PULANG dari hospital,Intan terus ke rumah Auntie June.Dia tidak mahu berada dekat dengan anak mereka.Baginya ini satu kesilapan yang buat dia menyesal kerana melahirkan bayi yang cacat.
"Mama bawa Intan balik rumah mama dulu.Mama takut Intan meroyan.."pinta Auntie June.
Bukan dia tak kesian pada cucu dan menantunya.Tapi melihat Intan yang asyik memberontak marah dan tidak mahu memandang wajah anak mereka,Auntie June terpaksa bawa Intan balik ke rumahnya.Ikutkan perancangan selepas bersalin,Intan akan tinggal di rumah Puan Yasmin.
"Tak apa lah mama.Tolong tengokkan Intan.Nanti ada masa Harith pergi melawat dia.Adini,Harith bawa balik sama."kata Harith.
Harith namakan anak mereka Puteri Adini.Sangat comel dengan kulit putih bersih.Nak harapkan Intan bagi nama, sampai ke sudah tak bersuara apa pun.
Puan Yasmin pula seperti orang hilang akal.Mulut terus terkunci bila melihat cucu kandung sendiri.Dia sendiri berasa kecewa bila cucu sendiri lahir dalam keadaan tidak sempurna.Mana dia fikir nak menghadap muka kawan-kawannya nanti bila mereka dapat tahu.Dia pun sama macam Intan.Tapi dia tak berani bersuara apa pun,takut Harith berkecil hati.
Bila pandang Puteri Adini,timbul juga perasaan kasihan.Mana tak kesian bila Intan langsung tidak peduli akan cucunya.Sedikit pun dia tidak mahu menyentuh bayi comel itu.Apa yang jijik sangat pun Puan Yasmin tak tahu.
Setelah dua minggu,Harith dan Puan Yasmin ke rumah Auntie June untuk melawat keadaan Intan.Di bawa Puteri Adini sekali.Ingatkan Intan dah boleh terima Puteri Adini,namun ternyata semua itu meleset sama sekali.
Pagi tadi,Auntie June menelefon dan memberitahu keadaan Intan.Semuanya nampak baik saja.
"Kenapa you bawa dia ke sini?"tanya Intan dengan serius.
"You kan mama Adini.Dah dua minggu you langsung tak tanya khabar anak kita."kata Harith.
"I peduli apa.Dia anak you kan.You lah yang jaga."bentak Intan.Sikit pun dia tidak mahu pandang bayi berbungkus merah jambu dalam bakul.
"Intan,I tak faham lah dengan you ni.Ini anak yang lahir dari rahim you tau tak.Sampai hati you buat macam dia tak wujud?"Harith dah mula naik angin.
"Kan I dah cakap.I tak nak anak ni!"tundingnya pada si anak.
"Apa dosa anak kira sampai you nak buang dia?"
"Sebab dia CACAT!I malu dengan kawan-kawan I ada anak cacat macam dia!"tempelak Intan dengan kuat.
"Mengucap Intan!Ini qadak dan qadar Allah.Kita kena redha."Harith mengucap panjang dalam hati.Bercakap dengan Intan ibarat mencurah air ke daun keladi.
"Itu you bukan I.I sangat malu you tau.Dapat anak bisu.Mana I nak letak muka ni?"katanya kuat.
"You tahu tak apa hukum menidakkan kekuasaan Allah?Berdosa besar you tahu tak!?"marah Harith.Intan dah melampau.
"Cakap lah apa pun.I tetap tak boleh terima!Kalau I tahu dari dulu I gugurkan dia!"jeritnya kasar.
Pang!
Harith dah hilang sabar.Percuma pipi Intan kena penampar.Auntie June dan Puan Yasmin terdiam seribu bahasa.Tiada siapa berani masuk campur.Memang patut Intan dapat 'habuan' dari Harith.Sepatutnya dari dulu lagi,Intan dah kena di ajar. Kesian pada anak yang tidak tahu apa-apa ditolak mentah oleh ibu kandung sendiri.
"I dah hilang sabar dengan you,Intan!You dah melampau.Kita yang bawa dia ke dunia ni.Jadi kita yang kena jaga dia.Apa yang telah ditakdirkan kita kena terima dengan hati terbuka.Mana sifat you sebagai seorang ibu,hah!?"marah Harith.Matanya juga merah menarah amarah yang mengunung.
Intan masih memegang pipi kanannya yang perit.Dia juga yang cari pasal.
"You tahu tak sebab apa I malu sangat?sebab mama you!"kata Intan kuat sambil memandang Puan Yasmin dengan geram.
Puan Yasmin juga agak terkejut bila Intan kaitkan nama dia.
"Mama you dah war-war kan nak cucu sempurna,sama taraf..sebab tu mama you kahwinkan I dengan you.Dia malu dapat menantu miskin macam Iris!"
"Sekarang mana I nak letak muka dapat anak macam ni!?I tak boleh terima!"bentaknya lagi.
"Mama,tengok sekarang apa yang telah mama buat.Harith hormat mama,sayang mama.Mama suka rupanya tengok Harith merana?"tanya Harith pada Puan Yasmin yang kelihatan gugup hanya mampu menggelengkan kepala bersama linangan airmata.
Intan tanpa berfikir lama terus menarik beg besar di atas almari dan menghumbankan sebahagian pakaian miliknya ke dalam beg tersebut.Semua yang ada disitu turut tercengang.
"Intan nak pergi mana ni?"tanya Auntie June memujuk anaknya.
"Intan tak boleh duduk sini.Intan kena pergi.."
Hati Harith sedikit gembira bila ingatkan Intan mahu mengikutnya balik tetapi bila Intan turut mencapai pasport dan di masukan ke dalam tas tangannya,muka Harith terus menjadi sejuk beku.
"Jangan macam ni Intan.Intan belum sembuh sepenuhnya.Harith,jangan biar Intan pergi!"kata Auntie June menyedarkan Harith.
"You nak pergi mana ni Intan?"tanya Harith sambil menarik tangan Intan.
"Lepaskan I Harith.I nak pergi jauh dari sini.I malu.."katanya sambil merentap kuat tangannya dalam pegangan Harith.
"You nak pergi mana?Habis tu Adini macam mana?"sangkanya bagi Intan berehat di rumah Auntie June dapat melembutkan hati Intan terapi lain pula yang jadi.
"Dia anak you kan.You jaga dia.I masih tak boleh terima dia."itu jawapan Intan.Dia tidak peduli akan rasa sakit dan sengal di tempat luka pembedahan.
"Apa you cakap ni Intan?Adini anak kita.I nak kita sama-sama besarkan dia."tegas Harith.
"You jangan paksa I.Biarkan I pergi.."katanya lagi.
Auntie June dah mula menangis teresak.
"Intan,jangan pergi.Kesian dekat anak Intan.Dia masih perlukan Intan.."rayu Auntie June.
"Intan,mama minta sangat jangan tinggalkan kami.Kesian pada Harith dan Adini..."rayu Puan Yasmin pula.
"Boleh tak jangan halang Intan lagi.Intan dah cukup malu lahirkan anak cacat macam ni.Biarkan Intan cari ketenangan.."ungkapnya dengan sebal.
"Jangan pergi Intan..anak kita perlukan you..."sayu suara Harith.Sebak dihati bila mengenangkan nasib anak yang baru dilahirkan tanpa kasih sayang dari ibu kandung sendiri.
"I nak pergi jauh dari sini.I tak akan balik lagi dekat sini.Terpulang pada you,Harith.Samada mahu menceraikan I atau tidak."katanya sebelum melangkah keluar dari rumah.
Harith terduduk kaku.Semua yang terjadi sebab salah dan silap dia kerana tidak pandai mendidik Intan menjadi seorang isteri yang taat pada suami.Dia gagal menjadi seorang suami yang tegas dalam hal rumahtangga.Dia gagal menjadi ketua keluarga.Semuanya telah musnah.
Inilah kaca yang Puan Yasmin bangga kan selama ini.Hingga Harith buang permata yang bernilai.Betapa bodohnya Harith mengejar kaca yang tidak bernilai.Gilap lah macam mana pun kaca tetap kaca.Mana kan kaca boleh jadi permata.
Auntie June dan Puan Yasmin hanya mampu menangis berpelukan.Tak terdaya mereka untuk mengejar Intan yang sudah meloloskan diri ke dalam kereta.Sesaat pun Intan tidak menoleh kebelakang lagi.Hanya bau asap kereta sahaja yang ditinggalkan.
"Mama minta maaf Harith..."raung Puan Yasmin.Dipeluk tubuh Harith yang masih terdiam kaku di lantai.Intan begitu tega meninggalkan anak yang tidak bersalah.Tiada langsung naluri keibuan yang lahir dihati dia untuk memandang wajah Adini buat kali terakhir.
Sampai hati Intan!
Share this novel