BAB 11 - HASIL TILIKAN DUKUN

True Story Series 69844

Pak Mid yang merenung ke dalam air penuh dengan limau kemudiannya menunjukkan pada Datin supaya melihat kedudukan limau itu. Ada yang tenggelam dan ada yang timbul. Limau yang tenggelam bermaksud suaminya dah terkena guna-guna dari masakan Mimi pada suaminya dan suaminya ini dah tak teringatkan Datin Sally lagi. Pak Mid menyuruh Datin Sally beli minyak pengaseh supaya suaminya tergila-gilakannya. Pak Mid kemudiannya mengeluarkan tangkal dan letakkannya ditepi sepertinya dia ingin letakkan sebentar sahaja sementara dia mencari minyak wangi untuk Datin Sally dalam bakul kecilnya. Datin bertanya. “Tangkal apa tu Pak Mid?” Tanya Datin Sally. “Ish tangkal ni jangan ditanya-tanya. Mujarab sangat sampai pelanggannya pulangkan semula kepada Pak Mid. Puncanya suaminya jadi tergila-gilakan dia sampai tak mahu pergi kerja. Datin Sally tertarik dengan tangkal itu. Dia Tanya lagi “Berapa semua ni Pak Mid?” Pan Mid jawab. “Sepuluh ribu je Datin. Baiklah saya bayar atas talian yer”. “Boleh jer Datin “.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience