5

Family Completed 11588

Encik kamal sedang menghirup teh berperisa strawberry kegemarannya. Dia sibuk membelek-belek surat khabar yang baru dbeli sebentar tadi. Encik kamal begitu khusyuk sehinggakan kehadiran aisyah tidak mengganggunya langsung.

“ayah? Ayah baca apa tu?” tegur aisyah setelah terpandangkan ayahnya yang leka. Mesti leka baca surat kahabar teka aisyah.

“ni, kisah bunuh meembunuh sesama keeluarga. Seriau ayah membacanya. Harap-harap keluarga kita terhindarlah dari perkara ni” doa encik kamal. Aisyah juga mengangguk mengiyakan kata-kata ayahnya. Tidak dapat dia bayangkan mereka sekeluarga menikam diantara satu sama lain.

“aisyah nak pergi kemana hari ni?”soal encik kamal sebaik terpandnagkan pakaian anaknya itu. Sedikit sebanyak terasa sejuk hatinya melihat aisyah yang lebih senang berpakaian sopan berbanding adik tirinya mel yang lebih suka terdedah sana, terdedah sini. Encik kamal juga sempat berdoaa agar mel dikurniakan kesedaran.

“aisyah nak pergi perpustakaan. Nak buat research sikit dengan sofea. Ayah nak apa- apa ke?” soal aisyah sambil memotong bawang merah untuk memasak nasi goreng.

“ayah tak nak apa-apa. Ayah nak aiayah bawa menantu je balik.” Ujar encik kamal bergurau. Bukannya dia tidak tahu anak gadisnya yang seorang ini tidak gemar andai isu perkahwinan dibangkitkan.

“apalah ayah ni. Main-main pula. Aisyah tak ada mana-mana calon menantu untuk ayah, macammana nak bawa balik jumpa ayah?” soal aisyah. Harapannya agar topik perkahwinan ini mati. Malas dia mahu ambil kisah hal perkahwinan lagi-lagi setelah kehadiran tengku adi semalam lagi nertambah rasa tidak mahunya. Pagi-pagi sudah terfikirkan dia, buang karan betul.

“hei aisyah. Kau ni dah melampau kan?” aisyah terdorong ke belakang.

“apa kau nak dari dia ni, hah? Memang cari nahas sungguh kau ni yati.” Ujar sofea penuh geram. Yati kelihatan tidak sedikit pun menghiraukan sofea di sebelahnya.

“kau nak apa yati? Aku tak pernah kacau hidup kau pun.” Soal aisyah. Dia juga pelik apabila tiba-tiba saja dia diserang oleh yati dan kawanawannya.

“kau dah kacau hak aku. Kau tahu aku paling pantang bila ada yang nak dekat atau rapat dnegan tengku adi. Aku dengan dia dah nak bertunang. Daddy dia dengan daddy aku dah setuju.” Ternag yati tanpa ditanya sesiapa. Dasar perasan aumgguh si yati ni.

“kau ambillah dia, yati. Aku tak berkeinginan pun nak rapat atau cuba merampas hak kau. Kau pun tahu kan, aku dengan lelaki macammana. Tak payah nak bergaduhlah, yati.” Yati melepaskam aisyah pergi. Aisyah akhirnya mampu menarik nafas lega. Bajunya dikemaskan dan disapu debu.

Yati menjeling tajam ke arah aisyah sebelum berlalu pergi. Aisyah mengeluh berat. Siapa pula pandai canang-canang cerita aku yang tak betul dengab tengku adi ni? Aku nak pergi jumpa dia.

“kau serius ke nak kahwin dengan dia, bro?” samuel bertanya sedikit terkejut mendengr kenyataan yang baru kela dari mulut sahabatnya itu. Tengu adi Cuma mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Kalau ikutkan jiwanya, dia tidak mahu berkahwin tetapi andai tidak pula memang hidupnya akan susah. Daddynya tiba-tiba menetapkan syarat jika dia mahu terus bersenang lenang selama tujuk keturunan, permintaan daddynya agar mengahwini gadis itu perlu dilaksanakan.

“siapa bakal isteri kau tu?” soal samuel berminat.

“hmm, anak datuk. Pandai masak. Sopan. Lembut. Akuu tak kenal dia sangat lah.” Ujar tengku adi. Dia berasa tidak selesa pula dengan topik mereka. Asyik-asyik perempuan tu. Menyampahlah aku!

“assalamualaikum. Tengku adi” sapa aisyah sedikit tegas. Tengku adi terkejut dengan kehadiran aisyah yang tiba-tiba.

“waalaikumussalam. Aisyah kan?” aisyah mengangguk. Matanya tidak berkalih dari memandnag tengku adi tajam.

“ni ke bakal isteri kau tu?” soal samuel sambil memerhatikan aisyah dari bawah ke atas. Not bad, taste aku desis samuel perlahan.

“kau ke yang canang dekat yati yang kau akan kahwin dengan aku? Aku stress tau semua kawan-kawan aku asyik ucap tahniah. Sedangkan aku tak nak kahwin dengan kau.” Jelas aisyah lantang. Tengku adi kelihatan tidak memberi sebarang respon.

“kau memang nak naikkan darah aku kan, tengku adi. Kau pekak ke ha? Aku tanya kan?” kesabaran aisyah kian menipis. Sikit saja lagi kuda-kida silatnya akan dibuka. Kau tahulah akibatnya, tengku adi.

“hei. Kau tak ada maruah ke nak tengking-tengking aku ni? Kau fikir kau siapa? Kalau aku pun, kenapa? Tak boleh?” jerkah tengku adi. Dan aisyah menumbuk pipi kiri lelaki itu. Tengku adi terkjelepok jatuh ke tabah dengan bibirnya yang pecah.

“kau yang cabar tahap keimanan aku. Kalau ikutkan nafsu aku yang tengah marah ni, aku dah belasah kau samapai separuh mati. Kau beruntung. Ingat peninggalan aku dekat kau sampai bila-bila.” Ucap aisyah sebelum berlalu pergi. Kesemua yang berada di situ mengerumuni mereka. Seorang demi seorang dilanggarnya kuat. Ah, lantak kau lah.

“bro, kau okay tak? Nak aku bawa pergi klinik tak?” soal samuel cepat. Dia sungguh panik bila aisyah melayangkan penumbuk ke arah sahabatnya itu. Nampaknya aisyah bukan sembarangan gadis.

“tak payah. Aku nak balik.” Tengku adi mengambil begnya dan berjalan pantas ke kereta miliknya. Dia terlihat aisyah sedang bergelak ketawa dengan rakannya, sofea. Dia merapati aisyah.

“ jangan fikir aku lemah.” Ucap tengku adi sebelum masuk ke kereta. Keretanya dipecut laju.

“kenapa tu aisyah?” soal sofea pelik. Perbualan tentang kucingnya yang takutkan timun tiba-tiba bertukar menjadi topik tengku adi.

“aku bagi dia rasa ‘cop’ aku.” Jawab aisyah selamba. Sofea menarik aisyah agar berhenti berjalan. Kedua-dia bahu aisyah dipegangnya.

“cop? Kau bagi dia rasa cop kau? Weh, beraninya kau.” Aisyah Cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu. Malas dia mahu melayan tengk uadi yang berlagak perasan tu.

“weh, sakit tau cop kau tu.” Aisyah menoleh ke arah sofea. Aik? Pernah ke dia rasa? Soal aisyah dalam hati.

“aku pernah rasa. Ingat tak waktu kau tuduh aku culik boyfriend kau tu? Sekali kena ‘cop’ kau tu buat aku terkenang-kenang sampai sekarang.” Tambah sofea seolah-olah dapat membaca isi hati aisyah. Aisyaj tersengih kambing.

“sudahlah. Aku nak pergi balik. Nak masak, lapar.” Laju saja sofea meninggalkan aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience