MARISSA sedang mengemaskan dapur. Masak untuk Fahim dan keluarganya menyebabkan ibunya mengeluarkan semua periuk belanga yang ada dalam stor. Selesai makan tengah hari tadi dia tak sempat nak kemas dan bersihkan dapur kerana ralit bersembang dengan Fahim dan ibu saudaranya. Banyak hal yang dibincangkan termasuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung tak lama lagi. Marissa tersenyum.
Sedang Marissa berkemas, kedengaran hon kereta dari arah halaman rumahnya. BMW 320i tersergam indah di hadapan rumahnya. Fahim.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Im, ada apa datang ni? Haa mesti nak makan masakan Mar lagikan?” usik Marissa.
“Mar. Taklah, yang tengah hari tadi masih kenyang lagi ni Mar. Tak, Im rasa Im tertinggal wallet la kat rumah Mar tadi. Sebab Im cari tak jumpa.” Bagitahu Fahim.
“Lah, yeke, haa masuklah tengok. Kat mana Im letak? Dah tak pasal-pasal kena datang sini balik. Boleh je call Mar, Mar boleh tolong hantarkan.” Balas Marissa ramah.
Fahim hanya tersenyum. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
Di hadapan lorong rumah Marissa, kelihatan Eshan dengan motorsikal EX5 milik arwah ayahnya. Dia sedang memerhatikan gelagat dua sepupu itu. Kereta Saga milik Cikgu Sahak tidak kelihatan di garaj menandakan kemungkinan orang tua Marissa tidak ada di rumah. Eshan mengepal tanganya.
Dia memecut motorsikalnya masuk ke halaman rumah Marissa. Tanpa memberi salam, dia meluru masuk ke dalam rumah Marissa.
“Marissa! Sampai hati kau buat aku macam ni, sanggup kau berdua-duaan dengan jantan ni?!” pekik Eshan. Topi keledar masih di kepalanya. Tangannya digenggam macam nak tumbuk orang.
Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Krik krik. Lagak Marissa yang sedang menghulur wallet milik Fahim jadi kaku. Adam yang berada di hadapan pintu biliknya turut kebingungan dengan gelagat Eshan yang tiba-tiba meluru masuk dengan topi keledar masih melekat di kepalanya. Dah tak betul agaknya abang Eryna ni. Samalah dengan dia.
“Eshan! Kau ni dah kenapa?! Berdua-duaan apanya”
Fahim pandang Eshan atas bawah. Mamat sengkek mana pulak ni? Macam tak cukup zat je aku tengok.
“Apa tengok-tengok? Nak kena penumbuk aku ni?” Eshan menyuakan penumbuknya ke arah Fahim.
“Ya ALLAH! Kau ni dah kenapa? Main masuk rumah orang tak bagi salam, siap tuduh berdua-duaan lagi. Dahtu ni haa topi ni pun kau tak bukak.” Marah Marissa. Wallet Fahim sudah diberikan. Marissa menggeleng kepalanya. Entah apa yang merasuk Eshan harini. Tak cukup di pasar pagi tadi, di bawak sampai ke rumahnya si Eshan ni buat hal.
- - - - - - - - - - - - - -
“Oo nilah Eshan, kawan baik Mar yang Mar selalu cerita tu.” Fahim memulakan bicara. Mereka berempat termasuk Adam sekali duduk berkumpul di ruang tamu itu.
Kawan baik? Hey, aku ni bakal suami Marissa lah! Geram je aku dengan jantan tak guna ni.
“Ye, saya Eshan. Kawan baik Marissa merangkap bakal suami dia.” Balas Eshan tanpa selindung.
“Bakal suami? Mar tak bagitahu Im pun yang Mar dah ada calon suami?” soal Fahim kebingungan.
Adam yang turut sama dalam perbincangan itu turut terkejut. Marissa bengang. Dia dah mula dah dengan idea gilanya itu.
“Eh! Mana ada, bukanlah. Dia melawak je tu. Hey Eshan, kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan eh. Bila masanya kita ni bakal-bakal bagai. Jangan sampai mangkuk bubur ni hinggap kat kepala kau.”
“Alah, aku gurau je Mar. Janganlah ambik serius. Lagipun, aku dah lama tak jumpa kau, dua minggu kau ignore aku, rindu tau.”
Fahim dan Adam hanya memerhatikan gelagat Eshan yang tak ubah macam budak sekolah. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Marissa menggeleng. Tiba-tiba telefon Fahim berdering.
“Hello. Ya ma, haa Im dekat rumah Pak Ngah ni. Ya, Im balik sekarang.” Talian dimatikan.
“Kenapa dengan Mak Su? Ada apa-apa yang berlaku ke?” soal Marissa tanpa sempat Fahim jelaskan.
“Mama ajak Im keluar. Nak cari barang yang tak sempat beli untuk majlis nanti.”
Majlis? Jadi betullah yang Marissa akan berkahwin dengan jantan ni? Sudah! Aku memang dah betul-betul melepas kali ni. Marissa!
“Okaylah kalau macam tu. Nanti ada masa Mar pergi tolong Mak Su siapkan barang-barang hantaran.”
“Yelah, Im balik dulu. Nanti apa-apa, Im call Mar okay.” Fahim tersenyum. Eshan mencebik. Ada api cemburu di matanya.
Marissa masuk kembali ke dalam rumah. Adam masih setia menemani kakaknya memandangkan mereka berdua bukan muhrim. Eshan masih lagi di sofa, menghabiskan bubur kacang hijau yang dihidang dan dimasak oleh Marissa. Marissa memang pandai masak! Eshan tersengih-sengih.
“Hah! Kau ni dah kenapa? Ada apa yang kau datang rumah aku ni? Tak cukup di pasar, sampai kat rumah aku kau nak cari pasal.”
“Kita borak kat luar lah Mar. Malulah kalau Adam dengar.”
Adam menjongket bahu.
“Boleh, tapi Adam kena tunggu kat tangga. Nanti kalau mak abah aku balik tengok kita dua kat pangkin bawah tu, tak manis.”
Mereka beriringan turun ke bawah. Adam setia menemani kakaknya itu.
“Cakaplah apa yang kau nak cakap.” Marissa berpeluk tubuh.
“Hmm. Aku nak mintak maaf pasal pagi tadi. Aku tarik tangan kau kuat sangat sampai kau tersadung kaki kau. Kau okay tak? Ada luka kat mana-mana?” soal Eshan.
“Em, takde pun. Mintak maaf yang pagi tadi je ke?”
“Kenapa kau ignore aku sampai dua minggu Mar? Ye, aku tahu, aku buat kerja ‘gila’ dengan ajak kau kahwin dengan aku. Tapi tu aku gurau jelah. Kenapa kau ambik serius sangat?”
Marissa menarik nafas panjang.
“Eshan, bagi kau hal ajak kahwin tu hal gurauan, melawak. Tapi bagi aku tak. Jadi bila kau ajak kahwin macam tu, aku tak suka. Hal nikah kahwin ni bukan main-main Shan. Penyatuan dua jiwa. Tak boleh main ajak semberono macam tu hanya sebab kita dah lama kenal. Lagi-lagi kalau kita tak ada perasaan pun.” Panjang lebar Marissa memberi penjelasan.
“Lagi satu, aku bukan ignore kau sebab ni. Dua minggu ni aku sibuk sangat dengan claim-claim dari customer. Yelah kau tahu kan, banjir haritu, banyak benda aku nak kena handle tambah-tambah ada staf yang berhenti kerja lagi. Tak menang tangan aku.”
Eshan tersenyum tawar. Aku suka kau Marissa. Aku tak tahu bila perasaan tu hadir, tapi aku pasti yang aku dah jatuh hati dengan kau.
“Kau taknak kahwin dengan aku, jadi kau nak pergi kahwin dengan sepupu kau tulah?” soal Eshan.
Marissa bingung. Kahwin dengan Fahim?
“Fahim? Siapa nak kahwin dengan dia?”
“Kau lah. Semalam aku datang rumah kau, tapi mak kau kata kau keluar pergi beli barang hantaran. Hah, tadi kau siap nak tolong mak
dia buat hantaran bagai. Kejap, kenapa aku tak pernah tahu yang kau ada sepupu lelaki yang sama baya dengan kita?”
“Eshan, aku rasa kau dah salah fa…..”
“Amboi, rancaknya borak. Tak sedar ke abah kat belakang ni.” Satu suara menyapa.
Cikgu Sahak.
“Eh abah! Bila abah balik, tak nampak pun kereta masuk tadi.” Marissa berdiri tegak. Eshan juga. Sungguh mereka tak perasan kehadiran figura itu.
“Mana nak nampaknya, dah muka masing-masing tegang je. Gaduh ke?” soal Cikgu Sahak.
“Eh, tak adalah pakcik. Bincang hal kerja je. Pakcik apa khabar, sihat?”. Eshan beramah mesra. Walaupun dia rapat dengan Marissa, namun dia masih punya perasaan takut dengan Cikgu Sahak itu. Maklumlah bekas cikgu disiplin.
“Sihat alhamdulillah. Haa, semalam kamu ada datangkan, nasib tak terlanggar pakcik masa nak masuk lorong semalam.”
Marissa berpaling ke arah Eshan. Dia betul-betul datang semalam? Kenapa mak tak ada bagitahu apa-apa pun?
“Oh, yeke? Saya nak cepat semalam, tak perasan moto pakcik masuk. Maafkan saya.”
“Ha yelah. Dah, sambunglah borak. Tapi jangan lama-lama, dah nak magrib ni. Nanti apa pulak orang kata. Abah masuk dulu.”
“Ye, bah.”
Eshan menilik jam di tangan. Pukul 5.55 petang. Dia sudah berjanji dengan kedai cuci kereta nak ambik keretanya pukul 6. Disebabkan hal di pasar pagi tadi, habis kusyen keretanya berbau ikan. Nak cuci sendiri malas. Jadi dia hantar ke pusat cuci kereta.
“Takpelah Mar. Aku balik dululah. Kereta aku nak kena pergi ambik, karang tutup pulak kedai cuci tu. Once again, I’m sorry okay. Nanti jangan lupa ajak aku masa majlis kau. Assalamualaikum.” Pamit Eshan.
Marissa memandang sepi pemergian Eshan. Kau dah salah faham ni Eshan. Marissa berlalu masuk ke dalam rumah.
Share this novel