Bab 15

Mystery & Detective Completed 54756

"Abang ???"

"Sayang tak perlu serahkan nyawa sayang. Biar Abang berbincang dengan dia. " Haziq memeluk tubuh Fina dengan erat.

"Abang... saya takut... " Fina menangis di bahu Haziq.

"Oit! Jangan nak beromantik depan aku lah ! Aku bunuh anak ko baru tahu." Marah Alia sambil mencekik leher Hana.

"Alia ! Kenapa ko nak Fina ? " tanya Haziq.

Alia menjawab " sebab Finalah hidup aku hancur. Patutnya sekarang aku dah ada anak dengan ko . Hidup bahagia. .."

"Aku langsung tak suka ko. Aku cuma cintakan Fina seorang sahaja. Kalau ko belah hati aku pon, tetap nama Fina dalam hati aku. " kata Haziq sambil memegang tangan Fina.

"Apa ? Ko nak aku bunuh anak ko ke ? Belah hati ko nampak nama fina ? Ko nak aku belah betol betol ke ?kalau orang suruh aku buat, aku buat betol betol. " soal Alia sambil meletak pisau di leher Hana.

"Alia, tolong lepaskan anak aku. Kalau ko nak balas dendam , ko bunuh je aku. Aku sanggup lepaskan Haziq.. " air mata Fina mula jatuh.

"Sayang ! Sayang buat apa ni? " marah Haziq.

"Saya nak anak saya hidup . saya sayangkan Hana.."

Hana tidak berhenti menangis. Hana hanya mahu ibunya.

"Alia, tolong lepaskan anak saya. Kalau awak nak bunuh saya, bunuh je saya. Tapi .... Tolong jangan bunuh anak saya. " Fina melutut di hadapan Alia sambil meminta Alia melepaskan anaknya.

Alia memandang Fina yang tengah menangis sambil melutut di depannya.

"Okey.. aku lepas kan. Jadi sebagai balasan nyawa ko akan melayang " kata Alia sambil mengacukan pisau ke arah Fina.

Fina hanya menganggukkan kepalanya & memandang lantai.

Alia melepaskan Hana. Hana berlari ke arah ibunya.

"Ibu! Hana takut......" Hana tidak berhenti menangis. Matanya mula bengkak. Fina mengelap airmata dipipi Hana.

Tiba tiba tangan Fina di tarik oleh Alia. Hana tetap menarik tangan ibunya. Alia terus menolak Hana sampai jatuh.

Fina ingin memeluk Alia tetapi dihalang oleh Alia.

Haziq memeluk Hana yang sedang menangis. Hana hanya mahukan ibunya.

"Alia! Ko tak kesian ke? Dia cuma nak ibunya.." kata Haziq sambil memeluk anaknya.

"Kesian? Aku langsung tak kesian.. aku cuma nak Fina mati sahaja. " Alia meletakkan pisau di leher Fina. Fina hanya memejamkan matanya.

Tiba tiba..

Kami polis, tolong letakkan senjata.kalau cik tidak memberi kerjasama. Kami tanpa ragu ragu akan terus menembak cik.

"Ko telefon polis?! Siaplah ko.." marah Alia. Alia memusingkan badan Fina, Alia terus menikam Fina di bahagian perut. Fina memegang perutnya yang keluar banyak darah. Mungkin anak di dalam perutnya sudah mati..

Alia menolak Fina jatuh ke tanah. Alia terus membuang pisau yang dipenuhi darah & terus melarikan diri. Haziq & Hana berlari ke arah Fina.

Beberapa orang Anggota polis berlari mengejar Alia & 2 orang polis datang membantu Fina. Ambulance akan datang sekejap lagi .

"Abang, tolong jaga Hana. Mungkin saya akan tinggalkan abang & Hana. " Kata Fina sambil memegang pipi Haziq.

" sayang! Sayang tak patut cakap macam tu. Sayang tak boleh mati. " Kata Haziq sambil menggenggam tangan Fina.

"Abang , satu hari nanti saya pasti akan tinggalkan abang. Hana, Ibu minta maaf sebab tak dapat jaga Hana lagi. Mungkin Ibu akan tinggalkan Hana . " kata Fina sambil memandang kedua orang yang dia amat sayangi.

Tiba tiba Fina memejamkan matanya & tidak bergerak langsung . Haziq memeriksa nadi Fina tetapi tiada tindak balas

"Sayang ? Sayang bukak mata sayang ? Jangan buat macam ni. Tolonglah bukak mata. " Haziq menggerakkan badan Fina. Tetapi Fina tidak memberi respon.

" Ibu ? Ibu , Hana nak ibu.. ibu !!!!!" Hana memeluk tubuh ibunya.

Anggota polis yang ada berdekatan dengan mereka hanya mampu melihat & menunggu ambulance sampai.

Esoknya...

Mayat Fina selamat dikebumikan . Hana tidak bergerak dari tapak perkuburan . Hana tidak mahu meninggalkan ibunya keseorangan.

Haziq menghampiri Hana & berkata.
"Hana, jom kita balik. Nanti kita melawat Ibu lagi ye. Jom kita balik."

" Hana nak ibu itu je. Hana rindukan ibu.."

"Ayah pon rindukan ibu. Rindu sangat. Jadi, jom kita balik ye sayang .."

"Baik..." Hana berjalan menghampiri ayahnya.

Tiba tiba Hana berlari semula ke kubur ibunya.

"Awak semua , tolong jaga kan ibu saya & teman kan ibu saya tau . Terima kasih.." Hana berlari semula ke arah Haziq.

"Hana cakap dengan sape ? "

"Hana cakap dengan orang yang ada di kubur ni. Hana suruh mereka teman kan ibu .Hana tak nak ibu sunyi." Kata Hana sambil memegang tangan Ayahnya.

' Hana mempunyai deria keenam seperti ibunya . Mungkin Hana akan jadi seperti ibunya suatu hari nanti. Sayang, saya akan jaga Hana daripada tercedera . Awak di sana jangan lupa lindungi anak kita.. ye . ' kata Haziq di dalam hati . Haziq memandang ke arah langit yang cerah.

"Semoga sayang tenang di sana.. Bye sayang, semoga suatu hari nanti kita jumpa lagi. " kata Haziq sambil memandang kubur isterinya begitu juga Hana.

Haziq dapat merasakan Fina sedang memeluk dirinya dan memandang ke arah mereka sambil tersenyum..


-tamat-

Akhirnya tamat cerita ini. Penat saya mengeluarkan idea. Sorry mungkin tak best pengakhirannya. Sorry lambat keluarkan updated cerita ini. Sorry kalau typo...

Lupa pulak nak ceritakan tentang Alia, Alia telah ditangkap oleh polis selepas Polis terjumpa Alia sedang menyorok di dalam hutan. Alia di jatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience