BAB 4

Crime Completed 12625

“Tak ada apa-apa Zul. Wani ok...” senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

Zulfaqar Warid meletakkan jarinya merentangi bibir mungil isterinya. Harum Zawani kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan suaminya. Degupan jantungnya menjadi laju tidak semena-mena.

“Kenapa Wani panggil abang macam tu? Mulai malam ini, abang tak mahu Wani panggil nama abang macam tu. Panggil ‘abang’ sahaja tau.” Zulfaqar Warid memicit hidung isterinya. Satu ciuman hangat hinggap di ubun-ubun Harum Zawani. Harum Zawani tenggelam dalam pelukan suaminya. Dalam keadaan berdekatan seperti itu Harum Zawani berasa sangat selamat.

“Abang...” Harum Zawani memanggil suaminya lembut.

“Ya sayang...” Zulfaqar Warid membalas.

“Sebenarnya ada sesuatu yang Wani nak ceritakan dengan abang. Kita kan dah jadi suami isteri. Wani tak nak ada apa-apa rahsia antara kita.” Harum Zawani meleraikan pelukan suaminya.

“Apa yang Wani nak ceritakan pada abang?” Zulfaqar Warid mengerutkan kening. Dia setia menunggu kata-kata yang bakal terpacul keluar dari bibir isterinya. Pipi isterinya diusap manja.

“Abang tunggu sekejap ya.” Harum Zawani bangun perlahan-lahan menuju ke arah Almari pakaiannya. Dia terbongkok-bongkok mengeluarkan sesuatu dari celahan dinding almari itu. Zulfaqar Warid menunggu isterinya dengan sabar.

“Apa yang Wani bawa tu?” Zulfaqar Warid bertanya agak curiga.

“Nah. Abang tengok la.” Harum Zawani menghulurkan sesuatu yang dibungkus menggunakan kain kepada suaminya.

Apabila bungkusan itu dirungkai, Zulfaqar Warid terkejut besar. Matanya terbuka luas. Sebilah pisau belati dikeluarkan. Menggeletar tangan Zulfaqar Warid apabila pisau itu digenggam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience