26

Romance Series 93218

Sedikit demi sedikit air coklat panas itu disisip sambil menantikan kehadiran Yasir. Sesekali jam di pergelangan tangannya di tenung. Sudah 15 minit Yasir kelewatan dari waktu asal seperti yang mereka janjikan. Tiba - tiba bahunya disapa dari belakang. Ezmal sedikit terkejut lalu dia menoleh. Kelihatan Yasir sedang merenung tepat ke wajahnya sebelum kerusi ditarik. Nafas lelaki itu sedikit tercungap - cungap.

“Maaf lewat. Ada apa hal kau nak jumpa aku ni?" Bunyi suara Yasir agak keras dan kasar. Memang sejak dari kecil dia tidak pernah membahasakan Ezmal sebagai 'abang'. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Puas orang tua mereka menegur namun haislnya tetap sama.

Ezmal tersenyum sinis. Dalam keadaan begini pun Yasir masih bongkak dengannya. Ternyata Yasir memang tidak pernah berubah.

“Kau rasa?" Soal Ezmal kembali. Dia sengaja bermain teka teki dengan Yasir.

“Straight to the point jelah. Aku takde masalah nak berteka teki macam ni. Banyak lagi benda yang aku nak kena settled kat luar tu." Suaranya masih sama. Tetap kedengaran sombong dan bongkak.

“Banyak benda nak kena settled? Banyak benda nak kena settled ke or nak pergi bermadu asmara dengan Ramona?" Sinis sahaja soalan Ezmal kedengaran di halwa telinga Yasir.

Yasir terkedu. Dia sudah dapat mengagak dari awal lagi tentang niat pertemuan yang Ezmal aturkan ini. Hatinya menjadi tidak keruan secara tiba - tiba. Wajah sinis Ezmal langsung tidak berani di tatapnya.

“Kenapa diam? Tadi bukan main sombong lagi kau bercakap dengan aku. So betul la apa yang aku cakapkan ni kan?" Provok Ezmal lagi.

Yasir semakin gelisah. Bahang kemarahan Ezmal semakin dirasainya. Perlahan - lahan wajah Ezmal ditatapnya. Bibirnya kelu. Dia tidak tahu dari mana harus dia mulakan. Tapi apa yang pasti Ezmal kena tahu akan hal ini. Dia sudah tidak sanggup untuk berbohong lagi.

“Apa yang kau nak tahu tentang aku dan Ramona sebenarnya?" Soal Yasir memberanikan diri.

Sekali lagi Ezmal tersenyum sinis. Suara angkuh Yasir sejak awal tadi sudah semakin mengendur. Wajahnya juga tidak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menantikan hukuman berat yang akan dijatuhkan terhadapnya sebentar sahaja lagi. Bagi Ezmal tidaklah terlalu sukar untuk menundukkan keegoan Yasir. Bahkan dia percaya sedikit masa sahaja lagi segala perbuatan terkutuk Yasir dan Ramona selama ini akan terbongkar dengan sendirinya.

“Sejak bila kau dan Ramona berhubungan?" Soal Ezmal serius. Reaksi wajahnya juga kelihatan sedikit tegang.

Keadaan sunyi sepi. Yasir masih membisu tanpa bicara. Sesekali dia dilihat cuba menguis - nguis penyedut air di dalam gelasnya. Sungguh dia berdebar.

“Dah lama actually. Since di awal pertunangan korang lagi. Tapi semua ni terjadi tanpa dirancang pun. Ianya berlaku secara tiba - tiba je." Cerita Yasir perlahan.

“Maksudnya sebelum aku ke Rusia lagilah? Siapa yang mulakan?" Soal Ezmal lagi.

“Ramona. At first she just complained to me that she felt lonely. You are too busy with work so there is no time for her. So I'm just sympathy with her then I offer myself to be a friend to her. Not more than that. Tapi aku tak sangka hubungan yang pada mulanya hanya sekadar kawan akhirnya bertukar menjadi serius macam ni." Adu Yasir.

“Sampai terlanjur macam ni?" Tegas Ezmal dalam ayatnya.

“Aku tahu aku salah. Tapi semua ni tak kan jadi kalau hanya satu pihak sahaja yang mulakan." Yasir cuba mempertahankan dirinya.

“Yes, I knew it. Aku pun tak salahkan kau 100% dalam hal ni. Kita semua bersalah. Tapi ini bukan caranya untuk kau dan Ramona nak menyatakan rasa cinta antara satu sama lain. Korang berdua tak fikir dosa ke hah?" Ezmal memandang Yasir tajam.

Yasir tidak menjawab. Dia diam seribu bahasa. Baginya tiada guna lagi dia menegakkan benang yang basah. Apa sahaja yang diperkatakan, pasti akan memakan dirinya kembali. Ezmal berhak memarahinya. Apatah lagi perempuan yang dirampasnya itu adalah bekas tunang abangnya sendiri. Jika dia berada di tempat Ezmal sekali pun, sudah pasti dia akan melakukan perkara yang sama.

“So, what your plan now?" Soal Ezmal lagi.

Yasir masih membisu. Bahunya diangkat tanda tidak tahu. Dia sendiri buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

“Sebelum dad dan mom tahu tentang hal yang sebenar, lebih baik korang berdua buat sesuatu. Lagipun sampai bila korang berdua nak terus buat perkara yang tak senonoh ni? Aku takut nanti kalau perkara ni sampai ke pengetahuan dad dan mom, teruk kau dan Ramona dikerjakan." Ezmal menyuarakan kebimbangannya.

Memang sejak dari awal lagi perkara itulah yang paling dikhuatiri Ezmal. Dia tidak kisah jika Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise kecewa dengannya kerana memutuskan tali pertunangan itu tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu. Namun dia tidak sanggup untuk melukakan hati kedua orang tuanya tentang hakikat yang sebenar. Jika dia sendiri tidak mampu untuk memikulnya, apatah lagi kedua orang tuanya yang terlalu memandang tinggi terhadap mereka adik beradik.

“Kau nak aku buat apa? Kahwin dengan Ramona?" Soal Yasir. Kali ini suaranya kedengaran sedikit sinis.

Yasir tahu apa yang berada di dalam fikiran Ezmal ketika ini. Tetapi untuk mengahwini Ramona, itu tidak mungkin sama sekali. Apatah lagi setelah dia mengetahui siapakah Ramona yang sebenarnya. Mungkin selama ini Ezmal tidak tahu dan sering sahaja diperbodohkan oleh Ramona. Tetapi bagi Yasir, dia bukan lelaki seperti itu. Dia tahu selama ini bukan hanya dirinya sahaja yang melayani Ramona. Bahkan ada ramai lagi lelaki yang sering meniduri wanita itu. Jadi layakkah wanita seperti itu untuk dijadikan sebagai seorang isteri? Yasir tersenyum sinis. Mana mungkin dia menjerat dirinya sendiri. Jika dengan Ezmal sendiri pun Ramona sudah tidak boleh dikawal, apatah lagi jika bersamanya.

“Habis tu kau nak biar je hubungan kau dengan Ramona terus hanyut macam ni? Langsung tak fikir halal dan haram. Macam tu?" Suara Ezmal semakin meninggi.

“Tapi aku belum bersedia nak menikahi dia." Balas Yasir bersahaja.

Jawapan Yasir itu semakin menaikan api kemarahan Ezmal. Ternyata Yasir langsung tidak menunjukkan perasaan bersalahnya. Malah dia kelihatan bersahaja menuturkan ayat itu tanpa memikirkan dosa dan pahala.

“Lelaki jenis apa kau ni, Yasir?? Mana perasaan hormat kau pada seorang wanita? Senang - senang kau tebuk dia kemudian kau boleh cakap kau tak ready nak menikahi dia?? Kau tak kasihan ke dekat dad dan mom kalau mereka tahu perkara ni dari mulut orang lain nanti?" Ezmal sudah hilang kesabarannya. Tangannya dikepal - kepal penuh amarah. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia melepaskan tumbukan padu di wajah Yasir. Namun saat memikirkan mereka berada di tempat awam, Ezmal cuba mengawal dirinya.

Yasir hanya membiarkan soalan itu berlalu pergi dengan begitu sahaja. Dia tidak sedikit pun menunjukkan riak gentarnya terhadap amarah Ezmal. Tanpa menunggu lebih lama, Yasir segera mengatur langkah meninggalkan Ezmal dalam keadaan tercengang - cengang di situ. Semakin lama dia berada di situ, semakin sesak fikiran dibuatnya. Bagi Yasir biarlah dia seorang sahaja yang tahu siapa Ramona yang sebenarnya. Lagi pula perkara ini tetap tidak akan selesai jika semuanya telah terbongkar. Biarlah masa yang akan menentukan segala - galanya. Tetapi apa yang pasti Ramona tidak akan sama sekali diperisterikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience