38

Romance Completed 95763

Dia duduk sambil menyilang kakinya. Asap rokok dihembus keluar dari rongga mulut. Dia bukan seorang perokok tegar. Tetapi bila fikirannya bercelaru seperti sekarang, rokok adalah pilihannya. Selain dari minuman keras.

Nampaknya lelaki itu sedang didalam perbualan telefon. Matanya turut meliar memandang pemandangan Cappadocia. Bibirnya tersungging sengihan sinis. Rokok dilep askan dari mulutnya.

“Kau cari perempuan tu sampai jumpa.” Jimmy tersengih mengejek. Kemudian dia membawa rokok ke mulutnya lagi.

“Ah, kau carilah sendiri. Kau ingat aku tak ada kerja lain yang nak dibuat? Kerja dekat sini melambak tahu tak? Kau tu pula bersenang-lenang pergi bercuti! Ah, tak ada! Kali ni kau cari sendiri perempuan kau. Malas aku nak tolong. Oh ya. Kenapa tak suruh aje Drake yang cari? Dia kan ‘best friend forever’ kau. Haha.” Kedengaran suara dihujung talian sedang ketawa mengejek.

“No! Mulai hari ini dia bukan kawan kita lagi. Aku tak ada kawan pembelot macam tu. Huh!” Rokok dicampak ke tanah. Puntung rokok dipijak kasar dengan tapak kasutnya.

“Come on! Tolonglah, Brian. Tinggal kau seorang aje kawan aku. Aku mana boleh cari perempuan tu sendiri. Mati kejunglah aku woi. Please…tolong aku sekali lagi! Please….” Sengaja suaranya dileret manja begitu. Mahu meraih simpati sahabatnya.

“Aku hairanlah dengan kau ni. Setiap hari kau keluar masuk kelab. Kenapa perempuan yang tak wujud tu juga kau cari? Sedangkan dengar suara dia pun kau tak pernah. Entah-entah dia tu bisu? Ataupun pekak? Beria betullah dia ni. Ish!” Menyampah pula Brian dibuatnya. Terlalu taksub sangat dengan perempuan yang entah dari mana asal-usulnya. Entah-entah perempuan yang digilakan Jimmy itu hanya bayangan saja. Ah, lelaki itu bukannya betul sangat.

“Dia wujudlah. Percaya dekat aku. Sudahlah, sekarang ni tolong aku ya.” Gelas berisi ais kosong dicapai. Perlahan air itu disedut.

“Kau jangan mengarutlah, Jimmy! Macam mana aku nak cari dia sedangkan gambar dia pun kau tak ada? Aku rasa lebih baik kau lupakan aje perempuan tu.” Brian cuba memujuk Jimmy. Harapnya cara itu akan menjadi nanti. Dia tersengih nakal.

“No way! Kau kena cari juga! Tak kira macam mana sekalipun. Kau kena tolong aku. Aku rasa macam nak gila selagi aku tak jumpa perempuan tu.” Terus talian dimatikan. Belum sempat Brian memberi respon. Juga tiada pamitan darinya. Telefon dimasukkan ke poket kotnya.

“Aku tahu, kau untuk aku. Jadi, sampai ke hutan rimba pun aku sanggup cari kau, sayang.” Jimmy tersenyum sendiri. Benar, dia sedang gila bayang pada perempuan itu. Apalah yang istimewa sangat tentang perempuan itu sehingga hatinya gila seperti ini? Ah, perempuan itu mesti dimilikinya.

Tidak lama kemudian, matanya menangkap seraut muka manis sedang melintasi mejanya. Hampir tersembur air yang diminumnya tadi.

“Uhuk! Uhuk!” Dia terbatuk. Dadanya ditepuk menghilangkan rasa pedih.

“Anggun Dahlia.” Sebaris nama itu meniti dibibirnya. Bibirnya yang basah dilap dengan tisu.

‘Ini untuk Ben, bukan untuk aku! Kenapa pula dia yang lalu depan aku?’ Matanya meliar memandang perempuan itu. Mencari bayangan Ikram Benjamin. Mungkin saja lelaki itu ada dengannya.

“Jimmy!” Bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh.

“What a coincidence. Haha. Jumpa lagi kita ya dekat sini. Aku rasa memang rezeki kita lepas ni jumpa selalu.” Ikram Benjamin menarik kerusi dihadapannya. Dituruti oleh Anggun Dahlia disisinya.

Jimmy masih lagi terkebil-kebil. Tidak percaya pula bahawa dia akan berjumpa lagi dengan lelaki itu.
“Itulah. Kau kenapa ada dekat sini?” Soalnya kekok. Mungkin kerana dia sedang berhadapan dengan Anggun Dahlia. Mahunya dia tidak kekok? Berhadapan dengan perempuan yang serba-serbi sempurna sepertinya, dia pula yang segan. Sebaliknya Anggun Dahlia hanya senyap mendengar patah bicara mereka. Dia hanya menumpukan perhatian pada hidangannya. Hai, perempuan itu jika diberi makanan sudah cukup membuat hidupnya lengkap.

“Aku bawa Dahlia jalan-jalan dekat sini. Tapi sekejap lagi nak cari hotel dekat sini pula. Kesian Dahlia dah letih.” Ikram Benjamin mengelus pipi lembut itu sambil tersenyum. Anggun Dahlia pula tersengih sambil menepis lembut tangan yang berada dipipinya.

“Ehem! Kau kalau nak sweet-sweet depan aku, lebih baik aku pergi dari sini. Menyampah pula aku tengok.” Jimmy mencebik. Dia menyedut minumannya.

“Hahahaha. Sorry. Oh ya, kau berapa lama lagi dekat sini?” Sambil itu matanya tidak lekang dari memandang Anggun Dahlia. Risau jika bidadarinya itu kebosanan. Tetapi Anggun Dahlia dilihatnya sedang berselera menyuap makanan ke mulutnya. Tepi bibir perempuan itu dilap dengan ibu jari. Comot!

“Tak tahu lagi. Tengoklah nanti. Kalau aku rasa nak balik, aku baliklah. Penatlah, asik kerja aje. Sesekali, otak aku pun kena berehat juga.” Dia tersengih. Dari tadi dia memerhati tingkah laku Ikram Benjamin. Sayang betul dia dengan Anggun Dahlia. Yalah, siapa yang tidak sayangkan bini. Setiap kata-katanya sentiasa lembut. Dilayankan saja kerenah Anggun Dahlia. Bertuahnya mereka berdua kerana saling melengkapi.

Tetapi dirinya masih belum lagi. Ke mana agaknya separuh dari jiwanya menghilang? Oh Tuhan, tolonglah bagi aku peluang untuk hidup bersama perempuan itu.

Sudah 13 tahun berlalu. Namun, raut dan senyuman manis perempuan itu masih mekar diingatannya. Hatinya rindu pada si dia. Rindu yang masih belum terungkap. Tidak mengapa. Berapa lama masa yang tuhan berikan, dia sanggup tunggu. Demi perempuan itu.

“Hoi!” Sergah Ikram Benjamin.

“Hah?” Jimmy pula kelihatan terpinga-pinga dengan sergahan itu. Rambutnya yang terjuntai didahi diselak ke atas.

“Kau berangan apa? Aku tanya dari tadi tak berjawab.” Keningnya terangkat sedikit menanti reaksi Jimmy.

“Ben.” Sepatah nama itu dipanggil. Riaknya gelisah.

“Hm. Apa?” Ikram Benjamin sedang menyua sepotong buah mangga ke mulut Anggun Dahlia. Berselera dia menerima suapan itu.

“Kau…err… masih ingat lagi perempuan yang aku cerita dulu?” Teragak-agak dia mengajukan soalan.

“Entah. Yang mana? Sorrylah. Kepala otak aku ni macam-macam nak kena ingat. Haha.” Dia ketawa tanpa rasa bersalah.

Ketika itu, matanya menangkap tingkah laku Anggun Dahlia. Perempuan itu sedang mencapai sepotong buah mangga dengan tangannya.

“Aaa! Abang suapkan. Tangan sayang kotor. Tadi tak cuci kan?” Dia menyua sepotong mangga dengan garfu. Tanpa sebarang bantahan, Anggun Dahlia menerima suapan itu.

“Ah, perempuan yang mana tadi?” Dia memulangkan semula soalannya tadi. Terleka sebentar dengan Anggun Dahlia.

“Hahaha. Kau ni. Tsk! Alah, perempuan yang aku pernah cerita dulu. Aku pernah jumpa dia lepas aku ziarah kubur mama dan papa aku. Waktu dekat Malaysia dulu.” Terangnya serba-sedikit.

"Oh, ingat! Hah, kenapa dengan dia? Kau dah nak kahwin ke?” Ikram Benjamin tersengih lebar.

“Huh. Kahwin apanya? Dia pun aku belum jumpa lagi. Serabutlah!” Rambutnya diramas.

“What? Dah lama rasanya cerita tu. Aku ingat kau dah nak kahwin. Hahahaha. Oh, patutlah muka macam kucing hilang anak. Rupanya masih belum jumpa lagi. Jiwa kacaulah ni sekarang? Hahaha.” Kelakar pula bila terkenangkan kisah Jimmy. Bukan main lama lagi dia memburu cinta hatinya. Kasihan betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience