Angin sepoi-sepoi pagi pada hujung minggu betul-betul menyamankan.. bersama dengan kicauan burung.. air embun yang membasahi bumi... mampu menenangkan fikiran yang kusut
Namun tidak bagi Emma.. hatinya tidak tenang, sebulan berlalu tanpa sebarang khabar daripada Ammar.. kali terakhir dia berbual dengan Ammar adalah pada hari lahirnya.. selepas daripada itu.. tiada langsung khabar daripada Ammar.. adakah Emma tersalah cakap sehingga membuatkan Ammar merajuk denganya.. tak mungkin kerana tiada tanda bluetick pada mesej yang telah dihantarnya.. last seen juga begitu.. pada tarikh hari jadi Emma..
perasaan Emma tidak tenang memikirkan keadaan Ammar.. Apa yang Ammar sedang lakukan??! kenapa Ammar diam tiba-tiba..
"haish.. termenung je.. ada masalah ke?!! ".tegur puan asiah sekaligus mengejutkan Emma daripada lamunannya..
"ehh.. takde lah ibu.. saje duduk dekat luar ni.. nak ambik angin sikit.. release tension.. ".
Emma tidak pernah menceritakan perihal Ammar yang berhajat untuk meminangnya lagi 3 tahun. Emma hanya memberitahu bahawa Ammar adalah kawan satu sekolah dulu..
"humm.. kamu tak payah la nak tipu ibu.. ibu kenal sangat kamu ni.. seorang ibu boleh baca reaksi anaknya.. kalau murung macam ni masalah macam ni.. kalau murung macam tu masalah lain pula.. kamu ada masalah apa sebenarnya??! sejak dua menjak ni ibu tengok muka kamu sedih je.. tak ceria seperti biasa...cubalah kamu cerita dekat ibu.. ".
"mana ada lah ibu.. Emma ceria macam biasa je.. emm..cuma tu la.. ada mata pelajaran yang buat Emma kusut sikit".
"emmm.. betul ke ni.. Emma memang takde masalah lain?!! ".
Emma menatap wajah tua ibunya.. wajah yang seakan mampu membaca perasaan tidak tenang Emma ketika itu.. Emma tidak mampu meluahkan isi hatinya kepada puan Asiah.. dia risau kalau-kalau puan Asiah memarahinya kerana mementingkan hubungan lain daripada hal pembelajarannya.
"betul la ibu.. Emma penat.. "
Emma merebahkan kepalanya di sisi bahu puan Asiah.. Puan Asiah kesian melihat anaknya yang bongsu ini.. hatinya mula berfikir kalau-kalau Emma sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi tidak berani meminta daripadanya.. Puan Asiah mula menuturkan bicara.
"Emma.. emma nak sambung belajar dekat luar negara tak?!? ibu tanya untuk dapatkan kepastian daripada Emma.. ibu nak Emma jawab dengan jujur.. Emma ada tak rasa nak sambung luar negara??! " ..
Emma terkejut mendengarkan soalan daripada puan Asiah.. lantas fikiran Emma teringatkan Ammar.. Ammar pernah mengajaknya sambung belajar di Australia.. tak sangka ibunya bertanyakan perihal ini kepadanya..
"kenapa ibu tanya macam tu.. ibu kan tahu Emma tak berminat.. "jawab Emma manja.
"Ibu tanya betul-betul ni.. Emma nak sambung belajar tak??! kalau nak ibu boleh hantarkan.. ".
"tak payah lah ibu..Emma tak berminat sangat sebenarnya belajar dekat luar negara ni.. dekat dalam ni pon masih banyak Universiti yang bagus-bagus.. lagipun ibu tak ingat ke anak ibu ni takut dengan kapal terbang.. memang tak lah Emma nak sambung belajar.. "jawab Emma dengan panjang lebarnya...
memang Emma memikirkan mengenai rindunya kepada Ammar.. tetapi dia sayang untuk meninggalkan ibunya.. biarlah dia tidak berjumpa dengan Ammar.. asalkan dia sentiasa di samping ibu tercinta..
"kalau macam tu.. habis je semester terakhir Emma berkahwin ye..Ibu tak sabar nak timang cucu daripada kamu.."..
"ehhehh.. ibu.. kesitu pula... "
Emma tersenyum malu seraya berkata
"tengok lah macam mana nanti.. ada jodoh.. Emma kahwin la"..
"kamu dah ada orang ke?!! "
Emma bingkas bangun daripada bangku lalu menuju ke pintu rumah.. sebelum berlalu pergi Emma sempat berkata kepada ibunya..
"tengok la nanti.. "..
Puan Asiah memandang kelibat Emma yang semakin menhilang.. Puan Asiah mula memikirkan perasaan sayangnya untuk melepaskan Emma berjauhan dengannya.. Emma lah yang selalu menceriakan hari Puan Asiah memandangkan ketiga-tiga anak Puan Asiah sudah pun mendirikan rumah tangga masing-masing.. mereka semua hanya balik pada hujung minggu, maka rumah Puan Asiah akan riuh pada hujung minggu sahaja dan akan kembali sunyi pada hari-hari biasa..
Apabila tiada Emma di rumah,bertambah sunyi keadaan rumah Puan Asiah.. mujurlah Emma berulang-alik daripada Universiti dan rumah.. kalau tak.. menyepi lah hidup Puan Asiah.
*****************
Share this novel