Rate

PART 3

Horror & Thriller Completed 1667

Lima tahun berlalu dan kami tinggal di tempat baru dan di sebuah pangsapuri. Ayah dibuang kerja selepas bertengkar dgn bosnya, kemudian mak pula dibuang kerja. Sekarang mak asyik duduk dlm biliknya. Dia tak pernah lupa akan kehilangan Jack dan jadi sangat tertekan. Hubungannya dgn ayah dah tak baik. Mereka kerap bertengkar dan ayah selalu keluar rumah. Sekarang dah berumur lapan belas tahun, saya sedar yg ayah berlaku curang. Saya tahu dan saya pasti mak juga sama.
Saya baru saja tamat persekolahan beberapa bulan lalu. Saya bekerja di perpustakaan. Saya ada teman wanita, tapi dia tinggalkan saya sebab lelaki lain. Keparat. Saya tak pernah lupa apa yg berlaku pada Jack. Saya rindukan dia setiap hari. Sukar bagi saya nak lupa dan rasanya saya tak akan lupa.
Suatu hari di rumah, Carrie bertanya kalau² saya boleh bermain dgnnya di luar.
"Boleh, Carrie," kata saya, mengambil tangannya dan berjalan dgnnya ke tingkat bawah.
Kami bermain di laluan pejalan kaki. Carrie keluarkan beberapa patung Barbie dan kereta mainan. Kami pun bermain. Seketika kemudian baru saya sedar yg kami bermain dgn kereta Jack pada mlm dia diambil. Saya berhenti bermain dan Carrie perasan. "Brian?" katanya dgn suaranya yg berusia lima tahun. "Kenapa awak menangis?"
Saya sendiri pun tak tahu saya menangis. Cepat² saya kesat air mata dari muka saya dan tersenyum padanya.
"Ini kereta abang awak. Kami bermain dgn kereta² ni pada hari dia hilang," kata saya.
Dia sedikit berkerut dan menatap kereta² tu.
"Ketawa Jack peliklah," katanya.
Saya ketawa. "Ya, cara dia ketawa memang pelik."
"Dia masih lagi ketawa macam tu," katanya. Saya tenung Carrie. Dia baru berumur 11 bulan ketika Jack hilang. Macam mana dia boleh ingat ketawa Jack? Itu mustahil... kan?
"Boleh saya beritahu awak satu rahsia? Tapi jangan beritahu sesiapa," katanya sambil bermain dgn kereta² mainan tu.
"Jack ada datang ke bilik saya," katanya. Ini tarik perhatian saya sepenuhnya. "Saya minta dia jangan pergi sebab mak dan ayah rindukan dia. Dia cakap tak boleh. Dia betul² nampak lain." Dgn payah saya telan liur. "Macam mana rupanya?" saya bertanya.
Carrie letakkan kereta mainan tu. Dia pandang saya dan pejamkan mata, kemudian selitkan bibirnya ke mulut. Lepas tu dia letakkan tangannya ke mata.
Jantung saya mula berdegap-degup. "Dia tak ada mata?" saya bertanya.
"Tak, ada org yg pegang matanya masa dia jenguk saya," katanya. "Saya tak nampak siapa org tu, tapi org tu tak pernah lepaskan tangannya dari mata Jack."
Carrie kata dia dah taknak bermain lagi sebab nak tonton TV. Saya bawa dia ke tingkat atas dan asyik berfiikir tentang apa yg dikatakannya tadi. Mungkinkah dia cuma bermimpi? Atau betulkah Jack datang jenguk dia? Mlm tu saya dijemput ke pesta unggun api dgn kawan baik saya dan beberapa rakannya. Saya tinggalkan rumah kira² jam sembilan.
Lepas pesta tu berakhir dan saya pulang ke rumah, ada polis di sekitar pangsapuri kami. Cepat² saya keluar dari kereta kawan saya dan berlari ke tingkat atas melewati beberapa anggota polis. Pintu depan terbuka dan di dlm saya nampak mak menangis di lantai dan baru saja mengalami gangguan jiwa. Saya pandang ayah dan tanya apa yg berlaku. Dia beritahu saya yg Carrie hilang. Benda terakhir yg mereka dengar ialah jeritannya. Saya tak percaya. Tak mungkin keadaan bertambah buruk, tapi begitulah. Seorg polis keluar dari bilik dan bertanya kalau² kami boleh tengok sesuatu. Polis tu bawa kami ke almari Carrie. Dia halakan lampu suluhnya ke dlm almari dan di dinding. Ada perkataan yg ditulis dgn darah, "Saya dah cakap, jangan beritahu sesiapa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience