BAGAIKAN seorang pengintip, lagaknya dari tadi tunduk memerhati keadaan sekeliling. Meja si target cuma lima meter dari tempatnya berdiri. Matanya melilar ke arah tempat itu, namun tiada sesiapa pun di situ. Hanya beberapa orang pekerja yang sibuk dengan urusan masing-masing. Jika diikutkan, dia malas hendak meneruskan niat suci murninya itu. Namun dia sedar, dia yang bersalah. Menuduh tanpa seusul periksa. Dan orang yang dituduh itu pula merupakan orang kepercayaan bos besar syarikat tempatnya bekerja. Kau memang menempah maut, Natrah!!
Sedang dia galak memerhati sekeliling, tanpa disedarinya si target sudah pun berdiri di belakangnya. Eirfan tersengih melihat aksi Natrah itu. Entah apa yang bermain di fikiran gadis itu agaknya!
Dia menghampiri Natrah dan berdiri tepat di hadapannya. Bau haruman cologne dari tubuh sasa itu mematikan akal Natrah seketika. Dia kenal bau itu kerana dia pernah dekat dengannya suatu ketika dulu. Ehh cikgu Wan ke?
Natrah mendongak wajah perlahan-lahan. Tatkala mata mereka bertembung, Natrah tersengih manakala Eirfan memandang penuh sinis.
"So pekerja dari bahagian finance dah bertukar ke bahagian pemasaran ke?" perli Eirfan dengan senyuman sinisnya itu.
Wajah Natrah membahang.
"Or awak nak cari orang lain untuk dituduh sebagai mangsa penipuan awak lagi?" Eirfan semakin galak menyetir. Gara-gara gadis itu, dia terpaksa menyusahkan banyak orang terutama sekali si muka ketat Ehsan itu! Sepanjang perjalanan ke office, bibirnya tak habis-habis berleter dan menyindirnya. Geram memang geram, namun jika bukan kerana Tuan Kassim, sudah lama Ehsan itu makan penumbuknya!
Natrah menggaru tengkuknya. Aduhh!! Rasa bersalah semakin menghantuinya. Dia tahu gara-gara sikap cemerkapnya, Eirfan menjadi mangsa padahal dia hanya berjaga-jaga.
"Buat apa kat sini?" tanya Eirfan tatkala tiada sebarang respon dari bibir mungil itu. Setahu dia, Natrah paling suka menjawab setiap pertanyaan orang. Dia pelik kerana sikap gadis itu berbeza setelah enam tahun mereka tidak bersua. Adakah Natrah sudah berubah?
"Saya nak mintak maaf" ucap Natrah dengan kesal. Kesal kerana menuduh seseorang melulu!
Langkah Eirfan dibontoti sehinggalah lelaki itu melabuh punggung di atas kerusi. Komputer di hadapan dihidupkan. Ada beberapa maklumat yang belum sempat lagi di key-in. Jika bukan kerana masalah pagi tadi, pasti dia tidak akan selewat ini.
"Okay" sahut Eirfan ringkas. Serentak itu, senyumannya melebar dengan beberapa maklumat yang sudah lengkap diisi.
"Jadi encik dah maafkan saya?" Wajah Natrah riang. Senyumannya melebar, menampakkan lagi lesung pipit di kedua belah pipinya.
"Saya ada cakap macam tu ke?" Eirfan tanya kembali. Kali ini, anak matanya menikam tepat ke wajah cantik itu.
Wajah yang riang berubah mendung.
Eirfan sembunyi tawa. "Ohh she's rolling her eyes up!" Perlakuan comel Natrah mengundang tawa di bibir Eihsan. Senang hati dengan reaksi wajah itu. Sudah tidak mampu dia untuk terus-menerus mengekalkan wajah ketatnya itu.
Natrah merenung tampang Eirfan dalam-dalam. Ketawa lelaki itu seakan pernah didengari tetapi di mana ya? Tanpa sedar, dia menggaru-garu tengkuknya sambil tak lepas memandang wajah manis itu.
"So kita akan terus saling memandang saja ke? Macam dalam filem Hindustan? Pandang-memandang lepas tu jatuh cinta?" Ada baur usikan di hujung ayatnya membuatkan Natrah cepat-cepat tersedar.
"Perasannyalah mamat ni!" gerutu Natrah. Perlahan dan mendatar.
"You're not answering my question"
Kening Natrah bertaut dengan kata-kata Eirfan itu. Soalan yang mana satu?
"Soalan yang mana ya Encik Eirfan?" tanya Natrah, dungu dan polos! Meremang pula dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah naif itu padahal sangatlah bertentangan dengan sifatnya yang semulajadinya lantang dan kasar! Aduheyyyyy... Ni kalau si Anas dan Fatin menengok aksinya, mau tak sudah dia kena bahan!
"Yang tadi. Yang saya tanya sebelum tadi"
Natrah terdiam. Dahinya berkerut memikirkan soalan Eirfan yang bak misteri itu. Lama dia berjeds, sehingga akhirnya jawapan kepada kebuntuannya itu selesai ditemui.
"Ohh pasal pandang-memandang lepas tu jatuh cinta tu ke?" naif pertanyaan Natrah memuntahkan sekelumat sendi-sendi jenaka dalam dirinya lantas dihambur sahaja gelaknya.
"Awak nak ke?" tukas Eirfan serentak dengan senyuman nakalnya.
Gulp! Natrah menelan liur. Sisih malaikat 44!
"Encik Eirfan. Saya ni kan, tak pernah lagi tumbuk orang atas alasan memikat saya. Tapi kalau encik nak jadi orang pertama, saya sangatlah berbesar hati!" sindir Natrah dengan raut wajah tak puas hatinya itu.
Sekali lagi, Eirfan terbahak-bahak. Nur Natrah! Gadis itu pantang diusik, sukar dicabar. Ada saja jawapan dari bibir mungil itu. Derap kakinya diatur mendekati Natrah. Berdiri di hadapan gadis itu membuatkan dia sedar betapa kecilnya Natrah di sisinya. Tetapi tidak kekuatannya! Natrah ini ibarat kecil-kecil cili api. Nampak kecil tetapi berbisa!
"Kalau awak berbesar hati, saya lagilah seluas lautan hati!" balas Eirfan sesudah melabuhkan punggung di atas meja.
'Eihhh mamat ni!! Karang aku tumbuk betul-betul, tak semena-mena masuk hospital sebulan!'
"Okay-okay. Sorry about that! Saya nak tanya pasal soalan yang mula-mula masa awak intip saya tadi. Awak dah bertukar department ke? Dari finance ke marketing? Ke company ni ada tubuhkan satu lagi department?" Kening Eirfan bertaut memandang wajah Natrah yang ternyata turut sama menatapnya.
"Hmmmm.... Department of spy, I guess?" sambung Eirfan lagi sambil tergelak dengan jenaka sendiri. Sedang Natrah membungkam buat wajah tak lalu nak makan! 'Dia ingat ni Maharajalawak Mega ke nak buat lawak kat sini?'
"Hmmmmm??" gumam Eirfan, sekadar inginkan jawapan walaupun dia sudah jelas mengetahui niat sebenar Natrah tampil ke situ.
Natrah mengeluh panjang. Ya ya. Dia salah sebab menuduh yang bukan-bukan. Tapi itu bukan kesalahan dia sorang! Eirfan berlagak seperti orang jahat. Jadi wajarlah dia menjaga keselamatan diri kerana dia adalah seorang wanita.
"Okaylah encik Eirfan! Saya nak mintak maaf di atas kelakuan dan tuduhan yang melulu dari saya pagi tadi sehingga encik diseret ke balai polis. Saya tahu saya salah..." Eirfan tunjuk senyum kemenangan tatkala Natrah menuturkan ayat itu. "Tapi..." Natrah berjeda setelah menyedari riak wajah Eirfan. "Encik pun salah sebab bersikap macam orang jahat. Kalau encik tak buat macam tu, saya takkan tuduh encik yang bukan-bukan. Dan encik pun takkan masuk lokap. Dan menyusahkan banyak orang. Air muka pun tak jatuh. Dan encik pun takkan masuk ofis lewat dan mengadap muka cekodok saya ni" Natrah ucap itu tanpa fullstop dan sebaris nafas saja. Usai berbicara, dia termengah-mengah menahan nafas.
Eirfan tergelak lagi. Dia sudah agak reaksi Natrah seperti itu. Bahkan dia tidak kisah, suka adalah!
"Ikhlas tak awak mintak maaf ni?" Eirfan menduga. Sengaja jeee..
"Tak ikhlas!" sahut Natrah lantas berjalan keluar dari situ. Penatlah mak oiii!! Bercakap berdas-das macam peluru last-last orang tanya ikhlas ke tak! Memang taklah dia nak susah payah lagi! Haprak punya mamat!!
Eirfan geleng kepala. Nasib dia faham sikap tak semenggah si Natrah itu! Tapi sesuatu yang indah akan berlaku. Sekarang, dia punya asbab untuk selalu semangat datang ke ofis. Hmmmm....
"KAU pergi serang dia?" tanya Azizah sambil menyedut Iced Lemon Tea dengan rakus. Haus tekaknya, ditambah pulak dengan cuaca sekejap panas sekejap sejuk itu.
"Biar betik.." sambung Hasma pula seraya menjamah karipap yang sedia terhidang di atas meja.
"Biat betik biar betik! Karipap ada depan mata, betik jugak yang kau cari!" omel Natrah dengan riak tak puas hatinya. Dia beli karipap untuk sarapan dengan duitnya sendiri. Namun dek kerana tak sempat sarapan gara-gara peristiwa tadi, dia terpaksalah menyimpan stok karipap itu untuk lunch. Tapi si muka tak malu dua minah itu dah balun makanan dia! Dia nak makan apa? Angin ke?! Sudahlah tengah-tengah bulan begitu mana nak ceduk duit? Nak berjimat, last-last terpaksa berlapar lagi oleh si dua minah yang tak tahu malu ini!
"Kau tak jawab lagi soalan aku. Apasal kau serang dia?" Azizah tak puas hati selagi dia tidak dapat jawapannya. Ini hot news! Lagi hot dari berita si Ehsan putus dengan tunangnya itu!
"Bukan seranglah! Aku pergi jumpa dia.."
"Jumpa dia buat apa?" Hasma aju soalan padahal ayat Natrah belum lagi selesai.
"Berani erkk kau jumpa dia tak bawak kita orang!" getus Azizah pula.
Natrah mengeluh. Ni yang payah story molly dengan dua badak ni! Baru suku dia bercerita ,dah buat andaian sendiri! Dahlah balun habis karipap aku!! Ohhmyyyyy...
"Wahai Azizah dan Hasma yang cantik rupawan, hamba tak habis lagi bercerita. Adinda berdua sudah tega mencelah. Ohhh sedihnya hati! Sudahlah cerita hamba baru saja separuh, adinda berdua sudah balun habis karipap hamba. Hamba tak punya wang lagi untuk tapau makanan..." Natrah tergelak sendiri dengan ayatnya membuatkan Azizah dan Hasma tarik muka masam.
"Tempoyak basi punya budak!!" Hasma menikam bekas straw ke arah Natrah dengan perasaan geram.
"Betullah. Aku baru je nak story-molly, korang dah awal-awal mencelah. Kalau camtu, baik korang je bercerita"
"Kita buat andaian jerrr" Azizah membela diri.
"Haaaa ceritalah! Kita orang dengar" gesa Hasma pula.
"Aku pergi jumpa si mangkuk hayun tu nak mintak maaf je. Yelah aku sedar kesalahan kesilapan dan kekhilafan aku sebab dah tuduh dia melulu. Punyalah bersemangat dan rendah dirinya aku mintak maaf, alih-alih dia tanya aku. Ikhlas ke? Mahu nya aku tak hanginnn satu badannn. Apalagi..."
"Kau tumbuk encik Eirfan ke?" celah Hasma dengan mata yang membulat besar.
"Siapa mangkuk hayun yang kau panggil tu? Encik Eirfan eaaa?" tanya Azizah pula.
"No..." jawab Natrah sambil pandang wajah Hasma. "And yes.." Wajah Azizah pula ditatap.
Kedua-duanya tersentak.
"Aku ni takdelah jahat sangat sampai nak tumbuk dia. Dah memang kesalahan aku sebab tuduh dia sebarangan. Tapi itulah.. kalau dia tak berlagak macam orang jahat, takdenya aku nak tuduh dia sebarang" Natrah bela diri.
"Tapi kau panggil dia mangkuk hayun" kata Hasma lagi.
"Alaa depan korang je! Depan dia taklah!" Natrah bela diri lagi.
"Kalau encik Eirfan tu mangkuk hayun, encik Ehsan tu mangkuk apa?" tanya Hasma lagi.
"Mangkuk tingkat kot!" sahut Azizah membuatkan tawa ketiga mereka memecah.
"Tu bukan mangkuk tingkat, tu muka kerut bertingkat-tingkat!" sambung Natrah pula. Berdekah mereka ketawa tanpa menyedari jenaka mereka turut disambut oleh Eirfan yang duduk tidak jauh dari mereka.
Dari tadi dia menguping perbualan ketiga gadis itu tanpa disedari oleh mereka. Terhibur betul hatinya dengan perilaku mereka.
"Mangkuk hayun ye?" Eifan tergelak sendiri. "Tapi mangkuk hayun lagi bagus dari muka kerut bertingkat-tingkat!"
USAI dari lunch bersama Hasma dan Azizah, Natrah kembali ke mejanya. Tetapi dia dikejutkan dengan satu bungkusan makanan di atas meja disertakan dengan air kotak dan sekeping kad. Laju saja punggungnya melekat di kerusi. Kad yang terselit di sebalik air kotak dicabut dengan kasar.
"May your day is blessed ahead with your full tummy. Si mangkuk hayun"
"Ooppsss!! OMG! Dia tahu ke aku panggil dia mangkuk hayun?" Natrah menampar bibir sendiri. Tiba-tiba rasa menyesal dengan percakapannya. Tiba-tiba rasa nak nangis. Dan tiba-tiba dia rasa macam nak lari dari situ!
"Dia pasang CCTV ke sampaikan apa yang aku cakap semua dia tahu? Apa aku dah buat ni?" Natrah meletakkan kepala di atas meja. Merengek dan tersedu-sedan perlahan-lahan. Pada masa yang sama, tangannya menguis-nguis tapau makanan yang sangat menggoda jiwanya.
"Nak makan ke tak nak?" Dia berkira-kira sendiri.
"Kalau tak makan, nanti perut lapar. Dahlah perut tengah protes ni! Tapi kalau makan, nanti dia syok sendiri!" Natrah buat mata roll up. Perut pulak meraung kesedihan dengan nasib malang yang tidak terisi dengan sebarang makanan.
"Okay! Aku takkan mengalah!" Natrah duduk tegakkan badannya. Tapau makanan tadi digapai lalu diletakkan di hadapannya. Wajahnya serius saja. Sambil tangannya laju membuka bungkusan makanan tersebut dengan niat untuk melihat isinya.
"Hmmmm ingat aku nak ke?" Natrah bercakap seolah-olah ada Eirfan di hadapannya.
"Memanglah kau ni sedap, sesedap-sedapnya. Kalau masuk perut ni, kalau tak kenyang, tidurlah dibuatnya. Tapi ingat aku nak hadap ke?" omel Natrah sambil melihat ke dalam bungkusan tersebut. Terliur jugak dia. Mana tidaknya, kangkung masak belacan, telur mata goreng, sambal ulam, dan daging masak kari. Jarang-jarang dia dapat makan macam tu. Tu pun kalau mood si Nabihah tu baik, adalah merasa dia makanan tu. Kalau tak, jangan haraplah!
"Jangan haraplah aku nak mengalah. Tapi kalau aku nak menang, aku kena makan. Kalau tak makan ,nanti tak bertenaga. Kalau tak bertenaga, nanti aku pengsan. Kalau aku pengsan, dah buat scene Hindustan pulak kat sini. Haaaaa pedulikan itu semua! So kalau tak nak semua tu berlaku, baik aku makan. Makan apa? Ni haaa... makan tapau dari si mangkuk hayun. Rezeki kan? Kalau tolak rezeki,perut yang masuk angin. Lagipun tak baik membazir. Kan amalan syaitan tu..."
Dari jauh, Eirfan tersenyum dengan gelagat lucu Natrah. Melihatkan kepada reaksi gadis itu, dia jadi sebak pula. Entah berapa lama agaknya Natrah tak pernah menikmati makanan seperti itu.
"Apa dah jadi pada dia sebenarnya?"
p/s : hai readers. last kiki menulis adalah 2 tahun lepas. sorry sbb menghilangkan diri terlalu lama. dan now kiki is back with Natrah and Eirfan's love story! in Shaa Allah, akn selalu updte wlpun lmbat. dah ada anak2 ni, msa agak limited. thanks and enjoy guys ;)
Share this novel