BBL - 4

Romance Completed 26114

Pintu rumah milik bapa saudaranya di tolak dengan perlahan dengan tangan yang gementar. Menggigil tangannya serta tubuhnya. Langkahnya juga terasa longlai. Naura memeluk tubuhnya yang menggigil sejak tadi. Air mata sudah lama kering hanya ada sisa di pipinya saja. Tubuh Naura di pimpin oleh Zara iaitu kawan baiknya sendiri.

Puan Nisa dan Encik Isa yang berada di ruang tamu berkalih pada pintu utama apabila terdengar pintu rumah di kuak dengan perlahan.

Puan Nisa terkejut melihat keadaan Naura ketika ini. Dia bingkas bangun dari sofa dan meluru ke arah Naura yang menatapnya dengan hiba. Jelas nampak yang Naura baru lepas menangis dan muka Naura sedikit berbirat seperti kesan jari. Begitu juga dengan Encik Isa agak terkejut dengan keadaan anak saudaranya yang nampak lemah itu.

Sudahlah lemah, keadaan baju Naura yang kusut dan nampak comot.

“Naura? Kenapa ni?” Soal Puan Nisa pada Naura. Risau!

Naura terus saja memeluk tubuh Puan Nisa dan menumpahkan tangisnya yang tadi sudah reda, kini kembali membanjiri pipinya. Naura menangis terisak-isak di bahu Puan Nisa. Hanya itu yang mampu buat Naura ketika ini. Menangis!

Puan Nisa tergamam dan begitu juga Encik Isa. Puan Nisa dan Encik Isa saling berpandangan.

“Naura? Kenapa ni? Kenapa baju koyak sampai macam ni? Cakap Naura?” Encik Isa pula yang bertanya. Dia tidak betah berdiam diri melihatkan keadaan Naura begitu.

“Naura, cakap Naura? Apa dah jadi ni? Kenapa pipi merah macam ni? Ni kesan jari ni. Siapa tampar Naura ni? Cakap dengan makngah, Naura! Cakap Naura!”
Puan Nisa goncang kedua belah bahu Naura.

Mulut Naura terkunci rapat. Bergetar menahan tangis saja.

Naura diam tanpa kata hanya tangisan yang kedengaran.

Puan Nisa tidak berpuas hati lalu beralih pada Zara yang tegak berdiri di sebelah Naura sambil memapah Naura yang sudah longlai.

“Zara, kenapa dengan Naura ni?”

Puan Nisa bertanya pada Zara. Puan Nisa yakin pasti Zara tahu segalanya yang terjadi.

“Aunty, Uncle, bagi Naura duduk dulu. Dia dah lembik ni.”

Zara mencadangkan dan barulah Puan Nisa membantu Zara memapah Naura yang nampak longlai. Lemah.

Naura di dudukkan di sofa. Zara masih setia di sebelah Naura.

“Naura! Sekarang cakap dengan makngah, apa yang terjadi? Kenapa sampai bibir berdarah macam ni? Cakap Naura? Jangan diam macam ni!”
Arah makngah dengan tidak sabar.

Naura angkat wajahnya memandang Puan Nisa yang duduk bertentangan dengannya.

“Ha...Hakim……”

Nama itu yang terungkap tapi dia tak mampu teruskan kata-katanya. Naura begitu benci dengan nama itu.

“Kenapa dengan Hakim?” Soal Encik Isa pula.

Berkerut dahinya apabila nama Hakim yang di petik oleh Naura.

Naura pandang Zara di sebelahnya. Zara yang seolah faham dengan pandangan redup Naura. Dia sayu melihat keadaan kawan baiknya itu.

Zara menarik nafas sekali.

“Hakim cuba cabul Naura, aunty, uncle!” Senafas kata Zara katakan. Dan dengan penyataan itu membuatkan Puan Nisa dan Encik Isa terkejut.

Berubah riak wajah mereka.

Zara menceritakan segalanya yang terjadi mengikut apa yang di ceritakan oleh Naura padanya. Setelah kejadian itu Naura menghubunginya. Zara agak terkejut apabila mendapat panggilan daripada Naura yang meminta bantuan dalam keadaan menangis.

Hakim yang cuba mencabul kehormatan Naura ketika pergelutan di dalam kereta tadi. Naura terpaksa bertindak kasar dengan memukul wajah Hakim dengan beg silangnya dan berjaya meloloskan diri keluar dari kereta Hakim.

Keluar saja dari kereta Hakim, Naura terus larikan diri untuk bersembunyi. Hakim turut mengejar langkah Naura tetapi Naura berjaya sembunyikan diri dari Hakim.

Setelah memastikan Hakim sudah berganjak dari situ, Naura cepat-cepat menghubungi Zara untuk meminta bantuan. Ketika itu Naura sangat takut. Baju kemeja yang di pakainya terkoyak di bahagian lengan.

Hujung bibirnya terasa pedih kerana di tampar oleh Hakim. Pipinya juga masih terasa pedih dengan tamparan Hakim.

Hakim bertindak kasar dan mengikut nafsu ketika itu. Hakim baru saja membuka tali pinggang dan menarik baju Naura secara paksa sehingga terkoyak. Naura yang sedar akan tindakan Hakim terus saja menyelamatkan diri dari menjadi mangsa kepada lelaki seperti Hakim.

Terlopong mulut Encik Isa dan Puan Nisa mendengarkan cerita dari Zara. Naura tak mampu berkata apa-apa lagi. Hanya linangan air matanya saja yang membasahi pipi sejak tadi. Tubuhnya bergongcang menangis sendunya.

Encik Isa seperti terhenyak dengan cerita dari kawan baik Naura sebentar tadi.

“Allahuakhbar! Pakngah tak sangka Hakim macam tu.”
Keluh Encik Isa sambil meraup wajahnya berkali-kali.

“Kita kena buat repot polis ni bang! Tak boleh biar macam ni. Hakim tu dah melampau!”
Saran Puan Nisa kepada suaminya. Nampak suaminya itu angguk tanda setuju.

“Zara setuju sangat uncle, aunty….” Zara bersuara pula.

“Baiklah! Jom kita ke balai sekarang.” Encik Isa bangun dari sofa.

“Pakngah, makngah… Tak payah la. Naura tak nak besarkan hal ni. Nanti pakngah dengan makngah malu.”
Akhirnya Naura bersuara tidak setuju untuk membuat laporan polis.

Encik Isa yang tadinya sudah berdiri kembali duduk.

“Naura! Kenapa tak nak buat repot polis? Macam mana kita nak tuduh dia nanti?”
Soal Encik Isa.

“Naura tak nak malukan nama baik pakngah. Naura cuma minta satu je, pakngah.... makngah…..” Naura berkata dengan perlahan.

“Naura nak minta apa, sayang?” Puan Nisa gosok perlahan bahu Naura.

“Naura tak nak kahwin dengan Hakim! Naura tak nak dia jadi suami Naura! Tolong putuskan pertunangan kami. Dan batalkan semua rancangan perkahwinan kami tu. Itu je yang Naura minta pada pakngah dan makngah.”

Naura pandang mata Encik Isa dengan sayu.

Encik Isa lepaskan keluhan berat dari bibirnya.

“Baiklah Naura! Pakngah akan putuskan pertunangan kamu berdua. Kalau ini yang dia lakukan kepada kamu, Naura… Buat apa lagi nak bersuamikan dia. Pakngah jugak tak sangka sikap Hakim boleh jadi sampai macam ni. Makngah kamu dah ceritakan pada pakngah tengahari tadi. Dan pakngah mintak maaf selama ni sebab dah paksa kamu bertunang dengan Hakim. Pakngah yang salah selama ni. Dan dengan apa yang jadi sekarang ni, pakngah bayangkan Alina saja. Andai dia di tempat kamu Naura, betapa hancurnya hati pakngah sebagai seorang ayah bila tengok anaknya di perlakukan dengan teruk oleh seorang lelaki. Pakngah minta maaf, Naura. Pakngah salah selama ni.”

Pakngah sentuh tangan Naura.

Naura terkejut dengan kata maaf dari bapa saudaranya itu. Naura nampak kelopak mata bapa saudaranya itu bergenang dengan air mata.

“Terima kasih, pakngah! Naura tak ambil hati pun. Naura tahu niat pakngah baik nak yang terbaik buat Naura. Tapi Naura cuma minta, untuk pilihan jodoh Naura, biar Naura pilih sendiri.” Naura kesat air matanya.

“Alhamdulillah! Ini yang makngah nak tengok.” Puan Nisa memeluk erat tubuh Naura.

“Naura? Betul ke kau tak nak buat repot polis ni?” Soal Zara tiba-tiba.

Naura berkalih pada kawannya yang sudi membantunya tadi.

“Aah… Aku tak nak besarkan hal ni. Nanti boleh malukan keluarga pakngah dan makngah aku.” Jawab Naura yang masih dalam sendu.

“Tapi Naura…”

“Zara… Jangan risau, aku okey je… Lagipun dia tak sempat buat apa-apa pada aku…”

“Tapi dia dah hampir cabul kau, Naura! Baju kau dah koyak macam ni, ni semua bukti. Pipi kau lekat lima jari, bibir kau pecah ni…”

“Naura! Betul tu kata Zara, kita pergi buat repot ye?”

Puan Nisa bersetuju apa yang di katakan oleh Zara. Dia memujuk Naura agar membuat laporan polis.

“Tak pe, makngah…”

“Dah-dah… Jom kita ke balai buat repot dulu!” Arah Encik Isa dengan tegas.

“Tapi pakngah…..”

“Naura! Untuk kali ni jangan degil Naura!”

Encik Isa terpaksa bertegas dan barulah Naura setuju untuk ke balai polis membuat laporan.

NAURA menuruni anak tangga dengan perlahan. Dari tangga sudah dapat mendengar suara-suara dari ruang tamu sana. Habis saja anak tangga, kaki melangkah menuju ke bahagian ruang tamu di mana berkumpulnya keluarga Hakim. Hakim juga turut hadir pada perbincangan ini.

Suara-suara tadi diam apabila melihat kelibat Naura yang sudah merapati sofa di ruang tamu ini. Naura labuhkan punggungnya di sofa, satu tempat duduk bersebelahan dengan Puan Nisa dan Encik Isa duduk.

“Naura!” Panggil Datin Sarina.

Naura hanya pandang pada Datin Sarina dengan senyuman yang terpaksa di ukir. Naura kerling susuk Hakim yang duduk di sebelah Datin Sarina. Wajah lelaki itu sugul. Tapi Naura tak kisah pasal lelaki itu.

“Naura, mama minta maaf dengan apa yang terjadi. Dengan apa yang Hakim dah buat pada Naura. Papa dah hukum dia dah. Maafkan Hakim ye…” Datin Sarina merayu. Menatap sayu pada Naura.

Huh? Maaf? Semudah itu?

Naura hanya diam.

Dia buka telapak tangan kirinya, ada sebentuk cincin yang di sarungkan oleh Datin Sarina ketika pertunangannya dengan Hakim dulu. Cincin yang berhiasakan batu permata putih itu Naura letakkan di hadapan Datin Sarina.

Datin Sarina tercengang. Begitu juga dengan Hakim. Beberapa kali dia meraup wajahnya.

“Naura…. Apa ni? Takkan…..”

Datin Sarina dengan riak terkejut melihat cincin yang pernah dia sarungkan pada jari gadis itu. Cincin itu di tolak dengan perlahan ke arahnya.

“Saya nak putuskan pertunangan kami. Harap Datin dan keluarga tidak menghalang dan tidak membantah dengan keputusan saya. Saya mintak maaf sebab saya dah tak boleh teruskan lagi hubungan saya dengan Hakim. Antara kami tak serasi. Berlainan pendapat. Dan berlainan cara hidup. Maaf!”

Naura berkata dengan nada tenang. Segala kekuatan dikumpul untuk berkata-kata. Ikutkan hati Naura tidak lagi mahu bersemuka dengan keluarga ini. Tetapi dia perlu selesaikan permasalahan ini.

Selesai saja menyatakan hasrat hatinya, Naura mula mengangkat punggung untuk bangun dari sofa. Tapi terhenti dengan suara Hakim.

“Sayang! I mintak maaf sangat-sangat pada you. I tahu, I yang salah dalam hal ni. I ikutkan sangat hati I masa tu. Please, I merayu tolong jangan putuskan pertunangan kita ni. Lagi enam bulan je lagi kita akan kahwin. Kontrak kerja I dah habis, so I tak akan terbang lagi. Please sayang!” Hakim berkata dengan nada merayu.

Memohon untuk ikatan pertunangannya tidak di putuskan kerana dia sayangkan Naura. Cintanya hanya gadis yang berjaya tawan hatinya. Keranan Naura Mikayla lain dari perempuan yang dia pernah kenal sebelum ini.

Naura nampak yang Hakim merayu dengannya. Seperti dia merayu pada Hakim siang hari tadi untuk tidak bertindak di luar akal. Tetapi Hakim sikit pun tak kisah dengan rayuannya. Sekarang adakah Naura akan mempertimbangkan rayuan Hakim itu?

Oh! Tidak!!!

“Maaf, Hakim! You dah terlambat sangat. Kepercayaan I pada you dah tak ada Hakim. Rasa yang I pupuk selama ni pada you, hilang macam tu saja bila you sendiri yang musnahkan siang tadi. Maaf Hakim! I harap you terima keputusan I. Antara kita tak serasi. I dah cuba untuk masuk dalam hidup you, tapi I tak jumpa keserasian antara kita. Maaf sekali lagi. Mulai saat ini, antara kita dah tak ada hubungan apa-apa lagi. I harap you tak ganggu I lagi lepas ni. You boleh pilih sesiapa pun yang you suka. Maafkan I, Hakim. Maafkan saya Datuk, Datin!.” Naura sekali lagi berkata dengan tenang.

Naura bangun dari duduknya dan baru saja tegak berdiri sekali lagi langkahnya terhenti apabila Datuk Azmi bersuara.

“Naura! Nanti dulu!” Datuk Azmi bersuara setelah berdiam dari tadi.

Naura terhenti langkahnya dan menoleh ke arah Datuk Azmi. Mata semua terhala pada Datuk Azmi ketika ini.

“Kami datang sini bukan untuk mendengarkan kata putus dari hubungan kamu berdua. Papa datang sini nak menjernihkan keadaan…”

Datuk Azmi berkata dan terhenti di situ membuatkan Naura mengerutkan keningnya.

“Jernihkan keadaan apa Datuk?”

Soal Naura ingin tahu apa yang telah mereka rancangkan.

“Beginilah Naura…. Memandangkan Hakim dah sentuh kamu, jadi papa nak nikahkan kamu terus je… Kedua belah pihak tidak akan mendapat malu. Tak perlu tunggu sampai kontrak Hakim habis lagi enam bulan tu. Kamu berdua nikah dulu…”

Dum!

Berdentum jantung Naura mendengarkan cadangan dari Datuk Azmi.

“Apa? Nak nikahkan dia orang?” Puan Nisa bersuara dengan nada terkejut.

Kini semua mata terhala pada Naura yang sedang berdiri.

Naura terdiam seketika. Ligat otaknya berfikir.

Naura menarik nafas dan menghembuskan dengan perlahan tanda cuba menenangkan hati yang di badai taufan seketika tadi. Sudah di duga ini akan terjadi.

Hakim menjeratnya!

Naura labuhkan semula punggung ke sofa tadi. Naura memandang wajah Datuk Azmi, Datin Sarina serta Hakim yang berada di hadapannya.

Tenang.

Sehabis daya Naura cuba berlagak tenang walaupun di dadanya berombak kencang.

Naura menunduk seketika sambil hatinya tak pernah lupa pada Allah. Ketika ini dia ingin meminjam sedikit kekuatan dari Allah untuk berdepan dengan masalah. Dia ingin segera rungkaikan segala masalah yang berada di depannya. Dia ingin keluar dari permasalahan yang menyiksa hatinya ini.

Allah! Berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini.

Naura panggung kepala.

“Maaf, Datuk, Datin. Saya tetap menolak cadangan Datuk itu.”

Naura berkata dengan lancar dan tenang. Nada sekata.

Penolakan dari Naura buatkan Datuk Azmi dan Datin Sarina terkejut. Bahkan juga Hakim.

Encik Isa dan Puan Nisa memandang bersama senyuman dan sedikit anggukan tanda setuju dengan keputusan Naura itu.

“Habis Naura tak kisah, Hakim dah sentuh Naura?”

Datuk Azmi sengaja cuba memprovok Naura.

“Saya kisah sebenarnya, dia sentuh saya tanpa rela, Datuk. Itu maruah saya, Datuk. Jadi saya tak nak besarkan masalah ini dan memilih untuk putuskan pertunangan saja. Andai benar Hakim sayangkan saya, dia tak akan rosakkan maruah saya. Dan sebagai lelaki dia akan pertahankan maruah saya sebagai seorang perempuan. Tetapi Hakim… Mengambil kesempatan dalam kesempitan saya sebagai seorang perempuan. Maaf Datuk! Saya rasa Hakim dah ada calon yang sesuai daripada saya. Saya cuma perempuan yang kolot…”

“Kolot? Siapa yang cakap Naura?” Soal Encik Isa yang dari tadi diam.

“Tak pe pakngah. Naura tak nak besarkan hal ni.”

Naura senyum payah pada bapa saudaranya itu.

Naura berkalih pada Datuk Azmi semula.

“Maaf sekali lagi Datuk. Keputusan saya muktamad. Saya tetap putuskan pertunangan ini. Ni semua barang-barang hantaran tempoh hari. Saya tak usik pun. Cuma hantaran makanan saja saya tak dapat pulangkan, tapi kalau nak gantikan…..”

“Tak payah! Kami bukan miskin sampai nak minta ganti rugi sampai macam tu!”

Kata Datin Sarina dengan nada yang kasar dan terdengar sombong. Raut wajahnya jugak sudah berubah kelat.

“Dah la! Jom kita balik! Orang dah tak sudi buat apa kita nak terhegeh-hegeh kat sini. Ramai lagi perempuan kat luar sana yang lebih baik dari dia, bang!”

Kata Datin Sarina dengan angkuh. Tiada senyuman menghiasi bibirnya. Lain benar dari awal tadi.
Puan Sarina terus bangun dan menarik tangan Datuk Azmi untuk bangun.

Puan Nisa agak terkejut dengan perubahan ketara sikap Datin Sarina. Sebelum ini Datin Sarina tidak pernah bersikap demikian. Tahulah Puan Nisa sikap sebenar yang baru di tunjukkan oleh keluarga itu. Sombong dan angkuh!

“Rina, jaga sikap awak tu… Kita anggap ni bukan jodoh dia orang. Kita dah cuba yang terbaik untuk anak kita ni.”

Kata Datuk Azmi kepada Datin Sarina yang wajahnya masam mencuka. Cuba bersikap profesional.
Semua dah bangun dari duduk.

Hakim memandang tepat ke wajah Naura. Wajah gadis yang sudah bertapak di hatinya. Tetapi jodohnya tidak panjang. Tali pertunangan di putuskan.

“Naura… I minta maaf banyak-banyak. I merayu pada you, bagilah peluang pada I untuk betulkan semua ni. I mengaku I salah. Tolong bagi peluang pada I, sekali je Naura… Please! I beg you, sayang!”

Hakim merayu dengan mengangkat kedua belah tangannya yang di rapatkan. Nadanya juga terselit kekesalan.

Kali ini mereka berdua menjadi tatapan.

Naura tunduk seketika mencari kekuatan.

Lalu dia panggung kepala dan memandang tepat pada Hakim. Naura tidak menafikan, wajah Hakim nampak seperti orang yang sedang menyesali kesilapan. Wajah yang mengharapkan kemaafan dan ingin di beri peluang untuk menebus kesalahan.

Jauh di sudut hati Naura terbit rasa simpati tetapi Naura kembali pada hatinya yang paling utama adalah untuk tidak goyah pada janji lelaki yang berada di hadapannya ini. Dia tahu, Hakim pasti akan mengulanginya. Naura tidak akan membiarkan hatinya di sakiti lagi.

“Maafkan I, Hakim. I tak dapat bagi you peluang yang kedua tu. I harap you boleh move on. Carilah perempuan yang setanding dengan you, Hakim. I tak layak untuk berdiri di sisi you, Hakim. I’m so sorry Hakim.” Naura berkata dengan tenang bersama satu senyuman terpaksa.

Hakim hanya diam dan angguk beberapa kali sebelum dia pusingkan tubuhnya.

“Thanks, Naura. I want you know… I love you, Nuara. Keep my word. One day I hope we both can be together.”

Selesai berkata Hakim terus pusingkan tubuhnya dan bersatu dengan papa dan mamanya untuk berjalan menuju pintu utama.

Naura terima kata-kata terakhir dari Hakim. Itu adalah sangat mustahil!

Tetapi andai Allah bolik-balikkan hati dan perasaannya untuk mencintai lelaki itu, Naura tidak mampu menidakkannya lagi.

Siapa dirinya untuk menghukum aturan Allah.

Percaturan Allah tidak pernah silap.

Yang silap hanyalah diri kita sendiri.

Subhanallah!

Yakinlah dengan Allah. Yang terjadi pasti ada hikmahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience