Bab 38

Romance Series 113890

Keluar dari bilil air, Aniq lihat pakaian Aniq telah disediakan di atas katil. Hm.. Pandai pulak cari pakian sedondon ye.

Setelah selesai berpakaian, Aniq keluar dari bilik tidur menuju ruang tamu. Dilihat Yus sedang menunggunya bersama secawan mug di atas meja kopi.

"Er.. Abang, minum dulu" tegur Yus dengan suara yang dengar dengan tidak.

"Hm.." jawab Aniq.

Hm.. Je? Sabar la Yus. Nak buat macam mana..

Setelah air habis diminum. Aniq mengambil kedua-dua beg dan dimasukkan ke dalam kereta. Yus kalut ke dapur membersikan mug.

Kemudian pantas masuk ke dalam kereta sebelah pemandu.

Dalam perjalanan balik ke kampung, hanya suara DJ dan lagu sahaja yang kedengaran. Aniq dilihat fokus dengan pemanduannya. Yus sekali sekala menjeling pandang Aniq di sebelah. Nak pandang terus takut kena marah pulak.

Aniq sedar Yus kerap memandangnya dengan hujung mata tapi malas dilayan. Rasa sakit di hati masih ada. Disebabkan tiada aktiviti yang dapat dibuat, lama-lama kelamaan Yus terlena. Aniq memandang sekilas Yus disebelah.

Bagi abang masa untuk rawat hati abang. Sakitnya masih terasa. Kata hati Aniq.

+++

Yus yang lena tidur terasa seperti kereta tidak bergerak. Apabila mata dibuka. Dah sampai rupanya. Dilihat Aniq berada di luar sedang meregangkan badan membetulkan urat, lenguh memandu agaknya.

Yus terus keluar dari kereta dan pada waktu itu mama baru keluar ke halaman rumah. Terus Yus hampiri dan bersalaman.

"Sampai pun menantu mama" ucap Puan Sakina lalu memeluk tubuh Yus dan dicium pipi kanan dan kiri.

"Mama apa khabar?" soal Yus berbahasa.

"Mama sihat. Yus macam mana, Qib jaga Yus dengan baik tak?" soal mama.

"Okey mama, abang jaga Yus dengan baik" balas Yus sambil beri senyuman pada mama. Maaf mama, Yus dah lukakan hati anak mama.

"Dah, mari masuk. Qib, bawa beg masuk bilik. Dah, tak payah nak buat apa. Semua dah siap. Kenduri esok lepas zohor, ajak orang masjid. Senang" terang mama.

"Pakcik mana mama?" soal aku. Dari tadi tak nampak Pakcik.

"Pakcik keluar kejap, nanti balik la tu"

Mama kemudian membawa aku masuk dan memperkenalkan pada saudara-mara dan jiran-jiran yang hadir. Termasuk anak-anak tiri mama.

Mama kemudian paksa aku berehat di bilik sahaja kerana penat katanya baru sampai. Lagipun kerja-kerja semua sudah siap. Makanan esok sudah ditempah dengan katering. Jadi tak susah nak memasak atau membasuh pinggan. Semuanya diuruskan oleh pihak katering sendiri cuma mama ada menyediakan goddies beg untuk tetamu yang hadir esok.

Aku perlahan melangkah naik ke tingkat atas rumah. Rumah mama jenis ada rumah bawah dan rumah atas. Gabungan rumah kayu dan rumah batu tetapi cantik gabungan klasik dan moden. Rumah atasnya tidaklah tinggi cuma naik beberapa anak tangga sahaja.

Perlahan daun pintu bilik ditolak. Besar bilik tidur Aniq dengan perabot kayu jati. Katil siap ada tiang macam katil orang dulu-dulu, ada kelambu lagi. Tersenyum aku memandangnya lantas kaki di atur ke katil. Baru sahaja mahu melabuhkan duduk di atas katil, pintu bilik air terbuka dan dilihat Aniq baru lepas mandi, hanya mengenakan tuala sahaja.

Tak jadi Yus nak duduk. Terus tertegak berdiri. Aniq tidak menegur Yus, hanya berlalu ke arah almari dan mengambil kain pelekat dan baju melayu untuk solat maghrib di masjid. Baju melayu dan kain pelekat Aniq memang sentiasa ada di kampung ni. Senang kata Aniq, tak payah nak bawa balik jika pulang ke kampung.

"Abang nak ke surau ke?" soal Yus.

"Masjid" sepatah jawab Aniq.

Setelah selesai berpakaian, Aniq terus keluar dari bilik. Yus hanya memandang kelibat Aniq yang keluar dari bilik. Hm.. Sabarlah hati..

Malam tu selepas solat maghrib, Yus turun ke dapur untuk membantu apa yang patut. Kak Nora isteri abang Malik anak sulong Pakcik, Kak Noni pula isteri abang Halim anak kedua Pakcik manakala Wanie pula anak bongsu Pakcik. Baik layanan mereka pada Yus.

"Yus, kalau lapar makan la dulu. Diaorang ni lepas isyak baru balik makan." ajak mama.

"Eh, tak apa la mama, kita makan sekali ramai-ramai" balas aku sopan.

Memanglah perut lapar, aku hanya makan sedikit sahaja nasi goreng semasa sarapan dengan Amy pagi tadi. Lepas tu hanya air koko satu mug sebelum bertolak balik ke kampung.

Sambil menunggu orang lelaki balik masjid, Yus duduk di ruang tamu menonton tv. Datang Kak Nora duduk di sebelah Yus.

"Tahniah Yus berjaya membuka hati Qib untuk kahwin lagi. Kitaorang dah tak larat nak nasihat supaya kahwin lagi. Tak sangka akhirnya ada wanita yang berjaya membuka semula pintu hati Qib untuk berkahwin." kata Kak Nora.

"Betul tu Yus, mama tu dah letih nasihatkan Qib, siap kenen-kenenkan dengan anak jiran lagi pada Qib tapi dia macam tu la. Muka keras gitu je.." tambah Kak Noni pulak yang turut duduk di sofa ruang tamu.

Yus hanya senyum sahaja kerana tidak tahu apa yang Aniq beritahu mereka mengenai perkahwinan mereka ini.

"Yus nak tau, teruk juga Qib murung lepas kejadian tu" sambung Kak Nora.

"Kejadian? Kejadian apa?" soal Yus tak faham.

"Lepas isteri Qib meninggal la. Dah la diaorang masa tu baru lagi.." tak sempat Kak Nora nak sambung bercerita, terdengar suara memberi salam.

"Ha, diaorang dah balik tu. Jomlah kita ke dapur. Lapar dah ni" ajak Kak Noni.

Adui.. Ni yang tak suka ni. Apasal time nak cerita benda penting je, mesti ada gangguan. Kacau betul la.

Dengan rasa tak puas hati, Yus turut juga turun ke dapur mengikut yang lain.

Kali ni makan malam di atas lantai kerana tidak cukup ruang untuk makan di meja.

Yus mengambil tempat di sebelah Aniq. Berselera Yus lihat menu makan malam ni. Lauk kampung. Sedapnya.. Ada gulai pucuk paku, kerabu nangka, ikan belanak masin, ulam-ulam kampung. Meleleh air liur.

Riuh makan malam berlangsung. Sedang Yus makan dengan berselera, tiba-tiba perut rasa tidak selesa. Angin la ni.. Makan lambat. Terus Yus bangun menujuk ke bilik air. Habis makanan dimuntahkan. Walaupun masih ada rasa marah pada Yus, perasaan risau tetap ada. Aniq bingkas bangun lalu membasuh tangan di sinki dan menghala ke bilik air untuk melihat Yus.

Dilihat Yus tertunduk-tunduk menekan perut. Sekali lagi habis semua yang dimakan tadi keluar. Berair-air mata dan hidung. Aniq yang melihat keadaan Yus terus memeluk bahu bagi menampung badan supaya tidak jatuh di atas sinki bilik air.

"Awak salah makan ke?" soal Aniq.

"Tak, angin ni, lewat makan" jawab Yus perlahan.

Rasa bersalah pula, iye lah, semasa dalam perjalanan tadi Aniq hanya berhenti untuk solat sahaja, tidak ditanya samada Yus lapar atau pun tidak. Makanan untuk kudapan dalam kereta juga tidak dibeli.

Yus juga tidak sempat membeli apa-apa kerana sebaik keluar dari surau, dilihat Aniq telah ada menunggunya di luar. Tak kan nak ajak beli makanan pulak. Dah la angin Aniq belum elok.

"Kenapa tak makan dulu tadi?" soal Aniq.

"Sayang nak tunggu abang, nak makan sekali" terang Yus selepas mulut dikumur dan muka dicuci.

"Dah tau perut tak tahan, makan je la dulu. Tak payah la tunggu saya. Ni tak pasal-pasal dah menyusahkan orang. Habis semua orang risau" ujar Aniq dengan suara yang sedikit tinggi.

Terus Yus menolak tangan Aniq yang berada di bahunya.

"Maaf.. saya memang menyusahkan. Selalu sangat menyusahkan awak. Tapi.. saya dah tak ada orang lain untuk saya susahkan.. Kalau abah, mak dengan along ada pasti awak tak terbeban dengan semua ni kan. Saya sedar siapa saya. Tak apalah.. awak pergilah makan. Saya nak cuci sinki ni dulu. Nanti kalau awak sakit, saya lagi rasa bersalah" ucap Yus. Lirih sahaja tuturnya.

Menitis air mata di pipi. Jari naik menyeka air mata dari terus tumpah tapi air mata makin banyak yang gugur. Teresak Yus disitu.

Aniq yang tadi terdiam mendengar kata-kata Yus, terus menarik Yus dalam pelukannya. Ubun-ubun Yus dicium lama. Tiada kata-kata yang terluah. Yus semakin lebat dengan air mata hingga basah baju melayu Aniq.

Timbul rasa bersalah Aniq dengan tindakannya. Maafkan abang sayang.

Selepas Yus reda dengan tangisannya. Aniq merenggangkan pelukan. Pipi yang basah dengan air mata, disapu dengan tangan besarnya.

"Dah, basuh muka. Saya temankan awak masuk bilik. Nanti saya minta mama tolong masakkan bubur untuk awak." ucap Aniq.

"Tak payah lah, saya tak rasa nak makan lagipun tekak perit, hidung pun pedih sebab muntah tadi" balas Yus perlahan.

"Jangan degil boleh tak, nanti timbul sakit lain pulak dah menyusahkan orang lagi" Aniq terlepas kata. Adui..

Mata yang sudah kering, kembali bergenang air mata.

Terbit keluhan kasar Aniq.

"Sorry.. Jangan la menagis lagi. Lagi apa pula mama cakap" ucap Aniq.

"Dah cuci muka, saya teman masuk bilik"

Yus kemudian mencuci muka. Dengan muka yang masih basah, Yus dan Aniq keluar dari bilik air dan berjalan menuju ke bilik.

"Yus okey ke?" tegur mama.

"Okey mama, angin, lambat makan tadi. Maaflah dah susahkan semua orang" balas Yus.

"Tak susahkan apa pun. Dah, yus naik bilik. Kejap lagi bubur dah siap, mama suruh Qib hantar" ucap mama.

"Terima kasih mama. Yus naik dulu semua" ucap Yus lalu meninggalkan ruang dapur naik ke bilik diikuti Aniq di belakang.

"Dah, baring sini. Nanti bubur dah masak, saya bawakan untuk awak"

Yus kemudian duduk bersandar di atas katil. Penghawa dingin Aniq hidupkan. Kemudian Aniq hampiri Yus, kain selimut ditarik menutup dari kaki hingga pinggang. Belum sempat Aniq berpusing untuk keluar, pantas Yus memeluk pinggang Aniq.

"Sayang minta maaf.." terkejut Aniq dengan tindakan Yus.

"Dah.. Awak rehat. Kejap lagi saya naik" ucap Aniq sambil melepaskan pelukan Yus dipinggang. Lalu melangkah keluar dari bilik dan menutup pintu.

Yus tahu, Aniq masih terasa dengannya.

Sebaik keluar dari bilik. Aniq tersandar di pintu.

Malam itu Yus tidur seorang diri. Aniq tidur diruang tamu bersama abang-abang tirinya. Banyak yang dibualkan kerana lama tidak berjumpa. Lagipun esok masing-masing dah nak balik jadi malam ni ambil kesempatan untuk berbual.

Bagi abang masa sayang.. Ucap Aniq dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience