3| Pengintip

Action Series 1767

TUJUH TAHUN KEMUDIAN...

Hoodie tanpa lengan di padankan dengan seluar jens paras lutut di kemaskan di depan cermin. Akibat bahagian betis dan lengan bahunya terdedah maka terpampang lah tattoo berbentuk seekor naga di dua belah belakang betis dan bahu di sebelah kanan.

Rambut birunya yang mencecah pinggang disisir sebelum disanggul. Barretta 92 disisip di belakang pinggang sebelum sebatang rokok dicapai dan dihisap.

Tuk tuk tuk...

Ketukan pintu menyentak fokusnya terhadap satu bayang yang di lihat di belakang rumah. "Ada apa?" soalnya geram. Baru sahaja dia mahu tahu bayang apakah yang memerhatikan nya tadi. Adakah musuh?

"Bos!! Budak yang buat onar tu kami dah tangkap. Nak kami buat apa?" soal jejaka yang memberikan ketukan tadi. "Tak apa. Aku nak buat sesi suai kenal dengan dia" terangnya dengan mendatar. Lalu keluar dari bilik itu, diikuti jejaka tadi.

.
.

"Bos? aku rasa dia dah perasan kami time, mengintip dia" ujar salah seorang anak buahnya. Mukanya yang tenang tadi berubah bengis. Lima anak buahnya di pandang geram.

"Shit!! buat kerja senang pun tak pandai ke?!!" file di tangan di baling tepat ke wajah salah seorang anak buahnya yang berkata tadi. Mereka berlima sedar dari tadi sedang menundukkan kepala mereka. Gentar dengan bos mereka ini.

BANG!!

BANG!!

BANG!!

BANG!!

BANG!!

"Arrghh..."

tembakan di lepaskan tepat ke arah peha mereka berlima. "Nak mengintip seorang perempuan pun tak boleh ke?" Dia mula menunjukkan riak tenang. Tetapi di dalam hati sudah menyumpah- seranah anak-anak buahnya ini.

Sekali lagi dia mahu melepaskan tembakan tetapi ada tangan yang menghalang. "Wow relex!! Tarik nafas, lepas" arah lelaki yang menahannya untuk meneruskan tembakannya tadi.

"Kau buat apa dekat sini, Lif?" soalnya saat dapat ketenangan semula. Rakannya yang bernama Alif ini jarang sangat nak datang Itali ni. Tup tup!! hari ni muncul.

"Anak buah engkau Semua fasih berbahasa Melayu?" soalan dibalas soalan olehnya. Dia mendegus geram tetapi tetap dijawabnya. " Tak lah semua, sikit-sikit adalah yang tak pandai tu" Dia mengarahkan anak-anak buahnya keluar dari bilik itu termasuk mereka berlima.

"Kenapa dengan anak buah kau tadi tu?" soal Alif. Rokok dicapai lalu dihidupkan dan di hisab rokok itu. "Tch!! aku bagi kerja senang pun tak pandai buat!!"

"Perempuan tu lagi?..." Dia hanya mengangguk. Laci kecil di buka. Satu frame gambar diambil. Diusap gambar itu lembut sambil senyum manisnya dihadiahkan kepada gambar itu.

Alif yang melihat itu menjeling. Menyampah. " Bagi kau memang senang. Perempuan yang mereka mengintip tu buka biasa- biasa. Mata dia tajam bak helang tau!!"

"Aku tau.."

"kalau kau tahu, kenapa kau tembak diorang?"

"Saja. lepaskan geram."

"Pfft.. kalau kau suka perempuan tu, kau confession jelah"

"Ermm.. kau datang dengan siapa?" soalnya. Mahu menukar topik perbualan. Alif menjeling matanya lagi. Boleh naik juling matanya.

Alif memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah belakang. "Hai boys" dapat dia rasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Terus di tepis tangan itu. kalau perempuan kesayangan tak apa lah juga. Yang ini dengar suara terus meremang bulu roma nya.

"Alaa... ganasnya abang hensem kita" dilentok lembut suaranya. Pipinya mahu di cubit gerangan itu tapi ditepis kasar. "Don't touch me lah, Zam"

"Ish..Baby tengok kawan you tu" gerangan yang bernama Zam tadi terus berlari ke arah Alif lalu riba si Alif di landing nya. "Shh.. Tak apa nanti Baby tumbuk- tumbuk dia nanti. Ada hati nak kacau cinta hati Baby"

Dia yang melihat babak tak berbayar itu terus membuat muka geli. Bukan dia tak tahu penyakit kawannya dua-dua orang ni. "Kau orang tak payah nak buat scene dekat sini lah. Ni kau orang datang apa hajat. Nak bagi kat undangan perkahwinan Kau orang dekat aku ke?" Sindirnya.

"Kalau betul?.."

"Hahaha...Tok Kadi mana nak ijab kabul kan kau orang berdua ni?"

"Kau ah!!"

"Tak nak aku. Malu Oii nak letak mana muka ni" Tangan kanannya menunjukkan ke arah muka sendiri sambil membuat muka jelek. Dua kawan di hadapannya itu sudah mengekek ketawa.

"Tak adalah. Aku datang sini nak honeymoon dengan cinta hati aku lah. Ohh, somethings yang kau perlu tahu tentang perempuan kesayangan kau tu" Alif menyerahkan satu file kepadanya.

Dia mengambil lalu menyelak halaman itu. Dahinya berkerut ketika membacanya.

"Shuhada Amira?"
.

Tq for reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience