BAB 15

Romance Completed 4317

Cepat-cepat Dahlia mengesatnya dengan hujung jari. Kepalanya tergeleng-geleng sendiri bagai menafikan apa yang baru dia dengar.

“Yus, kalau awak cakap macam ni hanya sebab saya dah peluk Islam, awak silap.”

“Tak, Lia. Ini bukan soal agama. Percayalah, saya cintakan awak sejak lama dulu,” luah Yusra lagi. Jujur dan ikhlas dari hatinya. Dahlia tetap menggeleng. Sukar untuk dia percaya kenyataan itu. Dia sendiri yang mendengar kata-kata memedihkan yang keluar dari mulut Yusra. Kenapa sekarang lain pula yang dikatakannya? Mustahil. Dia tak akan percaya semua itu.

“Cukuplah, Yus. Kisah kita dah lama tamat. Jangan cari saya lagi...” Dahlia bangkit berdiri. Namun belum sempat dia melangkah, Yusra terlebih dahulu menghalang laluannya.

“Lia, please... give me one more chance. Saya akan buktikan yang saya betul-betul ikhlas dengan awak. Just say yes and be my wife.” Berani sekali Yusra melamar Dahlia hanya dengan cara begitu.

Dahlia rasa nak pitam ketika itu juga. Tetapi dia cepat sedar diri. Mustahil semudah itu. Mustahil. Kepalanya tergeleng-geleng menidakkan. Yusra hanya mengucapkan kata-kata itu hanya kerana sekarang dia sudah menjadi seorang Muslimah yang menutup aurat. Andai kata dia masih lagi Dahlia Samuel yang dulu, tentu Yusra tidak akan pernah sekali-kali mengaku cinta kepadanya.

“Lia...”

“Yus, please... let me go,” pinta Dahlia dengan sebak yang menggunung.

Melihat air mata menitis dari birai mata gadis itu, Yusra kehilangan kata. Begitu dalamkah luka yang ditinggalkan untuk Dahlia dulu? Adakah sudah tiada walau secebis pun rasa sayang di hati Dahlia untuknya?

Adakah dia memang sudah tidak punya tempat dalam hidup Dahlia ? Walaupun secebis? Dahlia mengatur langkah menjauhi Yusra. Mungkin ini pengakhiran kisah mereka berdua. Mereka tak pernah bersama dan tak mungkin akan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience