USAI sudah upacara merisik, mereka ke meja makan untuk menjamu selera. Upacara merisik dibuat dalam majlis yang sederhana sahaja. Cuma antara keluarga Puan Ramona dan Nabihah sahaja.
Natrah yang dikhabarkan berita gembira itu, terkejut bukan main lagi dia. Tak pernah disangkanya Nabihah bakal bertemu jodoh dengan anak majikannya sendiri. Lelaki yang lengkap satu pakej! Bekerjaya, hensem, baik budi pekerti, penyayang dan macam-macam lagilah! Dia yakin, Azrul mampu menjaga Nabihah dan Ayish sebaik mungkin.
No wonderlah kakaknya itu menggesanya segera pulang dan membeli barang basah untuk dimasak. Rupa-rupanya memang ada tamu istimewa datang bertandang. Itupun tadi dia ke supermarket dengan ditemani Eirfan! Lelaki itu selalu saja mengekorinya, macam takde kerja saja.
Fikirnya, Eirfan kembali ke pejabat setelah mereka sempat berbual tadi. Namun sangkaannya meleset apabila lelaki itu mengekorinya dari belakang sehingga dia tiba ke rumahnya. Dan dari situ, dia menawarkan diri untuk membantu apa-apa yang patut. Dan yang peliknya, dia pula yang terlebih excited. Macam dia pula yang dirisik! Eihhh pening mokcik...
"Awak dah makan ke? Kalau tak makan lagi, jemputlah jamah apa yang patut. Buat je macam rumah sendiri" tegur Eirfan, saja berseloroh.
"Amboi!! Macamlah ni rumah dia!" Natrah sudah bercekak pinggang. Eirfan ni kan, tak tahu malu ke atau buat-buat tak malu? Dahlah datang tak reti nak pulang! Eeee
"Malaslah saya nak layan awak ni. Semak je"
"Yelah tu semak! Semak-semak pun, orang ni jugak awak rindu nanti tau?"
Natrah menepuk dahi. Sudah kehabisan idea untuk berhujah dengan lelaki yang satu ini!
"Ada nyamuk gigit ke?" sakat Eirfan lagi.
"Ada! Nyamuk tu besar, gatal, miang, tak tahu malu dan nyamuk tu awak!"
"Oo.. Kalau nyamuk tu saya, takde maknanya saya nak gigit dahi awak tu. Saya gigit tempat lain" Eirfan sudah tersenyum penuh kenakalan.
'Ya Allah Ya Tuhanku! Apalah dosa dia sampai kena melayan si gila Eirfan ni?!
"Awak happy tak?" Eirfan tukar topik perbualan.
"Sebab?"
"Sebab kak Bihah nak kahwin tak lama lagi"
"Happy dalam sedih" Natrah mencebirkan bibirnya. Buat muka murung.
Eirfan mengangguk. Dia faham perasaan itu. Yelah, membesar sama-sama dari kecik. Tiba-tiba orang tu nak kahwin. Mana tak sedihnya.
"Nanti saya mesti rindu dengar kak Bihah membebel. Rindu masakan dia, rindu nak gaduh dengan dia. Pendek kata, rindulah segala-galanya dengan dia" Natrah ukir senyum.
Eirfan menopong, mendengar setiap butir bicara Natrah dengan penuh setia.
"Tapi kak Bihah berhak bahagia. Dia dah banyak berkorban untuk saya dan Ayish. Bahkan sebelum dia kahwin lagi, dialah yang banyak berkorban untuk saya. Dia sanggup tak sambung belajar semata-mata nak bagi peluang untuk saya belajar. Tapi saya sia-siakan peluang tu. Saya tahu dia kecewa dengan saya. Tapi dia tak pernah cakap atau luah sebab dia tak nak saya rasa menyesal atau rasa sedih dengan keputusan yang saya ambik"
"Sebab tu saya berjanji akan balas balik jasa-jasa dia"
"Dan sebab tu jugaklah awak sanggup ponteng kelas demi nak bekerja cari duit. Cari duit untuk kak Bihah dan Ayish, kan?" tokok Eirfan. Dia tahu semua itu kerana Natrah merupakan bekas pelajarnya yang bijak tetapi kerap ponteng sekolah. Dan setiap kali nama Natrah dihadap ke hadapan pengetua sekolah, dia pasti akan tampil membela gadis itu. Dia fikirkan dengan cara itu, dia dapat menarik minat Natrah untuk terus belajar tetapi dia silap. Natrah memang degil. Dan kedegilannya itu tetap tidak mahu berganjak dari sisinya sehingga ke saat ini!
Pipi Natrah kemerahan. Malu dengan sikapnya yang satu itu. Dulu dia suka ponteng sekolah dan buat kerja sambilan. Duit dari hasil dia bekerja akan dia simpan untuk pembelajaran Ayish. Walaupun namanya popular dalam kalangan cikgu-cikgu, dia tak pernah malu bahkan dia puas. Puas dalam mencari rezeki untuk membantu kak Bihahnya.
"Saya nak kumpul duit. Untuk pembelajaran Ayish. Saya tak nak Ayish jadi macam saya atau kak Bihah. Tak tinggi belajar dan ketinggalan dalam pelajaran"
"Tapi kalau masa tu awak tak ponteng sekolah dan teruskan pembelajaran, mungkin sekarang awak dah berjaya capai cita-cita awak. Dan mungkin awak dapat buktikan pada Ayish yang kemiskinan bukanlah satu penghalang untuk berjaya. Dengan cara tu, awak dah suntikkan semangat ke dalam diri Ayish untuk terus belajar dan belajar"
Natrah diam mendengar omongan Eirfan. Jika masa dapat diputar kembali, dia pasti akan memperbetulkan segala-galanya. Tetapi dia tak pernah menyesal pun membuat pengorbanan itu.
"Ara..." Nama Natrah diseru dengan penuh kelembutan.
Jantung Natrah bagaikan nak pecah sahaja mendengar suara lunak itu memanggil namanya.
"Hmmm?"
"Awak tak nak sambung belajar ke?"
"Naklah! Sekarang saya tengah usaha untuk kumpul duit. Dah cukup duit nanti, saya nak gunakan duit tu untuk sambung pelajaran saya. Saya nak jadi orang yang berguna. Tak kaya takpe. Janji ada function untuk masyarakat. Sebab tu sekarang ni saya tengah kumpul duit. So awak jangan nak mengada-ngada mintak saya sponsor awak makan pulak ea! Saya tengah kedekut sekarang ni tau?"
Meletus ketawa Eirfan dengan kata-kata Natrah itu. Sampai ke situ dia berfikir! Dia tak pernah pun nak gunakan duit Natrah untuk kepentingan dirinya. Bahkan selama ini, dia lebih selesa dengan keadaan mereka seperti itu.
"Eirfan, nak tanya awak sesuatu boleh tak?"
"Boleh je. Apa dia?"
Natrah dah lama rasanya nak tahu hal yang satu itu. Tetapi baru kini ada masa untuk dia bertanya.
"Mana ahli keluarga awak? Rumah awak? Awak tak pernah cerita pun?"
Pertanyaan Natrah dia jawab dengan satu keluhan panjang. Pemandangan di dada langit menjadi tarikannya saat ini. Sukar baginya untuk bercerita akan hal keluarganya kerana dia sendiri tidak tahu statusnya di dalam keluarga Datuk Elias.
"Ada jawapan ke kat atas langit?" sindir Natrah tatkala soalannya dibiarkan sepi. Sesepi suasana mereka saat ini.
"Ada, kalau awak pandai cari di sebalik bintang-bintang" Pertanyaan Natrah dijawab dengan usikan.
"Eirfannn!!!"
"Ya sayangggg..."
"Eihhh jangan nak mengada boleh?"
"Dengan awak je"
"Ceritalah. Saya nak tahu.." desak Natrah. Dia teringin sangat nak mengenali ahli keluarga Eirfan yang langsung tidak pernah dia temui itu.
"Amboii memaksa ye?!"
"Alaaa cepatlah!"
"Ye ye" Nafas panjang ditarik dalam-dalam. Mana nak mula ye?
"Saya ada seorang adik. Hensem tapi tak sehensem saya" Natrah gelak sakan.Suka tau dia ni!
"Ada seorang ayah" Menyebut saja perkataan 'ayah', jiwanya sebak tiba-tiba. Dia anak kepada seorang ayah yang tak pernah inginkan dia.
"Ada seorang ibu" Sebaknya kian terasa tatkala nama ibu disebut. Ibu yang sudah semestinya berada di syurgawi sana. Datin Jenny? Mahu kenduri 44 hari agaknya kalau menganggap dia setaraf seperti Ehsan!
"Dan ada seorang atok" Tetapi teringatkan Tuan Kassim, hatinya tercuit sedikit. Dalam banyak-banyak ahli keluarganya, hanya Tuan Kassim yang sayang kepadanya. Itu pun sudah cukup buat dia rasa bersyukur.
"End of the story" Eirfan pandang Natrah yang serius saja wajahnya.
"Laaaa... tu je?" keluh Natrah.
"Yelah. Cerita saya ni ada empat episod je. Kalau nak episod panjang, tunggulah kalau saya ada free time.."
"Eeee geramnyalah dengan awakkk ni!"
Eirfan gelak. Namun dalam hati dia sedang menangis. Dan tiada siapa yang mampu faham...
LANGKAH kaki dihayun perlahan. Demi memasuki tempat itu, hatinya mulai diserbu seribu perasaan. Sedih, gembira, bahagia, kecewa. Semuanya bercampur-aduk. Namun yang pasti, dia rindu. Rindu pada senyuman itu. Rindu pada masakannya. Rindu pada celotehnya. Rindu akan segala-galanya.
Suis lampu utama di ruang tamu ditekan. Terang benderang seluruh ruang. Keadaan masih seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Dan kerinduan pada insan yang satu itu masih meraja dalam hati.
Eirfan mengeluh panjang. Air mata yang mulai bergenang, diseka perlahan. Dia menghampiri sofa kecil lalu melabuhkan punggung di sifu. Seketika matanya terkatup rapat. Di atas sofa itah dia sering melabuh lelap dan penat. Mengadu kekesalan terhadap orang-orang yang disayang. Mengadu akan hari-harinya yang berlalu tanpa sebarang keseronokan.
Tak mampu menahan sebak dan rindu yang bersatu, empangannya pecah juga. Sudahlah, dia penat untuk terus menahan segelojak rasa ketika itu. Ibu, Eirfan rindu!!
Di atas sofa itu, dia menghambur segala rasa yang terbuku dalam hati. Dia benar-benar keletihan menghadap segala yang berlaku. Dia mahu rehat. Rehat sepuas-puasnya namun perjuangan masih belum berakhir. Jika dia tidak mampu berfikiran waras, tidak mungkin dia masih lagi menghirup udara sesegar yang ternyata sungguh menyesakkan bagi dirinya.
Pangsapuri itu merupakan hadiah perkahwinan Tuan Kassim kepada ibu dan papanya. Namun sejak mereka berkahwin, Datuk Elias jarang-jarang pulang ke situ ,kecuali untuk menjalankan tugasan 'batin'nya! Arghhhh!! Dia benci apabila memikirkan semua itu.
Ibunya tak ubah seperti perempuan simpanan sahaja walhal perkahwinan mereka sah dan halal di sisi ugama dan undang-undang. Tetapi bagi Datuk Elias, perkahwinan tersebut berlaku di atas kertas dan sebuah bisnes! Ya, sebuah bisnes bagi melahirkan waris kepada keluarganya. Setelah dia lahir, semua menyangka kasih sayang dan hati dingin Datuk Elias akan berubah namun ternyata mereka silap. Kehadirannya tak ubah seperti membawa malapetaka bagi Datuk Elias. Bahkan semenjak kelahiran Ehsan semenjak dia berusia empat tahun semakin menjauhkan dia daripada kasih sayang ayah kandungnya sendiri.
Dan semenjak hari itu, hidupnya berubah seratus peratus! Segala yang dimiliki Ehsan hanya mampu dia jadikan angan-angan. Untuk memilikinya, minta maaf sahajalah! Dia bahkan diherdik dan dipukul jika meminta yang bukan-bukan.
Sejak dari kecil lagi, bukan sedikit cacian dan makian yang dilemparkan ke atas dirinya. Tetapi dia masih mampu bersabar kerana dia yakin hati Datuk Elias akan menerimanya suatu hari nanti. Itu sahaja doanya setiap kali usai solat.
"Ibu, Eirfan rindu!!" rintihnya dalam tangisan. Pernah juga dia terfikir untuk berpindah ke pangsapuri itu tetapi niatnya mendapat tentangan hebat daripada Datuk Elias dan Datin Jenny. Menurut mereka, pangsapuri itu bukan miliknya kerana ia masih atas nama Datuk Elias dan arwah ibunya. Disebabkan ibunya sudah meninggal dunia, jadi secara tidak langsung pangsapuri itu menjadi milik Datuk Elias.
Dan menurut Datuk Elias lagi, atas dasar kasihanlah dia masih membenarkan Eirfan menjejakkan kaki ke pangsapuri itu. Jika tidak, hak itu juga dia abaikan!
"Kasihan hidup kita kan ibu? Dari dulu lagi orang kata kita menumpang" adu Eirfan seolah-olah ibunya ada di situ. Mendengar setiap keluhannya sambil mengusap kepalanya.
"Fan tahu ibu selalu pesan untuk bersabar. Tapi sampai bila bu? Fan ni dah besar. Dah pandai berfikir. Suatu saat ,kesabaran Fan jugak akan hilang. Dan Fan tak tahu sampai bila Fan kena bertahan. Tapi demi ibu, Fan akan cuba untuk bertahan. Maafkan Fan kalau suatu hari nanti Fan mungkir janji pada ibu.."
Tanpa sedar, Eirfan lalu terlelap dalam tangisan yang sedaya-upaya hendak ditahan.
"TAK sangkalah aku kak. Kau dah nak jadi bini orang. Bini abang Azrul pulak tu"
Nabihah mengukir senyum tipis. Cincin di jari manis dipandang lama. Entah sejak bila lelaki itu menyediakannya cincin, dia tidak pasti. Dan yang lebih menyeramkan, sejak bila Azrul menaruh hati kepadanya? Mereka jarang bertemu apatah lagi hendak berbual dari hati ke hati.
"Sunyilah aku nanti kak. Kalau kau dah pindah rumah abang Az" rengek Natrah dalam keluhan. Mereka saat itu sedang duduk bersila di atas lantai di hadapan rumah. Melihat kerdipan bintang dan menikmati suasana malam yang tenang.
"Kenapa pulak aku nak pindah rumah dia?"
"Kau kan kahwin dengan dia. Dah jadi bini dia. Kau kenalah duduk dengan dia. Takkan kau nak duduk dengan aku pulak? Kan tak baik tu tinggalkan suami sorang-sorang"
"Laaa siapa pulak kata aku nak tinggalkan dia sorang-sorang. Nanti aku bawaklah dia duduk sini. Abang Az tak kisah" Nabihah bahkan sudah berbincang perkara itu dengan Azrul sebentar tadi. Dan dia lega kerana Azrul tidak mengecewakannya.
"Tapi rumah kita ni kan tak berapa nak sesuai untuk dia duduk. Bilik kau tu, sempit tau tak? Nak bernafas sorang pun dah rasa sesak. Inikan pulak dua orang"
"Abang Az cakap, dia nak repair apa-apa yang patut kat rumah ni. Dan mungkin jugak dia nak besarkan lagi ruang tamu dan dapur kita tu. Termasuklah bilik aku yang tak cukup nafas tu"
Natrah tersentak. Wahh, sejauh tu bakal abang iparnya sudah berfikir! Hm...menarik.
"Tapi nanti kalau kau orang dah kat sini, takkanlah aku nak kacau daun kan? Ayish dan Deeja mesti nak adik lagi..." tutur Natrah tanpa segan silu.
Pipi Nabihah kemerahan mendengarkan usikan adiknya. Laju saja tangannya hinggap pada lengan itu.
"Sakitlah kak!" omel Natrah sambil menggosok lengannya.
"Haaaa padan muka!! Ke situ ye kau fikir?"
"Ala benda normallah untuk orang yang dah kahwin kak!"
"Amboii!! Awak tu dah kahwin ke?" Nabihah menyindir.
"Memanglah belum. Tapi..."
"Dah-dah! Tak payah nak cakap pasal benda tu. Ni aku nak tanya. Kau ada apa-apa ke dengan Eirfan?"
Mendengarkan itu, Natrah jadi diam. Bibir diketap. Apa-apa yang macam mana? Setahu dia, Eirfan itu lelaki yang baik dan penyayang. Dia boleh nampak itu. Tetapi untuk jatuh cinta? Dia jatuh cinta ke dengan lelaki itu? Dia kurang pasti. Tetapi Eirfan sudah dua kali mengusiknya tentang hati dan perkahwinan. Dan sejujurnya dia tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi. Jadi untuk bercakap mengenai perhubungan yang Nabihah maksudkan, dia belum mampu memberi kata putus kerana baginya hubungan mereka tak lebih dari seorang kawan.
"Entahlah kak! Aku selesa dengan dia. Dia baik, penyayang, ambik berat, tapi hubungan kami macam tu je. Kawan macam biasa" Jawapan yang Natrah rasakan selamat buat setakat ini.
"Yeke? Kenapa aku rasa Eirfan tu lain macam?"
"Lain macam, macam mana?" Ada yang tak kena ke pada Eirfan?
"Yelah, lain macam. Macam... dia tu dah kemaruk sangat dengan kau!" Nabihah nampak itu sejak mereka bertemu pertama kali tempoh hari. Dia boleh lihat sinar cinta di mata Eirfan untuk adiknya. Bahkan sifat kasar dan lasak Natrah itu bukanlah calang-calang orang boleh terima. Tetapi Eirfan pula, sangat cool dan tidak menilai Natrah melalui luarannya.
Natrah diam lagi. Kali ini, dia agak bersetuju dengan kata-kata Nabihah. Walaupun ada kalanya Eirfan bergurau soal hati dan perasaan, namun ada masanya dia mampu merasakan getaran yang Eirfan berikan. Tetapi sebagai seorang perempuan yang punya rasa malu, tidak mungkin dia mahu menanyakan tentang perkara itu. Kerana itulah dia sentiasa membiarkan Eirfan bergurau tentang itu. Dan dia pasti jika Eirfan benar-benar ikhlas dengannya, pasti lelaki itu akan memberanikan dirinya.
"Betul tak aku cakap? Yang Eirfan tu kemaruk dengan kau? Jangan pulak satu hari nanti si Eirfan tu kena rebut dengan orang lain, baru kau nak gigit jari bawak lagu Pelamin Anganku Musnah!"
"Ye, kemaruk. Kemaruk berkawan!" sahut Natrah dalam tawanya. Apalah Nabihah ni! Pelamin angan musnahlah apalah! Masalahnya, yang naik pelamin tu Nabihah ,bukannya dia! Tapi kalau betullah seperti apa yang didakwa oleh kakaknya itu, tak ke merana hati? Hmm.. wait and see.
"Dahlah kak! Tak naklah cakap pasal ni. Kita tadi kan bercakap pasal kau dengan abang Az"
"Kenapa? Kau nak cakap yang kau rindu aku nanti?"
Natrah mencebik. "Eee perasan! Takde masanyalah aku nak rindukan kau. Hari-hari aku tengok kau, naik jemu tau tak?"
Tapi itulah, Natrah mana pernah nak mengakui perasaannya pada orang lain. Dia yakin dia bakal merindui Nabihah bahkan tidak akan ada kakak yang sempurna seperti Nabihah di dunia ini.
"Yelah tu!" gerutu Nabihah. "Nanti jangan menangis dalam semak pulak!" Sengaja berseloroh.
Natrah tak pedulikan kata-kata Nabihah. Laju saja dia memeluk tubuh genit itu. Walaupun mereka gemar bergaduh dan ada kalanya tak sepakat dalam sesuatu hal, namun dia amat menyayangi Nabihah. The best sister ever!!
"Muahhh!!" Bertalu-talu kucupan dia berikan kepada Nabihah di kedua belah pipinya. Nabihah tergelak namun turut membalas pelukan sang adik. The best clingy sister ever!
"MANA Encik Eirfan?" tanya seorang wanita sambil tersenyum manis. Dia berbaju kurung dan tampak manis bertudung. Semua mata-mata tak lepas memerhatikannya.
"Bilik dia kat sana" Intan yang merupakan salah seorang pekerja di situ menunjukkan bilik Eirfan. Wanita itu mengangguk lalu mengucapkan terima kasih.
Derap kakinya laju menapak ke arah bilik pejabat Eirfan. Diketuk pintu dua kali. Terdengar suara itu mengarahkannya untuk masuk.
Dia buka pintu dan lihat Eirfan masih sibuk dengan kerjanya. Senyumannya memekar. Busy as always!
"Busy betul bos kita ni kan?" sapa Aliya. Dia sudah melabuhkan punggung di hadapan Eirfan.
"Laaaa Aliyaaa.." Eirfan terkejut menerima kehadiran gadis itu. Dia melemparkan senyuman lantas mengetepikan kerjanya tadi.
"Bila sampai?"
"Dua hari lepas. Sampai hati you kan. Tak jemput I langsung kat airport!" Aliya seakan merajuk. Eirfan tergelak.
"I sibuklah Liya. Kerja bertimbun" Dia mencipta alasan. Tetapi betullah, kerjanya agak bertimbun dan sibuknya bukan apa..Sibuk dating!!
Aliya tergelak lagi. "Yelah tu!"
"Alaaaa you ni, merajuk mengalahkan budak kecik! Jomlah I belanja you lunch. But after I finish my work. Kejap je lagi"
Pujuk Eirfan. Dan Aliya termakan dengan pujukan itu. Dia membiarkan saja Eirfan menghabiskan kerjanya. Matanya melihat sekeliling. Keadaan pejabat yang agak eksklusif. Tak banyak hiasan namun tetap nampak mewah. Samalah dengan perilaku lelaki itu. Walaupun tidak suka sangat bergaya, namun auranya tetap menyerlah.
"Okey, I'm done! Jom..."
DARI JAUH, Azizah nampak Eirfan dan seorang wanita berjalan beriringan. Mereka tampak ceria sahaja berbual sehingga tak pedulikan keadaan sekeliling. Wanita itu sangat cantik dan mereka tampak sepadan.
Azizah menyiku Hasma. Apabila Hasma menoleh, dia menyoal dengan pandangan mata. Azizah menjuihkan bibirnya ke arah Eirfan dan wanita tersebut. Hasma menoleh dan mulutnya ternganga. Dia lihat Natrah pulak. Tampak berselera menikmati nasi lemaknya. Alamakkk, tak boleh jadi ni! Kalau Ara nampak ni, mahunya kucar-kacir hatinya!
Hasma pindah tempat duduk. Dari duduk di hujung, dia pindah ke hadapan Natrah. Atau lebih jelas lagi, dia sengaja duduk di situ bagi menghalangi pandangan Natrah.
"Haaaaa ni mesti kau terliur tengok nasi lemak ayam goreng aku ni kan? Tu pasal kau duduk sini" Natrah tak tahu apa-apa. Laju saja butir bicaranya menuturkan itu.
Azizah sempat tergelak. Punyalah baik kawan tu nak cover dia dari hatinya berkucai, dia boleh pulak tuduh bukan-bukan!
Tak pedulikan kata-kata Natrah, Hasma toleh kepala perlahan-lahan. Dia tengok Eirfan dan wanita tersebut memilih makanan di buffet. Hasma cuba memperbetulkan duduknya lagi. Ngam-ngam tubuh badannya yang besar itu untuk mengaburi pandangan mata Natrah. Dalam hati dia berdoa agar Eirfan tidak menyapa mereka. Kalau tidak, sia-sialah usahanya itu.
"Engkau ni apasal? Kiri tak betul. Kanan tak cun! Sedap sangat ke nasi lemak ni sampai kau tak tentu duduk?" seloroh Natrah lagi. Peliknya, Hasma dan Azizah tidak respon akan jenakanya. Dah kenapa pulak dorang ni?
"Kau duduk sini sikit. Kita cover Ara. Cepatlah!!" gesa Hasma. Dia berbisik sahaja. Risau omongannya didengari oleh Natrah.
"Apasal pulak?" Azizah tidak faham maksud Hasma.
Hasma gigit bibir. Eeee ada nak kena ketuk karang aaa!! "Kita kan sama-sama besar. Kalau bergabung, jadilah XXXXXXXXL!! Dapatlah cover si Ara"
Azizah membulatkan bibirnya. Ohh macam tu. Cepat-cepat Azizah memperbetulkan duduknya ,betul-betul melekap dengan Hasma.
"Korang berdua ni apasal?" Hairan pula Natrah dengan fiil kedua mereka. Tiba-tiba bersatu ,melekap sesama sendiri. Padahal sebelum ni pantang bertemu, pasti bertekak!
"Takde apa!" Hasma dan Azizah serentak menyahut. Natrah kerut dahi. Lantaklah! Yang penting, dia mahu menikmati makan tengah harinya tanpa ada gangguan dari Eirfan. Lelaki itu selalu saja menjadi pengacau ,membuatkan seleranya terbantut tiba-tiba. Memikirkan Eirfan, hairan pula dia kerana tidak menerima kehadiran lelaki itu di situ. Kebiasaannya, lelaki itu tiba dahulu sebelum mereka. Ke mana dia?
"Hai girlss!!" Eirfan menegur dengan senyuman terlukis di wajah. Aliya di sisi turut sama mengukir senyum.
Azizah dan Hasma saling berpandangan. Habislah! Usaha yang sia-sia!
Belum pun sempat nasi lemak disuap ke mulut, perlakuan Natrah tiba-tiba jadi kaku tatkala matanya menangkap kelibat Eirfan dan anehnya, lelaki itu didampingi seorang wanita cantik. Yang pasti, lagi cantik dan sopan serta lembut jika dibandingkan dia!
Pelamin anganku benar-benar telah musnah!
Share this novel