Bab : 50

Action Completed 53513

Flashback.....

"Eden.... Aku takut. Kalau tenggelam macam mana? "

"Aku ada ni kan? "

"Kalau kau mendajaal aku macam mana? "

"Isy... Ke situ pulak....try je dulu. Aku pegang kau ni.. "

"Jangan lepaskan aku tau."minta Davina sambil memegang bahunya dengan erat.

"Ya.. Aku takkan lepaskan kau. Sekarang aku nak kau tarik nafas guna perut dalam-dalam. Jangan guna paru-paru."arahnya.

"Huh? Perut?"Davina pandang dengan mata terbutang luas. Buatkan dia yang pandang hampir hendak tergelak.

"Ya... Tip nak tahan nafas dengan baik dan tak cepat sesak ketika di dalam air adalah kawalan pernafasan menggunakan perut bukan paru-paru. Sekarang tahan nafas. Aku diving dengan kau sama-sama  dalam air nanti."pesannya sambil pegang pinggang Davina.

Mereka masih dalam kolam renang kapal cruise ini. Lepas bertekak dengan Davina buat seketika akhirnya gadis ini mahu mengalah dan setuju untuk berlatih cara bernafas dengan dia.

"Aku takut... "beritahu Davina dengan kening berkerut risau.

"Kau percayakan aku tak? "tanya dia.

Buat seketika Davina pandang tepat ke matanya."Please...jangan lepaskan aku.. Janji dengan aku dulu. "minta Davina lagi.

Dia yang dengar hampir hendak tersenyum seperti kerang busuk di situ lepas dengar permintaan tu. Kalau dia tak dungu,  lama dah dia anggap permintaan Davina mempunyai maksud yang lain.

"Ya... Aku janji aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila. Sekarang sedia..beranikan sikit diri kau tu... Aku bukan selalu ada dekat sisi kau untuk jaga dan lindungi kau dari bahaya." ujarnya dengan panjang lebar.

Setelah teragak-agak buat seketika,  Davina pun memejam mata dan menahan nafas mengikut pesanannya tadi lalu diving masuk ke dalam air itu.

Dia pun ikut masuk ke dalam air,  dengan tangan masih memegang pinggang Davina dengan erat. Dia janji sehingga ke hujung nafas,  takkan dia lepaskan Davina.

End of flashback.......

"Kita dah sampai Ketua." ujar Caleb di seat pemandu. Dia palingkan kepala ke sisi dimana Eden sedang duduk.

Eden yang sejak tadi sandar ke belakang dengan mata terpejam rapat membukanya. Perasaan berat dan risau mula menyesakkan dadanya sekarang ini.

Takut.

Risau.

Marah.

Semuanya bercampur baur. Takut kalau dia tak dapat nak tepati janji dia pada Davina. Risau kalau Davina di apa-apakan. Marah sebab dia biarkan semua ni terjadi!

Eden lepaskan hela nafas panjang.

"Ketua sure nak masuk sendiri? "soal Caleb lagi yang meneliti wajah Eden yang kini sudah di solek serupa menjadi klon Declan dengan perasaan risau.

Disebabkan Declan cedera dan memang perlu di lindungi,  Eden tawarkan diri untuk menyamar menjadi Declan. Hanya cara ini saja dapat dekatkan diri dengan target mereka.

"Tak perlu.  Kau hanya arahkan yang lain untuk standby di spot masing-masing.  Tunggu isyarat dari aku untuk serbu. "beritahu Eden sambil tanggalkan seatbelt dari badan.

Caleb perhatikan saja akan lelaki yang saling tak tumpah seperti Declan itu turun dari jip untuk masuk ke kawasan gudang lama itu. Selepas Eden menjauh,  dia pandu pergi kenderaan itu dari situ.

Dari kejauhan,  mata-mata yang bertugas untuk menyambut kehadiran Eden yang kononnya mereka sangkakan adalah Declan itu maklumkan kepada rakan yang lain melalui walkie talkie apabila dia lihat kelibat Eden berjalan masuk ke situ tanpa pasukan bantuan atau sesiapa.

"Target dah sampai. Sendirian. Tiada tanda atau kelibat orang bersama dengannya."beritahu orang berteropong itu depan walkie talkienya.

"Okay... Iring dia ke Spencer terus."

"Baik! "

Orang yang bersembunyi dalam gelap malam itu kemudiannya munculkan diri dari celah tiang di situ dan berdiri menghadap Eden di situ.

Taken back dengan kemunculan tiba-tiba orang tersebut,  Eden pun berhenti mengejut. Dia berdiri di situ hendak proses situasi. Tidak mahu bertindak melulu yang boleh rosakkan penyamarannya ini.

"Angkat tangan atas kepala! "arah lelaki kurus lampai dan bertopi kepada Eden sambil acu pistol ke depannya.

Eden menurut. Selagi dia tak tahu dimana keberadaan Davina, selagi tu dia takkan lakukan apa-apa hal. 

"Jangan bergerak!" arah lelaki itu lagi setelah tiba di depan Eden.  Dia buat pemeriksaan senjata di badan tu. Nak pastikan tiada senjata yamg di bawa. Setelah yakin yang Eden bersih tanpa senjata,  dia acukan hujung pistolnya ke belakang kepala lantas mendorong Eden supaya maju jalan ke hadapan. "Gerak sekarang."

Hampir hendak melayahkan penumbuk ke muka penyangak di belakangnya,  Eden dengan patuh gerak maju ke hadapan tanpa berkata apa-apa. Dia dalam diam mengetap gigi menahan sabar untuk tidak naik angin di situ.

Tidak lama berjalan, akhirnya Eden bertemu dengan Spencer di tengah laman luas yang ada di kawasan gudang lama itu. Ditemani dengan lima lelaki berbadan besar dan buffy serta bersenjata di tangan masing-masing.

Bersama senyuman meleret senang hatinya, Spencer pandang akan Eden yang berpakaian dan mengenakan topeng muka seakan Declan di depannya itu. Sama sekali tidak ada rasa curiga dan sangsi akannya.

Pada masa yang sama Eden yang berdiri di situ menghadap Spencer dengar akan suara dari ear piece di dalam telinganya.

"Kami dah stanby. Pasukan dua dan satu dah berpecah sekitar jawasan gudang dan kontena. Kira-kira 50 orang lelaki bersenjata dapat di lihat berkeliaran di sekitar kawasan ini? Nak bunuh semuanya ke! "tanya Caleb.

"Welcome... Welcome... Sayang jugak kau dekat Davina kan sampai berani datang ke sini sendirian tanpa perlindungan? "tegur Spencer pada masa yang sama.

Eden mengepal penumbuk seeratnya sampaikan kuku tangan menikam permukaan tapak tangannya dengan sakit.

"Mana Davina? "tanya Eden.

Spencer jalan menghampiri Eden. "Not so fast...kau nak dia kau kena bayar dulu.. "ujarnya.

Mata Eden lirik akan langkah Spencer dengan perasaan menggerutu hendak marah. Tapi dia sedaya upaya kawal dirinya.

"Berapa? "tanya Eden.

"Buahahahah!!!! Berapa kau tanya? " ketawa Spencer dengan kuat sampai bergema suara tu di seluruh kawasan gudang di malam itu. Buatkan suasana di situ semakin hening dan menyeramkan. "Bukan duit... Tapi nyawa kau! " habis saja Spencer sebut, satu tumbukan padu hinggap di rahang sebelah kanan Eden.

Oleh kerana tidak bersedia menerima serangan itu, Eden tercampak ke tepi dengan debukan yang kuat.

"Sekarang kau rasakan sakit yang aku tanggung lepas kau bunuh ayah aku dan orang-orang aku! " lafaz Spencer sewaktu tunduk mendapatkan Eden. Tanpa membuang masa, bangun saja Eden, Spencer berikan tumbukan demi tumbukan di muka dan perut Eden tanpa henti. Hendak melampiaskan rasa marahnya.

Eden tak boleh melawan. Kalau dia melawan dia tak boleh tahu dimana Davina sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience