DUA BELAS

Other Series 3280

Cuti hujung minggu kali ini Iman Daniela isikan dengan menyibukkan diri menyediakan tugasan-tugasan untuk pelajar-pelajarnya. Tidak lama lagi mereka akan menduduki peperiksaan akhir. Iman sedaya upaya berikan yang termampu untuk pelajar-pelajarnya.

Sambil menyiapkan soalan-soalan latihan pengukuhan, Iman tidak lupa juga menelefon ibunya. Rindu pula dia pada insan yang tersayang itu.

"Sabarlah sikit, man. Tak lama lagi dah Iman nak habiskan praktikal tu. Lepas ni boleh la tolong ibu mana-mana yang patut sementara dapat kerja nanti." kata ibunya.

Iman mengadu pada ibunya tentang kerisauannya sepanjang mengajar di sekolah kemahiran ini. Banyak perkara yang belum lagi diselesaikannya. Namun, Iman bertekad untuk mencuba dan memberikan yang terbaik agar usaha dan doanya tidak sia-sia.

Iman tidak sabar untuk menjadi guru kerana dia suka memberi ilmu pengetahuannya pada orang lain. Ikhlas hatinya ingin berbakti kepada anak-anak muda.

Bunyi deringan mengganggu konsentrasi Iman. Tertera nama Ikmal di skrin telefon pintarnya.

"Assalamualaikum.. ada apa ya?" Iman menjawab panggilan dengan senyuman.

"Waalaikumsalam..tengah buat apa tu?" suara sayup di hujung talian enggetarkan jiwanya.

"Buat kerja sikit. Kenapa?"

"Takde apa. Rindu nak dengar suara awak." muka Iman merah. Alahai!

"Takde kerja la tu. Saja nak menyakat eh?" Iman berbasa-basi. Dia sebenarnya malu kerana tidak biasa mendengar perkara sebegitu. Pernah. Tapi suatu ketika dahulu. Zaman dia belum matang. Bercinta dengan rakan sekelas. Cinta monyet.

Kini dia sudah matang dan dewasa. Main-main cinta bukan lagi perkara yang biasa baginya. Dan sejujurnya dia cuma ingin mencari calon suami untuk berkongsi hidup sepanjang kehidupannya di dunia ini.

Menghabiskan masa bersama, membina keluarga, mendidik anak dan tua bersama. Impiannya yang satu ini sering disembunyikan dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja.

Dia sabarkan hati kerana dia tahu Allah adalah sebaik-baik perancang dan dia pasti Allah akan berikan apa yang terbaik buatnya. Dulu kini dan selamanya. Dia yakin.

"Awak ni apa saya cakap pun awak tak percaya. Kenapa ya?"

Ikmal bersuara.

"Entahlah awak. Agaknya sebab saya memang tak biasa dengan percakapan macam tu."

"Macam tu? Maksud awak?"

"Yalah. yang macam tu, rindu cinta dan yang sewaktu dengannya lah. Haha. "

Iman ketawa, menyembunyikan resah di hati.

Ikmal turut ketawa di hujung talian.

"Ingatkan apa. Awak tak biasa betul-betul ke? Takkan awak takde boyfriend?"

"Awak tak percaya? memang saya takde boyfriend tapi not exactly takde perasaan kat siapa-siapa."

Tiba-tiba Ikmal berhenti ketawa. Diam di hujung talian.

""Awak?" Iman memanggil. Masih diam.

"Kenapa diam tiba-tiba?" Tanya Iman.

"Takde apalah. Nanti saya call lagi. Assalamualaikum."

Iman pelik. Talian sudah diputuskan. 'Aku ada silap cakap ke?'

* * * * * * * * * * * * * * * ** *

Sudah seminggu Iman tidak mendengar apa-apa berita daripada Ikmal. Mesej juga tiada daripadanya. Sejak dia keluar dengan Ikmal ditemani Syahila beberapa minggu yang lepas, Ikmal sering menghantar mesej dan voice note di aplikasi Whatssap.

Hidupnya dirasakan berlainan. Selama ini sunyi sahaja Whatssapnya. Jauh di sudut hatinya dia gembira. Ada satu perasaan yang lain daripada biasa. Tapi Iman tidak tahu bagaimana nak diungkapkan perasaan tersebut.

Teringat dia ketika keluar dengan Ikmal. Syahila diam-diam mengajak tunangnya sekali dan mencipta alasan untuk bergerak dahulu untuk membeli barang-barang keperluan perkahwinan mereka. Lalu ditinggalkan Iman sendirian dengan Ikmal.

Segannya dia Allah saja yang tahu. Maka hari itu dia hanya duduk di meja restoren itu dengan Ikmal sambil berbual-bual tentang isu-isu semasa. Entah kenapa Ikmal ketawa apabila bersama dengannya pada hari itu. Mungkin kerana dia geli hati dengan tingkah laku Iman yang seolah-olah cacing kepanasan.

Apabila diajak menonton wayang, Iman menolak dengan baik. Dia tidak mahu ke mana-mana berdua. Dia segan.

Iman termangu sendiri. Tiba-tiba dia jadi teringatkan Ikmal. Setiap masa. Itu kelemahan Iman sebenarnya. Bila ada seseorang menunjukkan rasa suka padanya, dia akan mudah jatuh suka.

Sama apa yang berlaku pada perasaannya pada Hairi dahulu.. Iman jadi buntu dan takut. Takut perasaan sia-sia itu muncul lagi.

'Ya Allah, bantu aku!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience