BAB 1: LELAKI HOT..

Drama Series 28608

Matahari sudah mula meninggi dan menyinari bumi tatkala waktu menunjukkan pukul 7.30 pagi. Burung berkicauan riang sambil berterbangan di langit tinggi. Angin pagi yang sedikit sejuk menyelinap masuk melalui pintu rumah banglo dua tingkat yang terbuka luas.

Dato' Rohan menghirup perlahan kopi yang masih lagi panas yang dibuat oleh pembantu rumahnya iaitu Mak Senah. Rasanya sentiasa menepati selera Dato' Rohan pada setiap pagi. Maklumlah, Mak Senah boleh dikatakan sudah lama bekerja dengan Dato' Rohan di rumah besar itu. Tidak hairanlah jika dia sudah mahir dengan selera Dato' Rohan.

"Good Morning! Pa!" pekik anak gadis tunggal Dato' Rohan sambil menuruni tangga.

Senyuman yang terbentuk di bibir gadis yang bernama Fatin Nazihah itu menyenangkan hatinya. Manataknya, sejak isterinya meninggal 10 tahun lalu hanya mereka berdua sajalah yang menjadi penghibur hati masing-masing. Dato' Rohan tersenyum kembali melihat anak gadisnya. Semakin membesar semakin dia menyerupai ibunya.

"Good Morning, Dear.."jawabnya ringkas.

"Breakfast apa tu?"kata Fatin sambil menarik kerusi.

"Hmm! Sedapnya.."

Aroma cekodok pisang Mak Senah itu memang mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang menghidunya. Fatin mengambil cekodok pisang yang sudah tersedia itu lalu menggigitnya. Dato' Rohan hanya memandang sambil tersenyum. Fatin kenal benar dengan ekspresi ayahnya itu. Jikalau tidak berkata apa-apa, mesti ada yang merunsingkan hatinya.

"Papa. Kenapa ni? Bad mood je. Ni mesti tengah fikirkan hal syarikat kan? Papa. Kan Fatin dah kata. Jangan fikirkan pasal syarikat sangat. Papa tu selalu tak sihat. Nanti datang balik darah tinggi Papa tu macam mana?" kata Fatin sambil mengerutkan kening nipisnya itu.

Fatin sebenarnya risau dengan keadaan Papanya itu. Makin melanjut usia makin banyak penyakit yang menerjah tapi masih berdegil menguruskan syarikatnya. Sudah banyak kali Fatin cuba untuk menasihatkan Dato' Rohan supaya berhenti bekerja tetapi Dato' Rohan masih berat hati untuk melepaskan syarikat yang dibinanya sendiri. Lagi-lagi buat masa sekarang syarikatnya mengalami masalah kewangan. Makin berat hatinya ingin melangkah pergi.

"Yalah. Dah memang syarikat Papa. Mestilah Papa kene fikirkan tapi kalau ada menantu nak tolong uruskan pun boleh." kata Dato' Rohan sambil mengangkat kening.

Fatin hanya memandangnya sambil membuat muka..

"Isy! Papa ni.. How many times,we have talk about this? Ada jodoh tu adalah kalau takde redha..Lagipun Fatin pun boleh uruskan syarikat Papa. "kata Fatin sambil mengambil satu lagi cekodok pisang yang gebu itu.

Terus moodnya pada hari tu rosak. Auning daripada cantik..dah tak cantik dah.

Dato' Rohan hanya tersenyum kelat. Sebenarnya perniagaannya semakin hari semakin jatuh membuatkan dia perlu membuat keputusan yang sukar. Kepalanya sakit setiap kali memikirkan tentang hal itu tetapi dia perlu kekal tenang supaya anak gadis kesayangannya itu tidak risau.

"Pa, lepas kerja. Fatin nak keluar dengan Nairah. Boleh?" tanya Fatin sambil menghirup segelas kopi.

Pertanyaan Fatin menyentap lamunan Dato' Rohan yang sedang menjauh.

"Oh, boleh je..pergilah."kata Dato' Rohan sambil tersenyum kelat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nairah mencari-cari sesuatu di dalam kesesakan ramai di hadapan Sunway Mall. Naik..turun..naik..turun, kepalanya mencari di mana kedudukan kawan baiknya itu. Kadangkala lenguh juga kepalanya asyik mendongak sahaja. Itu yang makin menaikkan kemarahannya.

"Isy mana budak ni? Lambat dia..tak boleh nak bawak bincang." rungut Nairah.

Kawannya itu memang tak pernah berubah dari bangku sekolah lagi dia sentiasa lambat. Janji pukul 6 datang pukul 7. Aduhai.. Nairah mengeluh..

Tiba-tiba..Kelihatan gadis bershawl biru dari kejauhan. Nairah membuat isyarat tangan supaya dia boleh dinampak dari jauh.

"Lambatnya kau! Berjanggut aku tunggu kau kat sini."rungutnya lagi.

Fatin masih termengah-mengah.Belum sempat mengambil nafas rungutan sudah dilemparkan.

"So..Sorylah. Jalan jem tadi."kata Fatin sambil termengah-mengah.

"Hmm. Yelah dah jom."kata Nairah sambil menarik lengan baju Fatin.

Namun Fatin terpandang sesuatu yang lebih menarik dari kawan baiknya itu. Tidak lepas pandangannya daripada lelaki yang bertopi itu. Badannya sasa dan berkorban hitam. Tinggi pulak tu, memang jenis lelaki pujaan ramailah. Tidak hairanlah pandangan Fatin melekat kepadanya. Fatin kaku walau sudah ditarik oleh Nairah.

"Woi. Fatin Jomlah! Kata nak beli itulah..inilah.."rengek Nairah.

Mata Fatin masih melekat kepada lelaki hot itu.

"Wei, kau tengok lelaki tu. Baikkan dia tolong nenek tu lintas jalan? Dahlah baik.. Hensem pulak tu. Handsomenya dia! Tak tahan aku!"pekik Fatin menggedik di tengah jalan itu.

"Ooh! Itu rupanya penyebab kau tak nak jalan! Dah cepatlah dah lambat dah ni.."kata Nairah sambil menarik muka.

Manataknya, Dahlah lambat. Lepas tu boleh pulak buat drama cinta pandang pertama pulak kat tengah-tengah alam tu. Naik darah Nairah dibuatnya..

"Hmm, Yalah! Dah jom!"kata Fatin sambil berjalan pantas ke hadapan.

"Lah..Merajuk ke? Hmm, pantang salah cakap."kata Nairah sambil mengikuti langkah Fatin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Jadi..Kau dah setujulah?"kata Tailong bermuka serius.

Dato' Rohan berasa berat hati untuk mengungkap satu perkataan yang akan mengubah hidup anak gadis kesayangannya itu selamanya. Dato' Rohan menunduk. Perkara sebegini perlu difikirkan masak – masak.

"Ingat..Business kau tu dah nak lingkup. Percayalah aku akan tolong kau bangkitkan balik Business kau tu.."katanya.

Kata–katanya bagai dadah yang mempengaruhi minda Dato' Rohan.

"Ok..A-Aku setuju."kata Dato' Rohan dalam nada terpaksa.

"Ha! Macam ni lah bagus! "kata Tailong sambil menepuk-nepuk belakang Dato' Rohan.

Dato' Rohan runsing.

'Betul ke apa yang aku buat ni?'bisik hatinya sendiri.

Dato' Rohan hanya terus mengelamun jauh dalam perasaanya sendiri. Namun keputusan sudah dibuat. Masa tidak boleh diundurkan kembali. Apa yang akan berlaku kepada Fatin?

BERSAMBUNG..

LAGU:I WANT YOU TO LOVE ME

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience