rumah. Tapi.. Siapa nyalakan lilin?

Matanya tertumpu di pintu bilik yang pertama.
Suara tu macam datang dari arah ni..
Kakinya dihalakan menuju ke pintu bilik. Tangan memegang tombol pintu dan memulasnya perlahan.

Siapa tu? Mata dikecilkan memandang susuk tubuh seseorang yang sedang baring di atas katil. Kakinya dihalakan perlahan lahan menuju ke arah katil.

Ka.. Kai?! Terbuntang matanya memandang susuk tubuh kai sedang tidur di atas katil. Maksudnya betullah dia duduk sini!. Dia tak tipu aku...

"kai..?" perlahan suaranya memanggil. Lembutnya riak wajah dia. Gadis itu berbisik sendiri. Tangan nya mula mengusap rambut kai tanpa disedari. Baru tangannya hendak turun untuk menyentuh pipi lelaki itu. Zapp! Tangannya dipegang. Terkejut gadis itu melihat kai tiba tiba membuka matanya.

"kau buat apa kat sini?" serak suara kai bertanya.

"erk.. Kai.. Saya.. Keluar dulu.." pantas jane berdiri dan cuba melepaskan tangannya yang masih dipegang oleh kai.

"tunggu lah kejap" pinta kai lalu menarik tangan gadis itu ke arahnya. Jane yang tidak dapat menyeimbangkan badannya terus terjatuh di atas tubuh kai. Alamak! Jane menutup mulutnya.

"teman aku.." pinta kai perlahan. Tangannya mula memeluk pinggang jane. Kepala gadis itu dirapatkan ke dadanya. Jane terdiam dan tidak mampu bersuara. Dia menutup matanya kuat. Jantungnya berdegup laju seperti ingin berlari keluar dari tubuhnya.

Kai memeluk erat jane yang berada di dalam pelukannya. Erkk.. Kai mengaduh perlahan. Luka di belakangnya semakin terasa berbisa.
Namun tetap tidak dihiraukan. Sekarang apa yang dia inginkan cuma tidur dan rehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience