Chapter 59

Romance Completed 35261

Bunyi orang sedang bergurau senda dan gelak menganggu Sofia Amelia yang tengah tidur nyenyak di bilik utama. Kelopak mata dibuka payah. Matanya berat untuk dibuka.

“Dah pukul berapa sekarang?” bisik Sofia Amelia sendiri. Suaminya tiada di sebelah. Bilik pula cerah.

“Ya Allah, sudah 12.15 tengah hari! Aku tidur tak ingat dunia! Malunya aku! Dah lah aku kat rumah mentua.” kelam-kabut Sofia Amelia bangun dari katil. Sepantas kilat Sofia Amelia masuk ke dalam kamar mandi untuk menyegarkan badannya.

“Along, Sofi sudah bangun ke? Umi tak nampak pun dia.” soal Fatimah kepada anak sulungnya, Iskandar Faiz yang baru sahaja pulang dari pekan.

“Dia belum bangun lagi ke umi? Along baru balik dari pekan.”

Jawapan Iskandar Faiz menyebabkan Fatimah berasa geram.

“Along, Sofi isteri kamu. Boleh pula tanya kat umi tentang keadaan isteri. Umi geram tahu tak! Kamu sepatutnya fikir pasal isteri kamu. Siapa suruh kamu pergi ke pekan dengan abi kamu? Kamu tahu kan Sofi tak sihat. Sepatutnya along kena jaga isteri, bukan tolong abi pergi pekan. Sebagai seorang suami, along kena jaga isteri apabila isteri tidak sihat. Bukan tinggal isteri macam itu sahaja. Kalaulah jadi benda tak elok dekat dia, siapa nak jawab? Siapa nak bertanggungjawab? Walaupun dia isteri kamu, dia masih anak orang lain!” Iskandar Faiz mendapat ceramah percuma dari uminya. Kasihan Iskandar Faiz, baru sahaja balik rumah terus kena bebel dengan ibunya. Nak mencelah? Tidak berani! Mahu kena ketuk kepala dengan penumbuk lesung batu.

“Sofi sihat je mama.” muncul Sofia Amelia di pintu masuk dapur. Matanya jeling suaminya yang berdiri di sebelah ibu mentua.

“Laki aku pun satu. Dah tahu aku tertidur, cubalah kejut. Ni tak, main lepas je.” sempat Sofia Amelia kutuk suaminya dalam hatinya.

“Sayang, macam mana sakit kepala? Dah okay? Nak abang bawa sayang ke klinik?” tanya Iskandar Faiz sebaik melihat isterinya di situ.

“Baru nak tanya pasal isteri? Baru ingat isteri ke along?”

Sofia Amelia tergelak. Tidak dapat menahan gelaknya apabila ibu mentua memerli suaminya.

“Padan muka! I love you mama.”

“Umi, janganlah malukan along. Lagi-lagi depan isteri along yang cantik ni.”

“Tak payah nak berlakon memuji sayang, abang. Memang betul cakap mama kan, abang tak kisah pasal sayang. That’s why you didn’t take care of me. You went out just like that. I am very disappointed with you, abang!” tiba-tiba Sofia Amelia beremosi. Tadi elok sahaja emosinya, tiba-tiba emosinya berubah sekelip mata. Air mata mula berkumpul di tubir mata.

Tergamam Iskandar Faiz. Lidahnya kelu, tidak dapat bercakap apa. Melihat air mata isteri, hatinya berasa sakit.

“Sayang, kenapa ni? Kenapa sampai nangis?” Iskandar Faiz cuba meraih tangan Sofia Amelia. Tetapi, Sofia Amelia menepis.

“Mama, Sofi minta maaf. Sofi tertidur sangat lama.” Sofia Amelia tidak mempeduli suaminya yang berdiri terpinga-pinga.

“Tak apa Sofi. Sofi nak minum apa? Mama buatkan. Mama tengah masak makanan untuk tengah hari. Sekejap lagi siap.” balas Fatimah.

“Tak apa umi. Biar along buatkan air untuk Sofi. Sayang nak air apa? Milo or teh?”

“No thanks! I can do myself. Mama, Sofi boleh buat sendiri.”

“Itulah kamu along, tak ambil berat pasal isteri.” bisik Fatimah.

“Umi, bu…”

“Dah, tak payah nak cakap banyak. Pergi mandi.” menyampuk Fatimah.

Iskandar Faiz masuk ke dalam bilik tanpa membantah. Otaknya memikirkan tentang isterinya.

“Kenapa dia tiba-tiba beremosi sangat?”


***********************

Wahidah Tiara dibenarkan balik ke rumah. Linda tidak pula menegur anak perempuannya. Satu soalan ditanya, sepatah sahaja dijawab. Wahidah Tiara sedar, ibunya marah terhadap dirinya. Ibu mana yang tidak marah apabila anaknya melakukan perkara tidak senonoh sehingga mengandung anak luar nikah?

“Akak, mak sudah masak. Marilah kita makan sama-sama.” ajak Razim. Puas Razim memujuk Linda supaya memaafkan Wahidah Tiara, namun hati ibunya tidak mudah untuk dicairkan.

“Along makan lah dulu. Akak makan nanti.” menolak Wahidah Tiara. Sebenarnya dia risau. Risau sekiranya ibunya tidak selera untuk makan apabila Wahidah Tiara turut makan bersama. Lebih baik Wahidah Tiara makan seseorang.

“Akak, jangan macam ni. Sekarang bukan akak seorang sahaja tau, ingat ada seorang lagi dalam perut akak. Kasihan baby akak. Mesti baby lapar. Marilah akak. Kita makan bersama.” pelawa Razim tanpa putus asa.

Tidak sampai hati Wahidah Tiara untuk menolak ajakkan adiknya. Mahu tidak mahu Wahidah Tiara mengikut Razim untuk makan bersama di ruang makan. Adik bongsu dan ibunya sudahpun menunggu di ruang makan. Linda memaling muka apabila melihat kelibat Wahidah Tiara di situ. Rasa lapar mula hilang.

“Mak, jom makan.”

“Mak tak lapar, kamu semua makan.” kata Linda dan berdiri.

“Mak!” belum sempat Linda meninggalkan meja makan, Razim menahan.

“Jangan macam ni mak. Kesian akak. Dia sudah meminta maaf kan. Tolong cuba buka hati mak. Tolong maafkan akak. Tolong fikir pasal kandungan akak. Tak lama lagi akak pun dah nak nikah.”

“Senang along untuk cakap macam itu. Cuba fikir pasal perasaan mak, Razim.” suara Linda menjadi sayu.

“Mak, Tiara minta maaf mak. Tiara tahu Tiara sudah hampakan mak. Tiara gagal menjadi anak baik.”

“Assalamualaikum.”

“Mak, akak dah lah. Jangan nak rumitkan keadaan. Ada orang datang rumah kita.” bersuara Razim.

“Waalaikumsalam.” Razim menjawab salam dan membuka pintu.

“Abang Hafiz. Masuklah. Kenapa datang tak bagitahu?” pelawa Razim.

Hafiz dan Datin Mariam masuk ke dalam rumah Wahidah Tiara.

“Tiba-tiba je plan nak datang. Nak bincang pasal majlis nikah.” Hafiz menyatakan tujuan kedatangannya secara tiba-tiba.

“Baik lah. Kejap ye abang Hafiz. Razim panggil mak dan akak. Jemput duduk mak cik.”

“Apa ni panggil mak cik-mak cik? Call me Datin!” membalas Datin Mariam.

“Mummy, apa ni?” terkejut Hafiz melihat layanan ibunya yang tidak mengena tempat.

“Diam Hafiz. Jangan nak ajar mummy.”

“Err, saya minta maaf datin. Jemput duduk datin.” berubah wajah Razim.

“Panggil cepat mak kamu. Cepat bincang, cepat saya balik. Saya tak boleh nak berada sini lama-lama. Dah lah panas. Tak ada aircond.”

“Ba...baik datin. Kejap ye. Mak! Mak!” laung Razim dan masuk ke dalam dapur.

Linda dan Wahidah Tiara mendengar dan melihat cara layanan Datin Mariam dari dapur. Sakit hati Linda.

“Tengok tu, cara dia layan along. Ni semua sebab kamu tahu tak!” bebel Linda sambil memukul bahu anak perempuannya.

“Aduh, mak sakit mak.” merintih Wahidah Tiara.

“Mak, apa ni? Pukul-pukul akak?”muncul Razim.

“Habis tu? Kamu nak mak buat apa? Kamu tengok tak muka datin tu?”

“Dah lah mak. Ini soal hidup akak. Kita tak boleh makan hati mak. Biarlah datin tu. Abang Hafiz baik orangnya. Along percaya, abang Hafiz dapat jaga akak dengan baik.”

“Mak…”

“Kamu diam!” naik suara Linda.

“Mak, akak, marilah pergi depan. Tak baik buat orang tunggu.”

Linda dan Razim melangkah untuk pergi ke depan. Wahidah Tiara pula diam membisu.

“Assalamualaikum mak cik.” Hafiz memberi salam apabila melihat Linda.

“Waalaikumsalam Hafiz. Duduk lah.”

“Mak cik, Hafiz kenalkan mak Hafiz, Mariam.” Hafiz memperkenalkan ibunya.

“Not Mariam, Datin Mariam.” Datin Mariam membetulkan cara panggilannya.

“Datin…”

“Ni, saya datang ke sini untuk bincang pasal majlis akad nikah.” ujar Datin Mariam.

“Baik datin. Tapi sebelum itu minum air dulu.” kata Linda. Walaupun tidak suka, adab mesti ikut.

“Eh! Tak payah. Saya tak nak.” menolak Datin Mariam.

“Mummy!” bisik Hafiz. Hafiz sendiri berasa geram dengan cara layanan ibu yang sombong itu.

“Ni, mana bakal isteri awak? Mummy tak nampak batang hidung dia pun? Rasa malu ke? Masa serah tubuh tak rasa malu?” sindir Datin Mariam.

“Akak, datin nak jumpa akak.” panggil Razim.

Tanpa ada pilihan Wahidah Tiara tampil di ruang tamu. Rasa malu menebal. Wahidah Tiara sudah dengar segala perbualan Datin Mariam.

“Mummy, this is Wahidah Tiara.”

“Nampak sopan, bertudung, tapi tak sangka perangai macam pelacur.” mengutuk Datin Mariam tanpa memikirkan perasaan Wahidah Tiara dan ahli keluarga lainnya.

“Mummy enough!”

Hancur hati Wahidah Tiara apabila bakal ibu mentua kutuk sebegitu. Air mata membasahi pipinya. Linda hanya menekur lantai. Razim pula terkedu.

“Mummy cakap betul kan. Bila nampak dia, luaran macam muslimah. Tapi perangai tak sama padan dengan luaran.”

“Mummy! I said enough. Jangan sesekali lagi hina Tiara. Hafiz tak akan berdiam!”

“Mak cik, Hafiz minta maaf bagi pihak mak. Boleh tak kita buat majlis akad nikah bulan depan?” kata Hafiz. Dia juga tidak sanggup untuk mendengar hinaan ibunya.

“Mak cik tidak kisah. Kalau boleh mak cik nak mempercepatkan majlisnya.” bersuara Linda.

“Baik mak cik. Nanti Hafiz uruskan semua. Mak cik tak perlu risau.”

“Mummy tak akan buat majlis secara besar-besaran!” bersuara Datin Mariam.

“Hafiz pun tak ingin nak adakan majlis secara besar-besaran. Cukup untuk Hafiz memperisterikan wanita yang Hafiz mencintai sepenuh hati.”

“Hafiz jangan ingat mummy setuju sebab suka-suka.” gumam Datin Mariam dalam hati. Senyuman sinis menghiasi bibir yang mencalit gincu merah.


***************************

Tok! Tok! Tok!

“Masuk!”

“Kak long.” Tasha masuk ke dalam bilik Iskandar Faiz.

“Tasha, duduk lah.”

“Umi suruh Tasha panggilkan kak long untuk makan. Mana along akak?” mata Tasha meliar cari kelibat abangnya.

“Tak tahu. Mungkin kat luar kot.” jawab Sofia Amelia acuh tak acuh. Sakit hatinya belum reda. Suami pula tidak memujuk langsung.

“Owh, kak long okay?” soal Tasha bimbang.

“Akak okay. Tasha tak payah risau.” balas Sofia Amelia tenang.

“Akak, Tasha ingatkan nak keluar ambil angin. Akak nak ikut tak?”

“Tak apa Tasha. Lagipun Tasha akan keluar dengan suami kan.”

“Tasha seorang je akak. Suami Tasha tak nak teman. Dia kata dia sudah boring pergi jalan-jalan.” mengadu Tasha.

“Ye ke. Okay lah. Akak teman Tasha ye.”

“Lepas makan, kita pergi jalan-jalan akak. Esok akak balik KL kan?” seminggu sudah berlalu secepat.

“Ye Tasha. Rasa macam baru je sampai kampung. Esok dah nak pergi ke KL.” sedih suara Sofia Amelia. Setiap kali Sofia Amelia balik ke kampung suami, tidak sampai hati untuk balik ke KL.

“Jangan sedih akak. Bila along ada masa, suruhlah dia bawa akak pergi sini.”

“Macam lah Tasha tak kenal abang awak. Dia kan kuat kerja. Sibuk memanjang!”

Tasha ketawa kecil. Tasha kenal sangat perangai Iskandar Faiz. Memang betul pun, Iskandar Faiz seorang yang kuat bekerja.

“Sofi! Tasha! Mari makan!”

“Kak, umi dah panggil. Jom pergi makan.” ajak Tasha sambil menarik tangan Sofia Amelia.


****************

“Sofi, makan banyak sikit. Umi tengok semakin hari Sofi makin kurus.”

“Sofi kuat makan mama. Tapi tak tahu lah kenapa badan Sofi tak berisi.” jawab Sofia Amelia sambil ketawa.

“Ni umi, lepas makan Tasha dan kak long keluar jalan-jalan.” beritahu Tasha.

“Nak pergi jalan-jalan? Sayang kenapa tak minta izin kat abang?” menyampuk Iskandar Faiz.

“Perlu ke sayang minta izin abang? Abang pun tak kisah pasal sayang.”

“Is, makan dulu. Tak elok gaduh depan rezeki.” Ismail bersuara sebelum Iskandar Faiz menjawab. Fatimah menggelengkan kepala perlahan.


**********************

“Memang tak akan ada banyak orang ke walaupun di bandar?” tanya Sofia Amelia kepada Tasha. Inilah pertama kali Sofia Amelia pergi ke bandar.

“Ye akak. Memang jarang orang keluar. Kalau ada barang nak beli, baru lah boleh nampak orang keluar. Kawasan pedalaman kan, macam tu lah. Jauh berbeza dengan KL.” terang Tasha.

“Best kan macam ni. Jarang dengar bunyi kereta, motor. I love living like this.”

“Kan, sebab itulah Tasha tak nak pergi jauh dari kampung.”

“Jom akak, kita pergi ke bendang.”

“Wah, jom. Akak nak tengok padi. Sedap mata memandang. Semuanya hijau!” teruja Sofia Amelia macam kanak-kanak yang mendapat lolipop!

Sofia Amelia dan Tasha menaiki kereta milik Iskandar Faiz untuk pergi ke sawah. Sofia Amelia tidak dapat bersabar. Setelah beberapa minit, mereka sampai ke sawah. Tidak lah jauh sangat bendang dari bandar.

“Tasha, akak nak minta tolong. Boleh tak shoot short video? Akak nak post dalam IG.”

“Of course boleh.”

Sofia Amelia pula syok memberi banyak gaya untuk shoot. Ia juga boleh dijadikan sebagai sebuah kenangan.


**********************

“Sudah puas malukan mak?”

“Mak, Tiara…”

“Tengoklah perangai Tiara tu! Sampai ada orang mengata kamu sebagai pelacur!” meninggi suara Linda.

“Mak, jangan nak mula lagi mak. Akak pun tidak sihat mana.” Razim cuba menenangkan ibunya.

“Kamu diam Razim! Dengar sini Tiara! Lepas kamu dah kahwin dengan Hafiz, jangan nak balik sini lagi! Faham!” kata Linda tegas dan membiarkan Wahidah Tiara di ruang tamu.


*********************

“Sayang, makan ubat apa tu?” tanya Iskandar Faiz.

“Vitamin. Tak nampak ke botol ubat tulis apa? Scoot’s!” jawab Sofia Amelia tanpa memandang Iskandar Faiz.

“Abang tanya elok-elok, jawab lah elok-elok.” Iskandar Faiz makan hati. Sepanjang hari itu, Sofia Amelia tidak melayan Iskandar Faiz. Bukan Iskandar Faiz tidak cuba memujuk isterinya, puas dia pujuk Sofia Amelia. Tetapi Sofia Amelia langsung tidak makan pujuk.

“Sayang, cuba bagitahu abang. Apa salah abang? Kenapa sayang monyok je?”

“Abang tak sayangkan Sofi.”

“Ya Allah, siapa cakap abang tak sayang? Kenapa sayang cakap macam ni?”

“Abang tidak ambil peduli pun masa sayang sakit kepala pagi tadi. Abang just biar sayang macam itu je. Tak jaga sayang pun.” mengadu Sofia Amelia.

“Alah sayang kan tengah tidur nyenyak. Abang tak nak kacau sayang. Abi pun minta tolong kat abang pergi ke pekan. Sebab itu abang tinggalkan sayang.” Ismail minta bantuan kepada Iskandar Faiz untuk pergi ke pekan. Sebab itulah Iskandar Faiz tinggalkan Sofia Amelia. Dia tidak sangka itu akan menjadi suatu masalah.

“Boleh je abang kejutkan sayang kan. You are just giving reasons abang!”

“Abang tak sampai hati nak kejutkan sayang. Fine, I am sorry, janganlah merajuk lama!” Iskandar Faiz mencuit hidung isterinya.

“Only this time! Next time I won’t forgive you!” sempat Sofia Amelia memberi amaran.

“Alright. Abang tak akan buat macam ni lagi. So, sudah puas jalan-jalan dengan Tasha?”

“Puan abang. Best sangat!”

“Best tanpa abang?” soal Iskandar Faiz menaikkan alis mata.

“Ermmm… yes!”

“Sampai hati sayang eh!” Iskandar Faiz menggelitik pinggang ramping Sofia Amelia.

“Amboi! Mesranya anak dan menantu umi.” muncul Fatimah di situ.

Merah muka pasangan itu. Muka Sofia Amelia merah seperti buah tomato. Tak sangka Fatimah boleh ada di situ.

“Umi tak sabar nak tengok cucu umi. Tak lama lagi umi timang cucu lah.”

Berubah wajah Sofia Amelia. Muka suaminya dipandang. Muka Iskandar Faiz happy sangat apabila Fatimah berkata sebegitu.

“Maafkan Sofi mama. Buat masa sekarang memang Sofi tidak boleh mengandung. Sudah dua minggu Sofi ambil ubat cegah hamil. Insya Allah, suatu hari nanti mama dapat main dengan cucu bila Sofi sudah ready.” bisik Sofia Amelia dalam hati.

Selamat membaca semua ! Jangan lupa untuk comment dan rate, Okay ? siapa yang belum follow Kikki dlm ig, boleh lah follow miz.kikki_novelplus di ig.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience