"Penatlah berdiri macam ni. Bila nak baring?"
Aku tersengih mendengar pertanyaan suamiku itu. Pelukan dileraikan. Hampir dua hari aku tidak menatap wajahnya. Maklumlah, orang sudah dinaikkan pangkat. Jadi, dia terpaksa menghadiri kursus kenaikan pangkat di Kuala Lumpur.
Selepas berjaya membanteras Jay dan kuncu kuncunya, Hamka dinaikkan pangkat sebagai Sup. Inspektor. Bangga pula rasanya menjadi isteri kepada seorang Sup. Inspektor.
"Abang lah lama sangat tak balik. Rindu." Aku merengek manja. Tidak mahu rasanya melepaskan Hamka.
"Kalau rindu, jom ikut abang. Abang pun nak lepaskan rindu pada sayang. Lagipun sayang dah tamat berpantang kan? Dah lebih dua minggu." Ujar Hamka sambil mengangkat angkat kedua belah keningnya. Senyuman gatal terukir di bibirnya.
"Ha'ah. Jay lah ni yang ganggu. Padan muka, kan dah kena tembak. Tapi kesian Kak Sofia kan?" Senyuman yang tadinya berbunga mekar di bibir kembali layu apabila teringatkan Kak Sofia. Entah apalah nasib kakak kandungku itu.
"Abang dapat cuti dua minggu. Esok kita pergi lawat Kak Sofia. Okay? Dah, tak nak sedih sedih macam ni. Senyum balik." Hamka meletakkan kedua dua jari telunjukkan di hujung bibirku sebelum menariknya, memaksa aku untuk tersenyum.
Kelakarlah Hamka ni. Bukan setakat senyum, ketawa pun sudah keluar apabila melihat cara Hamka memujukku. Ah, ya! Memang Hamka mempunyai cara yang bervariasi untuk memujukku.
Dia mencempung aku menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Pintu bilik dikuak perlahan kerana sebelah tangannya masih memegang aku dengan cermat. Perlahan lahan aku dijatuhkan di atas katil. Uniform polis yang dipakai ditanggalkan satu persatu. Aku hanya melihat kelakuannya sambil tersenyum mekar. Senyuman yang penuh dengan makna.
Dia yang tidak memakai sebarang pakaian mendekatiku yang sedang berbaring. Aku menelan air liur melihat badannya yang tegap itu. Hidung mancungnya dielus perlahan di leherku sebelum bibirnya pula menyentuh di situ.
Dalam masa yang sama, tangannya turut bekerja. Gaun malam separas peha yang membaluti tubuhku turut ditanggalkan. Diangkat sedikit badanku untuk memudahkan dia melucutkannya dari tubuh. Mata lelaki di hadapanku ini tidak lepas daripada menikmati tubuhku yang tidak berbalut sebarang fabrik.
Bibirku dikucup kejap sebelum beralih ke dadaku yang menggunung. Sebelah tangannya sibuk meramas mahkota kebanggaanku. Ereksinya yang sudah menegang digosokkan perlahan di bahagian kewanitaanku.
"Ahhh! Abang!"
Hamka semakin melajukan gosokannya. Air yang keluar dari kewanitaanku bertindak sebagai pelincir bagi membantu Hamka menjalankan kerjanya. Dadaku turun naik dengan laju, seiring dengan desahan penuh nikmat yang keluar dari bibirku.
"Sayang..." Redup matanya memandangku. Mata yang mempunyai pandangan penuh nafsu.
Diangkat sedikit pinggulnya. Ereksinya yang semakin mengeras diacukan di bukaanku. Apabila aku menganggukkan kepala, terus batangnya menerjah masuk ke dalam kewanitaanku. Serentak dengan itu, aku menjerit kuat.
"Ahhh, abang! Sakit." Air mata kesakitan mengalir keluar dari mataku.
"Sayang, sorry. Abang masukkan kuat terus sebab sayang dah terbiasa. Jadi, abang fikir yang sayang tak rasa sakit."
Kata kata yang meniti keluar dari bibirnya cukup untuk mematikan nafsuku yang sudah menggila. Aku menolak kasar tubuhnya. Pedih yang terasa di kewanitaanku dibiarkan. Pedih lagi rasanya hati ini jika hendak dibandingkan kepedihan yang aku rasai di situ. Selimut ditarik bagi membaluti tubuhku yang terdedah.
"Sayang, kenapa?" Hamka memegang bahuku apabila aku mengangkat punggung daripada katil. Tapi ditepis kembali olehku.
"Abang masukkan kuat terus sebab sayang dah terbiasa." Aku mengulang semula butir butir kata yang keluar dari bibir Hamka. Pandangan dilempar ke luar tingkap. Bintang yang berterabur ibarat serpihan hatiku, pecah berkecai. Berterabur. Tak mungkin dapat disambung kembali.
"Er, abang..."
"Abang. Eh, layak ke dipanggil abang? Sedangkan kau langsung tak anggap aku sebagai seorang isteri? Kau masih melayan aku sebagai seorang pelacur. Ya! Aku tahu aku dah terbiasa. Tapi Hamka, dah berapa lama aku tak disentuh? Kali terakhir ialah ketika kau rogol aku haritu? Berapa lama Hamka? Berapa lama? Huh. Tak sangka, kau sama je macam lelaki lain."
Benteng air mata yang ditahan pecah. Bibir bawah diketap, bagi menghalang esakan keluar dari bibirku. Terhinjut hinjut bahuku menahan esakan. Sakit di dada hanya Tuhan yang tahu.
"Sayang, abang minta maaf. Please, maafkan abang." Hamka merayu, tanganku dicapai namun sempat ditarik olehku.
"Lagi lagi maaf. Tak ada perkataan lain ke yang boleh keluar dari bibir kau?" Aku ketawa sinis. Air mata sudah berhenti keluar, mungkin sudah kering.
"Rose, tolong hormat abang sebagai suami Rose. Kalau betul Rose nak marahkan abang, janganlah sampai Rose kurang ajar macam ni."
Kata katanya bukan menyejukkan hatiku, malah semakin menambah minyak pada api yang sedang membara. Mana hilangnya panggilan sayang? Aku tersenyum sinis. Mungkin, dia sudah tidak sayangkan aku. Entah entah, kahwin dengan aku pun sebab nakkan tubuh aku. Otakku cuba memproses semula kata kata yang masuk ke terowong telingaku sebentar tadi.
"Hormat? Perlu ke aku hormatkan kau pun tak hormatkan aku? Perlu ke?" Aku menengkingnya kuat. Jelas air mukanya berubah apabila aku menengkingnya sebegitu.
Melihatkan dia yang hanya mendiamkan diri, api kemarahan semakin datang membakar jiwaku. Kemarahan menguasai diri, syaitan mula merasuki jiwa.
"Jawablah bodoh!" Jeritku lagi. Serentak dengan itu satu tamparan kuat singgah di pipiku.
Pang!
Pipi yang terasa pedih dipegang. Tapak tangan yang sejuk ditekapkan di situ bagi mengurangkan kepedihan yang terasa. Kenapa malam ini hanya kepedihan yang aku perlu rasai? Pertama, pedih di bahagian kemaluanku. Kedua, pedih di dalam hati dan ketiga, pedih di pipi.
Air mata sekali lagi merembes keluar, belum kering rupanya empangan air mataku. Aku menjauhkan diri daripada Hamka, sebelum merebahkan badanku di atas katil. Bantal ditekup di muka. Tangisanku dihamburkan semahu mahunya di situ. Hamka langsung tidak datang memujuk. Mana Hamka? Yang mempunyai pelbagai cara untuk memujukku? Mana?
Puas menangis, aku mengalihkan bantal daripada wajah. Lencun habis sarung bantal ini dibuatnya, bertompok di situ kerana kesan air mata. Apabila terperasankan susuk tubuh Hamka yang sedang duduk di atas kerusi meja solek, aku membatukan diri. Kemarahan yang membara di dalam diriku menghalang aku daripada terus menatap wajah itu.
Share this novel