BAB 12

Mystery & Detective Completed 29704

"Bila aku bangun, aku ingatkan aku dah mati. Tapi aku nampak kau pula, Aina. Kau pula yang rajin jenguk aku bila aku dah takde sesiapa lagi."

Saiful ketawa kecil. Ya. Aina teringat lagi. Sebelum ibunya kembali ke rahmatullah, ibunya menjadi penjaga di rumah anak-anak yatim. Dia selalu lihat Saiful keseorangan di rumah itu, tidak mahu bergaul dengan sesiapa. Aina pula yang mesra alam.

"Kau macam adik aku. Kamu berdua pun hampir sebaya. Memang aku terasa adik aku macam dah hidup balik tapi realitinya, dia dah takde.."

Kakinya melangkah ke arah Aina yang hampir sahaja menangis ketakutan. Namun, mata Saiful kuyu seperti seorang yang tidak bersalah. Di kala itu, Aina berdoa berkali-kali mengharapkan semua ini hanyalah satu mimpi.

"Aku buat semua ni sebab nak selamatkan wanita-wanita kat dunia ni. Kalianlah permata di syurga nanti. Kalian bangga dengan kecantikan tubuh badan kalian kat dunia sampai sanggup tunjukkan semuanya kat lelaki macam aku ni. Aku tak nak mereka jadi ahli neraka. Jadi, aku terpaksa hancurkan semua perhiasan tu supaya mereka malu nak tunjukkan lagi."

Saiful kembali semula ke arah gadis berambut ikal mayang itu. Melihat keadaannya, Aina boleh menganggak yang dia sudah diberi dadah ke dalam badannya. Rambut gadis itu dipegang kuat. Dipotong rambut itu dengan kasar. Gadis itu pula tidak melawan. Hingga akhirnya, kepala gadis itu sudah botak dengan luka-luka di kepalanya. Tiada lagi rambut ikal mayang. Saiful memandang wajah Aina yang sudah pucat lesu.

"Rambut wanita itu perlu ditutup dari pandangan lelaki. Kau dan Fazira faham semua tu dan kalian menutupnya dengan jilbab. Aku hormat kalian."

Kali ini, Saiful mengambil tangan gadis itu. Tanpa amaran, disiat-siat tangan hingga ke siku. Aina benar-benar terkejut. Secara tiba-tiba dia menjerit bagaikan orang gila ! Dia muntah, terlalu ngilu melihat kejadian di hadapan matanya sendiri. Air mata terus mencurah-curah dari matanya.

"Tangan wanita sentiasa menjadi perhatian lelaki untuk disentuh. Kau dan Fazira faham semua tu jadi kalian memakai baju berlengan panjang untuk menutupnya. Aku hormat kalian."

Fazira juga turut menangis. Ditutup matanya erat. Sudah tidak mampu melihat kejadian semua itu. Aina pula sudah tampak lemah. Berkali-kali dia beristighfar. Saiful mengambil pula tali pinggangnya. Dipandang wajah gadis itu tanpa belas ihsan. Akhirnya, dilibas-libas badan gadis itu sehingga cedera parah. Aina memandang sahaja, tidak mampu berbuat apa-apa. Dia terasa hendak bunuh sahaja Saiful atas tindakan kejamnya. Namun terasa ada belas ihsan kepada Saiful. Dia teringatkan wajah Saiful yang tidak bersalah tatkala mereka masih remaja. Aina tunduk membisu.

"Badan patut ditutup supaya tidak menjadi makanan rakusan lelaki. Kau dan Fazira faham semua itu jadi kalian menutup seluruh anggota badan kalian dan melonggarkan pakaian kalian. Aku hormat kalian."

Terus Saiful melibas lagi tali pinggangnya terhadap gadis itu manakala gadis tersebut meraung kesakitan. Aina cuba melepaskan diri. Begitu juga Fazira. Namun ikatan itu terlalu kuat.

"Berhenti Saiful... Demi arwah Baizura, berhenti!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience