Pintu rumah dibuka . Ruang tamu kelihatan gelap-gelita . Sebaik pintu dikunci, Fakhri bergegas naik ke atas . Dia ingin melepaskan lelah selepas seharian penat bekerja . Namun , saat melintasi bilik yang dihuni Lea , Fakhri berasa terpanggil untuk menjenguk isterinya dari ruang pintu yang sedikit terbuka . Kelihatan Lea yang sedang bertelekung menadah tangan memohon doa .
“Ya Allah ya tuhanku , kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak aku kecil . Ya allah yang Maha Penyayang , kau tempatkanlah roh ibuku dalam kalangan orang-orang yang beriman . Pertemukanlah aku dengannya di syurga kelak .
Ya allah , kau bukakanlah pintu hati suamiku untuk menerimaku sebagai bidadari di hatinya . Khabarkanlah kepadanya betapa telah lama aku menyerahkan hatiku kepadanya . Khabarkanlah kepadanya betapa aku amat mencintainya selayaknya seorang suami .
Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku menjadi bidadari di syurga buatnya ya Allah . Kekalkanlah rasa cintaku untuknya sampai Jannah . Kau peliharalah suamiku daripada sebarang godaan duniawi . Ya Allah , makbulkanlah doaku , tuhan yang Maha pengasih dan penyayang”.
Pintu bilik Lea dirapatkan . Hati Fakhri bagaikan dihempap batu besar yang membebankan . Perlahan-lahan Fakhri berjalan meninggalkan bilik isterinya . Doa yang dipohon oleh Lea betul-betul menyentuh ke dasar hatinya . Sedarlah dia kini bahawa Lea mencintainya selayaknya sebagai seorang suami walaupun telah banyak seksaan yang diterima oleh Lea .
*************
Lea menghampiri suaminya di singki yang sedang meluahkan segala isi perutnya . Belakang tubuh suaminya diusap-usap bagi membantu suaminya . Segelas air dihulurkan buat Fakhri . Fakhri meneguk air tersebut dengan rakus . Kasihan Lea melihat suaminya yang kerap kali muntah-muntah sejak kebelakangan ini . Apabila diajak ke klinik , mentah-mentah Fakhri menolak .
Lea membantu suaminya bergerak ke katil . Fakhri dibaringkan ke atas katil . Dahi suaminya dirasa dengan belakang tapak tangan .
Panas! Patutlah wajah Fakhri kelihatan pucat . Lea bergegas ke bilik air untuk mengambil segayung air dan sehelai tuala kering . Tuala itu dibasahkan sebelum diletakkan ke atas dahi suaminya .
Nombor telefon doktor peribadi keluarga Fakhri didail . Tidak sampai beberapa minit , Doktor Nizam akhirnya tiba .
“Fakhri , boleh bagitahu saya sejak bila awak muntah-muntah?”soal Doktor Nizam sambil memeriksa tekanan darah Fakhri .
“Dah nak hampir seminggu . Badan saya pula lemah semacam je doktor . Kenapa ya?”soal Fakhri , lemah . Mendengar penjelasan Fakhri , Doktor Nizam tersenyum .
“Saya rasa Encik Fakhri tak lama lagi akan menjadi ayah”,ucap Doktor Nizam . Berkerut-kerut dahi Lea dan Fakhri sebaik mendengar penjelasan Doktor Nizam . Lea memandang Doktor Nizam meminta penjelasan .
“Actually Puan Iman , seorang perempuan m engandung tidak semestinya akan kena alahan , kadang-kadang suami yang kena . Daripada penerangan suami puan tadi , saya rasa puan mengandung . Sebab banyak kes macam ni terjadi”,ucap Doktor Nizam .
Lea memegang perutnya . Perutnya yang masih kempis diusap sayang . Tiada lafaz yang terluah dari bibirnya selain daripada rasa syukur yang tak terhingga . Alhamdulillah , jika benar aku sedang mengandungkan zuriat lelaki yang amat aku cintai , terima kasih ya Allah atas kurniaan ini .
“Tahniah , Encik Fakhri . Tahniah Puan Iman . Jika telahan saya tepat , terus telefon saya. Jangan lupa buat pemeriksaan untuk pengesahan yang sebenar . Saya minta diri dulu”,ujar Doktor Nizam seraya bangun. Lea mengiringi Doktor Nizam sehingga ke muka pintu .
Fakhri termenung sendirian . Apa perasaannya tika ini ? Adakah dia bahagia sebaik mendengar perkhabaran mengenai kehamilan isterinya itu ?
Lea masuk dengan wajah yang ceria . Suaminya yang sedang terbaring lemah dihampiri . Lea duduk di birai katil , bersebelahan dengan suaminya . Rambut Fakhri diusap sayang . Wajah Fakhri yang sedang lena dipandang sayang .
“Abang , Lea bersyukur sangat bang . Lea bersyukur sebab Allah bagi Lea peluang untuk menjadi seorang ibu . Walaupun belum disahkan , tapi Lea yakin ada satu benih suci yang tertanam dekat rahim Lea . Abang , Lea selalu berdoa pada Allah supaya abang buka pintu hati abang untuk Lea . Walaupun bukan sekarang , tapi Lea yakin dengan adanya anak ni , dia akan satukan hati kita . Lea nak abang tahu , Lea sayang dan cintakan abang sangat sangat”,ucap Lea seraya menunduk mengucup dahi suaminya .
Bahang dirasakan . Setitis demi setitis air matanya gugur mengenai dahi suaminya .
Lea bingkas berdiri . Tubuh suaminya yang terbaring lesu dipandang lama sebelum pintu ditutup .
Perlahan-lahan Fakhri membuka matanya . Tangannya meraba-raba dahi yang baru dikucup lembut oleh isterinya . Ya allah , betul ke apa yang aku dengar . Sucinya hati isteriku ya Allah . Aku berdosa terhadapnya ya Allah , ucap Fakhri di dalam hati .
Share this novel