NURJIHAN melangkah masuk ke dalam bilik Tuan Syed Iqwal. Keadaan bilik yang di ibaratkan tongkang pecah itu perlahan-lahan kakinya berjalan dan mengutip segala barang yang bertaburan agar tidak terpijak olehnya.
Di lihat Tuan Syed Iqwal yang berada di atas kerusi rodanya dalam keadaan yang kusut.
Gulp. Nurjihan perlahan-lahan mendekati Tuan Syed Iqwal dan berlutut untuk memandang wajah lelaki itu.
Gerak tangan Nurjihan tersekat-sekat hendak menyentuh tangan Tuan Syed Iqwal itu. Risau jika tangannya itu bakal di tepis.
"Tuan Syed.."
Panggilan Nurjihan lembut dan kini tapak tangannya berjaya mendarat atas sebelah tangan kiri Tuan Syed Iqwal.
Atas bahagian tangan Tuan Syed Iqwal di gosok lembut untuk menyalurkan kekuatan kepada lelaki itu.
Tuan Syed Iqwal hanya diam. Wajahnya di palingkan dari memandang Nurjihan.
Aik. Bukan salahku apatah lagi bukan keupayaanku. Eh !
"Tuan Syed marahkan siapa ni?."
Tanya Nurjihan seolah-olah tidak mengetahui punca yang terjadi kemarahan Tuan Syed Iqwal itu.
Masih lagi diam. Tiada jawapan dari Tuan Syed Iqwal.
"Tak nak story ke dengan saya?." Tanya Nurjihan lagi.
Tetap tiada jawapan..... keadaan begitu sepi hatta tiada sebarang bunyi yang berani hadir saat ini di bilik tidur yang besar itu.
Nurjihan mengalah. Emosi Tuan Syed Iqwal saat ini tidak bisa di bawa berunding. Nurjihan bangun dari melutut di hadapan lelaki itu.
"Tell me when you are ready." Pesan Nurjihan seraya berlalu pergi ke muka pintu tak usahlah memaksa Tuan Syed wahai Nurjihan.
"Rasa di tinggalkan itu pedih.. terlalu pedih."
Langkah Nurjihan terhenti. Dia berpaling ke belakang.
Lelaki bersuara emas itu mula berbunyi.
Nurjihan bergerak laju berhadapan dengan Tuan Syed Iqwal.
"Ye Tuan Syed, memang pedih rasa di tinggalkan tu. Tapi kalau itu adalah masa lalu, Biarkan... jangan jadikan ia masa depan untuk di ulang kembali dan merasai sakit tu." Nurjihan membalas. penuh pengertian.
Tuan Syed Iqwal memandang Nurjihan. Di tenung sepasang anak mata itu mencari kekuatan.
JAKARTA 8.30 PM
JARI jemarinya tidak berhenti bergetar menaip sebuah pesanan melalui email. Rasa takut yang menghambat dirinya membuatkan dia dalam kekalutan, kegelisahan dan dilema yang dasyat.
Bersama pandangan mata yang berbalam-balam selepas di pukul tadi, dia masih mencari kekuatan untuk menulis. Dia harus lakukan tindakan itu. Sampai bila dia harus menanggung derita ini?
Di kesempatan lelaki durjana itu telah keluar mencari minuman keras untuk kepuasan dirinya. Inilah masa untuk dia bertindak.
to : SyedIQM
Hai Iq, kamu apa khabar? aku harap kamu baik-baik sahaja di bumi Malaysia. Aku juga berharap kamu bisa memaafkan aku. Aku sudah keterlanjuran perbuatanku sama kamu. Kini aku sadar...Aku tuh butuh kamu ada di samping aku ! Aku ngak lupa sesaat pun tentang kamu. Aku mohon kemaafan dari kamu..
LOVE FROM JAKARTA- BELLINDA.
Selepas notifikasi bar menunjukkan status terima, dengan segera Bellinda menghapuskan bukti email kirimannya kepada Tuan Syed Iqwal.
Pengharapannya besar untuk lelaki itu tahu yang dia tiada daya upaya untuk hidup di sini.
Arghhhh !!!!
Sakit rambutnya di tarik dari belakang. Siapa ?
Aditya !!!
Aditya dan Bellinda tetap begitu. Tidak berkahwin meskipun Bellinda telah banyak kali melakukan pengguguran. Perempuan itu hanya menjadi pelempias nafsunya.
Bellinda tidak mampu untuk melawan. Dia sudah tiada kuasa, tiada harta. Kesemua itu sudah di bolot paksa oleh Aditya. Dia menunggu hari untuk masuk ke perut bumi mengenangkan hidupnya yang setiap hari di siksa Aditya.
"Apa yang kau lakukan? Sana bikin makan malam. Aku kelaparan ! Dasar perempuan ngak tahu diri!!.".
Tinggi suaranya memarahi Bellinda yang telah tersungkur di lantai itu.
Kesan darah pada tubir bibir itu di sapu perlahan. Ini nasibnya yang sudah di balaskan oleh Tuhan kerana melakukan sebuah pengkhianatan terhadap insan yang ikhlas mencintainya dahulu.
"Maafin aku Iqwal...maafin aku."
Teresak-esak dia menangis di bucu meja dapur itu.
BERAIR matanya yang masuk kali ke 6 menguap menahan kantuk.
NURJIHAN menepuk-nepuk bahu Tuan Syed Iqwal yang telah terbaring keletihan. Di tepuk biar dia terasa aman dalam melayari 'Dreaming Zone'nya tanpa di takutkan oleh bayang-bayang kenangan silam.
Kaki yang bersila di lantai itu di rasakan kebas lalu Nurjihan mereggangkan kakinya melunjur ke hadapan. Ingin di tarik seluar yang terselak sedikit di hujung, namun tangannya terkunci kemas dalam pegangan Tuan Syed Iqwal.
Kasihan Tuan Syed. Dalam mimpi juga takut jika di tinggalkan.
Bagi Tuan Syed Iqwal? tidak...tidak akan dia biar tangan itu lepas dari genggamannya. Genggaman tangan yang selalu menemani tidurnya setiap malam sebelum kehilangan.
Ye....lembutnya tangan itu sama sepertinya. Seperti dia yang selalu ada dahulu.
Entah bila... Nurjihan juga tidak mampu bertahan dan Akhirnya... kepala itu terlentok tidur di sisi katil Tuan Syed Iqwal.
HABIS !! Habis dia kali ni. Kelas Dr.Haider telah terlewat setengah jam. Lintang pukang dia berlari menuju ke bilik kuliah. Ini kali bukan cikai punya tahap lambat. Lambat yang maha dasyat ! setengah jam kot kau rasa?
Dia menduga yang kedatangan dia tidak akan di terima. Namun? Tak mengapa...redah je Jihan!
Sesampainya di hadapan pintu bilik kuliah yang tertutup itu, Nurjihan rasa meremang bila mendengarkan suara Dr.Haider yang sedang mengajar di dalam.
Dia berkira-kira di hadapan pintu.
"Nak masuk ke tak?..Nak masuk ke tak?".
Ah, kelas Dr.Haider yang berdurasi 1 jam kini berbaki setengah jam, kau nak masuk? sanggup ke kena reject lagi?
Nurjihan menggeleng. Dia berpatah balik menuju tangga. Mungkin tidak kali ni. Biarlah terpaksa dia bolos kelas kali ini gara-gara ketiduran di rumah Tuan Syed semalam kerana Jarak Villa Rose dan kampusnya sedikit jauh.
Pintu bilik kuliah itu terbuka dari dalam.
"Orang pengecut sahaja yang tidak habiskan perjuanganya."
Suara itu memaksa Nurjihan menghentikan niat untuk turun menuju ke tangga.
Erk ?! siapa yang kau panggil pengecut? cisss .....
Nurjihan berpaling ke arah tuan empunya suara.. Dr.Haider.
"Dah sampaikan? kenapa tak masuk?." Tanya Dr.Haider.
Aduhai......
"Er...saya malu doktor. Saya dah lambat sangat ni."
Balas Nurjihan sambil menarik hujung topi snow capnya menutup wajah yang penuh perasaan malu kerana kantoi ingin larikan diri.
Dr.Haider masih memegang tombol pintu memandang riaksi Nurjihan itu.
"Nak malu masuk kelas lambat sebab nak dapatkan ilmu atau nak malu sebab tak berilmu?." Awak pilih."
Ewah ! hari tu masa aku lambat 3 minit tu kau tak ada pulak nak cakap macam gini eh? siap halau aku. Awas eh !!
"Dah la..masuk je, kita tak banyak masa. Awak tu kalau di biarkan asyik nak ponteng aje kelas saya." Arah Dr.Haider malas berlengah waktu di situ.
Dengan segera Nurjihan masuk ke dalam bilik kuliah itu. Hampir terlanggar pintu dia kerana lupa untuk menarik semula topi snow cap yang menghalang pandangan matanya.
***
NURJIHAN menyalin segala penerangan yang di sebut oleh Dr.Haider di hadapan.
Menunggu ayat seterusnya, Nurjihan panggung kepala melihat ke arah hadapan.
Di lihat Dr.Haider tepat memandangnya.
Dia mengalah.Tidak berani menatap semula. sejak kejadian kantoi tempoh hari membuatkan dia senak otak setiap kali berhadapan dengan Dr.Haider.
"Hui, apa jadi kes haritu?." Tanya Hawa berbisik di sebelah.
Nurjihan teruskan menulis notanya sambil berpura-pura memberi perhatian kepada pengajaran dari Dr.Haider di hadapan.
"Balik kejap lagi aku cerita. Sekarang line tak smooth."
"Ehem!".
Dr.Haider berdehem. Matanya sememangnya di kunci pada meja 2 baris terakhir di atas itu.
Ha kan dah kata line tak smooth?
Tahulah Nurjihan dan Hawa bahawa mereka di perhatikan.
MAK ETON sedang menimbang sayur-sayur yang berada di dalam raga yang di hulur itu.
"Ada nak tambah apa-apa lagi?".Tanya Mak Eton.
Lelaki yang memakai hoodie dan bertopi itu menunduk rapat memandang ke lantai sambil menggeleng.
Ish, apa kena? Hairan mak Eton.
"Smua sekali 10 ringgit."
Duit yang lelaki itu hulur adalah berjumlah Dua puluh ringgit. Mak Eton mengambil baki dan menghulurkan semula kepada lelaki itu.
Aik, hilang? baki duit tak ambil .. Ish pelik-pelik aje orang zaman sekarang ini. Kaya sangat kot?
KEDAI 7 ELEVEN itu kembali tenang selepas pelanggan yang terakhir pada tengah hari itu keluar.
"Eh, cepat cerita, aku dah free sikit." Kata Hawa seraya bergegas menghampiri Nurjihan dan Rizal yang berada di meja khas untuk pelanggan itu.
"Haih, ingat lupa dah tadi. Baru aku ingat nak ngelat bercerita." Balas Nurjihan.
Flashback 3 hari lepas.
KABIN BIRU
"So nampaknya saya kena ambil tindakan la terhadap awak. Menceroboh sistem pihak universiti adalah kesalahan besar tau?." Kata Dr.Haider.
Nurjihan kegelisahan. Kau tanggung la Jihan !
"Uhhh, Doktor, tak ada cara lain ke saya nak tebus kesalahan saya? Jangan libatkan pihak universiti. Tolong saya Doktor. Saya mengaku saya buat salah. Saya tak fikir panjang masa tu." Nurjihan merayu.
Dr.Haider menggaru-garu kecil di bahagian hujung matanya. Menimbang-nimbang permintaan gadis itu.
"Macam mana eh..urmm berat ni. Bukan kuasa saya." Balas Dr.Haider lagi.
"Doktor denda la saya apa pun saya sanggup. Asalkan jangan libatkan pihak universiti. Saya tak nak di kenakan tindakan. Saya merayu sangat doktor."
Nurjihan bersungguh-sungguh berharap budi bicara dari Dr.Haider.
Terpaksa dia merayu kepada lelaki itu. Jikalau dia di kenakan tindakan pasti di buang oleh pihak universiti ataupun di gantung belajar. Mampus kena libas dengan batang kayu oleh Mak Eton.
Membayangkan kemarahan emaknya itu tiada apa pun yang boleh menandingi.
"Hahahahah serius la kau sanggup buat?." Tanya Rizal.
"Aku terpaksa la gila, ingat aku rela hati ke?." Jawab Nurjihan menjeling Rizal dan Hawa yang sedang seronok mentertawakannya.
"Dr.Haider tu not bad la jugak. Ada juga la belas kasihan dia tu. Kau la buat kerja kantoi kenapa." Balas Hawa.
"Eh, aku pulak. Ni semua balak kau punya angkara. Ajar aku tak habis. Kata pro..prosak !!."
Jarinya menunjal-nunjal kepala Rizal yang galak mentertawakannya.
"Nasib kau la Jihan. Selamat berkhidmat. huhu." Hawa berlari ke kaunter semula bila terdengar loceng kedai yang berbunyi tanda ada pelanggan masuk.
Monyok muka Nurjihan saat ini. Di lepaskan geram dengan melahap maggi cawan sebayak 2 bekas !
Apa yang terjadi atas permintaan Nurjihan pada Dr.Haider sebagai balasan agar tidak di kenakan hukuman?
Dia harus datang setiap hujung minggu membantu Dr.Haider melakukan apa-apa sahaja tugasan termasuk mengemaskan bilik pensyarah itu sendiri.
Orang lain sedap cuti 2 hari, Dia pula di tolak satu hari kena jadi bibik buat kerja dekat bilik Dr.Haider.
Cantik ! bebola mata di putarkan ke atas.
Cisssssss.....
p/s ; update satu lgi mlm ni untuk korang. Goodnight ;)
Share this novel