Bab 16 : Ditindih Lembaga

Horror & Thriller Completed 71148

Bunyi tangisan yang semakin kuat itu membuatkan Syafiq terjaga dari lenanya. Dia yang masih merasa mengantuk hanya mampu membuka sedikit sahaja kelopak matanya itu.

Syafiq sebenarnya tidak memikirkan apa-apa saat itu. Yang dia tahu, bunyi itu menggangu lenanya. Dia mulai duduk di sisi katilnya itu lalu mula mengosok anak matanya itu.

Sesekali bunyi itu mulai perlahan. Syafiq yang masih duduk di sisi katilnya itu melihat sekeliling bilik mereka. Dilihatnya Alif sedang lena diulit mimpi. Lalu Syafiq mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Ditekan nya butang di tepi telefon itu membuatkan lampu di skrin telefon bimbitnya itu menyala.

"Ya Allah, baru pukul 2.15am." Keluh Syafiq perlahan.

Tiba-tiba bunyi tangisan itu kuat kedengaran. Syafiq yang dari tadi tidak mendengar dengan jelas, kini mampu mendengarnya malah dia yakin sekali bahawa bunyi bising itu adalah bunyi suara seorang lelaki sedang menangis.

Bulu roma Syafiq mulai berdiri. Matanya dialihkan sekejap ke arah Alif, dan sekejap pula ke arah pintu bilik mereka. Syafiq merasa ketakutan, namun melihat Alif di situ membuatkan dirinya sedikit berani.

Tidak mahu gangguan itu berterusan, Syafiq mengambil keputusan untuk kembali tidur. Dia merebahkan semula badannya di atas katil lalu memejamkan matanya perlahan. Syafiq sangat berharap agar dirinya kembali lena. Namun cubaannya gagal. Dia yang tadinya mengantuk, kini merasa segar pula.

Hati Syafiq mulai risau. Tangisan itu masih didengarinya. Lalu Syafiq mengambil keputusan untuk menutup kepalanya menggunakan bantal yang dia ada. Ditekupnya bantal itu di atas mukanya, lalu Syafiq membatu cuba untuk melelapkan matanya.

Cubaan nya kali ini berjaya sedikit. Suara tangisan itu tidak lagi didengarinya. Syafiq merasa sedikit lega. Namun baru sahaja Syafiq cuba untuk terlena, kedengaran perlahan satu suara menghampirinya.

"Syafiqqqq~~ Syafiqqqq~~" kedengaran suara itu memanggil namanya.

Syafiq yang mula merasa ketakutan tidak mahu melepaskan bantal yang ada di atas kepalanya itu. Dia memegang erat tekupan bantal itu dan hanya mendiamkan diri tanpa mahu bersuara.

Tiba-tiba satu tekanan kuat menghempap Syafiq di atas kepalanya. Syafiq yang melekapkan bantal tidak mampu bernafas dan meronta-ronta untuk meminta tolong. Tangannya cuba mencapai untuk melihat siapa yang menekannya itu, namun gagal.

"Hahahahahaha, mati kau. Mati kau. Hahahahaha." Kedengaran garau suara itu menjerit kepadanya.

Syafiq yang tidak mampu membuat apa-apa hanya meronta-ronta kesakitan. Dia sebolehnya cuba untuk bernafas walaupun sukar. Tangannya cuba mencapai apa yang patut di atas mejanya, namun gagal.

Udara di dalam kerongkongnya semakin sedikit. Dia mampu merasakan kesakitan yang teramat sangat kerana udara sudah mulai tiada di dalam saluran penafasannya itu.

Syafiq tidak mengalah. Sambil mulutnya cuba untuk bernafas, tangannya pula menjalar mencapai apa yang ada di atas meja. Tiba-tiba tangannya terhenti. Dia mencapai sesuatu di atas mejanya itu. Walau tanpa dilihat, Syafiq tahu yang dia sedang memegang senaskah Al Quran.

Syafiq memeluk Al Quran itu erat di dadanya. Sambil cuba untuk bernafas, dia melaungkan kalimah Lailahaillah sekuatnya. Perlahan demi perlahan tekanan di atas kepalanya itu berkurangan. Dapat Syafiq rasakan udara berlari laju masuk ke dalam saluran pernafasannya itu.

Syafiq merasa lega. Ditolaknya bantal itu ketepi lalu Syafiq terduduk di sisi ketilnya itu. Mukanya kemerahan dan dibasahi peluh kecemasan. Syafiq sedikit tercungap-cungap kerana hatinya masih mahukan udara secukupnya.

"Kau tak akan boleh pergi mana Syafiq. Kau tunggu, aku akan datang lagi. Hahahaha." Tiba-tiba kedengaran suara garau itu tadi menjerit kepadanya.

Syafiq yang masih cuba untuk bernafas terkejut mendengar suara garau itu. Tubuhnya terganjak sedikit ke belakang kerana terperanjat mendengar suara itu tadi. Matanya melinau ke kiri dan kanan bilik, mencari jika lembaga itu masih ada di situ lagi.

Al Quran di tangannya tidak dilepaskan, malah semakin erat digenggam di dadanya itu. Syafiq kemudiannya sedikit lega apabila tiada lagi kelibat lembaga hitam itu di dalam biliknya.

Dengan wajah yang kepenatan, Syafiq menoleh ke arah Alif yang masih lena diulit mimpi. Dirinya sedikit pelik, kerana kebiasaannya Alif lah orang yang akan bangun dahulu sekiranya terdengar apa-apa bunyi yang menggangu mereka.

Namun kali ini tidak. Alif seolah-olah tidak mendengar apa-apa pun. Namun tanpa mahu berburuk sangka, Syafiq menganggap mungkin Alif kepenatan sehingga tidak menyedarkan diri walau bunyi tangisan itu tadi menggegar bumi.

Syafiq kemudiannya melihat jam yang ada atas mejanya itu. Jam baru menunjukkan pukul 4.15am. Waktu Subuh pula masuk lagi 1 jam lebih, Syafiq buntu mahu melakukan apa saat itu.

Entah kenapa tiba-tiba dia terfikirkan tentang lelaki tua yang muncul dalam mimpinya semalam. Dan tidak semena-mena hatinya seakan menyuruhnya bangkit dan menunaikan solat sunat tahajjud saat itu.

Tanpa berfikir panjang, Syafiq bangkit lalu keluar menuju ke bilik air. Perasaan takut dibuang jauh, malah dia langsung tidak teringat tentang suara tangisan yang didengarinya di luar biliknya tadi.

Seusai mengambil air wudhu', Syafiq masuk kembali ke dalam biliknya lalu mencapai sejadah di atas kepala katilnya itu. Sekali lagi dia akhirnya tergelam di dalam kekhusyukan dia beribadah kepada Tuhannya. Ketenangan betul-betul dia rasai.

Syafiq merasa lega, mungkin betul kata orang tua semalam, Syafiq mungkin sudah jauh dari Dia. Kerana itu ujian ditimpa agar Syafiq kembali semula ke jalan yang diredhai Nya.

-0-0-0-0-

"Kau tengok budak dekat sana tu Alif, kenapa dia pandang kita pelik haa? Aku ada buat salah ke?" Tanya Syafiq buntu selepas dia melihat sekumpulan anak remaja yang sedang duduk melepak di tepi padang kolejnya itu memandangnya pelik.

"Alaaaa biasalah tu, budak-budak tak matang Syafiq. Biarkan je dorang tu. Kita bukan mintak duit dorang pun kan." Kata Alif selamba tanpa menghiraukan pandangan mereka.

"Memang lah tak mintak duit dorang, tapi kenapa nak pandang kita sampai macam tu sekali. Haisshhh geram pulak aku tengok dorang ni." Kata Syafiq sedikit marah.

"Entah-entah dia ingat kita kapel tak Alif. Hahaha. Tu yang pandang kita pelik je tu." Syafiq cuba bergurau sambil berpura-pura memegang tangan roomatenya itu.

"Weiiii. Geli lah." Jerit Syafiq sambil menepis tangan Alif itu.

"Hahahaha. Gurau je lah wei. Nanti kalau aku dah tak ada, baru kau nak rindu." Kata Alif sambil ketawa melihat reaksi Syafiq.

Mendengar kata-kata roomatenya itu membuatkan Syafiq terdiam. Entah kenapa dia merasa kesedihan tiba-tiba melanda dirinya. Dia tahu Alif memang suka bergurau, tetapi kata-katanya itu membuat kan dirinya terfikir jauh.

"Alif, kalau aku meninggal, kau boleh tak janji 1 perkara dengan aku?" Tanya Syafiq tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience