Sudah seminggu aku kerja di kilang itu, aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di situ. Maimon menjadi partner aku, tapi kami jarang berbual, aku perhatikan si Maimon ni macam ada masalah. Hampir setiap hari Encik Haidid memanggilnya ke dalam pejabat, aku pun tak tahu kenapa. Nak katakan urusan kerja tak pula, sebab segala urusan kerja dikendalikan oleh Kak Ros. Maimon hanya operator biasa je macam aku.
Sifat ingin tahu aku semakin meluap-luap. Ingin aku tanyakan pada Kak Ros cerita antara Encik Haidid dengan Maimon tapi aku batalkan niat tu. Mungkin lain kali kalau ada peluang aku akan tanya juga. Minggu ni aku gembira kerana kawan baik aku, Carmen akan memulakan kerja sebagai operator. Carmen ditempatkan di line lain berdekatan dengan line aku. Oleh kerana Carmen ni cantik ramai yang berbisik-bisik sesama sendiri apabila Encik Haidid membawanya berkenalan dengan para pekerja lain.
“Carmen aku kenalkan, inilah Kak Ros.” Carmen senyum sambil menghulurkan tangannya dan disambut oleh Kak Ros.
“Carmen ni kawan baik Nori Kak Ros, dah lama kami kenal,” sambung aku. Kami berbual bual sementara menantikan waktu makan tengahari habis.
Sedang kami berbual Encik Haidid datang. Kak Ros mendongak lalu bersuara, “Hai Encik Haidid , cari Maimon ke? Dia tak ada disini.”
“Eh, tidaklah,” jawab Encik Haidid sambil tersengeh. “Begini, sebenarnya saya nak jumpa Carmen , ada beberapa borang yang perlu diisi. Carmen , lepas ini awak ke pejabat saya ye?”
“Baiklah Encik Haidid , nanti saya sampai,” jawab Carmen .
Dari gerak gaya Encik Haidid aku sudah dapat meneka yang dia ni seorang lelaki yang pantang nampak dahi licin. Bila dia berbual dengan Carmen dia meletakkan tanggannya di belakang kerusi Carmen dan tunduk rapat di sebelah Carmen . Carmen terkejut bila didekati oleh lelaki seperti itu. Bukan dia saja, kalau aku pun tentu tak selesa dibuatnya.
“Eh Carmen , aku tengok Encik Haidid tu rapat dengan kau semacam je, rasa macam aku nak taji je kepala dia,” aku bersuara bila Kak Ros beredar.
Share this novel